Thursday, May 12, 2011

Serabut.

Hari ni macam-macam kejadian ting tong yang jadi kat aku.

Scene 1.
Bangun pagi sangat awal ok. Heheee.
Semoga hariku penuh ceria hari ni! ^^

Scene 2.
Awal tak awal sangat bangun pun, last-last masih jugak terkocoh-kocoh nak pergi bus stop.
Konon bangun awal nak elak dari kejar-kejar bas la kan...?
Sudahnya?? Memang takk. Gitulah jugak gamaknya.

Scene 3.
Jalan laju-laju ke bus stop, kalau bas delay pon tarak boleh pakai kan?
Ok. Bas lambat datang. Tapi tak pe laaa.. Boleh borak-borak berisi sikit dengan Maryam, Illy ngan Yana.
Tapi! Mamaaaa..
Sekali borak, terus keluar tajuk kau-nak-ambik-module-apa-eh-tahun-depan..?
Terus mendung awan berarak kelabu. Bunga-bunga pun layu je tak berkembang dah.
Tu satu hal. Borak-borak lagi. Lagi dan lagiiii..
Sampailah tajuk baru; hari-ni-kita-ada-kelas-apa-aje-ye..?
Stress! Baru dapat tahu pulak harini lecturer Polan yang masuk kelas. Bukan lecturer Pelan.
Makanya? Salah bawak nota!!
Silap aku jugak sebenarnya sebab salah tengok jadual.
Nak lari ke bilik? Memang tak sempat la kannn. Bas dah datang pulak.
Time ni bukan takat bunga-bunga layu je, rumput pon dah tak berapa nak hijau hidup segan, mati tak mahu dah ni..

Scene 4.
Bas berhenti kat Twyford Court.
Mengelamun punya pasal, tengok-tengok je Illy ngan Maryam dah turun bas.
Aku macammm erkk, apakah? Asalnye dorang turun kat sini?
Ok. Ok. Berlagak cool semestinya sebab Yana masih dalam bas.
Bila turun kat bus stop seterusnya; AP Building:

Aku: Kelas kat mana Yana?
Yana: TB.
Aku: ....???
Yana: Tu aku pelik kenapa kau tak turun dengan dorang tadi.
Aku: .... :D
Yana: Aku nak pergi print, ko nak pergi mana?
Aku: Ikut ko je laaaa. Heee.. :D

Scene 5.
Lepas habis kelas, hehehee..
Baru perasan aku terpakai tudung terbalik!
Ngeee... Tapi tak pe sebab di cover baikkk punya oleh sweater.
Tak de lah nak terang lagi bersuluh terbalik kan? Lalalalalaaaa...
Tumpang rumah Kak Wani jap pergi betulkan tudung.
Ok. Ok. Cool jeeee.... :P
Padahal? Malu ngan diri sendiri...

Scene 6.
Sementara nak tunggu meeting pukul 2, kenkononnya rajin nak buat lab report la.
Pergilah jalan sambil buat muka penuh keazaman nak siapkan report ke CAC lab.
Serious. Ni part tak boleh blah.
Aku nak print muka surat 22. Ulang suara. Muka surat 22. JE.
Sehelai JE yang aku nak print nye pon.
Click print. Done! :)
Teruskan kerja lain macam biasa tanpa pergi ke printer untuk ambil kertas tadi.
Printer berbunyi kertas keluar. Ok. :) Teruskan kerja lagi.
Printer berbunyi kertas keluar lagi. Ok. Mungkin ada orang lain print jugak. Kita teruskan kerja lagi.
Printer berbunyi kertas keluar lagi dan lagi. Ok. Ok. Faham. Ada orang lain yang guna printer jugak. Kita teruskan kerja lagi. :)
Lalalalalaaaa....

Beberapa minit kemudian.

Asal laaa printer ni berbunyi je?
Ramai la pulak orang yang print kan?
Memang hari ni hari rajin sedunia ke apa?

Ok. Takpe.
Teruskan keazaman nak siapkan report tadi.

Cekedet cekedet cekedet.. *bunyi printer*

Alhamdulillah. Siap report!
Dengan hati yang secerah matahari terus ke printer nak ambil kertas tadi. :)

Sekali apa....??
Dapat teka?
Aah wehhhhh. Terus malap dah matahari tadi, keluar bulan je.
Rupanya yang berbunyi kertas keluar dari printer cekedet cekedet tu semuanya kertas aku!
Gila tak nak berubah hijau muka aku?
Aku check-check balik, rupanya aku tertekan nombor 22 tu kat column 'copies' bukan 'page'.
Korang darab sendiri je la berapa banyak muka surat yang aku dah print. Aku pon tak sanggup nak darab sendiri weh. T_T
Maunya tak nak lari gak time tu.
Cepat-cepat aku cancel printing. Cepat-cepat aku kemas barang. Ca alip but-cabut!

Scene 7.
Meeting. Sindrom serabut datang, terus aku lupa meeting kat mana.
Lagi-lagi, terkejut kes printer tu tak habis lagi.
Sambil kerut-kerut dahi, mesej Maryam.
Dia reply kata meeting kat 03AC01. Noted!

Japppp... Macamana nak pergi AC building eh?
Kurang familiar sikit sebab aku jarang kelas kat situ.
Kes tak tahu pintu AC building kat mana punya pasal, aku masuk je dari pintu AB building.
Jalan-jalan. Sesat! Hahaa.
Serious failed!
Jalan-jalan sambil sesat-sesat garu kepala sikit, dan yeahhh! Akhirnya tembus jugak kat AC building.
Lega-lega. Maryam mesej tadi, kat tingkat 3.
Ok. Pergi tingkat 3 la pon nye kan? :p Bilik nombor 1. Baikkkk..

Carik punya carik.
Mana daaaa bilik nombor 1?
Belas-belas je ni ha semua nombor bilik!

Check semula mesej Maryam.
03AC01.

Gosok-gosok mata. Baca balik mesej tadi.
03AC01.

T_T Nak menangis berdarah...

Sebab tersalah faham mesej tu.
AC building tu dah betul dah.
Tapi sepatutnya tingkat 1, bilik no 3. Bukan tingkat 3, bilik no 1.
Apakah ini...???
Terus background hidup aku time tu bertukar jadi padang pasir. Angin tiup sepoi-sepoi bahasa sikit sambil daun kering tengah dok terbang-terbang.

Turun tingkat 1.
Ok. Jumpa!
Ni bilik nombor 1. Sebelah? Bilik no 2.
Sebelah lagi? Dia bergurau pulakkk.. Mana bilik nombor 3?? T_T

Call Maryam.

Aku: Weh sesat wehhh.
Maryam: Ko kat mana ni?
Aku: Kat AC. Aku tak jumpa bilik ponnn. *suara dah tone orang hilang arah tujuan*
Maryam: Hahaaa. Meeting kat 08AC03.

Memang terbaik!

Scene 8.
Dah selamat balik bilik! Nak tidur.
Semoga hari esok lebih baik dari hari ni. Aminnn.

Haa! Pasal printer tu, aku dah email pihak uni dah.
Kat email tu ada la ayat bau-bau penyesalan campur cerita sedih, minta-minta ampun maaf bagai.
Mau tak takut. Kot-kot la apa-apa jadi kan?
Kalau terlepas kat dunia ni, kat akhirat nanti belum tentu.
Kot la kena tuntut tak pasal-pasal je.
Sebab kertas ngan dakwat yang aku dah bazirkan berkoyan-koyan tu pon hak orang lain jugak.
Harap-harapnya dorang terima email aku tu dengan mood yang baik la esok ye?

p/s: Serious penat hari ni. Dah.

1 comment: