Waktu sekolah rendah, aku dah telek, dah belek dah diri aku ni, bahawasanya aku ini sesuai sangatlah kiranya untuk dijadikan ustazah, mengajar bahasa arab. Ayah aku pun sokong. Aku pun minat. Dan hampir je aku buat keputusan nak masuk sekolah menengah agama.
1) Result bahasa arab aku waktu darjah darjah, memang gempak. Kalau tak 99, 100 markah. Waktu darjah 3, rekod aku bersih asyik nombor 1 je (sebab aku kelas 3 Umar). Bila masuk 4 5 6 Abu Bakar, hmm ada Haziq ada Ana, kecundang teruss. Tapi legasi bahasa arab markah gempak masih aku cuba kekalkan.
2) Kalau bab menghafal sayyaratun kereta, ainun mata tu aku paling laju beratur kat depan untuk tasmik. Lagi-lagi hua huma hum hia huma hunna anta antuma antum anti antuma antunna ana nahnu tu. Boleh lepas sekali napas je.
3) Disebabkan cita-cita ustazah masih membara, aku cabar diri untuk masuk pertandingan berdialog dalam bahasa arab peringkat sekolah. Menghafal skrip je lah tapinya.
"Sabahal khayr! Kaifa haluki?"
"Sabahal khayr. Alhamdulillah, ana bikhair, anti?"
"Ana bikhair aidhan."
Perghhh! Tajuk buah-buahan tempatan kalau tak silap aku. Walaupun dapat nombor akhir sebab ada part skrip yang aku lupa, tapi aku sedar bahawa hidup itu tak selalunya di atas. Orang yang gagal ialah orang yang tak bangkit semula dari kegagalan! Camtu.
4) Disebabkan aku dah mula sedar suara itu aurat, aku tak join dah nasyid nasyid ni. Too mainstream! Kakakaa padahal waktu tu baru nak belajar apa itu ertinya haid. Jadi aku mengambil keputusan untuk masuk pertandingan sembahyang jenazah. Imam terus jawatan aku, tak pakai dah makmum makmum. Sebagai seorang imam berjaya, hari-hari aku jumpa ustazah berlatih baca doa yang part last tu. Bila dah lancar, lagilah berkobar-kobar semangat nak jadi ustazah bahasa arab!
5) Aku dah cerita tak yang bila jadi ketua kelas pun aku guna pakai istilah bahasa arab untuk beratur sebelum masuk kelas? Ruf'an (angkat tangan), krikkrikkrik (turun tangan dah lupa).
Tapi tu lah, bila dah darjah 5 darjah 6, susah pulak aku tengok bahasa arab ni. Lagi-lagi bila aku tengok buku-buku teks sepupu aku yang ambik sekolah menengah agama; semuanyaaaaa perkataan bahasa arab. Tak sediakan makna satu hal, takde baris tu yang aku haa like seriously how they expect me to understand this? Terus berbahasa inggeris.
Mana silapnya, bila dah hujung-hujung nak PSRA tu aku punya semangat dah hilang di bawa angin. Aku dah makin kerap datang lewat. Kadang-kadang tu lepas kelas dah habis mengaji aku baru terkial-kial nak angkat beg, turun dari kereta. Kadang-kadang tu kena hasut dengan bisikan lebih sikit, terus tak datang sekolah. Kahh. Cuma mujurlah keputusan masih okay walaupun tak mumtaz at least bila anak aku tanya aku punya result berapa, aku boleh bentes segala persoalan dengan mudah.
Naik tingkatan satu, aku daftar sekolah dengan berbaju kurung putih, berkain biru muda.
Tapi yang ini belum masuk part aku bercadang masuk kelas sastera tingkatan 4!
No comments:
Post a Comment