Bunyi guruh kat langit macam bawak aku terbang balik ke rumah.
Terasa waktu subuh bila hujan kat rumah.
Sejuk. Hujan. Guruh.
For sure! Rasa macam nak selubung dengan selimut mesti ada kan?
Sambil duduk kat kerusi ruang tamu, makan sarapan yang mama buat.
Sambil-sambil tu tengok yang lain semua sibuk nak pergi sekolah.
Ipan macam biasa, baru sibuk nak iron baju.
Atin, bising suruh semua orang cepat bersiap. Padahal dia yang lambat. Heheehe..
Nisa pulak, lambat-lambat je pakai baju. Kejap-kejap, keluar masuk bilik susun beg.
Abang masih dengan kerja lama dia; start kereta mama. Dan... Tidur.
Selang-selang dengan bunyi guruh dengar suara mama suruh masing-masing cepat.
Lepas aku bukakan pintu pagar, masuk balik rumah makan sarapan.
Time tu, semua dah siap. Siap tak siap sangat lah. :p
Ipan masih dengan masalah tie dia.
Atin, sambil duduk kat kerusi sebelah pintu tu, ikat kasut. Macam biasa, mulut dia tak berhenti bebel suruh semua orang cepat.
Nisa? Masih susun buku dalam beg sambil belek-belek jadual walaupun dah jenuh pesan suruh susun malam sebelum tidur.
Mama yang pastinya dah siap. Sambil pesan itu ini dekat anak-anak dia ni ha..
Salam. Cium. Lambai. Tutup pagar.
"Ok. Esok kiterang janji tak lambat macam hari ni,"
Esoknya? Memang cepat. Memang tak lambat. Baju dah siap iron. Tie dah terletak elok je. Buku dah susun. Tali kasut awal-awal lagi dah ikat *sebab bukan hari Isnin*.
Sudahnya?? Back to normal scene! :)
Sekarang macamana dengan rumah ye?
Abang dah kerja. Atin dah habis sekolah. Ipan dah duduk asrama.
Semuanya dah besar. :)
Kalau aku ni pun boleh terasa cepatnya peredaran waktu tu berlalu, apatah lagi mama dan ayah kan?
Tapi, jauh dalam hati, anak-anak mama dan ayah ni masih kecik lagi. :)
p/s: suasana yang baru aku dapat rasa kecomelannya sekarang. :)
exam week kah?
ReplyDeletecepat lah balik weh...xsabar ni...^_^
@e60569403ace65917c726b529e66ebd1 : belum lagi.. two weeks left before reading week. :)
ReplyDeletetak sabar eh? ingattt.. kalau aku balik je tak tnye khabar aku dulu, aku koyakkan benda alah tu ;)
aku xheran pon mende alah tu..aku memang menantikan kepulangan ko ke bumi malaysia ni..hehe..*tangan ke bahu,mata ke atas
ReplyDeleteaah.. aku pon sukeeee sgt kalau kau sibuk2 tnye pasal bende tu sebenarnya. *tangan ke bahu, mata ke atas jugakkk.
ReplyDelete