Monday, May 2, 2011

Ireland.

Alhamdulillah. Cuti kali ni diberi peluang untuk merangkak ke peta yang lain pula.

Ireland! London-Dublin-Belfast-Dublin-London :)

Ayah: Kat mana Belfast tu?
Aku: Aaaaaa.. Kira dia macam Sabah-Sarawak jugak la. Kalau London tu, dia macam semenanjung pulak.
Ayah: Amboi.. Perabih duit kat tiket flight je la ye?
Aku: Takde laa. Kawan kita carikan harga yang paaaaalingggg murah.. :D

Aah la. Memang kawan je yang uruskan.
110% semua mereka-mereka ni yang susun.
Muka yang ni reti nak berjalan je.
Hihi! Kejam kan?
Tapi ok jugakk.. Karang aku tanya banyak-banyak sangat, masing-masing serabut.

Makanya, sampailah segerombolan manusia ni ke daerah yang tiada raja lagi tiada bernama.
Heheee.. Terkenan Hikayat Merong Mahawangsa sikittt.

Takde lah pergi banyak tempat pon.
Sikit-sikit nak menghabiskan cuti je.
Padahal? Buku berlambak lagi minta di baca kat bilik nun. T_T

Carrick-a-Rede.

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.
Terbaiklah tempat ni!
Sebelum sampai ke puncak untuk tengok pemandangan laut dari atas, kiterang kena seberang dulu jambatan ala-ala jambatan tergantung tu.
Seram dia tak payah cakaplah. Silap langkah, maunya tak ke bawah.

Mesti korang cam eleeeehhhhh.. Jambatan tergantung je.
Paling tak pun, pernah je berlatih time PLKN tu kan. Hihi!

Jap japp. Kita usha dulu jambatan tu.. Lintas langsung oleh atuk google.


Kan kannn?
Macam boleh je nak jatuh bila-bila masa kan?
Rasa-rasa macam boleh jugak putus kalau digunting tali tu.

Erm... Macamanalah nanti kita ni nak lalu kat Jambatan Allah pulak ye?

"Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya."

"Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya."

"Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka."

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Allah. Semoga kita semua dipermudahkan dengan syafaat Rasulullah.


Kalau nak diikutkan, negara Barat ni banyak je keuntungannya dari segi bentuk geografi etc.
Tempat-tempat pelancongan dorang semua, Subhanallah! Sangatlah superb.
Ada nikmat salji. Ada laut yang terbentang biru. Ada padang yang subur menghijau.
Tapi.. Sayang...

"Allah-lah yang menundukkan laut untukmu agar kapal-kalapl dapat berlayar di atasnya dengan perintah-Nya, dan agar kamu dapat mencari sebahagian karuniaNya, dan agar kamu bersyukur. Dan Dia menunudukkan apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) dariNya. Sungguh, dalam hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Alah) bagi orang-oran yang berfikir."
[Al-Jasiyah: 12-13]

Betullah. Hidayah tu Allah yang pegang.
Siapalah kita ni. Hanya mampu nak mengangkat senjata orang mukmin iaitu doa.

Oh ya! Lepas gigih merentasi jambatan hari tuuuu..
Twittt, silap-silap!
Lepas dah balik dan nak post entry ni, barulah aku nak google apalah disebalik Carrick-a-Rede.
Heee.. Orang yang serahkan 110% perjalanan kepada membernya, ginilah gamaknya.
Dah pergi, baru kecah nak carik info.


Menurut pakcik google: Carrick-a-Rede bridge ni one of the world's most dangerous rope hanging bridges.

Wah! Extreme.. Tak kusangka, tak kuduga. :p

Next station?
The Giant's Causeway.

Yang ni pun terbaik dari ladang.
Himpunan batu-batu yang menyerupai unta, nenek tua, organ, etc.

"Explore the basalt stone columns left by volcanic eruptions 60 million years ago and search for distinctive stone formations fancifully named the Camel, Harp and Organ."
http://www.nationaltrust.org.uk/main/w-giantscauseway


Yang paling nak terpegun, bila tengok bentuk-bentuk batu kat situ semuanya polygon.
Cantik macam gula-gula kapas.. :)
Kalau ikutkan orang cerita, batu-batu ni terbentuk selepas letusan gunung berapi. Tapi secara saintifik kenapa semuanya berbentuk polygon tu, masih takde bukti.
Wallahualam. Allah sahaja yang tahu.

Hebat!

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan,"
[Al-Baqarah: 74]

p/s: exam dah mula menampakkan taringnya. uwaaaaa....

4 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    okeh, sy teramat jeles skarang ni >.<
    asal la da stat kelas time tu.. kalo x, bole tegether2 g naik jambatan tu kn?

    huhhh

    ReplyDelete
  2. hihihii! tapi tak sempat nak jumpa anye jugak.. sedangan dah dekat je ngan rumah kak pipot.. :(
    nanti balik naik jambatam sg langat tu ye? :Pp

    ReplyDelete
  3. hihihii! tapi tak sempat nak jumpa anye jugak.. sedangan dah dekat je ngan rumah kak pipot.. :(
    nanti balik naik jambatam sg langat tu ye? :Pp

    ReplyDelete
  4. xsempat jugak? haih.. anye duk dekat umah kak pipot ke *kak pipot tu sape pon ak xknal... huhu

    jambatan sg langat ape kelassss.... cesss

    ReplyDelete