Sunday, May 8, 2011

Homesickness.

Ada mesej masuk!

homesick :(

Heheheeee.. Selalu aku berhadapan dengan benda ni.
Tak orang lain yang mengadu homesick, dengan aku-aku sekali pun terheret mengada nak homesick jugak.
Tiap kali tu jugaklah aku tak tahu macamana nak menguruskan homesick tu.

Takpe homesick ni. Perasaan tu perasan yang comel. :p
Alhamdulillah. Allah salurkan rasa rindu tu kepada yang halal.

خير جلسائكم من ذكَركم الله رؤيته وزاد فى عملكم منطقه وذكَركم الآخرة عمله

"Sebaik-baik orang yang duduk disekelilingmu (teman) ialah dia yang apabila kamu pandang wajahnya membuatkanmu teringat kepada Allah, dan apabila mendengar bicaranya membuatkan bertambah amalmu, dan dengan melihat kepada amalnya membuatkan kamu akan teringat akan akhirat."
[Hadith Nabi S.A.W yang dipetik dari kitab Jami’ Soghir oleh Sheikh Abul Fadhl Jalaluddin , Abdur Rahman bin Abi Bakr al-Khudairy as-Suyuti atau lebih dikenali sebagai Imam as-Suyuti]

Semoga dengan rindu keluarga tu, makin kuat lagi ingtan kita kepada Allah yang meminjamkan mereka kepada kita.

Oleh kerana aku ni bukanlah pakar psikologi.
Solusi terbaik, atuk google! :D
Tapi kali ni yang ada atuk dari Indonesia jee.. Pon bolehlah!
Orang seberang pon ada homesick jugak ye dak?


"Perasaan homesick ini akan membuatkan seseorang menjadi lebih sensitif dan melankolis."

Tang sensitif tu ye laaa. Kalau aku homesick, orang pulak pujuk aku ngan ayat-ayat syahdu. Memang aku pun syahduuuuuu je laa, sambil mendung awan berarak kelabu. Tsk!
Dah betul dah tu sensitif, tapi melankolis tu apa pulak??

"Ia cenderung mendramatisir perasaan sedih yang dialaminya. Ia akan mudah merasa terisolasi, sedih dah kosong."

Wah, mendramatisir! :D
Menggambarkan la kot ye dalam erti kata lain?

"Seseorang yang dilanda homesick biasanya akan mudah kehilangan nafsu makan hingga menyebabkan berat badannya berkurang, selalu merasa pening, hingga sakit perut tiba-tiba"

Ngeee.. So not me!
Letaklah aku kat mana pun, makan tak pernah tak tinggal! :D

Dan tips-tips yang laman web tu bagi;
Suruh kita jalan-jalan, buat outdoor activity, bergaul dengan orang, etc etc.
Tips tu lebih kepada praktikal sewaktu lapang atau waktu pagi.


Tapi hakikat untuk aku, selalu homesick tu datang waktu malam.
Mana nak berjalannya? *kalau pagi pun, muka ni belum tentu nak berjalan.. :p*

Cara terbaik aku; menangis.
Hehehehee.. Sangat keperempuanan kan?
Sambil nangis, kita kunyah-kunyah keropok tengok-tengok gambar dalam folder family.
Senyum sorang-sorang.

Kita layankan je perasaan tu. Nak homesick, kita homesick betul-betul. :D

Korang ada rakam pape video dengan family tak?
Mesti ada kan? Paling tak pun, satu dua keee...
Haa! Tengoklah balik video tu. Confirm lagi homesick! :p
Hihi..! Tak takkk. Confirm terubat sikit rindu tuu. Sambil nanges, sambil gelak!
Exactly! Menangis dalam gembira. :)

Kita layankan je perasaan tu. Nak homesick, kita homesick betul-betul. :D

Kalau tak ada video, nanti balik cuti ni, rakam tau!
Persediaan homesick yang akan datang. :D

Video yang ada kat aku sekarang ni, video time raya.
Time salam-salam tuuu.. Korang pon mesti ada salam-salam cium tangan, pipi, dahi tu kan?
Hihi! Kelakar.... Sebab masing-masing muka penyegan nak mintak maaf depan-depan.
Tapi mintak duit raya laju je. Geram!

Lepas dah puas menangis, mesti dah pagi kan? :p
Time tu lah terus bedesup capai telefon, kita call rumah!!
Yipeeee...
Before tu. Test-test hello hello one two three dulu suara tu.
Jangan kasik kantoi menangis! Lagi-lagi dengan abang..
Or else, habislah 7 hari 7 malam kena sakat tak berenti.
Elok-elok tengah rindu dia, terus rasa macam nakkkk je piat-piat telinga.

Jangan lupa! Sertakan doa supaya Allah sentiasa pelihara buah-buah hati pengarang jantung pisang kita tu. :)

Aku serahkan rinduku pada Tuhan Yang Satu.
Kerana perasaan ini hadir dengan izinNya Yang Maha Pengasih.
Kerana Dia pemilik jiwa ini.
Kerana Dia lebih mengerti dan memahami.
Kerana Dia jugalah penawar kerinduan ini.

Lindungilah mereka Ya Allah. Kasihanilah mereka Ya Rahman. Sayangilah mereka Ya Rahim.

p/s: Kita layankan je perasaan tu. Nak homesick, kita homesick betul-betul. :')

No comments:

Post a Comment