Saturday, March 9, 2013

Segumpal daging.

Tajuk perbincangan usrah minggu lepas berkisar tentang hati. Eh, silap. Kami banyak mengupas tentang jantung (baca: heart).

Allah tak cipta jantung ni untuk suka-suka. Semua ada sebab, semua berhikmah.
Macamana Allah cipta manusia untuk beribadah dan menjadi khalifah, macam itu juga Allah cipta hati. Eh, jantung.

To put in simple words, Allah created hearts for us to attach to Him!

Secara fitrahnya, kita semua dilahirkan dalam keadaan suci tanpa dosa dan hanya untuk Allah. Dan secara logik akalnya juga, hati kita pun pastinya hanya untuk Allah.

Ingat perjajian kita di alam roh?

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkau tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." [Al-A'raf: 172]

Firman Allah kat atas ni jelas menunjukkan bahawa sebelum kita lahir ke dunia, kita dah pun mengaku Allah tuhan kita. Kita dah terikat dengan perjanjian! Kita sudah bersaksi.

Tapi semakin kita dewasa, kita semakin lalai, jadi jauh dengan Allah, lalu kita terus-terusan mengejar dunia.

Dalam sehari sekurang-kurangnya 5 kali kita memperbaharui syahadah kita dengan mengakui Allah lah yang satu-satunya Tuhan yang layak disembah dan kita mengaku bahawa Muhammad sebagai nabi kita.
Tapi syahadah tu bukanlah umpama menanam tebu di tepi bibir je. Syahadah perlu sentiasa dizahirkan dengan tindakan.
Dan salah satu cara untuk merealisasikam syahadah yang pertama (saya naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah) ialah dengan merasakan bahawa Allah segala-galanya untuk kita.

Bukan ayah.
Bukan mama.
Bukan duit pinjaman PTPTN.
Bukan ipad iphone blackberry. Bukan samsung SI, SII dan segala cucu cicitnya.
Bukan kumpulan CNBlue, FT Island atau Tomok Newboys.
Bukan juga mcD!


Sebagaimana ayat Allah Al-Imran: 190-191:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sisa-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka."


Allah jelaskan bahawa semua perkara yang terjadi dalam hidup kita ni pasti punya hikmah.
Dan sepatutnya apa yang berlaku kepada kita dalam menjalani rutin harian, kita perlu berfikir dan kembalikan kesemuanya kepada Allah. Dengan cara tersebut, sedikit demi sedikit kita tanam rasa kebergantungan kepada Allah.

Dan jika kita perlu membuat pilihan, seharusnya (baca: sewajibnya) kita perlu letak Allah sebagai kayu ukur utama dalam pemilihan tersebut.

Sebagai contoh, andai kata perlu memilih antara update status Facebook dan solat awal waktu, yang mana kita pilih?
Andai jawapan kita adalah yang pertama, semak semula; hati kita untuk siapa? Eh, silap lagi. Jantung.

Semak cepat-cepat jantung kita bertuankan siapa! Jalan untuk mengejar Syurga masih terbuka!

(: Senyum.

p/s: Dan.. Untuk saya sebagai seorang muslimat; antara memadam gambar yang tidak sempurna aurat dan membiarkan sahaja di laman-laman sosial; yang mana pula pilihan si jantung hati?


No comments:

Post a Comment