Friday, July 16, 2010

Kes Chatting.

Korang pernah main chat-chat tak?
alaaa..yang taip2 pastu send ke 32999 tu.
chatting ngan sesapa-tah-ni-aku-tak-kenal-langsung-tapi-cam-best!

Hahaa! nak dijadikan cerita, sewaktu aku merenung syiling bilik tengok cicak-cicak memadu asmara macam dalam komik anak-anak sidek tu, teringat lah pulak cerita masa kecik-kecik dulu.
zaman jahiliyah dulu-dulu kala.
suka nooohhh join chat kat astro.
taw x?
kalau korang xtaw memang x updated lah you allsss ni!
ketidak-canggihan! hihi...
berlagak x? berlagak x? ;D


Gila ke tak ingat cara-cara nak chat-chat tu.
taip sajek CHAT15 jarak diikuti dengan mesej meraban anda dan hantar ke 32999.
hihi! ingat beb..!

Aku layan astro je. haha! ayat nak makan kasut saiz 11.
ye lah. time tu tv8 mana ada lagi.
time2 gila chatting ni masa f2 kot kalau xsilap.
kalau xsilap kira lah. sbb f3 dah de pakwe seharusnya tak boleh menduakan lah kan? ;D
topup RM50 boleh habis dalam masa satu malam je.
jadah hape? memang kayakan orang yang dah kaya.

Lagi-lagi kalau ada budak-budak af yang join chat room tu.
rasa terkinja-kinja lebih.
rasa macam aku-tak-dapat-masuk-tv-tapi-mesej-aku-yang-dapat-masuk-pon-jadilah.
kau ada??
haaa. hebat tak hebat je lah perasaan tu.

Okeh! ingat lagi aku berjaya kenal-kenal dengan sorang mamat ni.
nama timangan dalam chat tu ash. yela kot ada ash-ash sikit. ashboyz kalau xsalah.
hahaaa! nama haruslah canggih nak tarik perhatian orang kan?
boyzzz, girlzz, gurl. lagi panjang zzzzz tu lagi power.
yang gedik-gedik belakalah sehendaknya nama tu.

Aku cool. guna eyka90 je. waka-wakakaka!

Ash ni gaya macam orang kayalah.
sikit-sikit tukar handphone.
kejap2 pakai n-gage, kejap2 pakai sabun, kejap2 clorox, kejap2 detol. hahaaha.
tapi kalau dia tipu aku pon aku bukan tau kan?
stupid tak stupid je lah time tu.
buat kena gelak je.

Kitaorang berjaya dapat no masing-masing then mesej2 macam biasa.

Tengah buat apa?

Dah makan?

Tengok cerita tv berapa tu?

Dah berus gigi dah?

Macam haremmm.

Terputus contact dengan beliau bila dia ajak keluar.
woi...! memang tak lah encik. saya bawah umur lagi okeh.

Then, chat-chat-chat lagi di @15 .
jumpa pulak ngan es89.
nama sebenar, ezwan bla bla bla tak ingat.
main-main tangga ngan beliau.
ohh! taw xtangga tu jadah hape?
tangga tu camni;

e
es
es8
es89
es8
es
e

Haaaa. camtulah!
benda ni sangat mahal okeh time kat karpet chatting tu.
kira laku amatlah!
nak mantop lagi apabila nama kita dan nama polan digabungkan sekali.

e
es
es8
es89
es8
es
e
ey
eyk
eyka
eyka9
eyka90

Hahahaaa.. macam nak muntah 2873478910 kali tak?

Ngan ezwan ni ada kemajuan sikitlah bila berjaya tembus suara.
dia call aku.
borak-borak apa pon aku tak ingat.
tapi ada satu tu yang aku xboleh lupa.
bila aku borak-borak-tah-apa-benda-jadah dengan dia, mama ajak keluar.

Aku : oh. oklah es, eyka nak keluar ni kejap dengan mama.

Es : oh. okok. nak pergi mana?

Aku : pergi banting kejap.


Es : aik? eyka duduk kat mana?


Aku : bantinglah. dah kenapa?


Es : kata duduk banting, buat apa nak pergi banting lagi?


Hahaa. yang ni aku malas nak explain panjang-panjang.
warga banting ni mmg duduk kat banting.
tpi bila nak keluar pergi pekan, kami-kami sebut nak pergi banting je.
sila jangan serabutlah ye? (:

Lepas es, adalah jugak sorang kakak dari Sarawak.
sangat baiklah. budak universiti.
lagilah aku macam batak-batak karok sbb time tu baru dibangku sekolah kan?
hahaa.. konon-konon mintak tips macamana nak masuk uni bagai.
aneh!

Cerita aku chatting kat channel 15 kat astro tu sampai jugak kat kawan-kawan kelas aku.
salah seorang daripadanya, Hafiz Haiqal Hafandi *apis, bukan nama sebenar.

Pastu dia pon berlagak-lagak kata dia ada chat kat situ.
guna nama apa tah aku tak berapa nak recall.
tp ada carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa jugaklah.
kebetulan memang ada je orang nama carl yang chat dekat @15 tu.
so, aku pon dengan rendah hati lagi lurusnya percayalah.
siap janji-janji you ngan apis nak jumpa chatting kat situ lepas balik sekolah.

Tungug punya tungggguu. tak de!
cis.

Esok kat sekolah memang kena bom ngan aku lah!

Aku : woi! kata nak chat semalam? xdepon.

Apis : adalah.


Aku : mana ada carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupal tu?


Apis : adeeee...


Aku : xde!


Apis : ade.


Aku : xde xde xde. tipu aku. bla!


Kenkonon nak merajuklah. tapi apa aku ade kisah?
hahahaaa...
padahal kisah sebenarnya. ko tipu aku.
rasa macam nak-simbah-je-sambal-kopok-lekor-kat-dalam-beg-ko-biar-padan-muka-ko.

Esok-esok-esok-esoknya, ada dapat satu mesej.
dari carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa.
aku x expect pon tu apis.
sbb aku tahu dia mmg dah tipu aku, so seharusnya dia xde account pon kat @15 tu kan?
chat-chat-chat....

Zaman tu kan suka guna 'huhuuu' kat mesej.
aku sangat pelik, lantas;

Aku : asal awak suka guna huhu eh? macam monyet.

Gila direct je aku sound system dia.

Agaknya dia bengang kot.
dia marah-marah.
dah hilang awak-saya dah. guna aku-kau.
siap mesej;

carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa : nama sebenar ko tuttt tut kan?

carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa : ko anak tuttt tut kan?

carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa : aku taw lah rumah ko kat ne!

Okeh. memang kecut macam jeruk mangga okeh.
siap ugut-ugut.
apalah sangat yang ada pada budak umur 14 tahun time tu? *bajet kecik lagi.
memang aku terus delete no dia.
terus taubat xmahu terjebak dalam dunia glamor chatting-chatting di tv.
hahahaa! gila keji.

Tapi memang siyes aku tak buat lagi dah kerja-kerja haram chatting2 dengan orang-orang tak kenal ni.

Pastu aku pergi sekolah.

Apis : ada tak orang carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa mesej ko?

Cam hareeemmm!
kau rupanya! nak kenakan aku.
cess-cess. terus tak taubat balik dah. ;D

Hahaaa.. tipu.
lepas kes tu mmg aku xde lah nak membazir2 duit mak-pak aku pergi beli prepaid pastu buang camtu je.
lega sikit sebab carl-carl-ape-tah-aku-dah-lupa yang mesej aku tu sebenarnya apis.
kira ugut-ugut tu tipu je lah. heheee..

Lepastu kalau orang chat2 kat situ, kompem kena kutuk maki hamun ngan aku dalam hati.
cess. dah berdosa lagi.

Tapi kira ada jugaklah pengalaman chat kat tv tu.
haha! kalau tua bangka nak chat kat situ macam dah segan kan?
kira aku ada, korang ade....???? ;D

p/s : kesimpulan, korg xyah lah chat2 kat situ. membazir! ketagih sgt, guna je fb. ;D

1 comment: