Tuesday, March 12, 2013

Of Starbuck and McD.

Dilahirkan sebagai seorang perempuan dan anak kedua dalam keluarga, aku dapat rasa semacam aura yang kompleks dari dalam diri. Nak kata punya 2 identiti berbeza, tak jugak. Nak kata, senang dipengaruhi, boleh la sikit-sikit. Nak katanya, kompleks la, memang kompleks.

Baca tajuk pun dah boleh agak isi kandungan cerita kan? Takpe. Teruskan membaca dan boleh tangkap feeling seperti sedang membaca komik dragon ball.

1) Situasi di luar Malaysia.

Untuk aku membeli kopi di Starbuck, boleh timbul rasa malu. Mahal bukanlah menjadi isu pada waktu itu untuk tidak membelanjakan duit ke syarikat Starbuck ni, sebab harganya yang sama seperti syarikat-syarikat kopi yang lain. Tapi timbul rasa malu andai kata sedang sedap-sedap hirup minum kopi, tiba-tiba nak dijadikan cerita terserempak pulak dengan rakan-rakan seMalaysia yang lain. Mahunya tak malu. Malu oi, terasa macam hirup darah saudara sendiri!

Untuk aku membeli makanan di McD, memang jauh api dari panggang. Antara sebabnya, amat susah nak jumpa kedai pakcik berkasut merah besar ni yang ada sijil halal. Lagi pulak, harga McD boleh dikelaskan sebagai makanan golongan elit sebab harganya yang agak mahal jika nak dibandingkan dengan ayam-ayam pakcik Arab yang lain. Kedai kebab arab pun bersepah-sepah tepi jalan. Yelah, mana ada orang bukak kedai tengah jalan. Ye dok?

2) Situasi dalam Malaysia

Untuk aku membeli secawan polisterin/secawan kertas-yang-boleh-dikitar-semula kopi di Starbuck dalam Malaysia sama sahaja situasinya untuk aku membeli makanan McD di luar Malaysia. Harga melangit! Sebagai seorang yang mempunyai cita-cita untuk memiliki kereta Audi, aku pilih untuk berjimat cermat dari membelanjakan duit ke tabung Starbuck. Dan menjadi keistimewaan Malaysia semestinya, kopi Setarbak  yang murah tu pun sama je tandingannya dengan kopi Starbuck. Nak cepat lagi beli Audi, nahhh 3-in-1, bancuh sendiri. Tambahan pula, kopi dah jadi kurang menarik perhatian dan jatuh ke tempat ke-11 pun bila jejak Malaysia. Sirap bandung, fresh orange, mango tango, air jambu tepi jalan lagi mengiurkan. Heee, mengiurkan pelik.

Untuk aku membeli makanan di McD ni yang memang tak boleh pergi. Berkali-kali tanam dalam diri untuk berkata tidak pada McD dalam Malaysia tapi malang, masih tewas dikalahkan oleh nafsu campur bisik-bisik makhluk merah bertanduk. Ingatkan tarbiyah tak makan McD selama 9 bulan di luar Malaysia, mampu mengubah selera terhadap burger-burger pakcik kasut merah. Sayangnya, tak tak. McD banyak memberi offer; wi-fi ada, air siap boleh re-fill, taman permainan kecik lengkap. Sampaikan kot jalan-jalan nak buang air pun, McD jugak yang dicari.

Sampai satu tahap, buat aku berfikir.
Kenapa kalau kita dicampakkan di tempat yang ada pilihan yang lebih selesa, kita cenderung memilih yang selesa tu. Yelah kan. Nama pun selesa. Siapa yang nak susah?
Tapi kenapa pula kita suka buat sesuatu yang hanya memuaskan diri kita sendiri tanpa memikirkan orang lain?
Ataupun, kita suka bertindak untuk nampak baik depan orang lain tanpa mengira kepuasan diri sendiri pun. Sedangkan kalau diberi pilihan lain, kita boleh je buat perkara yang bertentangan lantas memuaskan diri kita. Atau kata yang lebih mudah, tak kisah la hangpa nak kata apa, janji aku bahagia trralalalalaa.

Boleh tangkap tak maksud monolog-monolog luaran kat atas ni?
Senang cerita macam ni lah, sudah-sudahlah tu dengan Starbuck, McD bagai. Hentikanlah. Cari pulak sumber kebahagian yang lain.


p/s: Aku kompleks. Kan?

1 comment: