Friday, February 26, 2010

Jaulah Plymouth

Hahahaa..!

Cerita ni dah basi dah sebenarnya.
kejadian minggu lepas 2 minggu lepas. ;D

Kan aku ada bagitahu aku p Plymouth kan?
dah janji pon nak story.
tapi tersekat kat kerongkong pulak cerita tu.
hiksss...

Nak start dari mana eh?

Jumaat, 12 Februari 2010.



Okeh, kami2 gerak dari Surrey dalam pukul 8.00 malam gitu.
naik train.
perjalanan pergi Plymouth ni dalam 4, 5 jam.
so, sampai sana pukul 1.00 pagi ++ la.
hahahaaa..
kejam di situ sebab mengacau tuan rumah nak tidur.
tapi dorg cool. so, xpe je pon kalau nak kacau. ;D

Apaaaaaa yang penting...??
makanan..!!
hihi..kerjasama dah jatuh tergolek ke tangga yang kesepuluh.

Makan jeee..
sikit2 makan, jalan sikit makan.
makan-makan-makan ke sudah...
minum bile??? ;D
pastu muka naik tembam, sibuk nak post status kat fb la ym la! *maki diri sendiri*

Sampai sana, makan lagi..!
hiksss..
tuan rumah jeles sbb kiterang ni kurus2 belaka.
sbb tu suruh makan je.
pas makan, melingkup.
mmg terlingkup la berat badan camtu kan?
haaailaaaa..

Sabtu, 13 Februari 2010.


Kami2 nak pergi picnic!
wekss2.. xmo jeles..
itu xbaik punyeeeerrr.. ;D


Keluar2 rumah je, dah sibuk posing2 depan camera.
pantang dengar ayat, "pandang sini weh..."
sume sibuk tayang senyuman colgate.
cehh!

Memula mestilah ronda2 university tu dulu kan?
UCP Marjon.

Kami2 : lawanyaaa uni korang.. Surrey kecik je.
Mereka2 : eh ye ke???selama ni tengok macam biasa. xperasan pon lawa.


Dialog mereka2 tu camtu boleh?
uni punya la cun melecun boleh lak xperasan.
adoyaii..




Kak Maryam ngan Kak Hana (tuan rumah) plan nak bawak kami2 jalan sekitar Plymouth.
memula plan nak ke Mount Batten, naik cruise.
tapi, kita hanya mampu merancangkan?
Allah jugak yang menentukan segalanya.

Xjadi nak p Mount Batten. :(
tapi p Mount Edgcumbe!! ^^
seronok2....
dapat naik feri...hahahahaaa...!
feri 8 minit je pon.. *tu pon nak riuh sekampung!*

Kami2 berjalan bukan dengan hati yang kosong, insyallah.
Kak Zu de bahagikan 3 kumpulan dan kami2 kena tadabbur ayat 2:164, 3:190-191 dan 45:3-5.

To be honest, mmg best sebab perjalanan tu terisi... ^^

Scroll la gambar2 ni yek?
xlarat dah nak menaip tentatif program.. :DD

Jeti




Nanot, Kak Zu, Kak Maryam, aku dan Kak Hana.. :)







Anjing pon naik feri taw..
ada class gitu!


Muka teruja naik feri..
hihi..
ala2 Langkawi gitu~ ;D

Sampai dah!!
kejap je..
feri 8 minit.
montot x sempat nak panas pon.



Subhanallah..
cantik kan view die?
ditambah dengan aku, sebagai model. ;D
gurau2..
xde aku pon, cantik gak gambar ni.
hahahaaa...

Sume wat muka comel.
hoho..
i looikkeee!











Akhirnya..
setelah penat berjalan nak carik port makan. ^^



Mooo mooo yang sangat besar!!
lembu2 ni tengok kiteorang pelik je..
mesti die pikir, spesies apeee la ni yang jalan pakai 2 kaki je?




Lepas picnic??
balik...!
tapi haruslah x terus balik rumah kan?
merewang2 dulu...

Beli souvenir.
then?
sampai ke landmark Plymouth.

Tiang kuih lapis. :)
*kat klang berlambak, xnak pulak kecoh2 tangkap gambar kan?*



Melompat lebih tinggi.. :)







Ahad, 14 Februari 2010.

It is time to call it a day.

Tapi, before tu, kami2 nak bakar sikit kalori2.
ada perlawanan persahabatan badminton.
*ke.. perlawanan badminton persahabatan? mana satu betul??*








Warming up..
hahahaaa...!
meraung segala lemak2 dibadan...
dah lama gile x exercise.
safely said, sejak fly haritu, mmg x parnah exercise r!
uwaaaa....


Okehh..
aku mmg menang gaya je..
hihi!



Dan...
aku gak menang sorak...
xboleh nak control suara.
sikit2 menjerit, sikit2 menjerit.
hihi..
dapat pukul bola, menjerit.
xdapat pukul, lagilah menjerit plus plus.





Plymouth+Surrey+Sotton+London = Kami ^^


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, perselisihan malam dan siang, dan bahtera yang berlayar di laut dengan memberi manfaat kepada manusia, dan apa-apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air Dia dihidupkan bumi sesudah mati (kering), dan di bumi itu Dia menyebarkan segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dengan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi golongan yang berakal.”

[2:164]

"Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkan-Nya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.

Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran"

[45:3-5]


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka."
[3:190-191]


p/s : balik2 je, habis kejang2 badan aku 3 hari 3 malam.. T-T

..eyka..