Thursday, November 13, 2014

Uvula dan Tonsil II

Untuk pengetahuan, penulis blog ni bukanlah seorang yang selalu bermotivasi hendak menulis. Semenjak dua menjak ni je. Ni pun tak tahu boleh bertahan sampai bila.

Makanya, semalam aku tengok tengok lah jugak posts yang lama-lama. Tengok punya tengok, sebenarnya ada jugak lah orang yang tinggalkan komen kat post ni; Uvula dan Tonsil

Disebabkan post tu kurang info, terfikir nak menulis lagi kot kot in future ada orang yang nak refer kalau terkena sakit yang sama. Dalam erti kata lain, aku bersalah sebenarnya tak reply pada orang yang tengah risau anak tekak memanjang!

Okay. 

Nak diringkaskan cerita, waktu aku terkena anak tekak memanjang sampai cecah lidah tu, aku masih belajar di UK. Bangun pagi, tiba-tiba jadi macamtu. Dengan zero knowledge pasal elongated uvula, aku sempat google kejap sebelum mandi dan gosok gigi. Sebab, aku takut kalau gosok gigi akan bagi kesan yang lagi buruk. 

Dari apa yang aku masih ingat apa yang aku baca, ada kemungkinan disebabkan badan kita kurang air (hydrated). Yang ni aku setuju sebab aku jenis tak suka minum air kosong. Tambah pulak, aku ambik caffein yang sangat banyak waktu kat UK dulu. Caffein berlebihan dalam badan boleh menyebabkan badan kita hilang lagi banyak air. Plus, dari kecik aku memang kerap bengkak bahagian tonsil dan tiap kali bengkak, aku akan demam. Doktor selalu pesan untuk tak minum banyak air sejuk (ais) untuk elakkan tonsil bengkak, or else kena buang je tonsil tu.

Berbalik kepada kejadian anak tekak memanjang tu, pagitu jugak aku terus refer doktor kat bahagian emergency. Ohh, gosok gigi tak menjejaskan apa-apa ye. Cuma hati hati je lah time gosok tu, sebab memang payah nak memberus pun bila tekak tu tengah panjang. Ada perasaan yang rasa macam nak tertelan anak tekak sendiri pun ada. 

Sejujurnya waktu tu sangat gelabah sebab tak tahu pun tekak boleh jadi panjang macamtu sekali. Bila refer ke doktor, dia pun kerut kerut muka. Doktor kata kes ni sangat jarang terjadi; in which aku syak dia pun tak pernah face pesakit yang ada masalah ni. Lepas doktor tu bincang-bincang sikit dengan nurse, dia bagi penicilin (antibiotik). Pastikan dulu yang kita ni tak alah pada penicilin. Kalau tak, sakit lain pulak jadinya. 

Antibiotik ni standard lah, kena habiskan. Dan sebab waktu tu tonsil aku tengah membengkak, doktor bagi ubat hisap jugak. Orang yang selalu ada sakit yang sama dia tahu lah ubat hisap ni macamana. Aku pun tak ingat apa nama ubat hisap tu. 

Waktu tu doktor pun tak pasti nak bagi ubat apa sebenarnya, cuma dia pesan ada kemungkinan hydrated dan cuba minum banyak air. Kalau dalam masa beberapa jam lepas makan ubat masih tak ada perubahan, dia suruh datang semula ke hospital. 

Alhamdulillah, lepas ambik ubat dan masuk tengahari sikit tekak tu makin memendek. Belum sepenuhnya normal, tapi dah ada kesan positif. Bila dah petang sikit, anak tekak tu terus okay. Cuma tonsil je masih bengkak. Aku tak pasti jugak kalau cuaca ada main peranan ke tak. Waktu yang aku kena tu, musim sejuk. Tapi tak mungkin lah, kalau betul sebab musim sejuk, kenapa aku sorang je yang kena orang lain tak ye dak?

Papepun, jangan gelabah walaupun memang patut untuk gelabah! Cepat-cepat terus rujuk ke doktor. 

p/s: Memang payah pun nak carik info pasal uvula memanjang/bengkak ni dalam bahasa Melayu. Time aku google dua, tiga tahun lepas pun semua yang aku refer artikel-artikel dalam English. So trylah search: elongated uvula/ swollen uvula/ etc. Aku syak orang Melayu tak pernah kena macamni lah kot. 

5 comments:

  1. Tq atas info. Aku pun gelabah masa kena uvula memanjang. Mungkin betul kurang air. Makan makanan pedas sebelum tidur yg aku rasa boleh menyebabkan ia terjadi.

    ReplyDelete
  2. Tqvm
    Very helpful article... In short, uvola elongated due to hydrated.
    Salam

    ReplyDelete
  3. Tq miss..sgt2 membantu...saya tarik uvula dgn tangan sebab ingatkan kahak lekat...memg menyakitkan dan tidak selesa...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Miss,
    JZKK. I experienced elongated uvula semalam. after sore throat on the day before. Terasa benda following di tekak waktu rukuk sujud. Haha. And yes initially confident dah sebab dehydrated. Alhamdulillah sore throat pulih sikit sikit.. uvula pun.. Cumanya currently kena bacterial infection satu muka. Dr kata boleh jadi sore throat tu due to bacteria tu, streptococcus.. Dr cakap it is an agreesive bacteria sebab attack laju. a day after sore throat, dah keluar dekat muka. He even wrote a Referral Letter to a hospital incase today the infection spread dekat part lain pula. Scarrryyyyyyyy, eventhough I notice it dah started to spread sikit.

    Oh he prescribe me two antibio semalam. n my father bought Diflam lozenges with antibac.

    ReplyDelete
  5. Saya sedang mengalaminya, baru dapat antibiotik. Saya ingatkan ada bengkak atau ketumbuhan di tekak :'( Hopefully semuanya akan ok

    ReplyDelete