Tuesday, February 15, 2011

Uvula dan Tonsil.

Time syok nyenyak-nyenyak tidur, tetiba datanglah satu mimpi ni.
Heee.. Saspen.
Konon-konon dalam mimpi tu aku ni macam tertelan something dalam mulut laa.
Ok. Mimpi je tapi kan..?
So haruslah tidur balik.

Tidur tidur tidur...

Subuh je, Yana datang bilik kejutkan.
Hehe. Take five jap. :p *five la SANGAT
Pastu mimpi lagi benda yang sama, macam tertelan something dalam mulut.
Tak pe tak pe. Mimipi itu mainan tidur. :S

Kali kedua Yana masuk bilik. Ok!
Ni dah tak de take five-take five dah.
Terus berdesuppp bangun sebab nanti Yana boikot tamau kejutkan aku lagi dah. Heee...

Tapi yang peliknya, aku rasa memang ada somthing kat mulut aku, area-area anak tekak.
Mulalah nak lempang-lempang pipi kot-kot tengah mimpi ke kan? :p
Tapi tak takk. Sebab tak de yang benar melainkan yang benar-benar belaka.
Mungkin tonsil bengkak la kot. Dah biasa je kena camtu tiap kali bangun tidur.

Tapi 'something' tu bergerak-gerak.
Macam geli-geli kan?
Dengan tak basuh gigi lagi, dok nganga-nganga mulut depan cermin.

Serius terkejut sedas dua!!!
Anak tekak aku memanjang yang sampai boleh cecah lidah!
Pastu tonsil tu bengkak!
Makkkkkk...... Nak nanges.

Rasa macam nak lari terus pergi mengadu ngan Yana.
Malu tak berus gigi punya pasal, berlagak cool pergi mandi berus gigi bagai.
Seksa nak berus gigi tak yah cakap la..
Kena hati-hati sebab aku takuttt je anak tekak tu terputus. *Boleh ke??

Aku: Yana!!!!!! Uvula aku elongated. *Heee.. Tak guna perkataan 'anak tekak' ok.. ;D
Yana: ....??? Mende tu?
Aku: Anak tekak aku... :( *busy nganga-nganga mulut*

Dalam kepala otak dah fikir kena operation je. :(
Yelaaa.. Selalu kalau check doktor kat Malaysia, banyak kali dah sarankan buang tonsil.
Tapi tamau..
Terus rasa nak balik Malaysia!!!!

So, sebelum kelas, pergi hospital dulu.
Terusss pergi bahagian Accident & Emergency tau.
Tak main dah wad-wad biasa tu..
Sebab dah kronik dah aku rasa. Takutt je anak tekak terputus.
Pastu kalau dibuatnya tertelan jugak? Tak ke naya..??
Haha!! Serius aku dah bajet operation je.
Pastu aku jadi bisu tak leh cakap.
Pastu kena belajar braille. *Ada kena mengena ye buta ngan bisu?

Ya Allah. Sungguhlah aku takut kalau-kalau nikmat bercakap aku Allah tarik. T_T
Nauzubillah. Mohonlah sangat dijauhkan.

Macamana nak bercakap kan?? Confirm tak boleh keluarkan suara.

So, kawan-kawan.. :p *muhasabah mode is ON.Time ada suara yang lunak merdu tu, gunakanlah untuk bercakap benda-benda yang baik, nasihat dan berpesa-pesan dengan kebenaran dan kesabaran, cuba sampaikan meskipun satu ayat (kebenaran).. Dan baca Al-Quran!

p/s: lepas ambil ubat tadi, dah memendek sikit dah. tapi takut nak tidur... :(
kot-kot lah nanti dia panjang lagi cane???

[update 2014: Uvula dan Tonsil II]

6 comments:

  1. ubat ape doc bg? saya ada prob yang sama..

    ReplyDelete
  2. kok sy jg pg ini juga ad problem gt an?

    ReplyDelete
  3. Sekarang tengah berlaku dekat anak tekak saya ni ... Freak out sangat

    ReplyDelete
  4. Sekarang tengah berlaku dekat anak tekak saya ni ... Freak out sangat

    ReplyDelete
  5. Email sya ubat apa yg doctor berikan... Tq... fadzlymohammag@ymail.com

    ReplyDelete