Tuesday, April 21, 2015

Tips menggunakan satin skinz.

Ye, yee memang tahu pun harga satin skinz ni takde lah murah sangat. Tapi yang pasti aku jual lagi murah dari harga market RM180 tu lah! Hahaa.

Oleh itu, saranan kepada yang nak cuba, cuba guna produk ni sehabis baik.

Tips-tips untuk dapat hasil yang baik:

1) Banyakkan minum air. 
I'm in your shoes! Saya pun jenis malas minum air kosong. Selain rasanya yang betul-betul kosong, malas betul nak minum bila pikir kena ulang alik toilet. Tapi sisters brothers sekalian, air ni untuk bantu buang toxic dalam badan dan seterusnya bantu penyerapan khasiat satin skinz (dan juga nutrien lain yang anda ambil dalam pemakanan seharian!). Kalau tak buang toxic dalam badan, macamana benda bagus yang lain nak masuk, ye dak? 

2) Elak caffein.
Again, I'm in your shoes. Dulu, hari hari saya ambik coffee/nescafe untuk mulakan hari saya. Iklan sangatt --mulakan hari anda dengan nescafe. Caffein ni tak bagus untuk badan sebab dia boleh membunuh kolagen. Cerita lah pasal mana mana produk sekalipun, mesti dia akan stresskan untuk elakkan pengambilan caffein. Caffein ni bukan ada pada coffee je, ada juga pada teh dan minuman berkarbonat. Sila bayangkan, anda makan satin skinz sebelum sarapan --bila sarapan, anda minum coffee, semua nutrient yang dah ada dalam badan tu akan ter'wash awayy'. Sayang kan?

3) Bersabar dan rajin.
Hasil produk ini semua bergantung kepada individu; metabolisme, cara pemakanan, tahap kesihatan dan sebagainya. Mungkin ada yang cepat, ada yang lambat. Saya sendiri selepas botol set kedua baru nampak perubahan (boleh refer entry blog sebelum ini). Psstt! Ada jugak pengguna yang lepas 4 set penggunaan baru berhasil. Makanya, bersabar okay? Terus asa! Rajinkan ambil satin skinz pada waktunya, dan dengan dos yang betul, insyallah pasti harga yang anda labur itu berbaloi!

Nah, saya belanja sikit testomoni-testimoni pengguna yang dah dapat muka flawless. Semut lalu kat pipi pun tergelincir youollss!



Disclaimer: pictures credit to instagram @satinskinz2u

Text/whatsapp me: Syafiqah +60102263466

Saturday, April 4, 2015

Satin skinz's ingredients.

Post ini banyak fakta, makanya banyakkan bersabar ketika membaca dan pastikan beteri henpon banyak lagi. Karang baca sekerat jalan, handphone mati, dah nak kena baca dari mula balik.

Pertamanya, kalau ada yang bertanya kena saya pilih satin skinz untuk dijual, ada satu sebab je. Sebab saya sendiri tahu ia berjaya untuk kulit muka saya yang payah nak dijinakkan oleh mana-mana produk sebelum ini. Oleh sebab itu, saya pilih satin skinz untuk diperkenalkan kepada saudara saudari putih putih melati ali baba cikebum cikebum.

Kelebihan satin skinz:
Perubahan tona kulit sehingga 5x lebih putih
Kulit lebih gebu, lembap dan tegang
Wajah lebih segar dan berseri
Menyekat pembentukan jerawat
Menghilangkan parut 5x lebih cepat
Merangsang peningkatan kolagen
Memperbaiki tekstur kulit tua dan mati

Baca ayat atas ni like hekelehhh semua produk macamtu kottzzz.

Ragu-ragu lagi, boleh baca testimoni kat ig @satinskinz2u. Nanti bawah ni aku tepek sikit gambar testimoni yang ada. Tapi kalau baca testi-testi tu memang akan ada rasa betul ke? Macam edit je ni? Jangan risau, kalau anda ada perasaan macamtu, maknanya anda normal. 

Kenapa satin skinz lain dari yang lain? Takpe, biar saya tanya, saya yang jawab.


Satin skinz; 2 formula dalam satu pek:
1) Satin skinz merupakan produk pertama di pasaran yang mengasingkan bahan-bahan aktif untuk mengekalkan khasiat semualajadi tanpa pertembungan bahan-bahan lain yang mungkin menyebabkan perubahan khasiat awal.

2) Sel sel kulit individu normal akan diperbaharui setiap 28 hari. Anda digalakkan mengambil supplement yang aktif seperti satin skinz untuk merangsang kulit baru. 

3) Satin skinz memfokuskan kesihatan dan kecantikan kulit luar dari dalaman dan secara tidak langsung semua masalah ini dapat diatasi: jerawat, parut, eczema, ruam dan resdung. 

Jangan risau, produk ini telah mendapat kelulusan halal oleh JAKIM dan KKM juga.

Cara makan sangat mudah, set ni ada satu botol biru, satu botol pink. Ambik satu biji setiap botol, dan makan serentak. Boleh hisap atau kunyah macam makan vitamin waktu kecik-kecik tu. Rasa dia tak annoying pun, sedap je.

Makan dua biji (sebiji dari botol pink, sebiji botol biru) sejam sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.


Kalau tanya kenapa ada dua botol, tu haaa point nombor 1) tadi tu. Dia asingkan ingredient untuk bagi kesan yang maksimum. 

Botol pink:
Ada pure glutathione untuk whittening effect. Semua orang ada glutathione semulajadi dalam badan, tapi makin berkurang bila usia meningkat. So dengan adanya bahan ni, kulit akan lebih cerah dan menghaluskan texture kulit (glowing dan pinkish-- sebab tu botol dia pink!)

Botol biru: (yang ni ingredient dan rasa yang paling disukai)
Vitamin C rosehips, kolagen ikan kod, apple stemcell, astaxanthin (merawat masal jerawat, jeragat dan mengurangkan kedutan). 

Insyallah, yang dijual ni original. Macamana nak cek original ke spicy, kita borak next post. Testimoni pun next post lah. Panjang sangat kang, ngantuk.

Anything, whatsapp me at +60102263466 (Syafiqah).




Thursday, April 2, 2015

Review satin skinz.

Bismillah.

Awak adalah igers yang hebat kalau awak tahu apa itu satin skinz. Sebabnya, saya pun kenal satin skinz kat situ.

Okay, siapa yang kenal aku dia akan tahu kulit muka aku macamana. Macam lelaki lah paling senang nak cerita. Kuat berjerawat, berminyak dan kusam. Kalau lalu panas sikit, sunburn. Panas sikit, berbelang. Sampai pelik jugak, adakah aku seorang puteri salju atau bagaimana? Hahaa.

Siapa kenal aku jugak, dia akan tahu betapa banyak produk aku dah pakai. Namakan je.
Pencuci muka mahal, dah. Set penggelupasan, dah. Set tak menggelupas, dah. Nutox, tak jugak jadi seorang Fazura. Fair and lovely, dah. Serum vitamin C, dah (makin teruk).

Tak dinafikanlah, memang ada orang yang berkesan pakai benda benda yang aku senaraikan tadi. Cumanya itu lah. Aku dah kata kulit muka aku ni kulit muka tebal, macam lelaki mungkin (no offence kaum adam!). Makanya, pakai apa pun rasanya tak akan jalan.

Masalah jerawat ni makin beriya bila balik dari UK dan start kerja. Mama perli kulit muka aku selayaknya berada kat tempat 4 musim je. Kakakaa. Sampaikan satu tahap dia punya jerawat yang berbekas bagai nak rak tu, aku pergi buat facial. Tetiba akak facial tu suruh buat rawatan resdung (padahal aku memang takde alahan apa pun). Tak pasal terbang duit kat situ. Nak kata stress kerja mengajar, tak jugak. Iyalah, kalau dah hari-hari nak faced students, bila muka naik jerawat tu sikit sebanyak down jugak lah. Tapi aku cool, aku tak stress. Member pun pelik dan tegur apasal muka naik jerawat banyak sangat waktu mula-mula kerja tu.

Bila nampak satin skin kat instagram, makan bulan jugaklah aku pikir untuk beli ke tak produk tu. Sebab waktu tu aku tengah pakai serum; satu hal. Keduanya; review orang yang makan produk ni (satin skin macam gula gula vitamin) macam flawless beriya yang macam tak masuk akal tu. Bila habis dua kali percubaan pakai serum, in which jerawat makin besar, aku stop terus serum tu. Mungkin orang lain sesuai, aku tak. So aku decide untuk beli satin skinz.

Satin skinz ni apa kandungan dia, macamana cara nak makan, next post aku cerita. Cuma aku nak highlight kat sini, muka setebal lelaki ini akhirnya telah berjumpa dengan produk sesuai! Agagagaa. Sebabnya lelaki pun ada yang makan satin skinz jugak dan amboi nyahhhh lagi licin dahi dia dari aku. Makanya, aku pun rasa nak suggest orang yang ada masalah sama macam aku, dan belum jumpa produk yang sesuai, boleh try satin skinz ni.

Makan satin skinz ni kau boleh kekalkan je dengan pencuci muka apa yang kau dah selesa. Settle. Tak payah labur banyak duit kat pencuci muka, asalkan pencuci muka tu tak buat kulit muka kau kering.

Keberkesanan memang bergantung kepada individu. Macam aku, memang aku kuat bersabar dalam proses recovery kulit muka ni. Apa-apa produk yang aku pakai, aku akan cuba bertahan sampai set kedua atau ketiga. Kalau betul takde perubahan, bye! Sebab tu serum tu walaupun naik jerawat waktu set pertama, aku masih beli dan cuba untuk set kedua. Lepastu, hmmm. 

Macam satin skinz, aku guna set pertama, alhamdulillah jerawat makin hilang, muka lagi glowing. Bila dah setengah botol satin skin set yang kedua, student aku dah start tegur aku makan aura white kee (hahaa sebab waktu tu aura white tengah up). Mama aku tegur kulit muka makin cerah. Adik aku pun jeles sesikit. Member aku pulak dia kata muka makin berseri dalam gambar. Bila dah dapat respon macamtu, lagi lah bersemangat ngat ngatt nak teruskan penggunaan satin skinz. Mama, adik aku pun dah terpengaruh dan baru mula nak try produk ni.

Sebab kalau nak berjaya, kena berjaya sama-sama, aku cadangkan try produk ni. Mana tahu yang masih belum jumpa produk sesuai dengan muka dia, akhirnya jadi kes macam aku? Untuk tak memeningkan kepala nak mencari siapa yang jual produk ni, boleh terus beli kat aku. 

Okay, dear? <--sis igers. 

Contact/Whatsapp: +60102263466

Kalau nak tengok review orang yang dah berjaya pergi ig ni: @satinskinz2u

Nanti aku borak pasal satin skinz ni apa dia pulak ye?

Wednesday, November 19, 2014

Review pemakai braces.

Bulan 10 yang lepas, kira cincai cincai dah setahun aku pakai braces. Post ni ditulis pun konon acah-acah nak celebrate anniversary lah ni. Kahh. Tapi aku pesen tak reti selfie gigi sendiri sebab senyum macam plastik sangat. Makanya, takde lah gambar nak tunjuk perubahan gigi dari semasa ke semasa.

Aku madeup dengan keputusan nak pakai braces ni waktu balik cuti summer first year, tahun 2010. Sebab utama keputusan aku tu, semestinya duit poket yang mencukupi. Aku rasa lagi berwang waktu belajar nak banding waktu kerja ni. Hee. Tapi disebabkan aku belajar jauh, dan pakai braces ni memerlukan checkup setiap bulan, maka doktor cadangkan untuk buat bila dah habis belajar nanti. 

Bila dah habis belajar setahun lebih yang lepas, semangat betei nak buat braces treatment. Member semua pakat pulun kumpul duit nak buat down payment kereta buat kahwin, aku watlek watpis kumpul untuk buat pasang braces je. 

Sebelum buat tu, aku ada lah buat homework sikit sikit. Mula-mula aku review klinik dulu --tanya-tanya member yang pernah buat kat Tiew Banting. Aku pun dah pernah consulted dengan doktor kat Tiew time cuti summer first year dulu; aku punya self opinion, doktor dia tak mesra alam sangat. Lagipun kat Banting ni tak banyak dental clinic yang power, so harga kat Tiew ni mahal lah jugak bagi aku (sebab dia je satu-satunya dental clinic yang mendominasi Banting).

Then ada member yang buat kat Ooi & Khor Dental Surgery kat Kota Kemuning, Shah Alam. Aku terus call, tanya-tanya harga sikit pastu terus setuju nak buat treatment kat sana. Pulak tu aku ni jenis yang kuat berjalan dan selalu lah jugak --sikit-sikit ke Shah Alam, kejap-kejap ke Shah Alam; so belanja minyak kereta untuk checkup tiap bulan ni aku tak berkira sangat. Plus, dental clinic yang ni dia bukak sampai malam, makanya sangat sesuai untuk golongan-golongan yang bekerja macam aku dan jugak spesis pelajar yang masih memerlukan parents sebagai pengangkutan utama. Busy kerja pagi, mintak lah appointmet malam takpun busy malam, datanglah pagi punya session; kann dah settle satu masalah.

Dalam pada tu, aku study jugak carik info jenis-jenis braces, sakit ke tidak bila pasang braces ni, berapa lama nak kena pakai braces, etc etc. 

1) First treatment: doctor consultation. Waktu ni aku walk-in je belah malam, takde buat appointment. Tapi aku dah called klinik siap-siap informed aku nak datang. Time ni doktor checked condition gigi macamana, tangkap gambar sisi kiri kanan depan gigi, buat x-ray mulut dan moulding teeth model. Time ni jugaklah doktor explained apa yang dia akan buat sepanjang treatment, apa yang dia akan fix, gigi mana yang nak kena extract, harga.. dan semua benda lah dia explain. 

Waktu ni jugaklah kau boleh tanya doktor tu macam-macam. Lagi banyak kau tanya, lagi banyak yang doktor akan bagitahu. Dapat pulak aku ni jenis yang suka study dulu sebelum beli/buat benda yang costly macamni; supaya aku tak nampak macam seorang budak hingusan yang melukut ditepian gantang yang senang ditipu dan diperdayakan. Kahh. 

Harga untuk first treatment ni RM200. Tak sakit apa pun untuk memula ni sebab doktor tak sentuh apa-apa lagi pun kat gigi tu.

2) Second treatment: extract gigi! Dah sememangnya dari kecik memang paling takut jumpa doktor gigi ni sebab takut kena cabut gigi kan? Yang ni berganda dia punya takut sebab ibaratnya kita serahkan diri kita camtu je untuk dicabut gigi. Hahaa. Yang part cabut gigi ni depends on your teeth condition. Disebabkan aku punya gigi berlapis ke belakang, nak bawak gigi tu ke depan kenalah sediakan ruang. Nak sediakan ruang, jawapan dia kena lah buang certain gigi. Untuk kes aku doktor suruh extract 4 batang gigi; 3 gigi kekal, yang satu lagi tu gigi susu. Heran jugak lah mana datang dah tua bangka pun masih ada gigi susu lagi.

Sebab ada 4 batang gigi nak kena cabut, idoklerr aku serahkan bulat bulat terus cabut 4-4 batang tu dalam sehari. Kalau rasa diri tu kental, boleh je nak cabut semua sekali gus. Aku rapuh. Jadi mula mula aku cabut 2 dulu --belah kiri atas bawah (geraham pertama kiri atas dan gigi taring susu kiri bawah). Minggu depannya baru buang yang lagi 2 (geraham pertama kanan atas dan taring bawah).  Tahap kesakitan: janji tak sakit! Syarat dia mudah je, jangan keraskan badan. Sebab kalau kita keraskan badan, muscle kat gusi tu akan cengkam gigi lagi kuat. So buat rilek jee waktu doktor tarik keluar gigi.

Perasaan waktu tu cuma berduka lara sikit lah, sebab doktor buang gigi kita yang sihat. Lepastu terasa diri sendiri macam ada masalah gigi rongak kahkahh. Tapi tak obvious pun sebab gigi yang dicabut tu belah tepi pipi, belah dalam mulut. Melainkan kau jenis gelak berdekah, yang tuu hmm obvious nau nauu.

3) Third treatment ni yang paling mengujakan sebab gigi dah well-prepared untuk dipasang bracket. Braces ni ada macam-macam jenis ikut level kemahalan dia. Jenis metal braces yang dengan braces yang ada getah kaler-kaler tu sama je harga. Cuma beza; yang besi lagi cepat menggerakkan gigi berbanding dengan yang getah (beza dalam 3,4 bulan lah jugak). Aku pilih yang getah tu sebab pertama, harga dia yang paling murah semestinya. Sebab kedua, aku tak kisah pun pakai lama sikit yang penting aku enjoy waktu pakai braces. Lagipun apalah sangat 3, 4 bulan tu dibandingkan dengan gigi yang berkaler-kaler. Rare.

Ada jugak jenis braces yang tak nampak sangat, contohnya ceramic metal. Kalau yang taknak nampak langsung pun ada; samada pakai clear braces (boleh tanggalkan waktu nak berus gigi) atau lingual braces. Lingual braces ni cara pasang dia kat belah belakang gigi, so memang tak akan perasan langsung. Jenis-jenis braces ni mahal sikitlah tapi.

Metal braces.


Ceramic braces
Lingual braces.

Harga aku untuk pasang braces kat klinik ni RM5500. Actually klinik yang aku pergi ni ada banyak doktor. Since aku buat treatment dengan specialist doktor for braces, kena extra charged RM1000. Kalau doktor yang biasa (pun dah banyak pengalaman pasang braces), harga RM4500 dah boleh dapat dah. Boleh jugak pilih samada nak bayar lumpsum atau ansuran. Kalau ansuran, kena buat bayaran RM2500 minima, then tiap kali checkup kena bayar RM200. Ikut budgetlah, kalau rasa-rasa nak reduce bayaran tiap kali buat checkup, bayar lah lebih sikit waktu bayaran muka.

4) Forth, fifth, sixth, ... treatment. So yang ni, monthly punya checkup, sampaaaailah nanti waktu yang dah boleh bukak brakets tu. Bergembiralah! Aku looking forward tiap kali nak pergi checkup sebab excited nak tengok progression gigi dan paling best part nak pilih warna rubber band kat brakets tu. Kalau bulan tu ada special occasions, pilih lah rubber band yang sesuai dengan event. Contohnya, bulan yang aku ada interview kerja, aku carik warna yang skema sikit --blue black. Waktu raya, boleh matchkan jugak dengan tema warna raya. Gitttuuu.

Secara jujur dan ikhlasnya, tak sengsara pun berbraces ni. Braces dah bukan benda yang memalukan macam tanggapan aku waktu tingkatan tingkatan dulu. Kalau tak takkan lah ada orang yang jual fake braces kat instagram kan? Waktu aku sekolah dulu, mama ada jugak offer jugak pasang braces ni, tapi aku tolak mentah mentah sebab segan kalau orang tengok gigi kita ada besi. Menyesal sikit lah jugak, sebab kalau aku terima offer tu mesti dah ada Honda City sebijik parking kat luar rumah!    Dan janji laahh, tak sakit pun--toksah dengar berita-berita palsu haha. Cuma gigi tu terasa tegang sikit lah lepas tiap kali checkup. Sepanjang aku pakai ni pun takde nye aku menderita kena telan bubur nasik melainkan memang tengah mengidam bubur nasik campur kicap campur sikit ikan bilis goreng.

So, adik adik (sebab biasanya yang pakai ni budak-budak belasan tahun, aku je yang terlajak umur) tak payah takut overload sangat hoccayyy!  and dont's pulak macamana. Tak bulan depan, tunggu anniversary tahun yang akan datang pulak lah! Lulss. 

Thursday, November 13, 2014

Uvula dan Tonsil II

Untuk pengetahuan, penulis blog ni bukanlah seorang yang selalu bermotivasi hendak menulis. Semenjak dua menjak ni je. Ni pun tak tahu boleh bertahan sampai bila.

Makanya, semalam aku tengok tengok lah jugak posts yang lama-lama. Tengok punya tengok, sebenarnya ada jugak lah orang yang tinggalkan komen kat post ni; Uvula dan Tonsil

Disebabkan post tu kurang info, terfikir nak menulis lagi kot kot in future ada orang yang nak refer kalau terkena sakit yang sama. Dalam erti kata lain, aku bersalah sebenarnya tak reply pada orang yang tengah risau anak tekak memanjang!

Okay. 

Nak diringkaskan cerita, waktu aku terkena anak tekak memanjang sampai cecah lidah tu, aku masih belajar di UK. Bangun pagi, tiba-tiba jadi macamtu. Dengan zero knowledge pasal elongated uvula, aku sempat google kejap sebelum mandi dan gosok gigi. Sebab, aku takut kalau gosok gigi akan bagi kesan yang lagi buruk. 

Dari apa yang aku masih ingat apa yang aku baca, ada kemungkinan disebabkan badan kita kurang air (hydrated). Yang ni aku setuju sebab aku jenis tak suka minum air kosong. Tambah pulak, aku ambik caffein yang sangat banyak waktu kat UK dulu. Caffein berlebihan dalam badan boleh menyebabkan badan kita hilang lagi banyak air. Plus, dari kecik aku memang kerap bengkak bahagian tonsil dan tiap kali bengkak, aku akan demam. Doktor selalu pesan untuk tak minum banyak air sejuk (ais) untuk elakkan tonsil bengkak, or else kena buang je tonsil tu.

Berbalik kepada kejadian anak tekak memanjang tu, pagitu jugak aku terus refer doktor kat bahagian emergency. Ohh, gosok gigi tak menjejaskan apa-apa ye. Cuma hati hati je lah time gosok tu, sebab memang payah nak memberus pun bila tekak tu tengah panjang. Ada perasaan yang rasa macam nak tertelan anak tekak sendiri pun ada. 

Sejujurnya waktu tu sangat gelabah sebab tak tahu pun tekak boleh jadi panjang macamtu sekali. Bila refer ke doktor, dia pun kerut kerut muka. Doktor kata kes ni sangat jarang terjadi; in which aku syak dia pun tak pernah face pesakit yang ada masalah ni. Lepas doktor tu bincang-bincang sikit dengan nurse, dia bagi penicilin (antibiotik). Pastikan dulu yang kita ni tak alah pada penicilin. Kalau tak, sakit lain pulak jadinya. 

Antibiotik ni standard lah, kena habiskan. Dan sebab waktu tu tonsil aku tengah membengkak, doktor bagi ubat hisap jugak. Orang yang selalu ada sakit yang sama dia tahu lah ubat hisap ni macamana. Aku pun tak ingat apa nama ubat hisap tu. 

Waktu tu doktor pun tak pasti nak bagi ubat apa sebenarnya, cuma dia pesan ada kemungkinan hydrated dan cuba minum banyak air. Kalau dalam masa beberapa jam lepas makan ubat masih tak ada perubahan, dia suruh datang semula ke hospital. 

Alhamdulillah, lepas ambik ubat dan masuk tengahari sikit tekak tu makin memendek. Belum sepenuhnya normal, tapi dah ada kesan positif. Bila dah petang sikit, anak tekak tu terus okay. Cuma tonsil je masih bengkak. Aku tak pasti jugak kalau cuaca ada main peranan ke tak. Waktu yang aku kena tu, musim sejuk. Tapi tak mungkin lah, kalau betul sebab musim sejuk, kenapa aku sorang je yang kena orang lain tak ye dak?

Papepun, jangan gelabah walaupun memang patut untuk gelabah! Cepat-cepat terus rujuk ke doktor. 

p/s: Memang payah pun nak carik info pasal uvula memanjang/bengkak ni dalam bahasa Melayu. Time aku google dua, tiga tahun lepas pun semua yang aku refer artikel-artikel dalam English. So trylah search: elongated uvula/ swollen uvula/ etc. Aku syak orang Melayu tak pernah kena macamni lah kot. 

Wednesday, November 12, 2014

Menjadi seorang Syafiqah.

Tanya lah mana mana saudara sepupu sepapat aku macamana aku waktu baby. 
Semua mesti tepuk dahi sambil;

"Nauzubillah susahnya nak jaga eyka. Pandang boleh, nak pegang cuit sikit menangis macam kena dera."

"Kesian mama joe, nak duduk pun tak boleh. Asyik nak kena dukung je."

"Mama joe waktu jaga eyka kecik, kuruss je badan."

"Haishhh rasa nak picit je eyka. Sikit sikit menangis, sikit sikit menangis."

Lulss. 

Tu pasal kalau nak buat pasal dengan mama sangat bila dah besar ni aku rasa kesian sebab waktu kecik aku macam dah terover susahkan mama. Kehh. Tapi seriouslah. Aku pun perasan aku kuat menangis. Aku perasan diri aku macamtu waktu tingkatan tingkatan. Darjah darjah tak perasan sangat sebab, bukan ke semorang layak untuk menangis? Gituuu. 

Aku pesen tak segan menangis depan orang. Lepastu jenis tak menyabar sebab apa yang aku nak mesti aku nak dapat waktu tu jugak. Tak dapat, hmm berbaldi air mata aku bagi. Gilaa perangai macam entah apa apa. Tapi normally aku tunjuk depan family je, depan orang luar, kurang sikit lah of course. 

Mama pulak jenis melayan je perangai aku. Semua benda yang aku tak willing nak buat, mama promise bagi something. Contohnya, aku taknak cabut gigi masa kecik kecik dulu so mama janji nak belikan jam tangan. Ingat lagi, jam tangan tu warna biru, stripe dia yang jenis macam kasut sekolah rendah tu, pastu jam digital sebab tak reti baca jam lagi. Oh my God, terasa macam budak perempuan yang sangat annoying tahap petala ke lapan. Since orang kata what you give you get back kan, tiap kali aku kenangkan benda ni mesti aku doa dijauhkan anak-anak aku nanti berperangai macamni. Boleh botak kepala oi. 

Nampak tak jam tu?

Sebab kan perangai aku tu, tiap kali kalau aku gaduh dengan adik-adik aku pun, mama dengan ayah mintak dorang yang mengalah. Kahh. Macam berebut nak duduk sebelah tingkap misalnya. Come on lah kannn. Duduk sebelah tingkap je pun! Mengucap aku kalau jumpa budak macamni punya perangai. 

Sampaikan lah; satu hari tu. Ingat lagi waktu tu new year, baru nak masuk tingkatan lima. Waktu tu semorang pasang azam nak belajar sungguh sungguh lah, nak 9A lah, apa apa lagi lah. Tapi aku punya azam tahun baru, aku taknak menangis langsung untuk tahun tu. At least nak menangis pun, biar aku sorang yang tahu. Zaman tu pulak yang ada keluar lagu big girl don't cry tu kan. Hmm apa lagi, terus ku jadikan ringtone henpon

Aku punya azam tu aku pegang kuat sampaikan sekarang ni pun aku boleh rasa lagi. It's like the 2007-Syafiqah is always remind the present-Syafiqah; 

No more crying, Syafiqah. No more. 

Idokler maksudnya tak menangis dari 2007, dah kategori iron man sungguh dah tu. Cumanya aku perasan lah yang ada side effect bila aku selalu motivate diri macamtu. Aku jadi semacam keras dan senang sangat buat muka tak berperasaan. Bila bila masa yang aku sangat sedih tapi aku tak menangis, aku akan jadi sedih berganda. 

That's it. Untuk harini. 
Aku macam nak bagitahu kat diri aku yang--it's totally fine to cry lah Syafiqah, it's okay to express your sadness. 

Pat shoulder. :')

Tuesday, November 11, 2014

Monday, November 10, 2014

Settle part ucu.

Hectic weekend!

Aku agak dah hujung minggu ni mesti letih teruk. Dari Jumaat kenduri, Sabtu majlis nikah ucu, membawak ke Ahad punya receptionlah, khatam quran, marhaban bagai. Sampaikan dia punya penat level yang bila malam baring dapat bantal je, terus lelap.

Ucu ni makcik yang bongsu, beza dengan kakak atas dia 10 tahun. Waktu pakcik yang sulung dapat anak yang pertama (kira cucu pertama lah ni), nenek aku pun sibuk nak mengandungkan si ucu ni. Masing-masing berebut-rebut nak anak. Kahh dah serupa drama emakku mengandung lagi.

Makanyaahh, kampung aku dah 13 tahun tak buat majlis besar camni. Semorang excited betei, semorang nak buat itu ini, tu yang sampai bila malam je semorang like dahdahdah aku nak tidur jangan ajak borak. 

Isnin --baik yang tengah sekolah, baik yang bekerja, semuaaa mintak cuti serupa kompeni kompeni tersebut atuk aku yang punya. Kakaa. 

Habis majlis, sambung kat group wasep pulak sebab nak menjemah bagi gambar itu ini. Aku punya kamera henpon semestinya bersih dan suci sebab koserr pulak nak kulur kilir bawak henpon waktu majlis. Perempuan dewasa kan manade buat baju bubuh kocek kan, so plis lahh!






Cumanya sedih sikit part last majlis tu, kak ipar aku kena warded pulak. Appendix, dengan tengah mengandung 5 bulan. Hari Ahad dah malam pukul 11 lebih, mencicit cicit aku drive kejar ambulance pergi hospital klang. Pagi ni baru nak operation, so doa-doakan lah ye! Harap harap mummy dengan baby selamat. 


------------
Yang tak habis penat lagi,
Ticer Kimia. 
(Nasib baik tengah cuti sem 2 minggu oii!)

Saturday, November 8, 2014

Yang gemar berangan.

"Awak jaga je dulu hati awak untuk saya. Nanti dah tiba masa, dengan izin Dia, saya datang semula." 

Saya harap awak pesan ini ke saya, dengan lagak penuh makna. 

Sementara tu, 
awak dan saya --kita buat watak selamba,
kita dua baiki diri,
sampailah bila nanti 
dah tiba masa --waktu yang mula-mula tadi awak kata
--awak janji nak datang semula. 

Insyallah, dengan izin Dia juga. 

Wednesday, November 5, 2014

Sekolah agama dalam ingatan.

Waktu sekolah rendah, aku dah telek, dah belek dah diri aku ni, bahawasanya aku ini sesuai sangatlah kiranya untuk dijadikan ustazah, mengajar bahasa arab. Ayah aku pun sokong. Aku pun minat. Dan hampir je aku buat keputusan nak masuk sekolah menengah agama.

1) Result bahasa arab aku waktu darjah darjah, memang gempak. Kalau tak 99, 100 markah. Waktu darjah 3, rekod aku bersih asyik nombor 1 je (sebab aku kelas 3 Umar). Bila masuk 4 5 6 Abu Bakar, hmm ada Haziq ada Ana, kecundang teruss. Tapi legasi bahasa arab markah gempak masih aku cuba kekalkan.

2) Kalau bab menghafal sayyaratun kereta, ainun mata tu aku paling laju beratur kat depan untuk tasmik. Lagi-lagi hua huma hum hia huma hunna anta antuma antum anti antuma antunna ana nahnu tu. Boleh lepas sekali napas je.

3) Disebabkan cita-cita ustazah masih membara, aku cabar diri untuk masuk pertandingan berdialog dalam bahasa arab peringkat sekolah. Menghafal skrip je lah tapinya.

"Sabahal khayr! Kaifa haluki?"
"Sabahal khayr. Alhamdulillah, ana bikhair, anti?"
"Ana bikhair aidhan."

Perghhh! Tajuk buah-buahan tempatan kalau tak silap aku. Walaupun dapat nombor akhir sebab ada part skrip yang aku lupa, tapi aku sedar bahawa hidup itu tak selalunya di atas. Orang yang gagal ialah orang yang tak bangkit semula dari kegagalan! Camtu.

4) Disebabkan aku dah mula sedar suara itu aurat, aku tak join dah nasyid nasyid ni. Too mainstream! Kakakaa padahal waktu tu baru nak belajar apa itu ertinya haid. Jadi aku mengambil keputusan untuk masuk pertandingan sembahyang jenazah. Imam terus jawatan aku, tak pakai dah makmum makmum. Sebagai seorang imam berjaya, hari-hari aku jumpa ustazah berlatih baca doa yang part last tu. Bila dah lancar, lagilah berkobar-kobar semangat nak jadi ustazah bahasa arab!

5) Aku dah cerita tak yang bila jadi ketua kelas pun aku guna pakai istilah bahasa arab untuk beratur sebelum masuk kelas? Ruf'an (angkat tangan), krikkrikkrik (turun tangan dah lupa).

Tapi tu lah, bila dah darjah 5 darjah 6, susah pulak aku tengok bahasa arab ni. Lagi-lagi bila aku tengok buku-buku teks sepupu aku yang ambik sekolah menengah agama; semuanyaaaaa perkataan bahasa arab. Tak sediakan makna satu hal, takde baris tu yang aku haa like seriously how they expect me to understand this? Terus berbahasa inggeris.

Mana silapnya, bila dah hujung-hujung nak PSRA tu aku punya semangat dah hilang di bawa angin. Aku dah makin kerap datang lewat. Kadang-kadang tu lepas kelas dah habis mengaji aku baru terkial-kial nak angkat beg, turun dari kereta. Kadang-kadang tu kena hasut dengan bisikan lebih sikit, terus tak datang sekolah. Kahh. Cuma mujurlah keputusan masih okay walaupun tak mumtaz at least bila anak aku tanya aku punya result berapa, aku boleh bentes segala persoalan dengan mudah.

Naik tingkatan satu, aku daftar sekolah dengan berbaju kurung putih, berkain biru muda.

Tapi yang ini belum masuk part aku bercadang masuk kelas sastera tingkatan 4!

Sunday, October 26, 2014

#KJH2014

Secara matematik mudahnya, ni pertama kali lah aku jejak karnival ni sejak diawal penubuhannya 10 tahun lalu. Excited tu takde lah, cuma wondering apa je yang ada? Itu pun, pertama, sebab weekend ni aku duty felo so takde lah balik Banting. Kedua, aku nak elak dari mereput sensorang kat rumah hari Sabtu. Ketiga, come on lah, Jom heboh kat Selangor is way too mainstream! #melakapower2014

Sampai sampai je tak ramai orang. Kereta pun suam suam kuku banyaknya sebab kitaorang sampai pukul 10, serupa nak join orang lain bukak booth. 

Sebelum tu sebenarnya drive dah nak sampai ke bandar hilir dah sebab ingatkan Stadium Hang Tuah, rupanya Stadium Hang Jebat. Tahu lah pulak akuu ada berapa banyak stadium kat Melaka ni? Tapi dalam sesat-sesat terlajak sampai ke bandar hilir tu pun, sampai pukul 10 jugak so boleh bayang sendirilah berapa awalnya keluar rumah. 

.....

(Dah sekerat jalan menulis, rasa macam nak taip apa lagi eh sebab memang tak ada yang menarik pun.)

Cuma ada kat satu booth ni, aku baru masuk so aku terrhalang lah sikit pintu masuk. Jap lagi ada sorang mamat pakai spek hitam jengah betul betul depan muka aku sambil dalam hati dia, "like heklehh minah ni apasal nak block jalan pintu masuk pulak?" Aku pun dengan pantas reply, dalam hati jugak lah, sambil kerut dahi, "hekelehh kau jalan je lah apa pulak masakalahnyahh?"

Aku ke tepi sikit. Lepastu dia jalan. Dia jalan, dan jalan dan jalan lagi sampai ke depan stage. Kahh, Talha Harith rupanya. Nasib baik aku jenis tak heran selebriti sangat. 

Lepas tu jalan jalan situ sikit then singgah setiap booth yang ada sebab nak tumpang teduh. Panas dia ya rabbi. 

Waktu orang pun makin ramai, kereta dah start nak jam, kitaorang balik. 

Dah camtu je lah, habis hari Sabtu. 

Monday, September 29, 2014

ISOPQRSTU..

Situasi sekarang, aku tengah gelabah bukan main sebab Rabu, Khamis ni ada audit ISO. Jangan tanya lebih lebih, sebab aku pun baru tahu pasal audit jadah ni. Dulu asyik dengar Mama, Abang bising pasal ISO ni kat rumah.

Haa, tu je lah.

Wednesday, September 24, 2014

Dah cikgu aku dulu macamtu.

Dulu. Dulu cikgu aku pantang betul kalau tengok students dia kalau tak bubuh unit bila buat kira-kira. Baik dari sekolah rendah, baik sekolah menengah sampai lah ke matrik, bawak ke universiti.

"Syafiqah, ni apa ni? 843.9487 buah epal ke?"

Waktu tu seingat aku, paling last-lah aku buat silap lepas kena tegur depan-depan.

Sekarang ni, padan muka aku sebab berbuih mulut pesan ke dorang, unit unit unit! Ape ke yang tak paham-paham, tak paham jugak aku.

"Ni apa ni? 7584 buah epal?" aku tiru cikgu aku dulu. Bulat-bulat.
Tu nama dia sunatullah. Dah cikgu aku dulu macamtu.

Tapi asyik nak epal je, boring jugak. Pernah aku upgrade sikit, "Ni 85030 ekor kucing ke?"
Paling nak biar budak tak bosan sikit sikit epal, kejap kejap kucing. "Ni nombor apa ni? Harga iphone?"

Pagi tadi aku ada usha satu ig-er yang 'sis, please visit my ig, ada tshirt murah murah bla blaa..'
Belek satu gambar, hmmm, rasa gatal je tangan nak comment kat bawah tu, 'Bro, ni nombor berapa keping duit syiling ke?'

Brader tu bubuh gambar ukuran baju takde unit.

Sunday, September 21, 2014

Patutnya, dah power dah.

Pelik. Kita belajar bahasa Inggeris dari tadika lagi. Mula mula kita belajar, kita kenal epal, yang dieja sebagai apple, bukan epal, walaupun sebutan dia hampir sama. Ball dah seakan-akan bola dah, cuma dia tak ada 'la' bila kita sebut. Ball, je. 

C pulak, kalau dalam English kita kena sebut macam huruf K. Carrot bukan car-rot, tapi kar-rot, dan seterusnya...

Rata-rata rakyat Malaysia dah belajar English ni dari umur 6 tahun. Kalau umur sekarang 24 tahun, secara matematik-mudahnya, 18 tahun belajar English. Dan secara logik-akalnya, sepatutnya kita dah boleh kuasai bahasa ni. 

Tapi kenapa tak? Kenapa aku rasa macam satu kerugian yang maha dasyat, bila 18 tahun belajar, tapi cakap pun sekat sekat? Patutnya, dah power dah. 

Mungkin salah satunya, masalah perbendaharaan kata (baca:vocabulary), yang mana bagi aku kita belajar melalui pengalaman. Makin dewasa, makin banyak vocab yang kita pegang. Kalau kau rasa sama je dari dulu sampai sekarang, boleh pergi mereput lah sana (dibaca secara gurauan). 

Macam dulu, aku belajar perkataan 'empty' waktu exam bulanan bahasa Inggeris kat sekolah. Soalan tu punyalah susah, dia suruh isi tempat kosong, tapi langsung tak bagi clue. Biasanya soalan jenis tu ada lima tempat kosong, lima-lima tu aku kosongkan. Kalau korang jenis yang sekolah, aku rasa korang tahu soalan yang mana yang aku tengah cakap ni. 

Situasi soalan tu, budak perempuan ni nak main buaian kat taman permainan. Ayat dia lebih kurang, "She sits on an ____ swing." Susah jugak ni, clue yang ada 'an', maknanya boleh aeiou je. Tak mungkin apple. Pikir, tak pikir sangat, aku kosongkan je.

Mice pun aku belajar dari exam, soalan tu soalan objektif. Dia bagi ayat apa tah, tak ingat. Tapi punyalah berusaha cikgu-cikgu ni nak bagi students jawab salah, dekat pilihan jawapan tu ada mice, ada jugak mouses. Dan semestinya lah aku pilih mouses. Tikus-tikus. 

None of your bussiness. Phrase ni aku belajar dari kawan sekolah jugak. Waktu tu dia bergaduh dengan crush dia, nama dirahsiakan. Lepastu tetiba, "lantak aku lah, none of your bussiness!" Emm, menarikk. Apa benda yang dia jual pulak ni?

Priority pulak bila terbaca status fb, member jugak. Waktu tu tingkatan berapa tah, tapi aku sekolah harian, dia sekolah asrama. Tentunya dia lebih power. Dia up satu status yang berbunyik, "Priorities your priority." Amboi. Terhegeh-hegeh bukak new tab, carik google translate.

Okay, sekarang ni mana tujuan aku open cerita ni? Dah tak nampak hala dah. 


Friday, September 19, 2014

Wth.

A. A. A. Satu D. 
Yang satu tu lah; Kimia. 

A. A. B. D. 
D apa? Kimia. 

Dua A. Dua B. 
Kimia apa? B. 

What theee, Chemistry is easy lah!

Wednesday, September 17, 2014

Kali pertama.

Oleh kerana life is full of surprise, tadi petang aku dapat kejutan. Student menangis depan aku. Ah sudahh, kelu betei. 

Pengalaman pertama, nak handle macamana tak tau. Pulak tu dia menangis, aku pun macam nak ikut menangis jugak. Jenis pantang tengok orang menangis ni payah jugak. Mata aku dah mula dahh berkaca-kaca, yang tahap kalau aku pejam mata sekali je dah boleh menitik air mata tu. Tapi nasib baik sempat berfikiran waras sebab kalau dah dua-dua menangis, apahal pulak? Siapa nak cool down kan siapa?

Aku macam seorang hero, hulur tisu. Bila dah settle setle sikit, budak tu mintak izin balik. Okay lah, dia nak balik, balik lah. Tak sempat kelip mata, datang lagi seorang student lain, "Miss, Miss marah student tadi ke?" 

Pffft. Betul, betul aku tak marah. Aku tanya je. Aku tanya, "susah sangat ke kimia?" Dia jawab dengan air mata. Deep betul. 

Saturday, September 6, 2014

Seorang kuli.

Semalam. 

Jenis manusia rebel ni dia akan komplain apa je depan mata. Akulah tu. Adeke patut nak mintak print berwarna 2 helai, kena nak mintak kebenaran orang atasan? Kalau orang atasan tu jenis melekat kat office takpe. Ni nak kena tunggu next week baru dapat approval. Aku macam wth ada sistem macamni? Come on, 2 helai je tak jentik pun level ink catridge tu. Sebab nak dapatkan tandatangan, bertangguh pulak kerja aku. Ni nak salahkan siapa sekarang ni kalau situasi macamni ni?

Sebagai tanda protes, aku derma darah pulak petang tu. 

Ok, tak kena mengena. 

Wednesday, September 3, 2014

When I'm writing this.

When I'm writing this, I'm officially a Chemistry lecturer at Malacca Matriculation College, dah nak 3 bulan dah pun. Alhamdulillah, selepas setahun menganggur tanpa kerja. Tapi aku enjoy for the whole year tu, redeem all the times I had lost with the families and friends.

When I'm writing this, aku baru lepas kena sound dengan ketua unit sebab tak praktikkan English sebab hari ni hari Rabu. Rabu -Wednesday; that means English-day. Tapi aku masih rilek teruskan kerja menanda lab report yang maha banyak.

When I'm writing this, I'm actually in recovering period. Heart breaking kononnya. So, que sera sera whatever will be, will be. Engkau pikir lah apa yang engkau nak pikir, tapi part ni biar aku simpan, aku yang lipat kemas-kemas.

Damn! Lucky is #nw.

Saturday, April 13, 2013

Jauh, memang jauh.

Pandangan jauh, apa yang dapat cuma gambarnya tidak jelas.
Kadang kadang hampir lelah hanya berkias.
Teringin diluah, dimuntah semua keluar.
Sampai tekad yang telah bulat, "Aah, biarkan saja! Kan Allah dah kata, adalah nanti titik temu kita."

Sudah. Apa difikir lagi?
Sambung sahaja mimpi yang tertunda tadi.

Ada pilihan. Pilih.

"Kau sanggup mati sekarang ni?"

".....?"

"Sanggup ke tak?"

"Mestilah tak."

"Kau nak syurga?"

"Siapa yang tak nak. Orang jahat pun nak."

"Nak syurga tapi tak nak mati. Tak mati macamana nak masuk syurga."

Cuba bertanya pada Tuhan, tentang detik-detik yang penghabisan.

Friday, April 12, 2013

Wanita seluruh Dunia.

Mudahnya wanita untuk masuk ke syurga, tapi masih ramai yang ke neraka.

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga "Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga" 
(Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka." Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?" Rasulullah S.A.W bersabda: "Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu." Wanita itu bertanya lagi: "Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama."

Ramai antara kawan-kawan yang belum berumah tangga, termasuk diri sendiri, menanam cita-cita menjadi isteri solehah.
Insyallah. :)

Namun, jangan terlalu sibuk diangan mengejar title isteri yang tadi,
Sehingga terabai tugasan yang sudah pasti;
Menjadi yang solehah untuk ummi dan abi,
Sementara masih ada waktu yang berbaki.

Dian Hana Umairah: Page 11.

Tanggal 1 April lepas, I'm officially an aunty!

Semoga baby Dian membesar dengan sihat.
Menjadi sumber dan saham pahala untuk ayah mama.

Selamat menjalani tugas sebagai khalifah. 
Jangan risau, kami akan sama-sama bantu Dian!

Cik Ngah jumpa Dian Julai nanti, okay!
I'll buy you dresses yang super-duper comel.
Nanti paksa jugak housemates Cik Ngah beli dresses untuk Dian.
Ahaha.

Semoga menjadi solehah.
For now, nahh bintang dari London untuk Dian. *

Day 1: Hari ni, bangun-bangun je, belek handphone bawah bantal, dan melompat terus dari katil. Sebab yayyy! Dian dah lahir. Mama Dian pun sihat :)
Baby Dian baru dapat nama.
Yang ni Dian nak jumpa nenek Sungai Nibong!
Ohh. Yang ni paling cannot go. Young Nanny ever. 



Wednesday, March 27, 2013

Menjadi-jadi kau, kan?

Dengan tak berus giginya, bangun-bangun terus bersembang pasal kawan-kawan kecik dalam rumah.
Aku pun tak pasti kenapa, sejak-sejak aku cerita pasal dorang ni dalam bolg, makin menjadi-jadi pulak perangai dia.
Nak cari publisiti murahan mungkin.
Ataupun dia pikir dia boleh menaikkan nama dan martabat keluarga dia, bila aku sibuk bercerita pasal dia kat sini.
Haa. silent reader sangatt.

"Subuh tadi, dia selamba je lalu depan aku atas meja."

"Tu laa. Malam semalam, kita belum tidur pun dia dah berani keluar."

"Rasa dorang nak cabar kita ni kot. Geram."

"Tak tahu la ni superstition ke apa. Tapi kalau kat rumah Malaysia, orang kata kalau ada tikus kita tak boleh panggil dia tikus."

"Aah. Panggil dia Cik Ti."

"Sebab nanti kalau dia dengar, dia boleh marah kan? Gigit-gigit wayar tv siap."

"Lepas tu memberontak. Panggil kawan-kawan dia yang lain."

"Tapi ni dia tak faham tikus. Dia tahu mouse je."

Haha. Tak de kerja fikir masalah kawan-kawan kecik ni. Banyak lagi la benda lain nak fikir.

Dah dah. Mandi, pergi sekolah!

Cerita sekolah, lagi..

"Bosan. Poyo sangat sikit-sikit cerita pasal sekolah dia je."

"Macamlah orang lain takde sekolah langsung."

"Macamlah dia sorang je yang penat, orang lain rileks goyang kaki."

Eh, ada dengar bunyik cengkerek. Ahahaa.

Alhamdulillah. Harini Allah beri izin untuk buat tugasan-tugasan di makmal.
Dan technician yang aku bekerja ni, sangat laaah super duper melancholy!

Melancholy ni kalau nak tahu, adalah sejenis perangai dan kategori manusia yang salah satu sifatnya ialah perfectionist.

Tak tahu mana silapnya, aku ni pun tergolong dalam manusia jenis jugak.
Bunyi macam poyo, bukan?
Tapi ni semua based on a test and research.
Hehee. Backup diri sendiri.

Sifat lainnya seorang melancholic ni adalah seperti; sensitif, buat kerja suka bertangguh, put high demand on others, berjimat-cermat.
Haa. Gitulah.

Nak tahu banyak lagi, google sendiri sana. Cari 'personality plus test'.
Lepastu boleh jugak try buat test tu dan recognise diri sendiri dalam tahap yang mana.
Kalau ikut test ni, ada empat personalities semuanya; sanguine, phlegmatic, choleric dan pastinya melancholic.
Seronok. Sebab dapat mengenali diri sendiri lebih dalam dan tahu macamana nak berhadapan dengan manusia-manusia yang punya personality berbeza daripada kita.
Seronok tu seronok, tapi lagi seronok main jutaria laa. Haha.

Google je la sana. Mudah.
Senang kerja aku tak payah beriya terang panjang lebor.

Tapi untuk beri gambaran kasar, aku boleh simpulkan yang;
Sanguine ni perangai macam Aznil.
Phlegmatic pulak macam krik krik krikk. Haha!
Tak tak. Phlegmatic macam William Shakespears kot? Tenang. Tak gelabah. Heh, bajet konon kenal rapat dengan Shakespears.
Manakala insan choleric ni pulak ibaratnya seperti Mahathir.
Eh, Najib. Eh tak tak, Anwar. Eh?

Dan, melancholic ni macam technician sekolah aku ni!

"Make sure you wash them (test tubes) properly"

"Let it dry first before pour NaOH into it."

"Okay, you sit here and I'll show you how."

"It's not very presentable. You think so?" test tube rack kotor berbekas bahan-bahan kimia.

Kemudian, sikit-sikit lap meja.

Kejap-kejap alih barang sini sana. Aku kira, dia tak minat nak tengok working place dia serabut.

Tapi takpe, aku faham bila dia bertindak macamtu.
Aku lagi suka. Kemas pun kemas. Bersih pun bersih.
Walaupun bunyiknya macam cerewet. Tapi takpe. Aku suka.
Aku kan dari genetik personality yang sama. Ingat?

Makanya, bekerja dengan technician ni bukan masalah buat aku.
Eceeh.

Cumanya, bila melangkah dan jejak kaki pertama keluar je dari makmal, terus aku macam;
"Ehh. Penat juga ye, bekerja dengan orang spesies aku."

Balik rumah, terus flatttt! Shut down sempena earth hour. Eheh.

Tu satu hal.
Dua hal, timbul rasa kesian bila teringat sesiapa yang pernah bekerja atau tinggal serumah dengan aku.
Itu tak boleh. Ini tak kena.

Maaf. Saya baru belajar macamana nak handle diri sendiri yang frgaile but resilient ni. :p

Heh. Dah, google sana!
Kalau bosan jawab soalan test, pergi carik kawan. Boleh main jutaria.

Tuesday, March 26, 2013

Bagi tips sikit.

Sambungan cerita post yang terakhir.

Malam ni dia semacam saje nak usha, cabar aku.

Dalam bakul sampah, masih la lagi boleh ku campak bantal.

Tapi ni, kalau dia duduk buat aktiviti kuis-kuis dia tu di antara dinding atau syiling rumah? Nak baling dengan apa?

"Nanot, ada tak apa-apa ayat Al-Quran boleh halau tikus?"

T_T

Sunday, March 24, 2013

Responsif.

Malam tadi tidur sangat tak tenang.

Sejak kes pecah masuk rumah, aku jadi sensitif kalau ada dengar meski pergerakan kecil dalam rumah.
Terus terjaga.
Terus tak boleh tidur.
Terus jantung pam darah laju-laju ke seluruh pembuluh darah.

Sama ceritanya dengan malam tadi.

Tidur di bilik Nanot di bahagian bawah rumah memang banyak cabarannya.

Pertama, sebab dekat dengan pintu utama rumah.
Makanya, bunyi angin yang mengetuk pintu, menyapa tingkap tu semua aku boleh dengar. Jelas.

Keduanya, sebab kehadiran kawan-kawan kecik yang mencicit-cicit dalam rumah! Yang ni tak memang tak boleh pergi (baca: can not go).
Nak marah lebih-lebih, macam kurang cerdik pulak sebab lepaskan emosi pada haiwan yang terang-terang tak boleh berfikir baik buruknya mengganggu tidur seorang manusia. Makanya, aku cuba jugak lelapkan mata meski payah.

Bila sekali dengar kuis-kuis plastik dalam bilik, aku dah mula dah naik geli. Meremang-remang siap.
Terfikir juga, apalah yang sibuk benar dicari dalam bakul yang hanya penuh dengan sampah-sampah kertas-kertas bekas contengan.
Setiap sepuluh minit mesti aku terjaga sambil tutup telinga rapat-rapat.
Pulak tu, jarum pendek dah makin lama makin cecah ke angka empat.

Dua kali kuis-kuis, okayyy fine aku mampu tenang lagi.
Tapi ni dah tiga kali, empat kali, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan belas kali tu dah melampau.

"Diamlah!" sambil baling bantal ke arah bakul sampah.

Dengar bunyi menggelabah lari berdicit-dicit.

Heh. Siapa sangka? Akhirnya, terkeluar juga tindakan yang kurang cerdik.

Saturday, March 23, 2013

Nicest Saturday I had.

Bangun pagi.

Capai telefon bawah bantal.

Rutin biasa, semak mesej segala bagai.

Ehh?

Hahaa. Senyum sampai telinga!

"Korang. Nah baca ni!"

Pecah gelak semua.

Sorok muka bawah duvet semula.

"Dah, eyka. Mandi sana!"

"Tahnye, nak berangan sambung kat bilik air."

p/s: Your message made my day la, beb!

Selamat datang ke alam kami!

"Abang Ipan?"

Diam 3 saat.

"Eykaaaaaa..."

"Eyka, result macam bapak laa." Ni direct copy dialog sebenar. Tak faham, takpe. Aku izinkan untuk diabaikan.

"Macam sia-sia belajar jauh dari rumah 2 tahun. Tak balik rumah. Tidur tak tentu hala."

"Sekarang ni aku dah tak tahu dah apa cita-cita aku."

"Plan nak ambik medik. Tapi sekarang..? Bapak laa! Sedih.." Sekali lagi bapak keluar. Bapak siapa pun tak tahu la.

"Kakak Eyka, macamana ni??"

"Eyka, aku tak dapat lagi kalahkan kau." Padahal result sama level je pun.

"Menangis tau Ipan ambik result tadi. Check tadi pakai SMS je. Sekolah pulak ada 45 orang scored."

Mengeluh berat.

Kesian dengar semua kekecewaan seorang adik yang bercita-cita tinggi ni.
Aku mampu tenangkan dengan mengingatkan betapa luasnya rezeki Allah je.

Belajar di sekolah yang persaingannya yang sengit, dah tentu cabarannya pun lain.
Pulak tu, kawan-kawan semua dapat keputusan yang boleh dijulang ke langit.
Aku faham perasaan kecewa tu mesti ada.

Teringat sebelum dia masuk UPSR, "..kita tengok nanti, kau dapat kalahkan semua result Eyka ke tak."

UPSR keluar, kantoi Sains.
Dapat PMR, terer terer semua masuk gol.
Keluar SPM, "Eykaa, aku tak dapat kalahkan kau lagi.."

Terus timbul sesal cabar dia suatu masa yang dulu.

Insyallah, Abang Ipan.
Ni baru permulaan.
Ibaratnya, kau tu macam seekor anak penyu jantan yang selama ni elok dalam jagaan, dan baru nak dilepaskan dari dalam akuarium ke laut dalam yang lebih luas.
Hidup lepas SPM lagi besar cabarannya.
Kau akan mula jengkel bila pensyarah-pensyarah kau akan suruh tinggalkan je slip SPM luar pagar universiti.
Padahal, kita berusaha bagai nak rak untuk capai keputusan sebaik tu.

Dan mengenai masa depan pelajaran kau, percayalah, mesti Allah bantu.
Banyakkan berdoa.
Mohon Dia permudahkan jejak langkah kau menuju ke menara gading impian kau tu.
Hahaa. Dah lama tak buat ayat karangan guna menara gading. Tu ayat-ayat yang digunapakai waktu SPM 5, 6 tahun yang dulu-dulu je tu. See?

Anyway!

Jadikan ni tarbiyah untuk terus maju dan maju. Macam lagu Sri Langat tu.
Aikk, masakan kau lupa lirik lagu sekolah?

Yakin, dengan Allah!

Apa yang kita suka tak semestinya akan bawa kebaikan untuk kita.
Allah yang cipta kita, dan semestinya Allah tahu apa yang sesuai untuk kita.

Ibaratnya; macamana Mama lahirkan kau kat Soma dulu, besarkan kau dari kecik, mesti Mama lagi tahu yang kau tak suka makan udang dan sotong.
(Okay, nak highlight Soma je ayat atas ni.)

Apatah lagi Allah, Pencipta yang ciptakan Mama sebagai medium untuk terciptanya kau.

Lagi pulak, Allah ada pesan;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." [Al Baqarah: 216]

Dan keputusan kau tu pun bukan teruk mana pun, hoi hoi!
Kalau kau kata keputusan kau teruk, keputusan aku yang dulu tu nak dikaterogikan dalam kasta yang mana pulak?

By the way, well done bro! You did such an excellent job!
Frankly speaking, I'm proud of you.
Double triple super duper proud to be sister of yours!

Dah. Bangkit!

Oh yaa, welcome to the club! Selamat menjadi dewasa. ;)




Thursday, March 21, 2013

Dunia sebelah sini.

Dalam satu sekolah,

Ada orang macam Addin.
Ada orang macam Ani.
Ada orang macam Hanis.
Ada orang macam Kak Wani.
Ada orang macam Howlin.
Ada orang macam Talhah.
Ada orang macam Abu.
Ada orang macam Uzmat.

Kalau tak muka, perangai.
Kalau tak perangai, fizikal luaran.

Eh, lupa!
Ada jugak orang macam Jong Kook.
Haha. Over, kan?

p/s: habis dah minggu 3 yayy!





Wednesday, March 20, 2013

Rutin sekolah.

Sekolah.

Sangat hectic!

Balik rumah, lepak tengok tv sambil makan, maghrib, belajar subjek esok, isyak,  dan kemudianya kiokk.

Ni je ke corak hidup untuk 50 tahun dari sekarang? Menakutkan.

Tapi tapi, dah jatuh cinta dengan kerjaya ni!
Heee. Poyo bukan? Tengok cuba, esok-esok mengeluh la apa laaa.

p/s: series, mengajar sangat best!

Monday, March 18, 2013

Ada orang kata.

"Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya untk memelihara cinta itu dr ternoda. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana Dia mengetahui segalanya daripada kita"

Peliharalah 'malu' hatimu sebelum tiba masanya..nescaya lebih indah..

AllahuRabbi. :)

p/s: eh, ada bunyi cengkerik.

Saturday, March 16, 2013

A story of mine.

The motivation of being a teacher was sparked by mama.
When I was 7, my teacher told me to fill in a personal details form.
Then it came to an ambition section and I'd totally no idea about what I should write on it.
To make it less complex, I decided to ask Mama.

"What do you like to do?" Naaa, as expected, she won't never gave me a solid answer!

"Teach! I would like to teach," I answered is an impish grin.

"You know what, Mama. A teacher is a simple job as they don't have to study and do homework. They're only teaching!"

She nodded and smiled, "In that case, let's fill it as a lecturer."

From that moment, I knew that my journey to become a teacher had just begun.

Sigh! My answer years ago was too too far toooo cliche!

Yet, it's not the easy job like I thought when I was 7.

The end.


p/s: Ohh, perbualan ini sudah dialih bahasa dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. :p



Friday, March 15, 2013

Pelanggan macam aku.

Sepanjang pengalaman aku menjaga hati pelanggan di syarikat pakaian Hari-Hari, aku tak pernah lagi jumpa pelanggan perangai macam aku. Alhamdulillah.

Tahun lepas, memang ada rancangan untuk aku bawa Ayah, Mama dan seorang adik-beradik yang bertuah untuk datang ke UK. Kenapa adik beradik yang bertuah? Sebab diaorang kena cabut undi siapa yang layak ikut bagi mengelakkan ketidakadilan dan ketidaksamaan. Kenapa seorang je? Ramai pulak kan duit nak sponsor satu kampung datang..

Oleh kerana abang kahwin bulan 6, makanya lepas exam aku kena balik jugak nak taknak. Padahal aku sejuk (baca: cool) je pun kalau tengok nikah dia dari skype. Bila telefon dan nyatakan hasrat taknak balik tu, abang mulalah; tak kesian ke tengok mama buat itu ini sorang-sorang; tak kesian ke tengok aku hantar jemputan tak cukup kaki tangan; tak kesian ke tengok atin ikat riben sendiri malam-malam; tak kesian ke tengok pak lobai (jiran) sapu sampah kat luar? Haaa. Motif sangat bila sampai nak kena sentuh isu jiran tetangga bagai.

Makanya dalam perancangan, aku balik Malaysia bulan 6, bulan 7 macamtu aku terbang semula ke UK bersama-sama 3 orang yang lain tu untuk majlis konvo aku. Rabak poket oi!

Perancangan Allah Maha Hebat, lepas duduk final exam kertas pertama, aku rasa tak yakin boleh konvo. Langsung! Kertas polymer susah amat masa tu. Dan dalam perkiraan aku, aku dapat selesaikan menjawap tak sampai separuh soalan pun! Nak tunggu apa lagi kan? Markah lulus 40%. Memang dah boleh buat congak kasar dalam kepala; jawab tak sampai separuh dan yang tak sampai separuh tu belum tentu semua betul. Maka kalau ikut sifir matematiknya, nak lulus kertas polymer ni memang pa-alif yah; payah!

"Ayah, kita cancel ye konvo tahun ni?"

"Mama, kita tunda dulu ye konvo tahun ni?"

Rasa macam nak jatuh rebah masa called Ayah, Mama. Over sangat kan ayat jatuh rebah? Tapi ye lah, anak yang dinanti-nanti untuk balik raya sambil pegang ijazah, gagal di saat-saat akhir. Tak ke macam babak drama akasia petang-petang ?

Untuk batalkan tiket, aku contact Encik Abu Fadzil selaku agen MAS yang uruskan tiket aku. Minta tunda. Alhamdulillah, beliau kat okay!

Selang beberapa bulan, keputusan keluar! Masa tu aku dah bersiap sedia dengan nota-nota polymer kat Malaysia, mana tahu kot-kot kena ulang kertas ke kan. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah! Rasa nak sujud taknak bangun-bangun. Dengan izin Allah dan berkat doa semua orang yang aku call sambil nangis-nangis, Allah jadikan pengakhiran kos ijazah aku dengan pengakhiran yang sangat baik.

Alhamdulillah.

Masa ni, mulalah ada perasaan halus sikit-sikit menyelinap dalam badan nak pergi konvo! Bayangkan kau berdiri atas pentas, dengan berjubah, mak ayah kat bawah tengah senyum-senyum kambing. Syahdu oi oi!
Makanya, aku contact lagi Encik Abu tu tadi untuk on semula tiket yang dah aku tunda tu. Ada lagi dua minggu je sebelum tarikh konvo.

"Maaf Syafiqah, saya rasa tak yakin boleh dapatkan tiket tu dalam masa terdekat."

Mendung.

Dalam hati; takpe lah. Konvo je, insyallah Master ada lagi. Allah nak bagi yang lebih baik.

Mendung bertukar cerah.

Selang beberapa bulan lagi dan lagi, aku contact Encik Abu untuk tuntut tiket yang dah masih dalam keadaan yang samar-samar tu.

"En. Abu, saya rancang untuk bawa 2 orang family saya April ni. Boleh tak deposit (4xRM1500) tu saya jadikan harga penuh untuk 2 orang?" Sebab harga satu kepala pergi-balik RM3000. Kalau aku beli untuk 2 orang je, maka secara Matematik sahihnya, aku dah tak perlu bayar apa-apa lah kan.

Serius! Encik Abu memang super duper best!

Dia benarkan dan minta salinan passport 2 orang bakal penumpang MAS tu.

Senyum.

Sebulan sebelum tarikh aku rancang untuk family aku terbang, Encik Abu telefon lagi.

"Syafiqah, saya dah contact pihak MAS dan dia tak yakin boleh dapatkan tarikh tu, Sebab sekarang tengah MATTA fair bla blaaa bla."

"So, boleh refund tiket tu tapi makan masa. Ataupun, kalau Syafiqah nak tukar lagi tarikh boleh bagitahu dalam masa seminggu ni sebelum urusan refund."

"Pihak MAS ni pun dah bosan. Sekejap-sekejap tukar tarikh. Sekejap dari 4 orang tiba-tiba jadi 2 orang sahaja." (Baca dalam nada bergurau tapi serius tapi suara tak tegang. Haa. Macamana tu?)

Gulppp!

"Ohh ya. Saya pun tak sempat nak tanya Syafiqah betul-betul, kenapa tunda-tunda tarikh banyak kali?"

Hanya mampu gelak-gelak dalam talian.

"Hahaa Encik Abu. Panjang ceritanya. Nanti saya bagitahu samada refund atau tukar tarikh lain."

Encik Abu mesti dah garu-garu kepala ada pelanggan macam aku. Duit tiket dah hampir setahun pada dia, tapi pelanggan dia tak terbang-terbang lagi!

p/s: rasa macam jadi pelanggan yang SANGAT bermasalah.

Thursday, March 14, 2013

Bila pulut bertukar hijau.

Ekspresi kegembiraan seorang pelajar yang jatuh rindu pada juadah berbuka puasa! ^^

Show me some respect!

Ada dua cerita.

1) Kisah satu.

Sebelum aku melayakkan diri belajar di bumi Permaisuri ni, seharusnya aku kena lepas sesi temuduga dulu. Macam biasa la kan calon-calon temuduga mesti masa ni baru sibuk nak tahu nama penuh Agung, Sultan, PM, menteri itu, menteri ini. Aku pun tergolong dalam kelas calon-calon macamni jugak. Sambil sarapan dalam kereta, sambil tu baca surat khabar. Konon nak jadi orang yang hebat isu semasa. Sedangkan padahal kalau hari-hari biasa, surat khabar tu dijadikan bahan utama nak rujuk intisari rancangan je.

Nak dijadikan cerita, teringat satu soalan yang pernah diajukan pada aku oleh penemuduga.

"Who is our current deputy Prime Minister?"

"Muhiddin Yassin.." Yakin yakin!

"Is he your brother or something?"

"Errr.. What I mean is Dato'. Dato' Sri Muhiddin Yassin."

"Dato' Sri?"

"Ehh. Tun? Ehh. Tak. Tan Sri. Tan Sri Muhiddin Yassin."

Ni baru betu-betul kena duga dengan penemuduga! Dia mampu geleng-geleng kepala je depan aku.

Bila dapat keputusan aku lulus temuduga, abang, kawan-kawan aku semua sibuk perli baikkk punya. Perli sebagai tanda tahniah lulus temuduga.

"Tulaaa. Jawab lagi macam tu. Padan muka, kan dah kena buang negara!"

2) Kisah dua.

Selain facebook, whatsapp pun dah boleh dimanfaatkan untuk bertukar-tukar idea mengenai hal-hal yang skopnya lebih besar. Sebagai contoh, buat group di whatsapp untuk berbincang atau kemas kini perkembangan gerak kerja untuk sesuatu program.

Dah nama pun dalam satu group, terang-teranglah ada juga nombor whatsapp yang tak ada dalam simpanan phonebook. Nak dijadikan cerita, aku yang sengal-sengal ubi ni nak lah jugak bertanya satu soalan.

Makanya, soalan tu berbunyi begini;
"Hamka, yang ni bla bla blaa ke?"

Tak sempat Hamka reply, ada satu mesej masuk. Tapi kali ni bukan mesej dari whatsapp. Ni mesej yang biasa tu. Dapat tangkap kan?

"Tak pasti Syafiqah tahu ke tak, tapi yang Hamka tu Dr Hamka tau. Sorry tak inform awal."

Gluppp! Muka biru.

p/s: suka-suka aku je, dibuatnya macam kawan-kawan sepermainan ting-ting!

Tuesday, March 12, 2013

Of Starbuck and McD.

Dilahirkan sebagai seorang perempuan dan anak kedua dalam keluarga, aku dapat rasa semacam aura yang kompleks dari dalam diri. Nak kata punya 2 identiti berbeza, tak jugak. Nak kata, senang dipengaruhi, boleh la sikit-sikit. Nak katanya, kompleks la, memang kompleks.

Baca tajuk pun dah boleh agak isi kandungan cerita kan? Takpe. Teruskan membaca dan boleh tangkap feeling seperti sedang membaca komik dragon ball.

1) Situasi di luar Malaysia.

Untuk aku membeli kopi di Starbuck, boleh timbul rasa malu. Mahal bukanlah menjadi isu pada waktu itu untuk tidak membelanjakan duit ke syarikat Starbuck ni, sebab harganya yang sama seperti syarikat-syarikat kopi yang lain. Tapi timbul rasa malu andai kata sedang sedap-sedap hirup minum kopi, tiba-tiba nak dijadikan cerita terserempak pulak dengan rakan-rakan seMalaysia yang lain. Mahunya tak malu. Malu oi, terasa macam hirup darah saudara sendiri!

Untuk aku membeli makanan di McD, memang jauh api dari panggang. Antara sebabnya, amat susah nak jumpa kedai pakcik berkasut merah besar ni yang ada sijil halal. Lagi pulak, harga McD boleh dikelaskan sebagai makanan golongan elit sebab harganya yang agak mahal jika nak dibandingkan dengan ayam-ayam pakcik Arab yang lain. Kedai kebab arab pun bersepah-sepah tepi jalan. Yelah, mana ada orang bukak kedai tengah jalan. Ye dok?

2) Situasi dalam Malaysia

Untuk aku membeli secawan polisterin/secawan kertas-yang-boleh-dikitar-semula kopi di Starbuck dalam Malaysia sama sahaja situasinya untuk aku membeli makanan McD di luar Malaysia. Harga melangit! Sebagai seorang yang mempunyai cita-cita untuk memiliki kereta Audi, aku pilih untuk berjimat cermat dari membelanjakan duit ke tabung Starbuck. Dan menjadi keistimewaan Malaysia semestinya, kopi Setarbak  yang murah tu pun sama je tandingannya dengan kopi Starbuck. Nak cepat lagi beli Audi, nahhh 3-in-1, bancuh sendiri. Tambahan pula, kopi dah jadi kurang menarik perhatian dan jatuh ke tempat ke-11 pun bila jejak Malaysia. Sirap bandung, fresh orange, mango tango, air jambu tepi jalan lagi mengiurkan. Heee, mengiurkan pelik.

Untuk aku membeli makanan di McD ni yang memang tak boleh pergi. Berkali-kali tanam dalam diri untuk berkata tidak pada McD dalam Malaysia tapi malang, masih tewas dikalahkan oleh nafsu campur bisik-bisik makhluk merah bertanduk. Ingatkan tarbiyah tak makan McD selama 9 bulan di luar Malaysia, mampu mengubah selera terhadap burger-burger pakcik kasut merah. Sayangnya, tak tak. McD banyak memberi offer; wi-fi ada, air siap boleh re-fill, taman permainan kecik lengkap. Sampaikan kot jalan-jalan nak buang air pun, McD jugak yang dicari.

Sampai satu tahap, buat aku berfikir.
Kenapa kalau kita dicampakkan di tempat yang ada pilihan yang lebih selesa, kita cenderung memilih yang selesa tu. Yelah kan. Nama pun selesa. Siapa yang nak susah?
Tapi kenapa pula kita suka buat sesuatu yang hanya memuaskan diri kita sendiri tanpa memikirkan orang lain?
Ataupun, kita suka bertindak untuk nampak baik depan orang lain tanpa mengira kepuasan diri sendiri pun. Sedangkan kalau diberi pilihan lain, kita boleh je buat perkara yang bertentangan lantas memuaskan diri kita. Atau kata yang lebih mudah, tak kisah la hangpa nak kata apa, janji aku bahagia trralalalalaa.

Boleh tangkap tak maksud monolog-monolog luaran kat atas ni?
Senang cerita macam ni lah, sudah-sudahlah tu dengan Starbuck, McD bagai. Hentikanlah. Cari pulak sumber kebahagian yang lain.


p/s: Aku kompleks. Kan?

Aktiviti malam Isnin.

Minggu lepas boleh kata sibuk sikit.

Pertamanya, sebab baru dapat school placement.
Makanya, tiada lagi istilah percutian di London selama setahun.
Waktu tak ada school placement, pergi kelas Isnin dan Khamis je. Isnin tu pun kelas English yang baru je dinyahmansuhkan dari jadual 2 minggu yang lepas. Bayangkan betapa senang lenangnya seorang bakal guru ni. Hehee. Haipp tapi ingat 5 perkara sebelum 5 perkara!
Nak dijadikan cerita menarik, kira PGCE (Post Grad Certificate Education) ni boleh dikategorikan sebagai percutian di London selama setahun laa.

Keduanya, boleh kata tiap-tiap malam minggu lepas ada je kerja kena buat.
Malam Rabu ada appointment makan-makan.
Hari Jumaat ada temujanji high tea.
Sabtu dan Ahad pulak dah berjanji nak makan-makan sambil berbincang masalah umat.
Nampak tak permainan dia kat situ?

Jadinya, minggu ni canggung pulak bila free.

Dan perbualan dua orang rakan ini telah direkod sewaktu sedang sibuk menahan sejuk balik dari sekolah dalam tube (sejenis keretapi bawah tanah);

"Malam ni tak ada apa-apa kan?"

"Aah. tak ada la kot. Hari ni hari Isnin kan?"

Angguk.

"Ohh, ada senario."

........

p/s: Paham? Tak paham, PM.

Sunday, March 10, 2013

Pulanglah, kawan.

Saya ada kawan.

Dulu, dia selalu mesej saya.
Sejak ada whatsapp, kami banyak berbual melaluinya. Sebab percuma! Boleh jimat masuk duit dalam tabung kawen. Heee.
Hari-hari kami ber-mesej-an. Dari bertukar khabar sampailah dah basuh baju ke belum?
Kalau tak ada tajuk perbualan, sekurang-kurangnya kami berbalas-balas emoticons yang comel-comel kat whatsapp.
Setiap Rabu, kami akan duduk bertemu lutut ke lutut. Berbicara tentang isu-isu Malaysia, Islam dan Dunia.
Tak cukup dengan itu, hujung minggu selalunya pasti kami bertemu lagi. Berjalan-jalan di pekan Guildford, atau di bilik saya. Kalau dia sibuk, saya pulak yang akan bertandang ke biliknya.
Tengok cerekarama berlayarkan dinding bilik, masak-masak nasik putih ayam kurma, makan walkers sama-sama, ataupun berbual tentang herbalife!

Tapi...

Sekarang kami dipisahkan dengan aliran yang berbeza.
Saya terpaksa berpindah ke London, tapi dia masih di sana.
Tiada lagi hari Rabu bersama, apatah lagi aktiviti hujung minggu yang kebiasaannya!
Saya pun tak tahu, kenapa jarak meter menjadi penghalang untuk berhubung melalui whatsapp seperti selalu. Sedangkan whatsapp tak pernah mengenakan cas bayaran dengan mengira sentimeter!
Kalau dia whatsapp saya, saya kadang-kadang lupa nak balas.
Kalau saya whatsapp dia, dia hanya balas dengan senyuman.
Tak tahu mana silapnya.
Tapi saya tahu, saya rindu dia.

Kawan, baliklah. Baliklah seperti kawan yang dulu.
Saya tunggu.

My belly button, aunty!

Semalam petang, seharian ziarah keluarga Kak Ris.
Pastinya, terlebih sempat luangkan masa bermain-main dengan Yusuf dan Bilqis.
Waktu sampai rumah, Abbas dan Sarah masih belum pulang dari kelab tambahan di sekolah.

Yusuf yang leka menonton cerita Cars masih lengkap berpakaian sekolah.
Makanya, dengan suara ala-ala diktator aku suruh Yusuf tukar seragam sekolahnya dengan baju basahan biasa.

"No. I won't change untill Abbas and Sarah back home."

"They'll be late, Yusuf."

Biasanya kelab tambahan tamat pada pukul 6.30 petang. Ketika itu jarum pendek baru melepasi pada angka 5.

"Okay, let's aunty help you." Tangan sudah sedia untuk menarik keluar baju Yusuf.

"Aunty! You can't see my aurat." Hahaa. Lucu. Sebutan R pada perkataan aurat anak keluaran bumi Elizabeth ni sedikit pelat.

"Ohhh? Sorry. Tell me where's your aurat?" Dah pastinya aku ajuk semula kepelatan Yusuf.

"Here. From my tummy to my knees."

"Clever Yusuf, where's your tummy? I want to tickle youuuu!"

 Yusuf dah pusing-pusing atas sofa, mengelak untuk digeletek. "Auntyyy, watch out my aurat, please. From my belly button to knees!"

Yusuf (paling kanan); mangsa buli Abang Abbas dan Kakak Sarah.

p/s: Buat abang-abang Yusuf luar sana, Yusuf pesan, your aurat is from belly button to knees!

Saturday, March 9, 2013

Segumpal daging.

Tajuk perbincangan usrah minggu lepas berkisar tentang hati. Eh, silap. Kami banyak mengupas tentang jantung (baca: heart).

Allah tak cipta jantung ni untuk suka-suka. Semua ada sebab, semua berhikmah.
Macamana Allah cipta manusia untuk beribadah dan menjadi khalifah, macam itu juga Allah cipta hati. Eh, jantung.

To put in simple words, Allah created hearts for us to attach to Him!

Secara fitrahnya, kita semua dilahirkan dalam keadaan suci tanpa dosa dan hanya untuk Allah. Dan secara logik akalnya juga, hati kita pun pastinya hanya untuk Allah.

Ingat perjajian kita di alam roh?

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkau tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." [Al-A'raf: 172]

Firman Allah kat atas ni jelas menunjukkan bahawa sebelum kita lahir ke dunia, kita dah pun mengaku Allah tuhan kita. Kita dah terikat dengan perjanjian! Kita sudah bersaksi.

Tapi semakin kita dewasa, kita semakin lalai, jadi jauh dengan Allah, lalu kita terus-terusan mengejar dunia.

Dalam sehari sekurang-kurangnya 5 kali kita memperbaharui syahadah kita dengan mengakui Allah lah yang satu-satunya Tuhan yang layak disembah dan kita mengaku bahawa Muhammad sebagai nabi kita.
Tapi syahadah tu bukanlah umpama menanam tebu di tepi bibir je. Syahadah perlu sentiasa dizahirkan dengan tindakan.
Dan salah satu cara untuk merealisasikam syahadah yang pertama (saya naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah) ialah dengan merasakan bahawa Allah segala-galanya untuk kita.

Bukan ayah.
Bukan mama.
Bukan duit pinjaman PTPTN.
Bukan ipad iphone blackberry. Bukan samsung SI, SII dan segala cucu cicitnya.
Bukan kumpulan CNBlue, FT Island atau Tomok Newboys.
Bukan juga mcD!


Sebagaimana ayat Allah Al-Imran: 190-191:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sisa-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka."


Allah jelaskan bahawa semua perkara yang terjadi dalam hidup kita ni pasti punya hikmah.
Dan sepatutnya apa yang berlaku kepada kita dalam menjalani rutin harian, kita perlu berfikir dan kembalikan kesemuanya kepada Allah. Dengan cara tersebut, sedikit demi sedikit kita tanam rasa kebergantungan kepada Allah.

Dan jika kita perlu membuat pilihan, seharusnya (baca: sewajibnya) kita perlu letak Allah sebagai kayu ukur utama dalam pemilihan tersebut.

Sebagai contoh, andai kata perlu memilih antara update status Facebook dan solat awal waktu, yang mana kita pilih?
Andai jawapan kita adalah yang pertama, semak semula; hati kita untuk siapa? Eh, silap lagi. Jantung.

Semak cepat-cepat jantung kita bertuankan siapa! Jalan untuk mengejar Syurga masih terbuka!

(: Senyum.

p/s: Dan.. Untuk saya sebagai seorang muslimat; antara memadam gambar yang tidak sempurna aurat dan membiarkan sahaja di laman-laman sosial; yang mana pula pilihan si jantung hati?


Monday, March 4, 2013

Kawan kecik.

Baru kejap tadi, buka pintu dapur.
Tekan suis lampu, pasang telinga dulu. Lepastu, mari kira 5 saat berdiri sekejap luar pintu.
Hahaa. Macam pantun!

Shu yang dah boleh agak rutin harian aku bila masuk dapur malam-malam dah mula bantai gelak sorang-sorang atas sofa.

Ok, selamat.

Baru cecah tiga, empat langkah,terasa nampak kawan kecik melintas. Ah sudahhhhh!
Dia boleh buat muka comel lari-lari dari sudut sebelah sinki ke arah meja dapur.

Aggggrhhh!

Shu kat ruang tamu dah bantai gelak-gelak lagi.

Ok, tarik nafas panjang-panjang. 
Kali ni besar kemungkinan dah selamat. 98 peratus yakin!

Capai pinggan, senduk nasi laju-laju. 
Again!
Kawan kecik melintas lagi. Yang ni betul-betul depan mata.
Tapi kali ni tak menjerit. Terus kaku tergamam pejam mata.

Serious! Hari-hari macam ni boleh jadi ngengg.

Cabaran nak masuk dapur malam-malam memang mencabar.
Aku sanggup letak pinggan kat luar pintu dapur lepas makan. Esok pagi kalau rajin baru basuh.

Bila congak-congak kan, aku ada 4 bulan lagi nak berkongsi dapur dengan hangpa weh, tikus.