Thursday, March 14, 2013

Show me some respect!

Ada dua cerita.

1) Kisah satu.

Sebelum aku melayakkan diri belajar di bumi Permaisuri ni, seharusnya aku kena lepas sesi temuduga dulu. Macam biasa la kan calon-calon temuduga mesti masa ni baru sibuk nak tahu nama penuh Agung, Sultan, PM, menteri itu, menteri ini. Aku pun tergolong dalam kelas calon-calon macamni jugak. Sambil sarapan dalam kereta, sambil tu baca surat khabar. Konon nak jadi orang yang hebat isu semasa. Sedangkan padahal kalau hari-hari biasa, surat khabar tu dijadikan bahan utama nak rujuk intisari rancangan je.

Nak dijadikan cerita, teringat satu soalan yang pernah diajukan pada aku oleh penemuduga.

"Who is our current deputy Prime Minister?"

"Muhiddin Yassin.." Yakin yakin!

"Is he your brother or something?"

"Errr.. What I mean is Dato'. Dato' Sri Muhiddin Yassin."

"Dato' Sri?"

"Ehh. Tun? Ehh. Tak. Tan Sri. Tan Sri Muhiddin Yassin."

Ni baru betu-betul kena duga dengan penemuduga! Dia mampu geleng-geleng kepala je depan aku.

Bila dapat keputusan aku lulus temuduga, abang, kawan-kawan aku semua sibuk perli baikkk punya. Perli sebagai tanda tahniah lulus temuduga.

"Tulaaa. Jawab lagi macam tu. Padan muka, kan dah kena buang negara!"

2) Kisah dua.

Selain facebook, whatsapp pun dah boleh dimanfaatkan untuk bertukar-tukar idea mengenai hal-hal yang skopnya lebih besar. Sebagai contoh, buat group di whatsapp untuk berbincang atau kemas kini perkembangan gerak kerja untuk sesuatu program.

Dah nama pun dalam satu group, terang-teranglah ada juga nombor whatsapp yang tak ada dalam simpanan phonebook. Nak dijadikan cerita, aku yang sengal-sengal ubi ni nak lah jugak bertanya satu soalan.

Makanya, soalan tu berbunyi begini;
"Hamka, yang ni bla bla blaa ke?"

Tak sempat Hamka reply, ada satu mesej masuk. Tapi kali ni bukan mesej dari whatsapp. Ni mesej yang biasa tu. Dapat tangkap kan?

"Tak pasti Syafiqah tahu ke tak, tapi yang Hamka tu Dr Hamka tau. Sorry tak inform awal."

Gluppp! Muka biru.

p/s: suka-suka aku je, dibuatnya macam kawan-kawan sepermainan ting-ting!

No comments:

Post a Comment