Aku madeup dengan keputusan nak pakai braces ni waktu balik cuti summer first year, tahun 2010. Sebab utama keputusan aku tu, semestinya duit poket yang mencukupi. Aku rasa lagi berwang waktu belajar nak banding waktu kerja ni. Hee. Tapi disebabkan aku belajar jauh, dan pakai braces ni memerlukan checkup setiap bulan, maka doktor cadangkan untuk buat bila dah habis belajar nanti.
Bila dah habis belajar setahun lebih yang lepas, semangat betei nak buat braces treatment. Member semua pakat pulun kumpul duit nak buat down payment kereta buat kahwin, aku watlek watpis kumpul untuk buat pasang braces je.
Sebelum buat tu, aku ada lah buat homework sikit sikit. Mula-mula aku review klinik dulu --tanya-tanya member yang pernah buat kat Tiew Banting. Aku pun dah pernah consulted dengan doktor kat Tiew time cuti summer first year dulu; aku punya self opinion, doktor dia tak mesra alam sangat. Lagipun kat Banting ni tak banyak dental clinic yang power, so harga kat Tiew ni mahal lah jugak bagi aku (sebab dia je satu-satunya dental clinic yang mendominasi Banting).
Then ada member yang buat kat Ooi & Khor Dental Surgery kat Kota Kemuning, Shah Alam. Aku terus call, tanya-tanya harga sikit pastu terus setuju nak buat treatment kat sana. Pulak tu aku ni jenis yang kuat berjalan dan selalu lah jugak --sikit-sikit ke Shah Alam, kejap-kejap ke Shah Alam; so belanja minyak kereta untuk checkup tiap bulan ni aku tak berkira sangat. Plus, dental clinic yang ni dia bukak sampai malam, makanya sangat sesuai untuk golongan-golongan yang bekerja macam aku dan jugak spesis pelajar yang masih memerlukan parents sebagai pengangkutan utama. Busy kerja pagi, mintak lah appointmet malam takpun busy malam, datanglah pagi punya session; kann dah settle satu masalah.
Dalam pada tu, aku study jugak carik info jenis-jenis braces, sakit ke tidak bila pasang braces ni, berapa lama nak kena pakai braces, etc etc.
1) First treatment: doctor consultation. Waktu ni aku walk-in je belah malam, takde buat appointment. Tapi aku dah called klinik siap-siap informed aku nak datang. Time ni doktor checked condition gigi macamana, tangkap gambar sisi kiri kanan depan gigi, buat x-ray mulut dan moulding teeth model. Time ni jugaklah doktor explained apa yang dia akan buat sepanjang treatment, apa yang dia akan fix, gigi mana yang nak kena extract, harga.. dan semua benda lah dia explain.
Waktu ni jugaklah kau boleh tanya doktor tu macam-macam. Lagi banyak kau tanya, lagi banyak yang doktor akan bagitahu. Dapat pulak aku ni jenis yang suka study dulu sebelum beli/buat benda yang costly macamni; supaya aku tak nampak macam seorang budak hingusan yang melukut ditepian gantang yang senang ditipu dan diperdayakan. Kahh.
Harga untuk first treatment ni RM200. Tak sakit apa pun untuk memula ni sebab doktor tak sentuh apa-apa lagi pun kat gigi tu.
2) Second treatment: extract gigi! Dah sememangnya dari kecik memang paling takut jumpa doktor gigi ni sebab takut kena cabut gigi kan? Yang ni berganda dia punya takut sebab ibaratnya kita serahkan diri kita camtu je untuk dicabut gigi. Hahaa. Yang part cabut gigi ni depends on your teeth condition. Disebabkan aku punya gigi berlapis ke belakang, nak bawak gigi tu ke depan kenalah sediakan ruang. Nak sediakan ruang, jawapan dia kena lah buang certain gigi. Untuk kes aku doktor suruh extract 4 batang gigi; 3 gigi kekal, yang satu lagi tu gigi susu. Heran jugak lah mana datang dah tua bangka pun masih ada gigi susu lagi.Harga untuk first treatment ni RM200. Tak sakit apa pun untuk memula ni sebab doktor tak sentuh apa-apa lagi pun kat gigi tu.
Sebab ada 4 batang gigi nak kena cabut, idoklerr aku serahkan bulat bulat terus cabut 4-4 batang tu dalam sehari. Kalau rasa diri tu kental, boleh je nak cabut semua sekali gus. Aku rapuh. Jadi mula mula aku cabut 2 dulu --belah kiri atas bawah (geraham pertama kiri atas dan gigi taring susu kiri bawah). Minggu depannya baru buang yang lagi 2 (geraham pertama kanan atas dan taring bawah). Tahap kesakitan: janji tak sakit! Syarat dia mudah je, jangan keraskan badan. Sebab kalau kita keraskan badan, muscle kat gusi tu akan cengkam gigi lagi kuat. So buat rilek jee waktu doktor tarik keluar gigi.
Perasaan waktu tu cuma berduka lara sikit lah, sebab doktor buang gigi kita yang sihat. Lepastu terasa diri sendiri macam ada masalah gigi rongak kahkahh. Tapi tak obvious pun sebab gigi yang dicabut tu belah tepi pipi, belah dalam mulut. Melainkan kau jenis gelak berdekah, yang tuu hmm obvious nau nauu.
3) Third treatment ni yang paling mengujakan sebab gigi dah well-prepared untuk dipasang bracket. Braces ni ada macam-macam jenis ikut level kemahalan dia. Jenis metal braces yang dengan braces yang ada getah kaler-kaler tu sama je harga. Cuma beza; yang besi lagi cepat menggerakkan gigi berbanding dengan yang getah (beza dalam 3,4 bulan lah jugak). Aku pilih yang getah tu sebab pertama, harga dia yang paling murah semestinya. Sebab kedua, aku tak kisah pun pakai lama sikit yang penting aku enjoy waktu pakai braces. Lagipun apalah sangat 3, 4 bulan tu dibandingkan dengan gigi yang berkaler-kaler. Rare.
Ada jugak jenis braces yang tak nampak sangat, contohnya ceramic metal. Kalau yang taknak nampak langsung pun ada; samada pakai clear braces (boleh tanggalkan waktu nak berus gigi) atau lingual braces. Lingual braces ni cara pasang dia kat belah belakang gigi, so memang tak akan perasan langsung. Jenis-jenis braces ni mahal sikitlah tapi.
Metal braces. |
Ceramic braces |
Lingual braces. |
Pictures: (visit this link for more types of braces)
Harga aku untuk pasang braces kat klinik ni RM5500. Actually klinik yang aku pergi ni ada banyak doktor. Since aku buat treatment dengan specialist doktor for braces, kena extra charged RM1000. Kalau doktor yang biasa (pun dah banyak pengalaman pasang braces), harga RM4500 dah boleh dapat dah. Boleh jugak pilih samada nak bayar lumpsum atau ansuran. Kalau ansuran, kena buat bayaran RM2500 minima, then tiap kali checkup kena bayar RM200. Ikut budgetlah, kalau rasa-rasa nak reduce bayaran tiap kali buat checkup, bayar lah lebih sikit waktu bayaran muka.
4) Forth, fifth, sixth, ... treatment. So yang ni, monthly punya checkup, sampaaaailah nanti waktu yang dah boleh bukak brakets tu. Bergembiralah! Aku looking forward tiap kali nak pergi checkup sebab excited nak tengok progression gigi dan paling best part nak pilih warna rubber band kat brakets tu. Kalau bulan tu ada special occasions, pilih lah rubber band yang sesuai dengan event. Contohnya, bulan yang aku ada interview kerja, aku carik warna yang skema sikit --blue black. Waktu raya, boleh matchkan jugak dengan tema warna raya. Gitttuuu.
Secara jujur dan ikhlasnya, tak sengsara pun berbraces ni. Braces dah bukan benda yang memalukan macam tanggapan aku waktu tingkatan tingkatan dulu. Kalau tak takkan lah ada orang yang jual fake braces kat instagram kan? Waktu aku sekolah dulu, mama ada jugak offer jugak pasang braces ni, tapi aku tolak mentah mentah sebab segan kalau orang tengok gigi kita ada besi. Menyesal sikit lah jugak, sebab kalau aku terima offer tu mesti dah ada Honda City sebijik parking kat luar rumah! Dan janji laahh, tak sakit pun--toksah dengar berita-berita palsu haha. Cuma gigi tu terasa tegang sikit lah lepas tiap kali checkup. Sepanjang aku pakai ni pun takde nye aku menderita kena telan bubur nasik melainkan memang tengah mengidam bubur nasik campur kicap campur sikit ikan bilis goreng.
So, adik adik (sebab biasanya yang pakai ni budak-budak belasan tahun, aku je yang terlajak umur) tak payah takut overload sangat hoccayyy! and dont's pulak macamana. Tak bulan depan, tunggu anniversary tahun yang akan datang pulak lah! Lulss.