Sepanjang pengalaman aku menjaga hati pelanggan di syarikat pakaian Hari-Hari, aku tak pernah lagi jumpa pelanggan perangai macam aku. Alhamdulillah.
Tahun lepas, memang ada rancangan untuk aku bawa Ayah, Mama dan seorang adik-beradik yang bertuah untuk datang ke UK. Kenapa adik beradik yang bertuah? Sebab diaorang kena cabut undi siapa yang layak ikut bagi mengelakkan ketidakadilan dan ketidaksamaan. Kenapa seorang je? Ramai pulak kan duit nak sponsor satu kampung datang..
Oleh kerana abang kahwin bulan 6, makanya lepas exam aku kena balik jugak nak taknak. Padahal aku sejuk (baca: cool) je pun kalau tengok nikah dia dari skype. Bila telefon dan nyatakan hasrat taknak balik tu, abang mulalah; tak kesian ke tengok mama buat itu ini sorang-sorang; tak kesian ke tengok aku hantar jemputan tak cukup kaki tangan; tak kesian ke tengok atin ikat riben sendiri malam-malam; tak kesian ke tengok pak lobai (jiran) sapu sampah kat luar? Haaa. Motif sangat bila sampai nak kena sentuh isu jiran tetangga bagai.
Makanya dalam perancangan, aku balik Malaysia bulan 6, bulan 7 macamtu aku terbang semula ke UK bersama-sama 3 orang yang lain tu untuk majlis konvo aku. Rabak poket oi!
Perancangan Allah Maha Hebat, lepas duduk final exam kertas pertama, aku rasa tak yakin boleh konvo. Langsung! Kertas polymer susah amat masa tu. Dan dalam perkiraan aku, aku dapat selesaikan menjawap tak sampai separuh soalan pun! Nak tunggu apa lagi kan? Markah lulus 40%. Memang dah boleh buat congak kasar dalam kepala; jawab tak sampai separuh dan yang tak sampai separuh tu belum tentu semua betul. Maka kalau ikut sifir matematiknya, nak lulus kertas polymer ni memang pa-alif yah; payah!
"Ayah, kita cancel ye konvo tahun ni?"
"Mama, kita tunda dulu ye konvo tahun ni?"
Rasa macam nak jatuh rebah masa called Ayah, Mama. Over sangat kan ayat jatuh rebah? Tapi ye lah, anak yang dinanti-nanti untuk balik raya sambil pegang ijazah, gagal di saat-saat akhir. Tak ke macam babak drama akasia petang-petang ?
Untuk batalkan tiket, aku contact Encik Abu Fadzil selaku agen MAS yang uruskan tiket aku. Minta tunda. Alhamdulillah, beliau kat okay!
Selang beberapa bulan, keputusan keluar! Masa tu aku dah bersiap sedia dengan nota-nota polymer kat Malaysia, mana tahu kot-kot kena ulang kertas ke kan. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah! Rasa nak sujud taknak bangun-bangun. Dengan izin Allah dan berkat doa semua orang yang aku call sambil nangis-nangis, Allah jadikan pengakhiran kos ijazah aku dengan pengakhiran yang sangat baik.
Alhamdulillah.
Masa ni, mulalah ada perasaan halus sikit-sikit menyelinap dalam badan nak pergi konvo! Bayangkan kau berdiri atas pentas, dengan berjubah, mak ayah kat bawah tengah senyum-senyum kambing. Syahdu oi oi!
Makanya, aku contact lagi Encik Abu tu tadi untuk on semula tiket yang dah aku tunda tu. Ada lagi dua minggu je sebelum tarikh konvo.
"Maaf Syafiqah, saya rasa tak yakin boleh dapatkan tiket tu dalam masa terdekat."
Mendung.
Dalam hati; takpe lah. Konvo je, insyallah Master ada lagi. Allah nak bagi yang lebih baik.
Mendung bertukar cerah.
Selang beberapa bulan lagi dan lagi, aku contact Encik Abu untuk tuntut tiket yang dah masih dalam keadaan yang samar-samar tu.
"En. Abu, saya rancang untuk bawa 2 orang family saya April ni. Boleh tak deposit (4xRM1500) tu saya jadikan harga penuh untuk 2 orang?" Sebab harga satu kepala pergi-balik RM3000. Kalau aku beli untuk 2 orang je, maka secara Matematik sahihnya, aku dah tak perlu bayar apa-apa lah kan.
Serius! Encik Abu memang super duper best!
Dia benarkan dan minta salinan passport 2 orang bakal penumpang MAS tu.
Senyum.
Sebulan sebelum tarikh aku rancang untuk family aku terbang, Encik Abu telefon lagi.
"Syafiqah, saya dah contact pihak MAS dan dia tak yakin boleh dapatkan tarikh tu, Sebab sekarang tengah MATTA fair bla blaaa bla."
"So, boleh refund tiket tu tapi makan masa. Ataupun, kalau Syafiqah nak tukar lagi tarikh boleh bagitahu dalam masa seminggu ni sebelum urusan refund."
"Pihak MAS ni pun dah bosan. Sekejap-sekejap tukar tarikh. Sekejap dari 4 orang tiba-tiba jadi 2 orang sahaja." (Baca dalam nada bergurau tapi serius tapi suara tak tegang. Haa. Macamana tu?)
Gulppp!
"Ohh ya. Saya pun tak sempat nak tanya Syafiqah betul-betul, kenapa tunda-tunda tarikh banyak kali?"
Hanya mampu gelak-gelak dalam talian.
"Hahaa Encik Abu. Panjang ceritanya. Nanti saya bagitahu samada refund atau tukar tarikh lain."
Encik Abu mesti dah garu-garu kepala ada pelanggan macam aku. Duit tiket dah hampir setahun pada dia, tapi pelanggan dia tak terbang-terbang lagi!
p/s: rasa macam jadi pelanggan yang SANGAT bermasalah.
No comments:
Post a Comment