Sunday, March 10, 2013

Pulanglah, kawan.

Saya ada kawan.

Dulu, dia selalu mesej saya.
Sejak ada whatsapp, kami banyak berbual melaluinya. Sebab percuma! Boleh jimat masuk duit dalam tabung kawen. Heee.
Hari-hari kami ber-mesej-an. Dari bertukar khabar sampailah dah basuh baju ke belum?
Kalau tak ada tajuk perbualan, sekurang-kurangnya kami berbalas-balas emoticons yang comel-comel kat whatsapp.
Setiap Rabu, kami akan duduk bertemu lutut ke lutut. Berbicara tentang isu-isu Malaysia, Islam dan Dunia.
Tak cukup dengan itu, hujung minggu selalunya pasti kami bertemu lagi. Berjalan-jalan di pekan Guildford, atau di bilik saya. Kalau dia sibuk, saya pulak yang akan bertandang ke biliknya.
Tengok cerekarama berlayarkan dinding bilik, masak-masak nasik putih ayam kurma, makan walkers sama-sama, ataupun berbual tentang herbalife!

Tapi...

Sekarang kami dipisahkan dengan aliran yang berbeza.
Saya terpaksa berpindah ke London, tapi dia masih di sana.
Tiada lagi hari Rabu bersama, apatah lagi aktiviti hujung minggu yang kebiasaannya!
Saya pun tak tahu, kenapa jarak meter menjadi penghalang untuk berhubung melalui whatsapp seperti selalu. Sedangkan whatsapp tak pernah mengenakan cas bayaran dengan mengira sentimeter!
Kalau dia whatsapp saya, saya kadang-kadang lupa nak balas.
Kalau saya whatsapp dia, dia hanya balas dengan senyuman.
Tak tahu mana silapnya.
Tapi saya tahu, saya rindu dia.

Kawan, baliklah. Baliklah seperti kawan yang dulu.
Saya tunggu.

No comments:

Post a Comment