Friday, July 30, 2010

Sri Langat Sekolahku Terchenta. *gelimattt..

Isnin lepas, mama dapat jemputan pergi ke Sri Langat.
ada pra-tonton tarian nisa untuk ke Korea.
seharusnya heret aku sekali lah kan?

Gila tak nak percaya campur jealous-jealous sekati dua bila dapat tahu dia kena buat show kat Korea.
memang tak lah nak percaya mula-mula tu, kot la dia sarkastik nak buat lawak senario ke kan?
memang mantoplah Sri Langat! ;D
syabas beteee..
tanpa Sri Langat, siapalah daku. kajang pak malau, kajang berlipattt. haakkk..!

Bila call dari UK je;

eykaa... belikan kita baju sejuk yang ada bulu-bulu tu taw?

eyka! nak sarung tangan jugak.

eyka.... kita nak seluar dengan baju nak bawak pergi Korea.

eyka itu.. eyka ini..

Memang fenin-fenin lalat lah nak ikut ko punya perintah berdaulat tu....

Aaaaaa. pratonton tu time assembly pagi.
lepas hantar punch card mama, buat u-turn balik ke sekolah nisa.
disambut dengan hormatnya oleh ibu eka. ;D
teruss nak feeling-feeling macam vvvvvvip terhormat. hahaaa..
slack cuma takde red carpet je.

Ibu : eehhh.. ada adik masuk tarian ke?

Aku : aah aah.. nisa tu, yang last.

Ibu : capiq dah tembam ye?

Hahahaa.. baik!!
komen yang rata-rata aku pergi, aku dengar tang tuuuuuuuu je. :)
tapi aku seharusnya cool cool sajekk.. kan?
takde perasaan nak insaf tak nak makan, diet segala bagai tu pon. gila!

Yang best tu aku dipersilakan duduk join cikgu-cikgu kat depan.
rasa macam nak nyanyi lagu aku guru Malaysia tu..
hahaha! terus semangat nak habiskan ijazah. ;D
nak gak jumpa my-student-to-be. lalalalalaaa.. kau adeee? ;DD

Sempatlah dengar dua tiga ucapan.

Memula ucapan dari guru bertugas.

Baik, minggu ni saya bertugas.

Ada tiga perkara nak tegur.

Pertama, tentang sampah.

HAHA!! kes SAMPAH ke sudahhh....
dari zaman aku busy main tiang-tiang kat sekolah sampai zaman facebook pon cerita tuuuu je lah.
mesti mulut cikgu tu betul-betul berbuih nak pesan pasal sampah je kan?
ciann cian. apa nak buat?
dah tebiat kanak-kanak memang suka makan kopok lekor, twisties, choki-choki...
kan kan? pastu plastik selit-selit celah lubang bangku kantin. ;D
gila ada pengalaman lipat plastik kecik-lecik sebab nak selit kat situ.
kahkahhh.. sanggup ni nak main lipat-lipat daripada jalan sikit carik tong sampah.
syaitonirajimmm...

Lepastu terus ada tarian.
boleh tahan bestlah.
eh tak, memang best!!!
hahahhahahaaa.. *kes amek hati.. ;D

Lepastu, breakfirst.
breakfirst kat mana taw taww...???
kat dalam kantin khas untuk cikgu-cikgu tu.
hahaha! aku dah boleh masuk dalam tu beb.
dulu time selekeh-selekeh sekolah rendah hanya mampu tengok dari balik dinding je cikgu-cikgu makan kat tempat special.
tetibe nak rasa sayang kat cikgu-cikgu lama.. ;DD

Dah lepastu???

Baliklah...!
tak reti-reti lagi lepas kenyang seharusnya terus ca-alip-butttt....!!
hehehee....
amek berkat sikit salam-cium-cium tangan cikgu. muah muah.

p/s : excited dapat masuk sekolah balik (:

Tuesday, July 27, 2010

Durian Warna Kuning.

Dah musim-musim durian ni, aku pon tak ketinggalan untuk membedal bersama la kan?
hehehee..harus-harus. tak boleh tak.
kecian kat sesape yang tak minat makan durian tu.
hilang dah sikit nikmat hidup. hikk!

Kali pertama makan, kat PD dengan member-member terchenta ni.
on the way balik dari Melaka, singgah kejap kat sinun.
konon-konon nak lalu PD sebab nak naik banana boatlah.
tapi tak kesampaian sebab tak sempat, masa itu sangat dengki dengan kiterang. ;D

Second time makan, baru-baru ni.
makan dengan family dan KUNING.
hahahahaa.. kenal kuning?
kat sidebar belah kiri tu, ada gak lah tertepek muka dia.

Teringat time borak-borak ngan beliau before fly haritu.

Kau jangan mati dulu ye? nak mati, tunggu kalau aku balik nanti.

Janji taw, janji???
*sambil buat pinky promise.

Tahu reaksi dia apa?
lalalalalaaa.. taw xpeeee.....
haruslah meow meow je.
pandailah pulak dia nak bercakap kan.

Okeh, dialog tuan yang agak kejam di situ.
tapi serious dia dah tua. dah macam nak mati.
bulu pun macam nak tak nak tumbuh je dah sebab keguguran.
hahahhaaa.. tiap kali call rumah, mesti tanya dia dah mati ke belum. ;D boleh?

Time bawak durian turun dari kereta je, dia dah sibuk-sibuk macam nak tolong angkat gak.
hehehheee.. macam orang lak nak ada buah-buahan kegemaran; durian. please!
pelik ke pelik?
ke... ada je kucing-kucing yang sama waktu ngan beliau ni?

Durian, jagung sume dia bedal.
ko letaklah kenny rogers ke kfc depan mata dia, kompem dia buat tak porttt je.
mcd? memang taklah!
macam kurang asam tak?
makan nak memilih.
ayam-ayam sume tolak tepi.

Tapi ikan dia memang hantu sikit.
pantang noh! tapi dia lagi suka yang dah rebus je.
demand tak demand tak? macam nak sumbat beliau dalam mesin basuh kan?

Makanan yang berasaskan tepung-tepung pon dia minat.
macam roti ke, cekodok ke...
roti canai memang tak yah cakap lah.
pantang lepa sikit, dengan surat-surat khabar dia tibai. boleh?

Mungkin dia terkenan dengan nama dia kot kan.
kuning. sebab tu suka durian, jagung, ikan selar kuning.
hahahaha!

Dan dah lepas puas makan durian, dia carik port-port sejuk kat dapur.
sebab? panas makan durian.
kahkahkahhh! padan muka.
orang nak makan, dia nak sibuk-sibuk makan gak.
ameeeeekkkkk.....

p/s : dia pegang janjilah, tak mati lagi.. :)

Brownies.

Okeh. mahu share tentang ini brownies.
tahu brownies tu ape?
hahhahahaaa...
okeh. korang memang hebat sebab tahu. :)

Tapi ni bukan brownies biasa-biasa yeh.
makan, kompem kurus. *hakkk..yeee memang tipu.
tapi serious sedap. yang ni tak tipu punya.
tak caya??
sila cuba try rasa sikit. beli-beli. dijamin tak menyesal!

Bak kata sorang pembeli; macam rasa kat secret recipe!

Yang ni baru keluar dari oven ye adik-adik..? panas lagi, siap ada asap-asap gitu.
tapi ye ke masak brownies guna oven? ye la kot kann...
hahaha. saya haruslah tak tahu.
tahu makan je. ;D

So, kalau ada siapa-siapa nak tempah, sila-silakan.
boleh jugak buat untuk raya, untuk berbuka pon boleh pon bolehhh.. :)
area-area Banting, Klang, KJ, PJ (Selangor).
haaa.. tapi kalau nak kat tempat lain, sila rujuk the tukang masak sendiri la ye?

Norshafiqah Mohamad


Terliur tak? terliur tak? ;D
merekah-merakah tu confirm sangat ranggup kan kan? hahahhaaa..
pergghh perghh! memang motif untuk buat orang lapar. ;DD

Comes in two different sizes; medium and large.
kalau medium tu de 60++.
large tu tak pasti, tapi bekas dia tinggi sikit dari gambar kat atas sekali nun.
dan harganya juga sangat berpatutan.

Norshafiqah Mohamad

Untuk tempahan boleh jugak indirect dengan saya. :)
confirm tempahan akanku sampaikan ke tuan tukang masak.
don't worry!

Tetiba terus ada feeling macammm camera aku sangat hebat boleh?
hahahaa... kau adeee..??

Sedappppppppppppp.......! kata model tak berbayar ini. :)

p/s : what you waiting for...?

Friday, July 23, 2010

Ayah Dah Okeh!

Minggu lepas, ayah dah selamat buat pembedahan kecil kat mata.
kecik tak kecik sangatlah.
sebab seram je aku dengar ayah cerita.


Mula-mula doktor cucuk guna jarum.

Darah keluar blaa bla pastu masukkan lens baru bla blaa lagi.

Ada dengar-dengar bunyik macam vacuum pulak dah.

Gile tak macam monster doktor tu.
kebal tak kebal je lah job doktor ni kan?
kalau aku, mesti aku dah macam pakcikkk baliklah dulu ye? harini doktor tak berapa nak berani sangat. hahha..
seharusnya doktor bukan cita-cita aku.
tapi aku sangat suka bau ubat-ubatan tu je lah. lagi kalau masuk farmasi ke guardian ke.
memang macam nak seduttt je udara tu sorang-sorang, tak nak kasi kat orang lain dah.
hahaha...


Klinik ni ada je kat Banting.
tapi operation buat kat cawangan kat Klang.
kalau macam ayah, dia ada problem macam ada selaput kat mata.
so, selaput tu haruslah dibuang.
dan operation tu sangat sekejap.
tapi duit pon kena masyuklah kan? hahahhaaa..
buang selaput kat sebelah mata je, dah RM2200. perghh pergh!
tapi nak sihat punya pasal, tak de hal sangat kan?


Aku ingat lepas tu ada lah kena stay 2, 3 hari kat hospital ke kan..
ala-alaaa macam drama-drama kat tv tu.
nanti ada doktor bukakan balutan, lepas tu tanya patient, nampak doktor tak?
bukak mata pelan-pelan ye..? ni nombor berapa..? *sambil tunjuk-tunjukkan jari hantu ngan telunjuk
hehheee.. tapi tak de pon camtu dah.

Mungkin dah makin canggih-manggih kot kan.
doktor cucuk macam ubat untuk kurangkan sakit 30 minit sebelum pembedahan, pastu buang selaput, pastu tunggu 30 minit lagi untuk bukak balutan.
pastu, dah boleh balik. boleh?

Sangat cepat.
tapi mata tu tak boleh kena air dan tak boleh gosok-gosok untuk sebulan.
heeee... cane tu?
tapi nak baik punya pasal, layan je lahh...

Kemudian, terus dah boleh tengok macam biasa.
alhamdulillah. :)
terus ayah tak nak ada orang pimpin-pimpin dia lagi.
sangat berlagak okeh. hahahaha!


Wahhhh! dah terang. alhamdulillah. syukur-syukur.

Eyka, kau dah besar lah ye?

Hahhahahahaa.. boleh buat ayat penyata camtu lepas boleh tengok aku sejelas-jelasnya?
hehh!
sebab sebelum aku fly lagi ayah macam nampak tak nampak.
aku balik, dah makin tak jelas, so seharusnya dia tak dapat tengok aku betul-betul lah kan?
sekali dapat tengok aku?? hahhhh! hambek ko sedas perli aku dah besar.

*
*
*
*
*
*
*
*

Esoknya, pergi check up balik kat klinik tu.
kejap je lah. tak lama mana pon.


Hahahhaaa.. ada rupa cam suami-isteri dan anak tak? ;D
budah kecik tu Ilham. ermm.. sort of adik aku lah.
walaupun kenkadang macam ada syaiton-syaiton yang macam tak nak iktiraf dia adik aku kan?
hakhakkk.. sangat keji di situ.
but a fact still remains as a fact, rightio? :))


Sangat geram dengan mata dia yang sangat boolat!
tetiba ada feeling macam mak-mak. hahhaa!

p/s : jaga mata elok-elok eh? doktor kata jangan banyak sms sangat. habis tu? kena call je? doktor nak belanja kdt? ;D


Thursday, July 22, 2010

Kerja Hari-Hari, Hari-Hari Kena Kerja.

Ohhh ho.
semalam saya singgah di hari-hari.
tau tak hari-hari tu?
yang marilah pergi hari-hari. cantik di hati, murah di hari..
ye la kot camtu. hahhaa!!

Tu pon sebab nisa dok merengek-rengek suruh mama beli seluar tight untuk tarian dia.
layankan je lahhh.
tapi seharusnya aku tak masuklah dalam itu kedai ye?
hehheehee.. malu kot!
tak tahu kenapa nak malu, tapi seharusnya aku malu jugak.
ada motip?? memang taklahhh..
cuma MALU. paham?

Mungkin kerana aku berhenti kerja bukan sebagai manager kot.
kahkahhh.. gedikks..

Oleh itu, aku tunggu dalam kereta sajek.
sambil menjeling-menjelingku bertentang, tengok dalam kedai tu.
panjang-panjangkan leher, pastu bila agak-agak ada pekerja yang macam nak pandang ke arah kereta, cepat-cepat aku nyorok.
apakahhh..? bajet macam hot.

Kak Ila masih di situ.

Kak Yan masih di situ.

Amoi cina tu yang-aku-memang-dah-totally-black-out nama dia pon ada.

Akak india tu mungkin masih di situ jugak.

Siapa eh nama cina ngan india tu?
shetal? shila? ash? biar betul...?

Hahaha! banyak dah lupa nama.
mahappp..
yang penting, macam 1Malaysia tak?
cina ada, melayu ada, india jugaaa ada! ;D

Okeh.
ada pekerja baru jugak.
lelaki???? oit. kenapa time aku kerja tak de lelaki?
tak aci sabotaj aku.
penat aku angkat-angkat stok sampai terbina muscle-muscle di badan. ;D
kalau ada lelaki kan mudah. boleh arah-arah begitu sajek. kan? motif motif..

Teringat time kerja kat situ.
dari 10 pagi sampai 10 malam.
dari rumah, gigih jalan kaki dengan dewi.
sabtu, ahad special sikit. boleh naik kereta. :)


Yang ni bukan dewi. ni aku. haha!

Pastu, pakai baju hijau hari-hari.
disulami dengan gincu yang merah kat bibir. *disulami??
gincu tu wajib oh. kena pakai! tak boleh tak. dan kena merah-merah jugak.
hahahaa.. dislike this!
dan akulah biasanya target utama dorang;

Mereka : eykaaa! gincu mana??


Aku : hoi. apa? apa??? *tapi mampu dalam hati je. tsk!

Sebelum mula kerja lak, ada briefing.
handset letak dalam cashier. opppsss.. sila jangan rompak hari-hari dan target laci chasier yeh?
story-mory kerja semalam.
apa yang kurang, apa yang tak puas hati.
pastu main tepuk-tepuk tangan, nyanyi-nyanyi.
kira macam penaik semangat untuk kerjalah.
macam nyanyi lagu negaraku time sekolah-sekolah tu. hakkkk... tipu. ;D
tapi dah terlupa jugak macamana tepuk tangan tu.
dewi mesti ingat! kan..?

Gaji seharusnya sangat masyuk.
800++.. kira banyak gilalah.
sebab kerja pun macam nak gila.
cuma aku tak suka part tak boleh duduk.
dah lah ada cctv kat cashier.
oleh itu, tak boleh nak main duduk-duduk kejap bawah rak baju. ;D

Tapi, aku selalu je curik-curik duduk dalam stor.
konon-konon nak ambik stok tracksuit lah.
sedangkan? lepak-lepak goyang kaki kejap. hakkk. pedulik?

Pastu cuti seminggu sekali. ahad wajib kerja.
tak ke macam nak menangis darah? T_T

Woi. bangla pon cuti hari ahad-lah!

Haaa.. yang tu kata-kata keji dari seorang abang untuk adiknya.
cesss...!
akan kubuktikan bahawa aku bukan bangla. haha..!
cess sekali lagi.

Kemudian?
setiap kali costumer datang, kena cakap selamat datang!!! dengan semangatnya.
kalau dorang jejak kaki keluar kedai je, kena cakap terima kasih! sila datang lagi.
nada dia pon special duh. kena macam ni; terima kasihhhh... sila da-tang laaaagi. paham?
hahahaaa.. suka suka! rindu rindu rindu.
rasa nak cakap-cakap macam ni lagi kat rumah. ;D
orang tengok macam pelik tak?

Tugas aku kat situ, jaga department kanak-kanak.
gila tak geram? baju kecik-kecik, comel-comel belaka sajek.
rasa geram macam nak bakar je semua. tahu? ;D

Dan port untuk borak-borak dengan dewi selalu dekat depan fitting room.
sambil belek-belek jerawat kat cermin pintu.

Menjadi sasaran sekali lagi.

Mereka : eyka!! dewi..! buat apa tu? costumer kat depan!!

Lantas kami berlari-lari anak mencicit-cicit mendapatkan costumer.

Hahaaa.. jahat tak jahat tak?
banyak main-main time kerja.

Twiiittt.. asal cerita cecah lantai ni lagi banyak yang sengsara dari gumbira? ;D

Sebenarnya happy je kerja.
tapi bila dah kerja rasa macam belajar tu lagi senang. lagi rilekks.
tak payah nak pikir bil letrik, bil air, rumah... hahhaha.. bajet macam dah kawin.

Bila dah rasa kerja tu susah, terus rasa macam kena belajar sungguh-sungguh.
terus rasa kecian mama ayah kerja penat-penat nak carik duit.
terus berkobar-kobar tak nak jadi macam bangla. hahaa!

p/s : cerita silam-silam ni bila refresh balik cam best kan?

Done 1st Year.

Alhamdulillah..
dah dapat full result.
penatt je tunggu abang posmen yang tak kunjung-kunjung tiba.
cess.. ni yang nak feeling raya ni.
hahahahaa.. kaitan pulak??

Rupa-rupanya 19 Julai 2010 haritu Howlin selaku personal tutorku dah reply mesej uni.
beliau kata;


Heheheee...
walaupun agak tak puas hati ngan result tapi daku bersyukur... AMAT!!
sekurang-kurangnya tak de nak repeat any modules.
boleh tersenyum lega sekarang.
boleh raya puas-puas. hiikkk.. ^_______________^
boleh kumpul duit raya juga tanpa rasa bersalahnya. weeeeeee~

Result yang tak berapa nak puaskan hati aku ni pon datang dari usaha aku yang tak seberapa.
tahu? study at eleventh hour. buat nota last minute.
banyak sangat main guli. hahhaa.. salahkan guli! salahkan guli!

Paper physical yang macam monster tu pon lepas.
perrrggghhhh. scary!!

Alhamdulillah.. :))

Semangat baru masuk 2nd year!
ohh ho. now, I'm officially a 2nd year student. 1st year is done!
yipeeee....

p/s : berusaha, diri....!

Wednesday, July 21, 2010

Lagi 3 Tahun.

Warrrghhhh...
daku kiciwa! kiciwa! kiciwa amat!
sebab?

ikhsan atuk google

Tak boleh buat ni.
pasang braces kat gigi.

Punyalah aku datang awal kat Klinik Gigi Tiew tu.
sebab nak rebut-rebut jumpa doktor dulu.
haha! keji tak keji tak?
tak kann... sebab tu strategi dan teknik! ngeh ngehh..

Kedai bukak pukul 9.30, aku datang 9.15.
tu pon mama ajak keluar pukul 8.00.
tapi aku kata tak macam awal sangat ke?
macam nak tolong Tiew tu bukak kedai gak.
pelanggan yang baik kan kann? okeeehh.. xyah jawab pon aku taw. hakk..

Daftar-daftar ngan akak kaunter tu, pastu dia kata doktor datang pukul 10.00-10.30.
apakahh..?
ikut suka youlah! then, pergi sarapanlah kejap.
sempatlah bedal nasik lemak ngan milo ais.
nyummmmmyyy...!

Pergi balik klinik.
tunggu... tunggu.. tunggu punya tunggu..
ingat nama dah kena panggil, tapi tak.
kecewa lagi.
tungguuuuu.... tunggu lagi..
tunggu.. tunggu.. tunggu..
siyes memang banyakkkk tunggu.
sempat gak khatam cerita mat sentul kat tv3 nun.

Nama kena panggil!

Cik Nurul Syafiqah.

Hehehheee.. cam comel je ada cik cik bagai.. ^_________^
muka gembira dan berseri-seri.

Masuk-masuk, dia suruh baring.
dia pakaikan tah hape benda pelapik macam orang nak potong rambut tu.
ikutkan je lahh.
ingatkan dia tu doktor, rupanya assistant je.
ceittt...
so, seharusnya kena tunggggggggggggguuuuuuuuuuuu lagi!
uuurggghhh.. memang penantian penuh penyeksaanlah.

Mama : padanlah Mr. Bean sempat buat gigi dia sendiri.

Hahahahhaaaa...
betul betul. tingat cerita Mr. Bean tu.
alat-alat atas meja dia memang ngeri duh. monster!
ada macam srew driver, tukul besi, gergaji.. hahaa.. okeh, memang tipu gergaji tu.

Dalam beberapa minit tu, doktor masuk.
hahahhaahahaa.. sangat kacak okeh! ;D
dahlah dia pakai penutup mulut tu, seharusnya nampak mata je.
oopppsss.. tak boleh tak boleh. syatonirajim banyak!

Dr : ohh.. nak pasang braces eh?

Aku : aahh... tapi sy still study kat UK, bla bla blaa.. lagi tiga tahun bla blaaa.. boleh ke?


Taw dia jawab pe?
dia tak kata tak boleh, tak kata boleh jugak.
cuma kata tak sesuai la. suruh postpone dulu.
sebab biasa customer check every one months.
kalau aku kat sana? apa kes pulak...

Uhukkkk! sangat down.

Lagi tiga tahu yek?
lama duh!
dah habis belajar, baru pasang.
umur time tu? 23 tahun.
bila nak kawennye camtu??
hahahhaaa.. gedikkk.. melantaklah! ;D

Akak kaunter : tak boleh buat yek? kenapa tak buat sebelum pergi haritu? lepas spm ke?


Aku : ............?


Camne nak terangkan dalam bahasa yang sedap time tu tak de duit lagi la kak.. kat dia?
hahahhaa... seharusnya diam je, habis cerita. ;D

Haaa.. lagi satu.

ikhsan atuk google

Doktor tu cek-cek, godek-godek tah ape bende dalam mulut pon dah kena cas RM25.
apakahhh? ko tak pasang mesin pape pon okeh.
cuma pegang cermin yang masukkan dalam mulut tu je.. berlagak laaa.
sigghh...

p/s : tungggguuu lagi!

Monday, July 19, 2010

Belajar Balik Bawak Kereta.

Yes yes..!
sedang gigih belajar memandu kereta semula.
hihi.. bersama-sama personal tutor; mama.

Mana tak nya.
lepas dapat P haritu, terus bedesuupp hilang pergi UK.
tak sempat nak praktis-praktis. ^^

Memula mama lepaskan aku dari depan MDKL tu ke rumah.
gila sekangkang kera je. tapi tu pon nervous oh!

Next, jauh sikit.
dari rumah pergi Kanchong.
heheee.. hantar baju raya. *motif bagitau?? ;D
paham2 je lah jalan masuk ke rumah orang kat kawasan tu.
tersangat-sangatlah kecik itu jambatan.
oleh itu seharusnya saya packing kat tepi jalan je. hahaa!
tak berani okeh. tak pasal-pasal masuk parit. ceh.

Kat traffic light ke Kanchong, dan-dan tu jugaklah ada orang hon.
hoi. nak marah la ni. tak nampak ke tengah busy bawak kete??

Aku : sape tu mama yang hon? *sambil toleh-toleh belakang.

Mama : oit..pandang depanlah!

Aku : heehheee..lupa2.. ;D

Siap boleh lupa-lupa lagi yang aku tengah drive.
gile tak membahayakan penumpang?? hahahhaa..

Mama : dah. nanti beli pelekat P. tak de la orang nak hon-hon.

Hahahahhaaa.. perli! baikk punye. cis ciss..

Aku : eee.. mama tak malu ke ada pelekat2 P kat kereta. kita malulah!

Mama : nak malu dah kenapa?

Sighhh. belagak tak belagak tak?
konon macam dah terer pastu tak mau ada pelekat2 P bagai.
tak sedar diri punya diri. lalalalaaa..
dan selepas kejadian tu, terus pergi kedai buku beli pelekat P. ;D
tak baik duh derhaka cakap mama. ohh ye.. cakap undang-undang juga (:


Nak lekatkan P tu pon dah satu hal.
sebab terlupa nak lekat belah mana. ;D
so, panjang-panjangkan leher usha-usha kereta-kereta orang lain yang de P gak.
hahahaa.. mesti kecewa je Uncle Raman kalau taw. ;DD

Dan dah berjaya juga bawak dari SMKB balik rumah (:
kemajuan! kemajuan!
tapi time tu hari sabtu, jadi tak de lah banyak mana kereta.
tak mencabar langsung!
waka-wakakakkaaa.. berlagak lagi di situ. ;D
yang xbanyak kereta tu jugaklah yang aku takut bagai nak rak.
apatah lagi kalau jalan sibuk.

Aku : mama-mama. dah nak dekat ngan jambatan ni. cane nak naik?

Mama : naik jelah. macam biasa.

Aku : xde nak tukar-tukar gear ke? nak tekan minyak banyak-banyak tak?

Mama : tu manual. tekan je lah macam biasa. agak-agak.

Aku : kalau kereta turun balik ke belakang cane???? haaa.. jgn buat pasal.

Mama : hahaha.. mana adalah! naik jee...

Wawawaaaa..menggelabah!
first time beb.

Mama : nanti turun xpayah tekan minyak. terbang kang kerete.

Aku : ohhh... macam bawak basikal la eh? xyah kayuh kalau nak turun.

Mama : sukahati ko laaaaa........

p/s : agak-agak pening tak orang sebelah aku kalau aku bawak kete? ;D

Good.

Ignoring me huh?
haha.. okay!

That's much much better.
a good therapy by the way.

p/s : .............:)

Friday, July 16, 2010

Keras.

Masuk peti ais?
bina tembok?
pakai perisai?

Hahahahhaaa!
tak payah buat lawak la weh.
hati kering yeh...?
......sampai bila?

Woi. onlinelah!
I'm waiting for you since yesterday, you know?

Yehh. you DON'T KNOW!
cesss.. (:

p/s : ......

Kes Chatting.

Korang pernah main chat-chat tak?
alaaa..yang taip2 pastu send ke 32999 tu.
chatting ngan sesapa-tah-ni-aku-tak-kenal-langsung-tapi-cam-best!

Hahaa! nak dijadikan cerita, sewaktu aku merenung syiling bilik tengok cicak-cicak memadu asmara macam dalam komik anak-anak sidek tu, teringat lah pulak cerita masa kecik-kecik dulu.
zaman jahiliyah dulu-dulu kala.
suka nooohhh join chat kat astro.
taw x?
kalau korang xtaw memang x updated lah you allsss ni!
ketidak-canggihan! hihi...
berlagak x? berlagak x? ;D


Gila ke tak ingat cara-cara nak chat-chat tu.
taip sajek CHAT15 jarak diikuti dengan mesej meraban anda dan hantar ke 32999.
hihi! ingat beb..!

Aku layan astro je. haha! ayat nak makan kasut saiz 11.
ye lah. time tu tv8 mana ada lagi.
time2 gila chatting ni masa f2 kot kalau xsilap.
kalau xsilap kira lah. sbb f3 dah de pakwe seharusnya tak boleh menduakan lah kan? ;D
topup RM50 boleh habis dalam masa satu malam je.
jadah hape? memang kayakan orang yang dah kaya.

Lagi-lagi kalau ada budak-budak af yang join chat room tu.
rasa terkinja-kinja lebih.
rasa macam aku-tak-dapat-masuk-tv-tapi-mesej-aku-yang-dapat-masuk-pon-jadilah.
kau ada??
haaa. hebat tak hebat je lah perasaan tu.

Okeh! ingat lagi aku berjaya kenal-kenal dengan sorang mamat ni.
nama timangan dalam chat tu ash. yela kot ada ash-ash sikit. ashboyz kalau xsalah.
hahaaa! nama haruslah canggih nak tarik perhatian orang kan?
boyzzz, girlzz, gurl. lagi panjang zzzzz tu lagi power.
yang gedik-gedik belakalah sehendaknya nama tu.

Aku cool. guna eyka90 je. waka-wakakaka!

Ash ni gaya macam orang kayalah.
sikit-sikit tukar handphone.
kejap2 pakai n-gage, kejap2 pakai sabun, kejap2 clorox, kejap2 detol. hahaaha.
tapi kalau dia tipu aku pon aku bukan tau kan?
stupid tak stupid je lah time tu.
buat kena gelak je.

Kitaorang berjaya dapat no masing-masing then mesej2 macam biasa.

Tengah buat apa?

Dah makan?

Tengok cerita tv berapa tu?

Dah berus gigi dah?

Macam haremmm.

Terputus contact dengan beliau bila dia ajak keluar.
woi...! memang tak lah encik. saya bawah umur lagi okeh.

Then, chat-chat-chat lagi di @15 .
jumpa pulak ngan es89.
nama sebenar, ezwan bla bla bla tak ingat.
main-main tangga ngan beliau.
ohh! taw xtangga tu jadah hape?
tangga tu camni;

e
es
es8
es89
es8
es
e

Haaaa. camtulah!
benda ni sangat mahal okeh time kat karpet chatting tu.
kira laku amatlah!
nak mantop lagi apabila nama kita dan nama polan digabungkan sekali.

e
es
es8
es89
es8
es
e
ey
eyk
eyka
eyka9
eyka90

Hahahaaa.. macam nak muntah 2873478910 kali tak?

Ngan ezwan ni ada kemajuan sikitlah bila berjaya tembus suara.
dia call aku.
borak-borak apa pon aku tak ingat.
tapi ada satu tu yang aku xboleh lupa.
bila aku borak-borak-tah-apa-benda-jadah dengan dia, mama ajak keluar.

Aku : oh. oklah es, eyka nak keluar ni kejap dengan mama.

Es : oh. okok. nak pergi mana?

Aku : pergi banting kejap.


Es : aik? eyka duduk kat mana?


Aku : bantinglah. dah kenapa?


Es : kata duduk banting, buat apa nak pergi banting lagi?


Hahaa. yang ni aku malas nak explain panjang-panjang.
warga banting ni mmg duduk kat banting.
tpi bila nak keluar pergi pekan, kami-kami sebut nak pergi banting je.
sila jangan serabutlah ye? (:

Lepas es, adalah jugak sorang kakak dari Sarawak.
sangat baiklah. budak universiti.
lagilah aku macam batak-batak karok sbb time tu baru dibangku sekolah kan?
hahaa.. konon-konon mintak tips macamana nak masuk uni bagai.
aneh!

Cerita aku chatting kat channel 15 kat astro tu sampai jugak kat kawan-kawan kelas aku.
salah seorang daripadanya, Hafiz Haiqal Hafandi *apis, bukan nama sebenar.

Pastu dia pon berlagak-lagak kata dia ada chat kat situ.
guna nama apa tah aku tak berapa nak recall.
tp ada carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa jugaklah.
kebetulan memang ada je orang nama carl yang chat dekat @15 tu.
so, aku pon dengan rendah hati lagi lurusnya percayalah.
siap janji-janji you ngan apis nak jumpa chatting kat situ lepas balik sekolah.

Tungug punya tungggguu. tak de!
cis.

Esok kat sekolah memang kena bom ngan aku lah!

Aku : woi! kata nak chat semalam? xdepon.

Apis : adalah.


Aku : mana ada carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupal tu?


Apis : adeeee...


Aku : xde!


Apis : ade.


Aku : xde xde xde. tipu aku. bla!


Kenkonon nak merajuklah. tapi apa aku ade kisah?
hahahaaa...
padahal kisah sebenarnya. ko tipu aku.
rasa macam nak-simbah-je-sambal-kopok-lekor-kat-dalam-beg-ko-biar-padan-muka-ko.

Esok-esok-esok-esoknya, ada dapat satu mesej.
dari carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa.
aku x expect pon tu apis.
sbb aku tahu dia mmg dah tipu aku, so seharusnya dia xde account pon kat @15 tu kan?
chat-chat-chat....

Zaman tu kan suka guna 'huhuuu' kat mesej.
aku sangat pelik, lantas;

Aku : asal awak suka guna huhu eh? macam monyet.

Gila direct je aku sound system dia.

Agaknya dia bengang kot.
dia marah-marah.
dah hilang awak-saya dah. guna aku-kau.
siap mesej;

carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa : nama sebenar ko tuttt tut kan?

carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa : ko anak tuttt tut kan?

carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa : aku taw lah rumah ko kat ne!

Okeh. memang kecut macam jeruk mangga okeh.
siap ugut-ugut.
apalah sangat yang ada pada budak umur 14 tahun time tu? *bajet kecik lagi.
memang aku terus delete no dia.
terus taubat xmahu terjebak dalam dunia glamor chatting-chatting di tv.
hahahaa! gila keji.

Tapi memang siyes aku tak buat lagi dah kerja-kerja haram chatting2 dengan orang-orang tak kenal ni.

Pastu aku pergi sekolah.

Apis : ada tak orang carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa mesej ko?

Cam hareeemmm!
kau rupanya! nak kenakan aku.
cess-cess. terus tak taubat balik dah. ;D

Hahaaa.. tipu.
lepas kes tu mmg aku xde lah nak membazir2 duit mak-pak aku pergi beli prepaid pastu buang camtu je.
lega sikit sebab carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa yang mesej aku tu sebenarnya apis.
kira ugut-ugut tu tipu je lah. heheee..

Lepastu kalau orang chat2 kat situ, kompem kena kutuk maki hamun ngan aku dalam hati.
cess. dah berdosa lagi.

Tapi kira ada jugaklah pengalaman chat kat tv tu.
haha! kalau tua bangka nak chat kat situ macam dah segan kan?
kira aku ada, korang ade....???? ;D

p/s : kesimpulan, korg xyah lah chat2 kat situ. membazir! ketagih sgt, guna je fb. ;D

Wednesday, July 14, 2010

Heartbreaking Kali Ke 10 Kuasa 10.

Saya di sini.

Ade aku kesah? *hakikatnya?? kisah lah pon beb.
semak-semak!
sesakkan insang jiwa aku. insang perasaan aku. *.....;D
ces ces lah.
bosan bosan bosan.
muak amat!

Drop me a mc plz..!

Haha! too late.
buatlah muka sedih pon.
xnak pedulik.
tp macam terpedulik. urgghh!!

p/s : diri, berhentilah sakitkan hati sendiri.

.........

Monday, July 12, 2010

Benda Baru.

Ok. aku memang baru tahu macamana nak view Most Recent Comments dengan lebih banyak kat fb nun.
silalah gelakkan sedas dua. haha!

Padanlah selama ni pengkomen2 status baru yang tegar, balik-balik orang yang sama.
bayangkan kalau orang2 tu semua xon9?
x ke senyap sunyi je..?
tiap kali logon-logoff, pusing2 polan-polan tuuu jugak.
cam haremmmm.

Patutlah jugak kalau aku on9 kat lappy orang lain ke kat cc ke, aku cammm..
eh? bila masa lak aku ada add orang ni.
sebab xpernah2nya dia appear dalam most recent comments aku tu.

Hehe.. xpe2.
orang kata better late than never kan?
hihi... nak cover malu baiikkk punya pasal.

Tapi aku rasa dalam 1000 orang, ada gak sorang makhluk yang ada kes terpencil macam aku kot.
xtaw kewujudan setting tu jugak. hihi.

Mula-mula kan, aku godek punya godek-godek itu fb.
bila scrool kat home sampai bawah, nak lah klik Older Posts.
yelaaa.. dah xde benda baru. godek-godek lah benda lama.
tiba-tiba ada jugak benda baru yang boleh aku discover. ;D


Dekat Edit Options tu.
klik sajek di situ dengan konfidennye.


Nanti dengan sepantasnya benda kat atas ni keluar.
tapi tu pon kalau wi-fi ke modem ke, broadband korang xtidur la.
kalau cam siput, hanya mampu berharap la yeh. loading sampai dia keluar.
pastu, tukar je benda alah yang aku anak-panahkan tu.
tukar je ikut suka korang berapa yang korang nak.
kalau ikut logik, ikutlah berapa Friends korang.

Kalau Friends tu ada 500, tapi nak belasah letak 5000 pon ok kot.
kot lah! aku pon xpernah cuba.
hahaaa. tapi ape jadah lak nak bubuh sampai 10 kali ganda pulak kan?

So, lepas ni senanglah korang nak baca-baca status baru member yang korang main add je tu.
xdelah terlepas-lepas pandang lagi.

Agak2 korang nak stalker sape2 ke, bubuh je nama dorang kat Show More tu.
kompem korang xterlepas status baru dorang dah!
hehehehee... boleh komen-komen dengan gumbiranyaaa.. ;D

p/s : muka teruja.. ;D

Petang.

:-).miss u.

Oit...!
jenuh aku bekukan.
ada ko kisah??

p/s : bunga-bunga!

Thursday, July 8, 2010

Confession.

Okeh!
ni kira kes berani mati lah sbb berjaya meluahkan apa yang aku rasa.
apa yang aku pendamkan..??
jeng jeng jengg..

Ko kat atas, aku pon menjalankan operasi menghantar 10 surat kat ko.
nasiblah limit dia 10 je? kalau 20? maunye 20-20 tu gak aku hantar.
cukuplah untuk bagitahu apa yang aku rasa.
haha..kenapa mesti hantar time kat atas?
ye laaa...time tu of course cam pending kan?
so ada masa jugak aku nak nervous2, get ready for any risk to happen.
like arrrggggghhhhhh. nak keluar jantung.

I dont mind either about your positive answer.

Yes yes!
i dont mind..!
just wanna let you know.
tp xke macam kerja gila?
dalam-dalam i dont mind tu, kisah jugak sebenarnya. ;D
tp xde la menaruh gunung macam Everest kuasa 6.

Piiiew....!
30 minutes later..

Amboi! macam karangan bahasa melayu.

Gulp!

Gulp!

Telan-telan air liur dan apa-apa je lah yang ada kat dalam mulut.

Aku faham apa yang kau rasa.

Ngeee....

The answer is just like what predicted.
so kay-so kay.
im not going down.
kan dah kata aku coooool. ;D

Nota buat kau, jgn la layan aku sangat eh?
bukan maksud nak kau disappear macam tu je.
maunye aku cubit-cubit ko buat kueh tiaw!!
just dont give me ANY determination.
jangan buat aku cair macam ais kepal kena simbah ngan air panas 100 darjah celcius tu.
jangan-jangan-jangan!

Tapi aku rasa macam kalau ko kawen, aku xnak lah datang rumah ko. boleh?
hikhik...! ;D

p/s : kau is not the right one. ye ke? waiting at the corner.

Wednesday, July 7, 2010

Payah.

Gila letih nak carik background hak yang comel-comel lote.
nak carik yang kaitan ngan ungu-purple-violet-indigo sajek.
pink sikit2 boleh la. hahahaa.. uweeek uwek pink!
tapi yang penting xmau templete la. nak background je.
sbb templete xboleh suka-suki-mak-pak-tok-ngah aku je nak mengedit-edit.
lepastu background untuk entry haruslah putih.

Demand x? demand x? ;D
macam lebih baik suruh aku order atau buat background sendiri kan?? ;D
tapi x rajin. pastu nak yang free-free je. hihihi...
ada rasa macam nak bagi tendangan penalti sedas kat aku x?
ngeeee... *cakap pon haruslah ala-ala wc gitu!

Tiba-tiba terus xde semangat dah nak renovate, edit segala macam.
biar je la camtu. hehehee..
malas nak carik background, malas nak setting2 lagi, malas nak kecik2 kan mata pastu tengok dari jauh samada background tu sesuai ke x, malas nak pk pk lagi dah.
hahahaa! gila buat kerja cam hangat-hangat taik ayam. sila jangan contohi yek! ;D

p/s : dah. nak menghilangkan diri.

Back.

Assalamualaikum.

Salam satu Malaysia, salam satu muslim! (:

Saya di Malaysia sudah. happy!
jumpa family, jumpa kuning, jumpa member2.
dan boleh bergelumang, tergolek, terlentang tang tanggg tidur depan tv macam selalu..!
thats the best part! EVER!!! ;D

Banyak nak story ni.
dan banyak gak nak edit-renovate blog ni.
hihi! almaklumlahh..... saya semakin malas nak mengadap computer dan tik tok keletuk keletakkk kat keyboard ni haaa..
tapi insyallah from today and onwards, ada la entry2 baru yg akan aku buat saaaaampaaiii aku muntah! hahahaaa.

p/s : rindu rindu rindu!