Sekali baca, rasa macam ada benarnya.
Cuba baca lagi sekali?
Kekal pada jawapan yang sama?
Sejauh mana kebenaran kata-kata?
Tapi. Tapi..
Ada versi satu lagi berkenaan hati.
Bukan ke mereka kata kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa?
Ikutkan hati, tak rasa saya ada kat sini.
Ikutkan hati, tak rasa saya jadi macam ini.
Ikutkan hati, mungkin sekali tengah gembira tersenyum puas tak ingat dunia.
Eh? Bukan nak highlight yang sekarang ni tak gembira.
Gembira. Cukup gembira pada tempatnya.
Ikutkan hati
Semudah, hati itu bukan milik mutlak kita.
Masih ada Yang Esa menjadi pengawal.
Dicampak rasa sayang, dicambah rasa rindu pada insan yang halal, tak mustahil juga pada yang haram.
Sejauh mana luaran mentafsirkan hati, itu yang menjadi pokok soalan.
Dan apa akan jadi, kalau kita ikutkan hati?
Kita 'tuan' hati buat sementara; siapa perlu turut kata siapa?
Tepuk dada, tanya hati.
Hati berbisik apa?
Bina batas. Bina landasan.
Janganlah hati beraja terlalu tinggi.
Bimbang jatuh terhempas, serpihan yang terlampau kecil, payah mahu dicantum kembali.
p/s : Hati, kamu ikut cakap saya!
No comments:
Post a Comment