Sunday, November 28, 2010

Wrap Up PERGH2.

Genap seminggu selepas PERGH 2 di Warwick, harini baru rasanya berkesempatan nak share.
busy? ye la kot. lebih tepat lagi idea tak sampai. heee..
tapi selagi tak diperah, memang tak sampaiii je la semedang. :p

Untuk yang mungkin tak berkesempatan pergi, PERGH kali ni menyentuh bab-bab yang kita terlupa.
ahh! terlupa atau tak ingat. short-term memory? :p
dah tahu, cuma memang terlupa. tak boleh buat apa lah, memang dah terlupa!
tapi bukan tak de u-turn. hanya perlu tekan butang F5 untuk refresh! :))


The forgotten Sunnah.

Sunah siapa? sunah nabi, perlakuan nabi, cara nabi, teras nabi.
bila sebut sunah je, mesti berdesupp terfikir sunah nabi time makan, 44 kali kunyahan. *kenapa mesti contoh makan??*
sunah nabi potong kuku yang dimulakan dengan jari telunjuk kanan.
sunah nabi tidur. cara nabi duduk time makan *makan lagi!*. cara nabi masuk keluar tandas.
semualah! semua yang kita diajar ketika kecil.

Kalau kaum adam, sunah apa yang paling mereka ingat?
hihi. teka teki ni. :p
jawab sendiri dalam hati eh?

Tapi. tapi.
tanpa kita sedar, kita lupa sunah nabi yang satu ni, D.A.K.W.A.H.
kan? kan? bagi saya, kan lah.
tak tahu lah bagi pihak anda, mungkin tak kan. :p
sebab saya ni pelupa orangnya. teheee..
lupaaa sangat sangat bahawa dengan berdakwah tu sendiri pun kita sedang ikut jejak nabi sebenarnya.
cuma, nak? ke nak?? ke nak nak nak?

Don't feel burden. dakwah is dakwah.
you just have to shout it loud!
D.A.K.W.A.H! ain't that easy? :)

Salah satu asas dakwah yang perlu kita ada ialah kita tahu dan sedar akan tabiat manusia.
tabiat manusia? tabiat kita lah!
kita tahu bahawa manusia ni HANYA manusia. hehee..
lupa, lalai, degil, bla blaaa. dan kita bukanlah berdakwah untuk merubah orang 100% menjadi baik.
ehhh? something wrong with the sounds!
cuma, tak perlu tertekan dengan tekanan yang sangat menekan untuk merubah individu.
hidayah kan milik Allah. :)
but don't take it for granted! keep on moving till the end of the road.
usaha! usaha! usaha!
kan Allah suruh kita sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
nabi pula? suruh kita menyampaikan darinya walaupun sepotong ayat.

Pendapat Syed Qutb pula?
kita akan berasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan kitalah juga yang mengakhiri dakwah ini.
tetapi lapang rasanya apabila kita fikir bahawa kita ni hanyalah penyambung kepada rantai-rantai perjuangan.
kan? sounds better!

The forgotten Sahabah.

Cerita mengenai sahabat, biasanya kita pung pang pung pangg nak tahu nama, tempat kejadian, tarikh tu semua.
gigih ni hafal-hafal nama sahabat sambil kerut-kerut dahi.
tapi sejauh mana kita ambil ibrah (pengajaran) dari cerita tu?
read between the lines! reflect semula kriteria yang ada pada sahabat.

Tapi saya tak cop pulak tak perlu untuk tahu nama, etc etc tu... teheee.
tu kan pengetahuan.
tak salah timba ilmu lebih.
boleh buat bedtime stories time nak tidurkan anak nanti.
kan kak ema kannn? :p

Kagum rasanya apabila sahabat-sahabat ni dah tahu dah pun mereka dijamin syurga, tapi masih berlumba-lumba perform sehabis baik.
mantap! apatah lagi kita ni yang belum tentu pengakhirannya.
haruslah double triple multiple mantap kan?

Teringat lagu Aku Hanya Umar by Hijjaz.

Aku hanya seorang Umar.
Kemuliaanku kerana Islam.
Semua ke Syurga kecuali 'dia'.
Kubimbangi 'dia'lah diriku.

Kubimbangi 'dia'lah diriku. bimbangnyaa!! T_T

The forgotten Sirah.

Rujukan kita sudah pastilah Al-Quran kan?
dalam tu dah cukup dah silibus perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.
safely said, Al-Quran is totally genuine.
so, if we fell bad to choose; back to our very basic foundation, Al-Quran.

Kenapa eh mesti ada sejarah?
kira killer paper waktu SPM dulu pon SEJARAH.
payah kan nak kena ingat-ingat benda-benda alah wujud tamadun, bla bla blaa tu?
tu tak campur dengan mengantuk tersengguk-sengguk dalam kelas lagi.
memang tak lahhhh.

Tapi! Allah kata.

"Sungguh, pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal. (Al-Quran) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman."
(Surah Yusuf : 111)

Lagi Allah berfirman.

"Dan semua kisah rasul, Kami ceritakan kepadamu (Muhammad), agar dengan kisah itu Kami teguhkan hati kamu; dan di dalamnya telah diberikan kepadamu segala kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang yang beriman."
(Surah Hud : 120)

Dan dan dan.
lepas ni kalau nak share pape kat facebook tu, make sure ada rujukan eh?
kalau tak plagiarism!hihi.. *no wikipedia pleaseee.. :p*
nauzubillah. hanya bimbang kita 'menyumbang' kepada agenda musuh kita dengan meneruskan pengaruh dan anasir Israiliyyat. mohon dijauhkan Ya Rabb!

The forgotten Ummah.

Haa! yang ni best. :)
Cerita dimana bermulanya Islam sehingga naik naik naik dannnn naik!
namun, sedikit demi sedikit empayar Islam mulai jatuh.
sedihhh!

Betapalah nabi junjungan kita, nabi Muhammad ni bimbang akan umatnya ketika detik kewafatan baginda.
sampai terkeluar 'ummati..ummati..ummati..' T_T
sayangnya baginda pada kita. risaunya baginda pada kita.
dan berbalas dah ke kerisauan baginda Muhammad tu nak bandingkan dengan diri kita ni sekarang?
jangan sia-siakan kasih sayang baginda!

Ya Rasulullah!
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi.
Dan bersaksikanlah
Sesungguhnya kami merinduimu.
-Pemergianmu, Inteam-



To all PERGH participants, believe in yourselves, You can definitely be soldiers of Allah, together spreading His words and helping our ummah.
It's time to learn, work and pray inshaAllah... and 'Lets the Ummah rise again!'
Thanks to all, you guys PERGHHH!!!
-Ustaz Aminurraasyid Yatiban-

p/s : jalan dah terbuka. kiri? atau kanan?

No comments:

Post a Comment