Monday, November 8, 2010

Bio Dulu-Dulu.

Pernah belajar pasal protein structure? primary structure, secondary, helix, sheet?
pernah dengar kan pasal binding site?
pastu yang benda alah RNA buat codon, pastu ada translation process etc etc..
pernah kan kan?
paling tak pon, dengar pasal 20 amino acids?

HAHA!
memang terubat rindu nak masuk kelas BIO. :)
terubat rindu nak belajar dalam DK yang kerusi dia macam roller coaster sebab bila ada sorang goyang-goyang kaki je, semua orang terasa goyang-goyang-goyang.
pastu buat muka tak puas hati suruh orang tu duduk diam-diam.

Terubat jugak rindu nak bawak buku Campbell Bio kulur-kilir dari bilik ke TB, dari TB ke DK, dari DK ke cafe, dari cafe naik ke bilik yang berada kat tingkat 4. *eh?? ke tingkat 3?
pastu, tak nak ringan pulak kan buku tu?
memang terbaiklah keskemaan budak-budak Bio time tu. hihi.
cam comel je kan korang bawak buku tebal-tebal! :D

Paling penting, terubat rindu ngan ketua unit Bio yang paling garang time tu; Puan Nur Ul-Huda.
tapi baik ok! bila dia ajar, sure tak de peluang nak kaup-kaup mulut menguap. :D
pastu pahammmm je semedang. :)
tapi bila balik bilik je, teruss cam apa yang aku belajar tadi eh?
hihi..

Masuk lab Bio pulak, aseklahhh tengok benda cenonet-cenonet bawah microscope.
pastu kena tiru-tiru lukis cell tu sume atas kertas balik.
agak-agak angin malas tu sampai, tekap je lukisan orang sebelah.
tak yah susah-susah nak kecik-kecikkan mata intai-intai cell kat microscope kan?
HAHA! strategi jahat.

Dengar pulak kena bedah tikus, mulalah nak merecik-recik peluh kat dahi satu minggu tu.
HAHA! poyo sungguh nak feeling lebih-lebih macam doktor nak bedah-bedah patient.
padahal tikus je pon kan?

Mulalah ada yang start buat cerita takut tengok jarum lah, boleh pengsan tengok darah lah.
euwww! tak macho betul. ;p
tu tak campur lab periksa air kencing dengan kumpulan darah kan? hihi..
lab semua terbaik lah! sebab buat experimen kat benda hidup. :)

Bila masuk bab Biodiversity pulak, sume stok buat muka seposen Garfield mengantuk dalam dewan.
tangan sibuk dok menyalin nota, tapi telinga sibuk dok sumbat mp3. memang tak lah kan?
lab pulak bosan asyik lukis gambar-gambar binatang-binatang.
kalau lobster tu ada 8 lekuk-lekuk kat badan, 8 lekuk gak lah kena lukis. tak boleh tak.

Dah tu, kalau datang species macam kat atas ni, tak nak macam nak gila ke melukis?
hehee.. asal rasa susah nak lukis je, mulalah nak buat muka kerut-kerut pastu suruh orang lukiskan.
teheeee.. nanti konon-konon aku bagi upah doplo sen satu gambar.
tapi, rasanya macam lupa nak bagi ko doplo sen kan Upin kan?
ekk..kira halal ek sila.. :p

Pastu dengar je topic biodiversity ni ada buat filed trip pergi Lye Huat Garden, semua buat double jerk berlagak-lagak dengan budak physics konon-konon kiterang-ada-buat-kerja-lapangan-kat-luar-kolej-korang-adee?-tak-de-kan-kan-kann..
HAHA! sungguh evil, tak tipu.

Tapi sampai detik dan waktunya, semua stok bawak kamera, tangkap-tangkap gambar je.
kerja tak siap, gambar kat memori kamera yang penuh.
macam nak kena sumbat dalam mesin basuh je kan masing-masing?
asal jumpa patung batu, nak posing.
asal jumpa kuda, posing lagi.
jumpa binatang pelik-pelik, buat peace sengih-sengih pulak. adehlaaa..

Dah tu, time nak dekat-dekat exam, mulalah masing-masing panas-panas punggung tak boleh duduk diam nak kena hafal nama-nama yang bukan-bukan tu. HAHA!
moluscus? arthropods? anadara?
tu tak campur dengan crab cycle yang ada 20 process tu.
kelvin cycle lagi. tah hape hape jadah cycle lagi lah.

Rindunyeeee dengan Bio!

Tapi sekarang ni, bila dapat coursework yang ala-ala Bio kononnya, rasa macam nak goleng-goleng kat lantai pulak dah. hehehee.
mana tak nye. kerja denga software tah apa-apa tah ni. plus, kena guna komputer pulak kan?
pastu kena cek amino acid yang ada 20 tu.
like arrggghhh! raca cam nak pengsan taknak sedarkan diri dah. HAHA!


Tension ok tengok benda alah pusing taugeh-taugeh ni.
ada ke suruh aku analyse protein? memang tak lah.
aku bukannya Crick and Watson yang sangat teror buat DNA model tu. T_T

p/s : lagi sekali, nak habiskan degree cepat-cepat..!

2 comments:

  1. eqaaaaaa !!!!! gilerrr seronokkkkk baca kau punya entry kali niiii... !!!!!! warghhhh! aku dah bantai gelak2 jekkk baca.. mmg fakta dan takde auta laangsunggg!! huhuuu!!

    ReplyDelete
  2. use to have all these experiences..but i guess my future doesn't hold biology..do your best in what you are doing now yar ;)

    ReplyDelete