opppss.. nama pemilik barang haruslah dirahsiakan ok! hikkk.
konon nak feeling macam artis melodi lak nak berahsia-rahsia bagai. :p
Dia : wehh korang.. aku rasa rumah ni ada jin la.
Kami : apakahhh?? ko ni dah kenapa?
Dia : ye laa.. aku punya laptop case ngan file hilang oh. pelik gila.
Kami : HAHA! ko biar benar. buat apa jin ambil pulak?
Dia : habis tu? aku memang letak kat dalam laci ni. wayar-wayar dalam case tu semua ada. tp case tu pulak yang hilang.
Kami : ko salah letak ni. cuba carik betul-betul.
Dia : dah wehh.. dah carik. kat bawak katil semua aku carik dah.
Kami : kalau hilang pun, mesti dalam bilik ni je. takkan lah ada jin. ko ni pon, lawak je..
Dia : ye.. mesti ada jin punya. tak pun, makcik cleaner?
HAHA! comel ok cakap jin yang ambik.
Jin!
Terus teringat PERGH1 semalamnya; Sabtu (30/10/2010).
Peserta : ustaz, nak tanya. jin ada akal tak?
Ustaz : macamana? jin..? wallahualam. ermmm.... *agak lama jugak untuk berfikir. ye laa.. soalan agak mencabar di situ. :p aku pon tak terfikir.*
Ustaz : Sefaham saya, jin ada akal jugak. ini bukan satu fakta ya? ni kefahaman sahaja. so, MACAM ada akal.
Hiks! keluar je statement ustaz, satu hall dok bantai gelak.
ye la kan, macam ada. sebab jin kan macam pandai buat strategi nak main-mainkan anak adam kan kann?
Peserta : kalau tadi ustaz kata, Imam Shafie berpendapat akal kat qalb (hati) dan Imam Hanafi berpendapat akal kat otak kan? maksudnya jin ada hati dan otak jugaklah ya?
Sangat tak terfikir pon macam peserta ni fikir nak tanya soalan tu. hihi.
hanya Allah sahaja yang tahu.
Dan dan tu jugak tak tentu pasal je dah masuk cerita jin. HAHA!
ok. bak kata ustaz, kita tunggu PERGH2 untuk sambung cerita jin.
Eh, twitt!
agak-agak nak gelak, boleh je bukak video yang kedua, dan dengar minit ke 35:41. :p
Secara umumnya, *tetiba nak serius, boleh? :p* PERGH1 ni sentuh bab-bab dalam pembentukan diri seorang Muslim.
oh, silap! bukan seorang Muslim, tapi seorang muslim.
bukan hanya pada nama, tapi pada hati yang yakin, dilahirkan dengan kata-kata dan seterusnya terzahir pada tingkah laku.
dan alang-alang dah muslim, kenapa tak nak pilih untuk jadi muslim yang professional kan?
Ok. saya *terus je feeling nak tukar ganti diri pertama yang lain.. :p* agak terpukul dengan pembukaan ustaz.
kalau fikir-fikir balik, kita sibuk nohhh la kejar untuk belajar supaya suatu hari nanti kita dapat pegang jawatan yang best.
kalau cikgu, asyiklah dengan sekolahnya.
kalau doktor, dengan pesakitnya.
kalau engineer, dengan projek mega beribu-riban tu.
Dan dalam umur 20-an ni, boleh dikatakan kita dah separuh jalanlah kan untuk capai cita-cita tu? :) wah, seronok! seronok!
tangga menuju kerjaya di dunia.
Tapi sikit sebanyak, kita lupa kerjaya kita kat akhirat nanti.
muslim. seorang muslim yang professional. :)
sedangkan kerjaya kat atas ni lah pekerjaan yang kekal.
sepertimana yang kita tahu akhirat tu memang kekal sifatnya.
Dan untuk pembentukan diri tu, tajuk Teguh dalam Aqidah, Jernih dalam Fikrah, Ikhlas dalam Ibadah dan Yakin Islam Pasti Menang, satu-satu dikupas.
A.Q.I.D.A.H.
Bila sebut aqidah je, teringat akad.
kalau sebut akad pulak, bedesupp mesti teringat kahwin. :p
HAHA! tak nafikan kan kan?
perkahwinan=akad antara manusia dengan manusia.
sama juga dengan akad jual beli. semua tu perjanjian manusia dengan manusia.
Dan akad yang paling teras dan besar kesannya adalah akad kita dengan Allah; Tuan kita.
ucapan syahadah jadi saksi. :)
tinggal pelaksaannya je yang kita kena isi. *hehe.. perkataan je tu macam senang JE.
isi dengan hati, isi dengan lidah, isi dengan gerak tubuh kita.
insyallah. Allah pandang usaha kita. meski sekecil kuman cuma.
Bayangkan kan? bila perjanjian antara manusia ni dikhianati, dalam sesebuah syarikat contohnya.
mesti perang besar kan? saman sanalah. saman sinilah.
Apatah lagi perjanjian kita dengan Pencipta.
minta dijauhkan untuk terbabas dari landasan. :)
Ya Allah, tetapkanlah hatiku di atas jalan agamaMu, janganlah Kau palingkan hati kami ke arah kesesatan sesudah Kau berikan kami petunjuk, dan berilah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Kau Maha Pemberi.
Amin.
Amin.
Insyallah. Allah pandang usaha kita. meski sekecil kuman cuma.
Bak kata kawan saya; gerak pelan-pelan. tapi jangan lambat sangat, nanti tertinggal. jangan laju-laju pulak, nanti terjatuh. :)
Jernih dalam Fikrah.
Aah. tak tipu.
pemikiran yang jernih tu biasanya akan terpancar kat luaran pulak kan? bestnya!
pemikiran yang jernih pulak lahir dari akal yang sihat.
tu yang tetiba keluar soalan jin ada akal ke tak tu kan? hikk.
ustaz kata kalau nak bersih luar, dalam, silalah bebaskan diri dari kesetiaan dan perkara-perkara sibghah selain dari Allah.
Letakkan Allah sebagai mutlak.
kalau nak bagi susu tu, biar susu yang betul-betul susu.
tak de lah nak campur sikit-sikit dengan nila ke apa ke.
tu yang nanti keluar peribahasa kerana nila setitik tu. hihi.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
[Al-Baqarah : 255]
Sambil-sambil tu, meh besarkan skop kita tentang islam meh.
bila si polan ni sebut islam je, automatik otak si polan yang lain dok flash tentang solat lima waktu, puasa, bla bla blaa..
tak lain tak bukan, terfikir agama semedanglahh..
Time tu jugaklah dan-dan nak terlupa tag line; Islam itu Cara Hidup. :)
So, bebaskan. bebaskan! :p
dalam Islam ada politik. dalam Islam ada pengurusan kewangan.
dalam Islam ada pembinaan kerajaan. dalam Islam ada hidup berjiran.
dan dalam Islam ada sistem kekeluargaan.
oppps, keluarga? kahwin? teheee.. cut! cut! :p
Dah ada aqidah dan dah jernih secara fikrah.
next? kita ikhlas pula dalam ibadah.
Ikhlas. susah kan nak ikhlas?
pendapat peribadi saya, sangat susah nak ikhlas.
kenkadang tu dah elok-elok rasa diri ni ikhlas. *twitt..ayat ni dah macam lain macam lak bunyiknya. HAHA!
alih-alih, esok, lusa, tulat, kita mengungkit balik apa yang konon-kononnya dah ikhlas tu.
Kalau ikut dari teguran ustaz, cara nak ikhlas ni kena ada ihsan.
Dan dalam hadis Jibril, Rasulullah menerangkan apa maksud ihsan itu sendiri.
“Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah ALLAH seolah-olah engkau melihatNYA. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNYA, maka sesungguhnya DIA melihatmu.”
sebab dah terbiasa. dan yang biasa tu tak semestinya betul.Terus je rasa nak telan air liur banyak kali.
Nak ikutkan, semua yang kita buat ni betul kalau niat yang disertakan tu betul.
niat kerana Allah. niat kerana Allah. niat kerana Allah.
Berapa banyaklah kan agaknya dalam sehari kita buang pahala macam tu aje?
ok. kita tu bagi menegur saya juga.
sebab kita tu maksudnya saya, kamu, awak, dan anda kan? :p
Dalam satu hari berapa kali kita mandi?
paling sikit pon sekalilah kan? :p
lagi-lagi nak winter ni. selagi boleh air yang tersentuh kat kulit pon nak air yang panas je.
Dalam waktu kita mandi tu, kita suka nak lupa sertakan dengan niatkan?
ah! kan dah jadi amalan sia-sia tanpa niat.
Nak ikutkan, semua yang kita buat ni betul kalau niat yang disertakan tu betul.
niat kerana Allah. niat kerana Allah. niat kerana Allah.
Berapa banyaklah kan agaknya dalam sehari kita buang pahala macam tu aje?
ok. kita tu bagi menegur saya juga.
sebab kita tu maksudnya saya, kamu, awak, dan anda kan? :p
Dalam satu hari berapa kali kita mandi?
paling sikit pon sekalilah kan? :p
lagi-lagi nak winter ni. selagi boleh air yang tersentuh kat kulit pon nak air yang panas je.
Dalam waktu kita mandi tu, kita suka nak lupa sertakan dengan niatkan?
ah! kan dah jadi amalan sia-sia tanpa niat.
Tu baru mandi. tak campur lagi dengan pergi kelas, tidur, makan, minum dan segala bagai tu.
ok! anjakan paradigma sikit.
perbuatan disertakan dengan niat, ok diri? :)
kawan-kawan juga. :)
dan niat tu pulak, mestilah niat sholihah, niat yang baik. :))
Last but not least, tajuk yang paling yeeeaaa!
yakin Islam pasti menang!
Bila sebut 4 perkataan tu, terus rasa cam best.
terus rasa macam bersinar-sinar je mata. hati pun kembang kempis semedang kan? hihii..
bedesupp keluar mode saya-tengah-kat-dalam-taman-bunga-tengah-main-tangkap-rama-rama-ni.
Kan? sayangnyaaaa Allah kat kita. :)
dan insyallah, kita memang yakin Islam tu pasti menang.kalau dah yakin?
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(61 : 10-11)
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(61 : 10-11)
Jom kita jadi rantai kemenangan tu.
Islam itu selamat.
diibaratkan kita sedang berperang; andai kata kita tak menang, kita syahid.
dua-dua dapat ganjaran, insyallah.
Wallahua'lam.
Step untuk mulakan amal : [link]
p/s : erk.. boleh tolong jd liquid paper saya? betulkan mana-mana tersilap ok? :)
p/s lagi : PERGH = Professional Muslims Retreat in GB.
No comments:
Post a Comment