Thursday, July 22, 2010

Kerja Hari-Hari, Hari-Hari Kena Kerja.

Ohhh ho.
semalam saya singgah di hari-hari.
tau tak hari-hari tu?
yang marilah pergi hari-hari. cantik di hati, murah di hari..
ye la kot camtu. hahhaa!!

Tu pon sebab nisa dok merengek-rengek suruh mama beli seluar tight untuk tarian dia.
layankan je lahhh.
tapi seharusnya aku tak masuklah dalam itu kedai ye?
hehheehee.. malu kot!
tak tahu kenapa nak malu, tapi seharusnya aku malu jugak.
ada motip?? memang taklahhh..
cuma MALU. paham?

Mungkin kerana aku berhenti kerja bukan sebagai manager kot.
kahkahhh.. gedikks..

Oleh itu, aku tunggu dalam kereta sajek.
sambil menjeling-menjelingku bertentang, tengok dalam kedai tu.
panjang-panjangkan leher, pastu bila agak-agak ada pekerja yang macam nak pandang ke arah kereta, cepat-cepat aku nyorok.
apakahhh..? bajet macam hot.

Kak Ila masih di situ.

Kak Yan masih di situ.

Amoi cina tu yang-aku-memang-dah-totally-black-out nama dia pon ada.

Akak india tu mungkin masih di situ jugak.

Siapa eh nama cina ngan india tu?
shetal? shila? ash? biar betul...?

Hahaha! banyak dah lupa nama.
mahappp..
yang penting, macam 1Malaysia tak?
cina ada, melayu ada, india jugaaa ada! ;D

Okeh.
ada pekerja baru jugak.
lelaki???? oit. kenapa time aku kerja tak de lelaki?
tak aci sabotaj aku.
penat aku angkat-angkat stok sampai terbina muscle-muscle di badan. ;D
kalau ada lelaki kan mudah. boleh arah-arah begitu sajek. kan? motif motif..

Teringat time kerja kat situ.
dari 10 pagi sampai 10 malam.
dari rumah, gigih jalan kaki dengan dewi.
sabtu, ahad special sikit. boleh naik kereta. :)


Yang ni bukan dewi. ni aku. haha!

Pastu, pakai baju hijau hari-hari.
disulami dengan gincu yang merah kat bibir. *disulami??
gincu tu wajib oh. kena pakai! tak boleh tak. dan kena merah-merah jugak.
hahahaa.. dislike this!
dan akulah biasanya target utama dorang;

Mereka : eykaaa! gincu mana??


Aku : hoi. apa? apa??? *tapi mampu dalam hati je. tsk!

Sebelum mula kerja lak, ada briefing.
handset letak dalam cashier. opppsss.. sila jangan rompak hari-hari dan target laci chasier yeh?
story-mory kerja semalam.
apa yang kurang, apa yang tak puas hati.
pastu main tepuk-tepuk tangan, nyanyi-nyanyi.
kira macam penaik semangat untuk kerjalah.
macam nyanyi lagu negaraku time sekolah-sekolah tu. hakkkk... tipu. ;D
tapi dah terlupa jugak macamana tepuk tangan tu.
dewi mesti ingat! kan..?

Gaji seharusnya sangat masyuk.
800++.. kira banyak gilalah.
sebab kerja pun macam nak gila.
cuma aku tak suka part tak boleh duduk.
dah lah ada cctv kat cashier.
oleh itu, tak boleh nak main duduk-duduk kejap bawah rak baju. ;D

Tapi, aku selalu je curik-curik duduk dalam stor.
konon-konon nak ambik stok tracksuit lah.
sedangkan? lepak-lepak goyang kaki kejap. hakkk. pedulik?

Pastu cuti seminggu sekali. ahad wajib kerja.
tak ke macam nak menangis darah? T_T

Woi. bangla pon cuti hari ahad-lah!

Haaa.. yang tu kata-kata keji dari seorang abang untuk adiknya.
cesss...!
akan kubuktikan bahawa aku bukan bangla. haha..!
cess sekali lagi.

Kemudian?
setiap kali costumer datang, kena cakap selamat datang!!! dengan semangatnya.
kalau dorang jejak kaki keluar kedai je, kena cakap terima kasih! sila datang lagi.
nada dia pon special duh. kena macam ni; terima kasihhhh... sila da-tang laaaagi. paham?
hahahaaa.. suka suka! rindu rindu rindu.
rasa nak cakap-cakap macam ni lagi kat rumah. ;D
orang tengok macam pelik tak?

Tugas aku kat situ, jaga department kanak-kanak.
gila tak geram? baju kecik-kecik, comel-comel belaka sajek.
rasa geram macam nak bakar je semua. tahu? ;D

Dan port untuk borak-borak dengan dewi selalu dekat depan fitting room.
sambil belek-belek jerawat kat cermin pintu.

Menjadi sasaran sekali lagi.

Mereka : eyka!! dewi..! buat apa tu? costumer kat depan!!

Lantas kami berlari-lari anak mencicit-cicit mendapatkan costumer.

Hahaaa.. jahat tak jahat tak?
banyak main-main time kerja.

Twiiittt.. asal cerita cecah lantai ni lagi banyak yang sengsara dari gumbira? ;D

Sebenarnya happy je kerja.
tapi bila dah kerja rasa macam belajar tu lagi senang. lagi rilekks.
tak payah nak pikir bil letrik, bil air, rumah... hahhaha.. bajet macam dah kawin.

Bila dah rasa kerja tu susah, terus rasa macam kena belajar sungguh-sungguh.
terus rasa kecian mama ayah kerja penat-penat nak carik duit.
terus berkobar-kobar tak nak jadi macam bangla. hahaa!

p/s : cerita silam-silam ni bila refresh balik cam best kan?

4 comments:

  1. hahaha..selamat datang kep pasar raya hari-hari..
    setiap hari barang kami murah-murah...
    kenangan dahsyat 2..hehehehe
    paling dahsyat lg ble aku datang mengganggu
    huhuuhuhhuu

    ReplyDelete
  2. aah ahh.. ko suka datang kacau aku kerja.. cess.. shhuu shuhh!

    ReplyDelete
  3. seronok yee kerja kat hari hari. storyy macm suke jee. HAHA

    ReplyDelete
  4. hahaha! mmg klaka bile igt blek. skg kalaw aku tiap kali blek aku msti singgah ctu, n soklan yg dorg slalu tnye kat aku msti cmney. " ika mane?" "nape dy da lme xdtg cney?" pastu dorg wat ayt sdey. "msti da lupe kat ktorg.huu. :( " n aku juz ley ckp, "dy bz kowt. huhu" .. nnti kite g sane eh2. rndu kt ko gak wey. kite g sane jln kaki nak? ahahah! n btw, kak yan kesygan ko 2 da xkeje c2 da. mybe yg ko nmpk 2 org len kowt. dy da kne trnsfer. kak krishna pown. n thats y aku da lme xjmpe sugu gak. igt kat sugu x? hehe. yg aku slalu pggl sagu 2. hehe. n g 1, kak ila da pregnant! omg! xsgke gue. tp bile na mletop aku pown xtawu. huhu. k ur. t aku blek aku inform ko k. muah!

    ReplyDelete