Wednesday, September 17, 2014

Kali pertama.

Oleh kerana life is full of surprise, tadi petang aku dapat kejutan. Student menangis depan aku. Ah sudahh, kelu betei. 

Pengalaman pertama, nak handle macamana tak tau. Pulak tu dia menangis, aku pun macam nak ikut menangis jugak. Jenis pantang tengok orang menangis ni payah jugak. Mata aku dah mula dahh berkaca-kaca, yang tahap kalau aku pejam mata sekali je dah boleh menitik air mata tu. Tapi nasib baik sempat berfikiran waras sebab kalau dah dua-dua menangis, apahal pulak? Siapa nak cool down kan siapa?

Aku macam seorang hero, hulur tisu. Bila dah settle setle sikit, budak tu mintak izin balik. Okay lah, dia nak balik, balik lah. Tak sempat kelip mata, datang lagi seorang student lain, "Miss, Miss marah student tadi ke?" 

Pffft. Betul, betul aku tak marah. Aku tanya je. Aku tanya, "susah sangat ke kimia?" Dia jawab dengan air mata. Deep betul. 

1 comment:

  1. kalau miss syafi yang ajar, mustahil susah
    confirm banyak peta minda colourful yang menarik tertarik kau memang debom dan semestinya senang nak ingat.
    kalau tak, tak dek la nut kekacang datang berguru.
    kekeke
    kenangan betul..
    XD

    -nawal-

    ReplyDelete