Wednesday, March 10, 2010

Hipotesis Iman

Assalamualaikum.. ^^

Hye2 dear blog..!
kamu sihat? alhamdulillah.. selagi tuan dia sihat, blog pon sihat. kan-kan-kan? ^^

Aik?? blogger tarik muka masam lakk..
heheee..sbb xtnye khabar korg lak eh?
alolololooo.. blogger sihat?
insyallah sihat-sihat je eh?
kalau xsihat, jumpa doktor. sbb kalau jumpa aku, lagi-lagi-lagi xsihat pulak nnt. ;D

Okeh2..
fokus2 balik!

Erm.. pernah xrasa kosong? bukan kosong sbb failed exam ke ape keee..
ni rasa kosong yang kosong dalam hati, dalam diri.
rasa macam hilang arah tujuan sekejap.
kalau kita bayangkan sebuah nakhoda, nakhoda tu terumbang-ambingggg je..
sebab kapten dia pergi basuh tangan nak makan kejap, xboleh nak control kapal tu sementara waktu. hihi!

Pernah ke rasa macam tu ek?

Pernah ke pernah?

Ke... xpernah?

Langsung?

Walaupun secoit?

Xpe2..jawab dalam hati. :)
kamu tahu siapa kamu kan?

"Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan
لااله الا الله"
(HR. Ibnu Islam)

Bagi pendapat aku, tu semua sebab iman.
kondisi iman seseorang tu boleh je turun, boleh juga naik.
itu memang tak dinafikan, sunnatullah. memang normal.
kira macam air laut jugak la, ada waktu pasang, ada juga waktu surutnya.
mungkin jugak ada juga waktu sampai kering kontang? nauzubillah...
harap2 xsampai la tahap tu kan?

Sedangkan sahabat2 nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW pun mengalami situasi yang sama.
iman mereka membuak-buak ketika bergaul dengan nabi dan para sahabat.
bila pulang ke rumah, bersama dengan keluarga, isteri dan anak-anak, iman mereka mulai pudar.

Bayangkanlah...
mereka yang hebat, dan sudah dijanjikan Syurga Allah pun ada turun naik iman.
ni pulak kan kita?
hambaNya yang memang sah2 x ada apa2.
semuanya hanya pinjaman sementara.

Lagi2 perempuan kan? macam aku. *lelaki boleh la bangga sikit eh? ;D*
time2 Allah Bagi Cuti dalam seminggu, leka je kan?
mentang2 xboleh solat, tidur sampai xsedar Subuh.
masa tu lah rasa sangattt kosong sebenarnya. T_T
selesa dengan 'hidup' macam tu, agak payah nak memulakan solat selepas bersuci.
lagi2, susah sangat nak fokus solat. kan2? *ke.. aku je?? wargghhh.. larikk!*

So, bagi pendapat aku, bergaullah selalu dengan sahabat-sahabat yang boleh menambahkan iman kita.
kalau xtambah pun, sekurang2nya maintain la kan? daripada berdesupppp je jatuh?
haaa.. kan sakit tu.. :)

"Kalau nak pilih kawan, pilihlah yang dengan melihatnya kita akan mengingati Allah…"

Nabi saw pernah mengingatkan kita,
barangsiapa bergaul dengan tukang api, maka kita akan terkena percikannya.
sebaliknya, barang siapa bergaul dengan pedagang minyak wangi, maka kita akan terkena harumnya.
*so, nak api ke nak wangi..? :) keee..nak duduk atas angin je?*

Jalan terbaik, usrah.
usrah tiap2 minggu, dapat topup iman kita yang dah makin semput tu.
iman pun boleh main topup2 jugak pe, bukan prepaid handphone je! ;D
special sikit, topup iman tu free.. xyah keluar duit.. kan2? ^^
cuma luangkan sikit waktu je.

Tak pon, dengar je la mana2 ceramah.
join je kalau ada ceramah kat masjid tu.
setiap universiti at least ada je satu masjid kan?
ohh tak... surau pon boleh je.
macam mustahil kalau xde ceramah kan?

Malas nak jalan kaki?
haiishhh.. setapak ke masjid atau surau tu besar pahalanya. :)
okeh2.. xpe2..
gunalah teknologi. kata dah canggih-manggih.
banyak je ceramah2 ringkas yang kita boleh download dari internet.
aikkk? download lagu kuch2 hota hai boleh pulak kan? heheee... *cakap depan cermin.. ;D*
sambil2 facebooking tu, dengar la ceramah yang korg dah download tu.

Ermm...
xpun, baca je pape artikel keagamaan, yang sekali gus boleh buat kita berfikir, dan tambah iman tu, insyallah.
suggestion, saifulislam.com.. hihi! *best!! thumbs up...*

Come on lah!
xkan busy buat kerja je..? sampai xde waktu? ada assignment??
ye ke semua alasan2 tu? ye ke??? boleh pakai ke?
*aku suka perli2 diri sendiri ni.. hahaha!*

Dalam 24/7, xkan laaaa masa tu untuk makan-minum-mandi-main-tidur-pergi kelas je kan?
berapa peratus sgt lah kalau nak banding dengan semua2 tu.
secipot, secoit je..

"Kalau kita tak penuhi waktu kita dengan kebaikan, mesti waktu tu akan dipenuhi dengan keburukan..."

Cara-cara yang lain :
1. Melaksanakan ibadah wajib.
2. Menambah ibadah sunnah.
3. Menjaga pancaindera dari godaan buruk.
4. Menjauhi lingkungan yang buruk.
6. Mengikuti pengajian.

Makna??
iman dapat naik bersamaan dengan bertambahnya ketaatan kepada Allah SWT.
*directly proportional ye kawan2.. bukan inversely... :)*

Haaa..
pernah dengar lagu Opick-Tombo Ati?
besttt... lagu tu pun boleh jadi catalyst jugak.. :)




Click kalau buffer laju ek?
kalau x, xpasal2 ada lak yang dok maki hamun broadband sendiri.. ;D

Siap ade lirik lagi tu.. :))
boleh karok gak kalo nak..

Hihi.. lagu ni lagu jawa.. ;D
so, orang2 jawa silalah bangga sikit eh? ngeh3... ;DD
orang yang bukan jawa tu jangan la pangkah terus lagu ni.
sebab ada je lirik bahasa melayu kat hujung lagu ni.
dengar sampai habis okeh! ^^

Agak2 nak download, klik sini.
Opick - Tombo Ati

^^

p/s : Al imanu yazidu wa yankus. Iman itu dapat naik dan turun.

..eyka..


No comments:

Post a Comment