Tak lengkap rasanya pergi ke program tanpa wrap up.
Heee.. Bukanlah benda wajib, tapi sekurang-kurangnya boleh refresh semula bila terbaca entry sendiri.
Opps..! Selain daripada untuk bagi anak cucu cicit nanti baca di kemudian hari. :p
Alhamdulillah cuti winter kali ni terisi dengan satu lagi program; fun with iluvislam's youth overseas (fuiyo 2010) yang dah berjaya berkampung di Waddow Hall, Clitheroe dari 22 sehingga 25 Disember 2010. *baca senafas! :D*
Pandangan tentang fuiyo? memang FUIIIIYO...! *intonasi brother next*
Hihi!
Kira setiap sen dalam 35 pound tu memang berbaloi-baloi laaah.
Terima kasih team fuiyo!
Penginapan : Best. Tiptop! Tapi.. *ada tapi la pulak kan.. :p* Agak kesian pada yang kesejukan kat Stable dan Cottage. Secara jujur, yang selesa di Main Hall, terlalu selesa. Dan yang tak selesa, terus tak selesa. Tapi ok ok saja! :)
Makanan : Mantap! Memang besttttttt. Lagi-lagi part last bila AJK kat dapur keluarkan segala jenis makanan kat dapur tu. HIHI! Dari biskut kering sampailah ke cheese cake, apple crumble, etc etc. Suka perut saya! :D
Dan yang paling penting; module la kan? ^_^
Bertaglinekan Metamorphosis; cantik je perjalanan module secantik si rama-rama yang tercari-cari sang potensi diri!
Dari dalam kepompong dan menjalani proses METAMORPHOSIS, kita di tanam dengan sifat percaya; I BELIEVE I CAN FLY!
Dan destinasi pertama mestilah rumah dahulu; HOME (Home of Mankind and Equality).
Ok. Balik-balik fuiyo je, saya terus homesick. :(
Jangan tak tahu yek, sekecil-kecil dan selembut-lembut si rama-rama ni, mampu juga mengubah dunia.
Bak kata orang-orang fuiyo; THE BUTTERFLY EFFECT.
Jangan pandang rama-rama sebelah mata!
Dah nampak kesan si rama-rama?? YES, WE CAN!
Yeaaa. Yeaa! Kita bolehhh! Semangat ni.
Tapi tapi tapi... Macamana dengan dunia luar sana?
Kalau terbang, terbang dan terbang, tiba-tiba sayap terpeleot, macamana?
Heee. Jangan risau! DARE TO FLY, DARE TO FAIL! ;)
So, rama-rama? Bersediakah anda? NOW IT'S TIME TO FLY....!!
Dan rama-rama fuiyo pun dah selamat tiba ke destinasi masing-masing.
Ada ke Manchester dan sempat pulak bertumbuk tergolek meniarap boxing day.
Ada rama-rama yang pulang ke Cardiff.
Ada ke Plymouth.
Ada pula ke Sotton dan Sheffield.
Lagi? Surrey.
Lagi lagi selain Surrey? Bosanlah asyik Surrey je.
Ohh! Aahh! Ada rama-rama ke... Surrey lagi.. HAHA! :p
Lagi..? Lagi?
Rama-rama Surrey lagi? :p
Oh ohh, ok. Yelaaa. Kent pon ada jugak. Rama-rama London.
Rama-rama jauh;
Ah haaa. Warwick pon!
Belfast. Nottingham. :)
Ada lagi yang tertinggal? Nanti leave comment eh? Saya masukkan kemudian.
Walaupun rama-rama ni demam batuk-batuk ke sudah.
Tu tak campur lagi dengan selsema pening-pening
Tak pe, rama-rama. Kafarah dosa dan menunjukkan Allah masih pandang kita. :))
Macamana penerbangan setakat ni, rama-rama?
Andai kata jatuh, bangun semula ya! :)
Dan toleh ke belakang sekejap.
Sekejappp je, tak lama.
5 saat. Ehh? Tak takk. 2 saat je.
Pastu, menjerit je 'Hoi!! Sapa tolak aku??'
:p Heeee. Gurau. Gurau.
Tapi tang kena bangun balik tu tak bergurau tau.
Mesti kena bangun balik. Mesti!
Dan rama-rama yang terdekat, tolonglah. Bantu rakan anda untuk bangun semula.
Beri sokongan, lap lap sikit sayap rakan anda yang dah berhabuk tu bagi berkilat. :)
Insyallah ada ganjaran bagi yang membantu tu.
Dan kemudian terbang semula bersama-sama!
Al-Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata:"Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama Muslim. Dia adalah matanya, cerminnya dan penunjuk jalannya. Dia tidak akan mengkhianati, memperdayakan, menganiaya, membohongi dan mengumpatnya." Beliau (a.s) berkata pula kepada sekelompok orang dari para pengikut dan peticintanya : "Bertawakallah kalian kepada Allah. Dan jadilah kamu sekalian saudara-saudara yang sentiasa berbuat baik sesamanya, saling mencintai kerana Allah, saling menghubungi, saling merendahkan diri, saling mengasihani, saling mengunjungi dan saling bertemu, serta hidupkan (syiarkan) ajaran kami (Ahlul-Bayt)."
Sukalah kiranya saya mengupas kembali kata-kata seorang speaker fuiyo 2010; Ustaz Syed Abd Qadir.
Maaf andai tersalah ejaan. Saya main petikkkk je ni.
Susahkan nak jadi kreatif? Ye ke susah? Ke.. tak sangat?
Dalam nak mendapatkan pahala, sekecil-kecil perbuatan seperti senyum pun insyallah punya ganjaran.
Hanya perlu lakukan perkara yang Allah suka, itu sudah dianggap beribadat.
Kemudian, tinggal lagi nak gilap dan asah fikiran supaya lain daripada yang lain.
Kadang-kala bagi pihak saya, agak berat kerja-kerja kreativiti ni. Terasa diri tak kreatif.
Dan memang tak kreatif pun!
Tapi bila fikir-fikir semula, untuk mengejar pahala Allah tu, kita hanya perlu lakukan sahaja perkara-perkara kecil yang Allah redha.
Mungkin dalam pembentukkan diri dengan perkara-perkara kecil tu, tercetus idea untuk perkara besar pula?
Bayi baru lahir takkan terus boleh berlari!
Jadi, pada yang sedikit down tak jumpa potensi diri lagi kat luar sana tu, tak perlu bimbang.
Anda masih punya peluang untuk merebut pahala Allah. :)
Waima dengan kata-kata yang baik pun!
Sabda Rasulullah, "Sesungguhnya amal yang paling dicintai Allah setelah amal fardhu, aitu memberikan kegembiraan pada orang muslim." (HR Ath-Thabrany)
Rasulullah bersabda, "Kamu tidak akan masuk syurga sebelum kamu benar-benar beriman. Dan kamu tidak benar-benar beriman, sebelum kamu saling berkasih sayang. Sukakah kamu saya tunjuki sesuatu jika kamu mengamalkannya, nescaya akan timbul kasih sayang di antara kamu? Sebarkanlah salam di antara kamu!"
Rasulullah bersabda, "Kamu tidak akan masuk syurga sebelum kamu benar-benar beriman. Dan kamu tidak benar-benar beriman, sebelum kamu saling berkasih sayang. Sukakah kamu saya tunjuki sesuatu jika kamu mengamalkannya, nescaya akan timbul kasih sayang di antara kamu? Sebarkanlah salam di antara kamu!"
Melalui LDK yang disediakan juga, saya rasa sedikit sebanyak tergilap potensi kita.
Mungkin rama-rama yang kreatif dalam menyelesaikan masalah (LDK 4-Consultant), boleh teruskan usaha anda dalam membantu rakan-rakan yang ada masalah.
Hanya perlu lebih caring dan kreatif dalam approach orang yang ada masalah.
Pada yang bijak berkata-kata dan pedasssss!pulak tu (LDK 6- Apprentice), mungkin boleh terus tambah ilmu untuk menegakkan kalimah Allah dan membantu dalam pembangunan ummah.
Ah haa! Mungkin boleh jadi mc menggantikan Yok dan Hypo? Tehee..
Mungkin juga potensi anda dalam menjawab soalan-soalan riddle??
Heheeee.. Tak. Tak. Yang tu tak berapa nak potensi sangat. :p
Dan saya rasa fuiyo kali ni lengkap dengan platform untuk rama-rama ni terus maju.
Sebab? Kita dah disediakan dah pun dengan pakej untuk join team iluvislam (rujuk saudara Safwan Fuad), projek Kalsom, NEXT dan NISE.
Mungkin potensi anda ada di situ, siapa tahu?
Why don't you just grab the opportunity?
Tinggal anda nak beri kata setuju sahaja!
Heee... Dah macam promoter pulak.
Tapi, anda tak tahu selagi anda tak cuba. :)
Dan untuk cari potensi tu, kena mulakan langkah dari sekarang!
p/s : explore your hidden potential!
gambar oleh : Che Mohamad Izzat
No comments:
Post a Comment