Wednesday, March 27, 2013

Menjadi-jadi kau, kan?

Dengan tak berus giginya, bangun-bangun terus bersembang pasal kawan-kawan kecik dalam rumah.
Aku pun tak pasti kenapa, sejak-sejak aku cerita pasal dorang ni dalam bolg, makin menjadi-jadi pulak perangai dia.
Nak cari publisiti murahan mungkin.
Ataupun dia pikir dia boleh menaikkan nama dan martabat keluarga dia, bila aku sibuk bercerita pasal dia kat sini.
Haa. silent reader sangatt.

"Subuh tadi, dia selamba je lalu depan aku atas meja."

"Tu laa. Malam semalam, kita belum tidur pun dia dah berani keluar."

"Rasa dorang nak cabar kita ni kot. Geram."

"Tak tahu la ni superstition ke apa. Tapi kalau kat rumah Malaysia, orang kata kalau ada tikus kita tak boleh panggil dia tikus."

"Aah. Panggil dia Cik Ti."

"Sebab nanti kalau dia dengar, dia boleh marah kan? Gigit-gigit wayar tv siap."

"Lepas tu memberontak. Panggil kawan-kawan dia yang lain."

"Tapi ni dia tak faham tikus. Dia tahu mouse je."

Haha. Tak de kerja fikir masalah kawan-kawan kecik ni. Banyak lagi la benda lain nak fikir.

Dah dah. Mandi, pergi sekolah!

Cerita sekolah, lagi..

"Bosan. Poyo sangat sikit-sikit cerita pasal sekolah dia je."

"Macamlah orang lain takde sekolah langsung."

"Macamlah dia sorang je yang penat, orang lain rileks goyang kaki."

Eh, ada dengar bunyik cengkerek. Ahahaa.

Alhamdulillah. Harini Allah beri izin untuk buat tugasan-tugasan di makmal.
Dan technician yang aku bekerja ni, sangat laaah super duper melancholy!

Melancholy ni kalau nak tahu, adalah sejenis perangai dan kategori manusia yang salah satu sifatnya ialah perfectionist.

Tak tahu mana silapnya, aku ni pun tergolong dalam manusia jenis jugak.
Bunyi macam poyo, bukan?
Tapi ni semua based on a test and research.
Hehee. Backup diri sendiri.

Sifat lainnya seorang melancholic ni adalah seperti; sensitif, buat kerja suka bertangguh, put high demand on others, berjimat-cermat.
Haa. Gitulah.

Nak tahu banyak lagi, google sendiri sana. Cari 'personality plus test'.
Lepastu boleh jugak try buat test tu dan recognise diri sendiri dalam tahap yang mana.
Kalau ikut test ni, ada empat personalities semuanya; sanguine, phlegmatic, choleric dan pastinya melancholic.
Seronok. Sebab dapat mengenali diri sendiri lebih dalam dan tahu macamana nak berhadapan dengan manusia-manusia yang punya personality berbeza daripada kita.
Seronok tu seronok, tapi lagi seronok main jutaria laa. Haha.

Google je la sana. Mudah.
Senang kerja aku tak payah beriya terang panjang lebor.

Tapi untuk beri gambaran kasar, aku boleh simpulkan yang;
Sanguine ni perangai macam Aznil.
Phlegmatic pulak macam krik krik krikk. Haha!
Tak tak. Phlegmatic macam William Shakespears kot? Tenang. Tak gelabah. Heh, bajet konon kenal rapat dengan Shakespears.
Manakala insan choleric ni pulak ibaratnya seperti Mahathir.
Eh, Najib. Eh tak tak, Anwar. Eh?

Dan, melancholic ni macam technician sekolah aku ni!

"Make sure you wash them (test tubes) properly"

"Let it dry first before pour NaOH into it."

"Okay, you sit here and I'll show you how."

"It's not very presentable. You think so?" test tube rack kotor berbekas bahan-bahan kimia.

Kemudian, sikit-sikit lap meja.

Kejap-kejap alih barang sini sana. Aku kira, dia tak minat nak tengok working place dia serabut.

Tapi takpe, aku faham bila dia bertindak macamtu.
Aku lagi suka. Kemas pun kemas. Bersih pun bersih.
Walaupun bunyiknya macam cerewet. Tapi takpe. Aku suka.
Aku kan dari genetik personality yang sama. Ingat?

Makanya, bekerja dengan technician ni bukan masalah buat aku.
Eceeh.

Cumanya, bila melangkah dan jejak kaki pertama keluar je dari makmal, terus aku macam;
"Ehh. Penat juga ye, bekerja dengan orang spesies aku."

Balik rumah, terus flatttt! Shut down sempena earth hour. Eheh.

Tu satu hal.
Dua hal, timbul rasa kesian bila teringat sesiapa yang pernah bekerja atau tinggal serumah dengan aku.
Itu tak boleh. Ini tak kena.

Maaf. Saya baru belajar macamana nak handle diri sendiri yang frgaile but resilient ni. :p

Heh. Dah, google sana!
Kalau bosan jawab soalan test, pergi carik kawan. Boleh main jutaria.

Tuesday, March 26, 2013

Bagi tips sikit.

Sambungan cerita post yang terakhir.

Malam ni dia semacam saje nak usha, cabar aku.

Dalam bakul sampah, masih la lagi boleh ku campak bantal.

Tapi ni, kalau dia duduk buat aktiviti kuis-kuis dia tu di antara dinding atau syiling rumah? Nak baling dengan apa?

"Nanot, ada tak apa-apa ayat Al-Quran boleh halau tikus?"

T_T

Sunday, March 24, 2013

Responsif.

Malam tadi tidur sangat tak tenang.

Sejak kes pecah masuk rumah, aku jadi sensitif kalau ada dengar meski pergerakan kecil dalam rumah.
Terus terjaga.
Terus tak boleh tidur.
Terus jantung pam darah laju-laju ke seluruh pembuluh darah.

Sama ceritanya dengan malam tadi.

Tidur di bilik Nanot di bahagian bawah rumah memang banyak cabarannya.

Pertama, sebab dekat dengan pintu utama rumah.
Makanya, bunyi angin yang mengetuk pintu, menyapa tingkap tu semua aku boleh dengar. Jelas.

Keduanya, sebab kehadiran kawan-kawan kecik yang mencicit-cicit dalam rumah! Yang ni tak memang tak boleh pergi (baca: can not go).
Nak marah lebih-lebih, macam kurang cerdik pulak sebab lepaskan emosi pada haiwan yang terang-terang tak boleh berfikir baik buruknya mengganggu tidur seorang manusia. Makanya, aku cuba jugak lelapkan mata meski payah.

Bila sekali dengar kuis-kuis plastik dalam bilik, aku dah mula dah naik geli. Meremang-remang siap.
Terfikir juga, apalah yang sibuk benar dicari dalam bakul yang hanya penuh dengan sampah-sampah kertas-kertas bekas contengan.
Setiap sepuluh minit mesti aku terjaga sambil tutup telinga rapat-rapat.
Pulak tu, jarum pendek dah makin lama makin cecah ke angka empat.

Dua kali kuis-kuis, okayyy fine aku mampu tenang lagi.
Tapi ni dah tiga kali, empat kali, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan belas kali tu dah melampau.

"Diamlah!" sambil baling bantal ke arah bakul sampah.

Dengar bunyi menggelabah lari berdicit-dicit.

Heh. Siapa sangka? Akhirnya, terkeluar juga tindakan yang kurang cerdik.

Saturday, March 23, 2013

Nicest Saturday I had.

Bangun pagi.

Capai telefon bawah bantal.

Rutin biasa, semak mesej segala bagai.

Ehh?

Hahaa. Senyum sampai telinga!

"Korang. Nah baca ni!"

Pecah gelak semua.

Sorok muka bawah duvet semula.

"Dah, eyka. Mandi sana!"

"Tahnye, nak berangan sambung kat bilik air."

p/s: Your message made my day la, beb!

Selamat datang ke alam kami!

"Abang Ipan?"

Diam 3 saat.

"Eykaaaaaa..."

"Eyka, result macam bapak laa." Ni direct copy dialog sebenar. Tak faham, takpe. Aku izinkan untuk diabaikan.

"Macam sia-sia belajar jauh dari rumah 2 tahun. Tak balik rumah. Tidur tak tentu hala."

"Sekarang ni aku dah tak tahu dah apa cita-cita aku."

"Plan nak ambik medik. Tapi sekarang..? Bapak laa! Sedih.." Sekali lagi bapak keluar. Bapak siapa pun tak tahu la.

"Kakak Eyka, macamana ni??"

"Eyka, aku tak dapat lagi kalahkan kau." Padahal result sama level je pun.

"Menangis tau Ipan ambik result tadi. Check tadi pakai SMS je. Sekolah pulak ada 45 orang scored."

Mengeluh berat.

Kesian dengar semua kekecewaan seorang adik yang bercita-cita tinggi ni.
Aku mampu tenangkan dengan mengingatkan betapa luasnya rezeki Allah je.

Belajar di sekolah yang persaingannya yang sengit, dah tentu cabarannya pun lain.
Pulak tu, kawan-kawan semua dapat keputusan yang boleh dijulang ke langit.
Aku faham perasaan kecewa tu mesti ada.

Teringat sebelum dia masuk UPSR, "..kita tengok nanti, kau dapat kalahkan semua result Eyka ke tak."

UPSR keluar, kantoi Sains.
Dapat PMR, terer terer semua masuk gol.
Keluar SPM, "Eykaa, aku tak dapat kalahkan kau lagi.."

Terus timbul sesal cabar dia suatu masa yang dulu.

Insyallah, Abang Ipan.
Ni baru permulaan.
Ibaratnya, kau tu macam seekor anak penyu jantan yang selama ni elok dalam jagaan, dan baru nak dilepaskan dari dalam akuarium ke laut dalam yang lebih luas.
Hidup lepas SPM lagi besar cabarannya.
Kau akan mula jengkel bila pensyarah-pensyarah kau akan suruh tinggalkan je slip SPM luar pagar universiti.
Padahal, kita berusaha bagai nak rak untuk capai keputusan sebaik tu.

Dan mengenai masa depan pelajaran kau, percayalah, mesti Allah bantu.
Banyakkan berdoa.
Mohon Dia permudahkan jejak langkah kau menuju ke menara gading impian kau tu.
Hahaa. Dah lama tak buat ayat karangan guna menara gading. Tu ayat-ayat yang digunapakai waktu SPM 5, 6 tahun yang dulu-dulu je tu. See?

Anyway!

Jadikan ni tarbiyah untuk terus maju dan maju. Macam lagu Sri Langat tu.
Aikk, masakan kau lupa lirik lagu sekolah?

Yakin, dengan Allah!

Apa yang kita suka tak semestinya akan bawa kebaikan untuk kita.
Allah yang cipta kita, dan semestinya Allah tahu apa yang sesuai untuk kita.

Ibaratnya; macamana Mama lahirkan kau kat Soma dulu, besarkan kau dari kecik, mesti Mama lagi tahu yang kau tak suka makan udang dan sotong.
(Okay, nak highlight Soma je ayat atas ni.)

Apatah lagi Allah, Pencipta yang ciptakan Mama sebagai medium untuk terciptanya kau.

Lagi pulak, Allah ada pesan;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." [Al Baqarah: 216]

Dan keputusan kau tu pun bukan teruk mana pun, hoi hoi!
Kalau kau kata keputusan kau teruk, keputusan aku yang dulu tu nak dikaterogikan dalam kasta yang mana pulak?

By the way, well done bro! You did such an excellent job!
Frankly speaking, I'm proud of you.
Double triple super duper proud to be sister of yours!

Dah. Bangkit!

Oh yaa, welcome to the club! Selamat menjadi dewasa. ;)




Thursday, March 21, 2013

Dunia sebelah sini.

Dalam satu sekolah,

Ada orang macam Addin.
Ada orang macam Ani.
Ada orang macam Hanis.
Ada orang macam Kak Wani.
Ada orang macam Howlin.
Ada orang macam Talhah.
Ada orang macam Abu.
Ada orang macam Uzmat.

Kalau tak muka, perangai.
Kalau tak perangai, fizikal luaran.

Eh, lupa!
Ada jugak orang macam Jong Kook.
Haha. Over, kan?

p/s: habis dah minggu 3 yayy!





Wednesday, March 20, 2013

Rutin sekolah.

Sekolah.

Sangat hectic!

Balik rumah, lepak tengok tv sambil makan, maghrib, belajar subjek esok, isyak,  dan kemudianya kiokk.

Ni je ke corak hidup untuk 50 tahun dari sekarang? Menakutkan.

Tapi tapi, dah jatuh cinta dengan kerjaya ni!
Heee. Poyo bukan? Tengok cuba, esok-esok mengeluh la apa laaa.

p/s: series, mengajar sangat best!

Monday, March 18, 2013

Ada orang kata.

"Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya untk memelihara cinta itu dr ternoda. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana Dia mengetahui segalanya daripada kita"

Peliharalah 'malu' hatimu sebelum tiba masanya..nescaya lebih indah..

AllahuRabbi. :)

p/s: eh, ada bunyi cengkerik.

Saturday, March 16, 2013

A story of mine.

The motivation of being a teacher was sparked by mama.
When I was 7, my teacher told me to fill in a personal details form.
Then it came to an ambition section and I'd totally no idea about what I should write on it.
To make it less complex, I decided to ask Mama.

"What do you like to do?" Naaa, as expected, she won't never gave me a solid answer!

"Teach! I would like to teach," I answered is an impish grin.

"You know what, Mama. A teacher is a simple job as they don't have to study and do homework. They're only teaching!"

She nodded and smiled, "In that case, let's fill it as a lecturer."

From that moment, I knew that my journey to become a teacher had just begun.

Sigh! My answer years ago was too too far toooo cliche!

Yet, it's not the easy job like I thought when I was 7.

The end.


p/s: Ohh, perbualan ini sudah dialih bahasa dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. :p



Friday, March 15, 2013

Pelanggan macam aku.

Sepanjang pengalaman aku menjaga hati pelanggan di syarikat pakaian Hari-Hari, aku tak pernah lagi jumpa pelanggan perangai macam aku. Alhamdulillah.

Tahun lepas, memang ada rancangan untuk aku bawa Ayah, Mama dan seorang adik-beradik yang bertuah untuk datang ke UK. Kenapa adik beradik yang bertuah? Sebab diaorang kena cabut undi siapa yang layak ikut bagi mengelakkan ketidakadilan dan ketidaksamaan. Kenapa seorang je? Ramai pulak kan duit nak sponsor satu kampung datang..

Oleh kerana abang kahwin bulan 6, makanya lepas exam aku kena balik jugak nak taknak. Padahal aku sejuk (baca: cool) je pun kalau tengok nikah dia dari skype. Bila telefon dan nyatakan hasrat taknak balik tu, abang mulalah; tak kesian ke tengok mama buat itu ini sorang-sorang; tak kesian ke tengok aku hantar jemputan tak cukup kaki tangan; tak kesian ke tengok atin ikat riben sendiri malam-malam; tak kesian ke tengok pak lobai (jiran) sapu sampah kat luar? Haaa. Motif sangat bila sampai nak kena sentuh isu jiran tetangga bagai.

Makanya dalam perancangan, aku balik Malaysia bulan 6, bulan 7 macamtu aku terbang semula ke UK bersama-sama 3 orang yang lain tu untuk majlis konvo aku. Rabak poket oi!

Perancangan Allah Maha Hebat, lepas duduk final exam kertas pertama, aku rasa tak yakin boleh konvo. Langsung! Kertas polymer susah amat masa tu. Dan dalam perkiraan aku, aku dapat selesaikan menjawap tak sampai separuh soalan pun! Nak tunggu apa lagi kan? Markah lulus 40%. Memang dah boleh buat congak kasar dalam kepala; jawab tak sampai separuh dan yang tak sampai separuh tu belum tentu semua betul. Maka kalau ikut sifir matematiknya, nak lulus kertas polymer ni memang pa-alif yah; payah!

"Ayah, kita cancel ye konvo tahun ni?"

"Mama, kita tunda dulu ye konvo tahun ni?"

Rasa macam nak jatuh rebah masa called Ayah, Mama. Over sangat kan ayat jatuh rebah? Tapi ye lah, anak yang dinanti-nanti untuk balik raya sambil pegang ijazah, gagal di saat-saat akhir. Tak ke macam babak drama akasia petang-petang ?

Untuk batalkan tiket, aku contact Encik Abu Fadzil selaku agen MAS yang uruskan tiket aku. Minta tunda. Alhamdulillah, beliau kat okay!

Selang beberapa bulan, keputusan keluar! Masa tu aku dah bersiap sedia dengan nota-nota polymer kat Malaysia, mana tahu kot-kot kena ulang kertas ke kan. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah! Rasa nak sujud taknak bangun-bangun. Dengan izin Allah dan berkat doa semua orang yang aku call sambil nangis-nangis, Allah jadikan pengakhiran kos ijazah aku dengan pengakhiran yang sangat baik.

Alhamdulillah.

Masa ni, mulalah ada perasaan halus sikit-sikit menyelinap dalam badan nak pergi konvo! Bayangkan kau berdiri atas pentas, dengan berjubah, mak ayah kat bawah tengah senyum-senyum kambing. Syahdu oi oi!
Makanya, aku contact lagi Encik Abu tu tadi untuk on semula tiket yang dah aku tunda tu. Ada lagi dua minggu je sebelum tarikh konvo.

"Maaf Syafiqah, saya rasa tak yakin boleh dapatkan tiket tu dalam masa terdekat."

Mendung.

Dalam hati; takpe lah. Konvo je, insyallah Master ada lagi. Allah nak bagi yang lebih baik.

Mendung bertukar cerah.

Selang beberapa bulan lagi dan lagi, aku contact Encik Abu untuk tuntut tiket yang dah masih dalam keadaan yang samar-samar tu.

"En. Abu, saya rancang untuk bawa 2 orang family saya April ni. Boleh tak deposit (4xRM1500) tu saya jadikan harga penuh untuk 2 orang?" Sebab harga satu kepala pergi-balik RM3000. Kalau aku beli untuk 2 orang je, maka secara Matematik sahihnya, aku dah tak perlu bayar apa-apa lah kan.

Serius! Encik Abu memang super duper best!

Dia benarkan dan minta salinan passport 2 orang bakal penumpang MAS tu.

Senyum.

Sebulan sebelum tarikh aku rancang untuk family aku terbang, Encik Abu telefon lagi.

"Syafiqah, saya dah contact pihak MAS dan dia tak yakin boleh dapatkan tarikh tu, Sebab sekarang tengah MATTA fair bla blaaa bla."

"So, boleh refund tiket tu tapi makan masa. Ataupun, kalau Syafiqah nak tukar lagi tarikh boleh bagitahu dalam masa seminggu ni sebelum urusan refund."

"Pihak MAS ni pun dah bosan. Sekejap-sekejap tukar tarikh. Sekejap dari 4 orang tiba-tiba jadi 2 orang sahaja." (Baca dalam nada bergurau tapi serius tapi suara tak tegang. Haa. Macamana tu?)

Gulppp!

"Ohh ya. Saya pun tak sempat nak tanya Syafiqah betul-betul, kenapa tunda-tunda tarikh banyak kali?"

Hanya mampu gelak-gelak dalam talian.

"Hahaa Encik Abu. Panjang ceritanya. Nanti saya bagitahu samada refund atau tukar tarikh lain."

Encik Abu mesti dah garu-garu kepala ada pelanggan macam aku. Duit tiket dah hampir setahun pada dia, tapi pelanggan dia tak terbang-terbang lagi!

p/s: rasa macam jadi pelanggan yang SANGAT bermasalah.

Thursday, March 14, 2013

Bila pulut bertukar hijau.

Ekspresi kegembiraan seorang pelajar yang jatuh rindu pada juadah berbuka puasa! ^^

Show me some respect!

Ada dua cerita.

1) Kisah satu.

Sebelum aku melayakkan diri belajar di bumi Permaisuri ni, seharusnya aku kena lepas sesi temuduga dulu. Macam biasa la kan calon-calon temuduga mesti masa ni baru sibuk nak tahu nama penuh Agung, Sultan, PM, menteri itu, menteri ini. Aku pun tergolong dalam kelas calon-calon macamni jugak. Sambil sarapan dalam kereta, sambil tu baca surat khabar. Konon nak jadi orang yang hebat isu semasa. Sedangkan padahal kalau hari-hari biasa, surat khabar tu dijadikan bahan utama nak rujuk intisari rancangan je.

Nak dijadikan cerita, teringat satu soalan yang pernah diajukan pada aku oleh penemuduga.

"Who is our current deputy Prime Minister?"

"Muhiddin Yassin.." Yakin yakin!

"Is he your brother or something?"

"Errr.. What I mean is Dato'. Dato' Sri Muhiddin Yassin."

"Dato' Sri?"

"Ehh. Tun? Ehh. Tak. Tan Sri. Tan Sri Muhiddin Yassin."

Ni baru betu-betul kena duga dengan penemuduga! Dia mampu geleng-geleng kepala je depan aku.

Bila dapat keputusan aku lulus temuduga, abang, kawan-kawan aku semua sibuk perli baikkk punya. Perli sebagai tanda tahniah lulus temuduga.

"Tulaaa. Jawab lagi macam tu. Padan muka, kan dah kena buang negara!"

2) Kisah dua.

Selain facebook, whatsapp pun dah boleh dimanfaatkan untuk bertukar-tukar idea mengenai hal-hal yang skopnya lebih besar. Sebagai contoh, buat group di whatsapp untuk berbincang atau kemas kini perkembangan gerak kerja untuk sesuatu program.

Dah nama pun dalam satu group, terang-teranglah ada juga nombor whatsapp yang tak ada dalam simpanan phonebook. Nak dijadikan cerita, aku yang sengal-sengal ubi ni nak lah jugak bertanya satu soalan.

Makanya, soalan tu berbunyi begini;
"Hamka, yang ni bla bla blaa ke?"

Tak sempat Hamka reply, ada satu mesej masuk. Tapi kali ni bukan mesej dari whatsapp. Ni mesej yang biasa tu. Dapat tangkap kan?

"Tak pasti Syafiqah tahu ke tak, tapi yang Hamka tu Dr Hamka tau. Sorry tak inform awal."

Gluppp! Muka biru.

p/s: suka-suka aku je, dibuatnya macam kawan-kawan sepermainan ting-ting!

Tuesday, March 12, 2013

Of Starbuck and McD.

Dilahirkan sebagai seorang perempuan dan anak kedua dalam keluarga, aku dapat rasa semacam aura yang kompleks dari dalam diri. Nak kata punya 2 identiti berbeza, tak jugak. Nak kata, senang dipengaruhi, boleh la sikit-sikit. Nak katanya, kompleks la, memang kompleks.

Baca tajuk pun dah boleh agak isi kandungan cerita kan? Takpe. Teruskan membaca dan boleh tangkap feeling seperti sedang membaca komik dragon ball.

1) Situasi di luar Malaysia.

Untuk aku membeli kopi di Starbuck, boleh timbul rasa malu. Mahal bukanlah menjadi isu pada waktu itu untuk tidak membelanjakan duit ke syarikat Starbuck ni, sebab harganya yang sama seperti syarikat-syarikat kopi yang lain. Tapi timbul rasa malu andai kata sedang sedap-sedap hirup minum kopi, tiba-tiba nak dijadikan cerita terserempak pulak dengan rakan-rakan seMalaysia yang lain. Mahunya tak malu. Malu oi, terasa macam hirup darah saudara sendiri!

Untuk aku membeli makanan di McD, memang jauh api dari panggang. Antara sebabnya, amat susah nak jumpa kedai pakcik berkasut merah besar ni yang ada sijil halal. Lagi pulak, harga McD boleh dikelaskan sebagai makanan golongan elit sebab harganya yang agak mahal jika nak dibandingkan dengan ayam-ayam pakcik Arab yang lain. Kedai kebab arab pun bersepah-sepah tepi jalan. Yelah, mana ada orang bukak kedai tengah jalan. Ye dok?

2) Situasi dalam Malaysia

Untuk aku membeli secawan polisterin/secawan kertas-yang-boleh-dikitar-semula kopi di Starbuck dalam Malaysia sama sahaja situasinya untuk aku membeli makanan McD di luar Malaysia. Harga melangit! Sebagai seorang yang mempunyai cita-cita untuk memiliki kereta Audi, aku pilih untuk berjimat cermat dari membelanjakan duit ke tabung Starbuck. Dan menjadi keistimewaan Malaysia semestinya, kopi Setarbak  yang murah tu pun sama je tandingannya dengan kopi Starbuck. Nak cepat lagi beli Audi, nahhh 3-in-1, bancuh sendiri. Tambahan pula, kopi dah jadi kurang menarik perhatian dan jatuh ke tempat ke-11 pun bila jejak Malaysia. Sirap bandung, fresh orange, mango tango, air jambu tepi jalan lagi mengiurkan. Heee, mengiurkan pelik.

Untuk aku membeli makanan di McD ni yang memang tak boleh pergi. Berkali-kali tanam dalam diri untuk berkata tidak pada McD dalam Malaysia tapi malang, masih tewas dikalahkan oleh nafsu campur bisik-bisik makhluk merah bertanduk. Ingatkan tarbiyah tak makan McD selama 9 bulan di luar Malaysia, mampu mengubah selera terhadap burger-burger pakcik kasut merah. Sayangnya, tak tak. McD banyak memberi offer; wi-fi ada, air siap boleh re-fill, taman permainan kecik lengkap. Sampaikan kot jalan-jalan nak buang air pun, McD jugak yang dicari.

Sampai satu tahap, buat aku berfikir.
Kenapa kalau kita dicampakkan di tempat yang ada pilihan yang lebih selesa, kita cenderung memilih yang selesa tu. Yelah kan. Nama pun selesa. Siapa yang nak susah?
Tapi kenapa pula kita suka buat sesuatu yang hanya memuaskan diri kita sendiri tanpa memikirkan orang lain?
Ataupun, kita suka bertindak untuk nampak baik depan orang lain tanpa mengira kepuasan diri sendiri pun. Sedangkan kalau diberi pilihan lain, kita boleh je buat perkara yang bertentangan lantas memuaskan diri kita. Atau kata yang lebih mudah, tak kisah la hangpa nak kata apa, janji aku bahagia trralalalalaa.

Boleh tangkap tak maksud monolog-monolog luaran kat atas ni?
Senang cerita macam ni lah, sudah-sudahlah tu dengan Starbuck, McD bagai. Hentikanlah. Cari pulak sumber kebahagian yang lain.


p/s: Aku kompleks. Kan?

Aktiviti malam Isnin.

Minggu lepas boleh kata sibuk sikit.

Pertamanya, sebab baru dapat school placement.
Makanya, tiada lagi istilah percutian di London selama setahun.
Waktu tak ada school placement, pergi kelas Isnin dan Khamis je. Isnin tu pun kelas English yang baru je dinyahmansuhkan dari jadual 2 minggu yang lepas. Bayangkan betapa senang lenangnya seorang bakal guru ni. Hehee. Haipp tapi ingat 5 perkara sebelum 5 perkara!
Nak dijadikan cerita menarik, kira PGCE (Post Grad Certificate Education) ni boleh dikategorikan sebagai percutian di London selama setahun laa.

Keduanya, boleh kata tiap-tiap malam minggu lepas ada je kerja kena buat.
Malam Rabu ada appointment makan-makan.
Hari Jumaat ada temujanji high tea.
Sabtu dan Ahad pulak dah berjanji nak makan-makan sambil berbincang masalah umat.
Nampak tak permainan dia kat situ?

Jadinya, minggu ni canggung pulak bila free.

Dan perbualan dua orang rakan ini telah direkod sewaktu sedang sibuk menahan sejuk balik dari sekolah dalam tube (sejenis keretapi bawah tanah);

"Malam ni tak ada apa-apa kan?"

"Aah. tak ada la kot. Hari ni hari Isnin kan?"

Angguk.

"Ohh, ada senario."

........

p/s: Paham? Tak paham, PM.

Sunday, March 10, 2013

Pulanglah, kawan.

Saya ada kawan.

Dulu, dia selalu mesej saya.
Sejak ada whatsapp, kami banyak berbual melaluinya. Sebab percuma! Boleh jimat masuk duit dalam tabung kawen. Heee.
Hari-hari kami ber-mesej-an. Dari bertukar khabar sampailah dah basuh baju ke belum?
Kalau tak ada tajuk perbualan, sekurang-kurangnya kami berbalas-balas emoticons yang comel-comel kat whatsapp.
Setiap Rabu, kami akan duduk bertemu lutut ke lutut. Berbicara tentang isu-isu Malaysia, Islam dan Dunia.
Tak cukup dengan itu, hujung minggu selalunya pasti kami bertemu lagi. Berjalan-jalan di pekan Guildford, atau di bilik saya. Kalau dia sibuk, saya pulak yang akan bertandang ke biliknya.
Tengok cerekarama berlayarkan dinding bilik, masak-masak nasik putih ayam kurma, makan walkers sama-sama, ataupun berbual tentang herbalife!

Tapi...

Sekarang kami dipisahkan dengan aliran yang berbeza.
Saya terpaksa berpindah ke London, tapi dia masih di sana.
Tiada lagi hari Rabu bersama, apatah lagi aktiviti hujung minggu yang kebiasaannya!
Saya pun tak tahu, kenapa jarak meter menjadi penghalang untuk berhubung melalui whatsapp seperti selalu. Sedangkan whatsapp tak pernah mengenakan cas bayaran dengan mengira sentimeter!
Kalau dia whatsapp saya, saya kadang-kadang lupa nak balas.
Kalau saya whatsapp dia, dia hanya balas dengan senyuman.
Tak tahu mana silapnya.
Tapi saya tahu, saya rindu dia.

Kawan, baliklah. Baliklah seperti kawan yang dulu.
Saya tunggu.

My belly button, aunty!

Semalam petang, seharian ziarah keluarga Kak Ris.
Pastinya, terlebih sempat luangkan masa bermain-main dengan Yusuf dan Bilqis.
Waktu sampai rumah, Abbas dan Sarah masih belum pulang dari kelab tambahan di sekolah.

Yusuf yang leka menonton cerita Cars masih lengkap berpakaian sekolah.
Makanya, dengan suara ala-ala diktator aku suruh Yusuf tukar seragam sekolahnya dengan baju basahan biasa.

"No. I won't change untill Abbas and Sarah back home."

"They'll be late, Yusuf."

Biasanya kelab tambahan tamat pada pukul 6.30 petang. Ketika itu jarum pendek baru melepasi pada angka 5.

"Okay, let's aunty help you." Tangan sudah sedia untuk menarik keluar baju Yusuf.

"Aunty! You can't see my aurat." Hahaa. Lucu. Sebutan R pada perkataan aurat anak keluaran bumi Elizabeth ni sedikit pelat.

"Ohhh? Sorry. Tell me where's your aurat?" Dah pastinya aku ajuk semula kepelatan Yusuf.

"Here. From my tummy to my knees."

"Clever Yusuf, where's your tummy? I want to tickle youuuu!"

 Yusuf dah pusing-pusing atas sofa, mengelak untuk digeletek. "Auntyyy, watch out my aurat, please. From my belly button to knees!"

Yusuf (paling kanan); mangsa buli Abang Abbas dan Kakak Sarah.

p/s: Buat abang-abang Yusuf luar sana, Yusuf pesan, your aurat is from belly button to knees!

Saturday, March 9, 2013

Segumpal daging.

Tajuk perbincangan usrah minggu lepas berkisar tentang hati. Eh, silap. Kami banyak mengupas tentang jantung (baca: heart).

Allah tak cipta jantung ni untuk suka-suka. Semua ada sebab, semua berhikmah.
Macamana Allah cipta manusia untuk beribadah dan menjadi khalifah, macam itu juga Allah cipta hati. Eh, jantung.

To put in simple words, Allah created hearts for us to attach to Him!

Secara fitrahnya, kita semua dilahirkan dalam keadaan suci tanpa dosa dan hanya untuk Allah. Dan secara logik akalnya juga, hati kita pun pastinya hanya untuk Allah.

Ingat perjajian kita di alam roh?

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkau tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." [Al-A'raf: 172]

Firman Allah kat atas ni jelas menunjukkan bahawa sebelum kita lahir ke dunia, kita dah pun mengaku Allah tuhan kita. Kita dah terikat dengan perjanjian! Kita sudah bersaksi.

Tapi semakin kita dewasa, kita semakin lalai, jadi jauh dengan Allah, lalu kita terus-terusan mengejar dunia.

Dalam sehari sekurang-kurangnya 5 kali kita memperbaharui syahadah kita dengan mengakui Allah lah yang satu-satunya Tuhan yang layak disembah dan kita mengaku bahawa Muhammad sebagai nabi kita.
Tapi syahadah tu bukanlah umpama menanam tebu di tepi bibir je. Syahadah perlu sentiasa dizahirkan dengan tindakan.
Dan salah satu cara untuk merealisasikam syahadah yang pertama (saya naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah) ialah dengan merasakan bahawa Allah segala-galanya untuk kita.

Bukan ayah.
Bukan mama.
Bukan duit pinjaman PTPTN.
Bukan ipad iphone blackberry. Bukan samsung SI, SII dan segala cucu cicitnya.
Bukan kumpulan CNBlue, FT Island atau Tomok Newboys.
Bukan juga mcD!


Sebagaimana ayat Allah Al-Imran: 190-191:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sisa-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka."


Allah jelaskan bahawa semua perkara yang terjadi dalam hidup kita ni pasti punya hikmah.
Dan sepatutnya apa yang berlaku kepada kita dalam menjalani rutin harian, kita perlu berfikir dan kembalikan kesemuanya kepada Allah. Dengan cara tersebut, sedikit demi sedikit kita tanam rasa kebergantungan kepada Allah.

Dan jika kita perlu membuat pilihan, seharusnya (baca: sewajibnya) kita perlu letak Allah sebagai kayu ukur utama dalam pemilihan tersebut.

Sebagai contoh, andai kata perlu memilih antara update status Facebook dan solat awal waktu, yang mana kita pilih?
Andai jawapan kita adalah yang pertama, semak semula; hati kita untuk siapa? Eh, silap lagi. Jantung.

Semak cepat-cepat jantung kita bertuankan siapa! Jalan untuk mengejar Syurga masih terbuka!

(: Senyum.

p/s: Dan.. Untuk saya sebagai seorang muslimat; antara memadam gambar yang tidak sempurna aurat dan membiarkan sahaja di laman-laman sosial; yang mana pula pilihan si jantung hati?


Monday, March 4, 2013

Kawan kecik.

Baru kejap tadi, buka pintu dapur.
Tekan suis lampu, pasang telinga dulu. Lepastu, mari kira 5 saat berdiri sekejap luar pintu.
Hahaa. Macam pantun!

Shu yang dah boleh agak rutin harian aku bila masuk dapur malam-malam dah mula bantai gelak sorang-sorang atas sofa.

Ok, selamat.

Baru cecah tiga, empat langkah,terasa nampak kawan kecik melintas. Ah sudahhhhh!
Dia boleh buat muka comel lari-lari dari sudut sebelah sinki ke arah meja dapur.

Aggggrhhh!

Shu kat ruang tamu dah bantai gelak-gelak lagi.

Ok, tarik nafas panjang-panjang. 
Kali ni besar kemungkinan dah selamat. 98 peratus yakin!

Capai pinggan, senduk nasi laju-laju. 
Again!
Kawan kecik melintas lagi. Yang ni betul-betul depan mata.
Tapi kali ni tak menjerit. Terus kaku tergamam pejam mata.

Serious! Hari-hari macam ni boleh jadi ngengg.

Cabaran nak masuk dapur malam-malam memang mencabar.
Aku sanggup letak pinggan kat luar pintu dapur lepas makan. Esok pagi kalau rajin baru basuh.

Bila congak-congak kan, aku ada 4 bulan lagi nak berkongsi dapur dengan hangpa weh, tikus.

Friday, March 1, 2013

Fafirru ilallah.

Masyallah!
Cukuplah sekadar dua gambar ni berkata-kata.
Buat aku nak berlari-lari pulang ke Surrey la pulak! Lol.



Hakim kimia.

Baca status terbaru Shahkang, jadi teringin jugak nak jadi hakim.

Iri hati. 
Sebab rasanya tak pernah jadi hakim. Kecuali jadi banker time main juta ria.

Tengok la nanti! Bila masuk matrik aku bolot semua.

Jadi hakim teka silang kata kimia. 
Hakim gubah lagu organic chemistry.
Hakim sudoku versi kimia.
Hakim buku lab kimia tercantik.
Hakim peta minda kimia terhebat.
Hakim puisi duhai kimia.
Hakim debat antara teori kimia.

Hahaha! Gelak jahat.