terharu kerana rasa ada penyokong saat kita lemah, terharu dari kesungguhan ayat.
Tak mudah kan untuk memberi komen?
perlu tekan comment. mana nak fikir ayat terbaik lagi.
agak ayat tu tak kena, nak kena angkat jari tekan delete pulak. hihi.. tenaga tu.
lepas tu nak kena click post pulak. belum tambah dengan verification words.
salah taip, kena verify lagi sekali. tak mudah. tak mudah.
Terima kasih, kawan! :)
Muak kan dengar kawan itu ibarat cermin, kawan itu seperti cubit paha kanan, paha kiri terasa juga, kawan sebenar adalah teman ketika susah.
kawan itu lah..kawan ini lahh..
kawan itu juga boleh diibarat seperti rama-rama yang terbang pada waktu petang sambil menghirup udara taman sehingga waktu senja. kan? kan?? ke tak kan?
HAHA! ok. yang tu tipu. tak de rama-rama pon. :p
Tapi sejauh mana praktikal kita?
sejelas mana cermin kita dalam erti sahabat?
sepedih mana cubitan teman tu?
seberat mana pula pikulan beban susah kita terhadap kawan?
Kawan yang baik akan bertindak sebagai liquid paper kan?
betulkan mana yang salah. tambah keputihan pada celanya hitam.
*sila jangan tanya nak jadi liquid jenama yang mana satu. :p*
Teringat cerita zaman matrik dulu.
Pernah seorang member ni sound aku direct sesedap rasa alagapas dia je.
betul betul rasa macam aku kena lempang sedas dua.
darah yang kat kaki semua berdesup naik ke muka.
rasa macam panas lepas lari pecut satu kampung pon ada.
Member : eyka. eyka. asal eh? kenapa ko pakai anak tudung separuh je?
Aku : apahal pulak?
Member : ye laaa.. ko panas ke?
Aku : apakah ko ni?
Member : keee.. ko tak cukup duit nak beli??
Aku : *diam*
Cukupppp diam!
diam yang kalau ko duduk kat dalam bilik, ko dengar bunyi kipas je.
Memang mantaplah.
tak ke ko rasa macam nakkk je main sep-sep-sep-tom-tom-tomm time tu jugak?
dan yang paling pedas? sebab dia, LELAKI.
Aaah! lelaki.
lelaki yang mungkin dah mula tak selesa nak menghadap muka aku hari-hari sebab sekali gus dia terheret dengan dosa.
maaf!
Mungkin masa tu rasa marah, rasa nak lari laju-laju-balik-bilik-tapi-tak-boleh-sebab-ada-kelas-lagi-lepas-ni. rasa tak nak jumpa dia lagi dah.
dan kalau diberi pilihan, nak je suruh dia keluar carik matrik lain. HAHAHAA!
See? aku dah boleh gelak!
marah kita sekejap je. sangat sekejap.
bila hidupnya aku sekarang, aku bersyukur sangat adanya dia sebagai perantara.
Allah nak menegur aku dan dijadikan dia sebagai medium secara tak langsung.
Terima kasih, Allah!
Terima kasih, kawan!
Mungkin tak semua orang boleh buat macamana yang dia buat.
ye laaa.. kita lebih cenderung nak jaga hati sahabat kita kan.
sampai kesalahan dia pon, kita tutup sebelah mata.
Mungkin juga tak semua orang boleh terima teguran macam tu.
tak kata juga aku boleh terima approach macam tu. *matilaaa lepas ni semua orang dok sound aku direct je..* hihi!
tapi sedikit sebanyak masa, kita akan berterima kasih jugak dengan dia. :)
suatu hari nanti! one good day with a good time!
Be creative!
Kadangkala nak menegakkan amar makruf, nahi mungkar tu payah.
seru kepada kebaikan masih boleh dikira mudah.
cakap je pung pang pung panggg benda baik.
kata-kata yang baik itu pon dah dikira sebagai sedekah kan?
tapi pelaksanaan nahi mungkar tu sangatlah susah.
nak menghalang orang dari lakukan keburukan dan perkara mungkar. macamana?
lagi-lagi orang yang raaaaapat dengan kita.
Be creative!
Dan tak perlu ragu-ragu untuk lakukan itu.
biasanya masalah aku, (generalnya, kita) selalu beratkan dengan kata-kata sakti aku pon tak baik lagi, nak pulak bising-bising betulkan orang lain. apakah kan? macam tak reti malu je.
Tapi jangan lupa bahawa baik tu memang tak ada ukuran.
tak ada parameter 'baik' lagi setahu aku macam formula physics yang kita selalu dok hafal tu.
berat ukurannya kilogram. jarak dengan meter, kilometernya.
Boleh ke kita labelkan diri kita, ok. hari ni aku dah baik. sekian terima kasih.
dan kita buat ukuran baik tu dengan puasa penuh sebulan, solat lima waktu sehari semalam?
sedangkan amalan-amalan tu amalan wajib yang memang semua orang bergelar muslim kena buat.
Imam Said bin Jubair pernah mengatakan bahawa andai seseorang bertangguh untuk melakukan jihad atau dakwah dengan alasan dirinya belum sempurna, maka yang tinggal kelak tidak ada seorang pun menyeru kepada makruf dan mencegah yang mungkar.
Ok. perkataan dakwah tu nampak macam wow! sangat.
back to basic, dakwah tu as simple as mengajak orang ke arah kebaikan.
tak kisah lah apa pun, asal benda tu baik.
dan benda baik tu apa-apa saja lah yang asalkan Allah suka.
anything!
Cukup mudah andai kata dalam menasihati orang lain itu, kita juga berfikir kita menasihati diri kita. kan kawan ibarat cermin? :)
ye laaa.. mana ada orang yang bercakap, tapi dia tak buat?
paling tak pun, dia mesti macam ohhh aku pon tak buat lagi apa yang aku cakap.
mesti istighfar panjang. dan sedikit sebanyak dia mengubah diri dia jugak.
such a win-win situation kan?
Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada kita, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata.
Dan sepatutnya, dah tak ada lah kan istilah 'kawan baik kita sebenarnya adalah musuh kita.'
jika semua kawan baik adalah KAWAN YANG BAIK. :)
kawan yang baik pula akan selalu bersamamu! ke arah Syurga sekalipun. :)
p/s : sungguh, saya sayang kamu!
No comments:
Post a Comment