Thursday, May 5, 2011

Sekejap.

Perasan tak sejak-sejak ni blog ni kejap-kejap je ada cerita baru, kejap-kejap je macam ada entry dari oven.
Heheee.. Itu adalah kerana tuan dia sangat ketagih untuk menaip.
Tak cukup dengan menaip essay yang baru kena submit haritu kot gamaknye kan?

Aku ni akan ada sindrom memperbaharui blog dan entry sentiasa bila:

1. Waktu exam dah nak dekat.
Tak betul ke apa kan? Time orang kecah-kecah nak belek buku bagai nak rak, time tu jugak la aku sibuk nak update sana sini.. HAHA!
Bukan apaaa. Dah menghadap buku je kan?
Maunya tak nak muak sikit-sikit. Dah muak tu, terus teringat blog ni haa. Apa lagi??? :p

2. Bila jengah blog orang.
Lagi-lagi blog yang cantikkkk je. Terus rasa jeles berbondong-bondong datang. Ceh!
Dahlah cantik siap ada lagu-lagu. Walaupun tak suka blog aku ni ada lagu auto played.
Nak jugak cantik-cantik dan canggih-canggih. Tapi orang buta IT ni, tak boleh buat apa laaa.
Paling tak pon, aku tukar je background. Yang lain, memang tak!
Nak masukkan bloglist orang lain pun tak menyempat-nyempat lagi..
Tu la pasal kat sidebar 'globe' belah kanan tu suci bersih je tak de pape.

3. Orang lain update!
Bedesup aku cepat-cepat login blog aku pulak. Pastu pandanggggggg je blog lama-lama.
Aku pandang dia, dia pandang aku.
Pastu pergi kat newpost. Pastu dah ready nak taip ni, logout balik sebab ketiadaan lah itu idea. Ngeee..
Tapi kalau dah rajin terlebih dose, haaa ni lah jadinya.
Kejap-kejap post baru. Kejap-kejap muka aku lagi yang update.

Gitulah dia. Macamlah aku tak kenal siapa aku. Tengok nanti try test sampai bila boleh mantain update sentiasa. :p

p/s: hangat-hangat je ni haa.

No comments:

Post a Comment