Saturday, November 13, 2010

Kalkulator.

Wehhh!
saya dah dapat title budak kimia tanpa kalkulator.
apakah sangat terrel bila boleh congak congak dalam kepala je 785 kuasa 79 tolak 1?
memang tak lah kan? padahal 10 bahagi 2 pon selagi boleh nak jugak guna kalkulator.
teknologi dah ada depan mata kan? tekan je lahh.. hikk!

Cuainya! T_T

Kali terakhir perasan ada dalam tangan; Khamis lepas, time meeting kat library.
lepas tu? lepastu dah tak tau dah. rasa macam dah masuk dalam beg.

Jumaat pulak sangat terbaik sebab ada test.
dan main aci redah je jawab. nasib je la tak banyak soalan kira-kira.

Ingat tertinggal kat rumah. jadi, haruslah berlagak cool je.

Isnin. lupa lagi nak bawak time lab.

Ingat tertinggal lagi kat rumah. tapi time ni dah tak berapa nak cool dah.

Balik lab.
carik carik carik kat bilik, tapi tak de.
godek godek laci, tak de lagi.
selak bawah katil, tak de jugak?
punggah beg, memang tak de!

Tak puas hati, dalam bakul kain kotor pun carik jugak. HAHA!
tak pelik kan kalau tak de kat dalam bakul tu?

Mimpi ngeri tahu sebab hilang kalkulator?

Mana nak dapat Casio 570 kat sini?
kalau ada pon, nak nak jugak yang lama. pedulikk..

Rabu, terus berdesuppp pergi library lagi.
kot-kot lah ada kan?
ok, gaya memang macam harapan nak ada tu sangat kurang dari 1% kan?
konon positif positif positif.... :p
tapi, negatif lagi. tak de pon kat library.

Tak puas hati! mesti ada punyalah.
so, haruslah buat muka seposen tanya akak kaunter kat library tu.

Hilang apa? hilang kalkulator. memang nak kena gelak je dengan akak tu.

Dia kata kalau barang tertinggal kat library, dorang akan bawak ke Security setiap satu minggu.

HAHA! makna?
kena pergi Security pulak?
semata-mata KALKULATOR je??

Teheee..

Seharusnya dah give up lah kan?

Tapi tak tak tak.
saya pergi jugak security tu. :p
rasa macam apa je kan tanya 'ada nampak tak kalkulator saya?' kat pakcik security tu.
HAHA! maluuuu. tapi, demi kalkulator!

Tanya tanya, dia bawak keluar satu kotak.

Ada payung.
ada hand glove hitam. tapi sebelah pasang je.
ada kertas kertas.
ada file.
ada macam macam.
paling pelik glove tu la. asal tak buang je?
adoilaaa pelik pakcik guard ni. :S

Tapi, kalkulator? tarak!

Pakcik security kata ada jugak kalkulator, tapi warna biru.
dan kalkulator tu hilang sejak bulan 8.

HAHA! mata dah blink blinkk cahaya harapan dah walaupun tau tu MEMANG bukan aku punya.
tapi sekurang-kurangnya, dia-ada-jumpa-kalkulator-la-wehh!! :))

Nak jugak puaskan hati, mintak pakcik tu tunjuk kan kalkulator tu.
ok, yang ni memang degil habislah.
sebab dah tau, bukan aku punya pon, sibuk sibuk nak tengok jugak.
bila dah depan mata, baru boleh fuh fuhh lega.
walaupun jawapannya; ok, memang yang tu bukan aku punya.

Hailaaa kalkulator.
mana kamu pergi ni??

Macam nak kena lempang tak touching touching pasal kalkulator je?

Yelaaa.. kalkulator dari form 3!
plus, siap pernah tukar bateri dia time kat matrik.
memang keji habislah sebab dia habis bateri time lagi seminggu nak final. buat hal!

Plus lagi, balik summer haritu siap dah belikan bateri spare dah. sebab rasa-rasa dia akan habis bateri dalam masa terdekat ni.

Dan sanggup godek godek folder lama sebab nak carik kot kot ada terselit kalkulator dalam gambar.
HAHA! gedik ok.

Puas hati!
sebab yang gambar kalkulator ni, besar.

Kalau korang yang ada kat Warwick ke, Plymouth ke, London ke, Banting sekalipun.
kot kot terjumpa kalkulator aku tu, roger roger yek?
belakang kalkulator ada pelekat FHMS approved. siap pakej signature eyka lagi.
tolong tolong. :S

p/s : kalkulator, jangan main nyorok-nyorok boleh tak??

2 comments:

  1. elehh. pdhl ko mmg nk letak pun muka aku kat sini kan. lg berseri blog ko. kan kan? i know. plus ko rindu aku. xyh lh nk berselindung. haha :D

    wei, beli jelah yg bru. nk aku post kan ke? ;)

    ReplyDelete