Youtube : search- Fenomena Azan.
Lepas tengok video ni, barulah aku faham apa yang dimaksudkan dengan;
"Salah satu tanda kiamat, tiada lagi azan yang berkumandang.."
Sebelum ni, aku terlampau kecikkan skop ni.
tiada azan yang berkumandang di Malaysia.
hahaaha! cetekkan?
aku lupa pandang negara2 lain.
Allah tu bukan pegang Malaysia je, Allah pegang satu Bumi.
bahkan Allah tu pegang satu alam semesta.
Samalah jugak dengan tanda, turunnya Nabi Isa.
time kecik2, bila ustazah ajar tajuk tanda-tanda kiamat ni, aku terfikir,
kat negeri mana agaknya Nabi Isa ni turun ek?
Selangor..? Kedah? Penang? hahaha! *cetek lagi di situ..*
Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa:
“Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”
Kalau ikut video ni, maknanya azan tu sentiasa ada kan?
non-stop..! dari dulu, sampai sekarang.
betapa besarnya keagunganMu, Ya Rabb.
p/s : Subhanallah. ^^
..eyka..
No comments:
Post a Comment