Sunday, December 19, 2010

Itu,Itulah.

Dan perjalanan satu-satu aku teruskan.
Sampai di satu simpang, lama aku diam.
Memikirkan mana satu yang harus aku tuju, mana jalan yang patut aku tempuh.

Diam. Diam. Diam.

Ketika itu hanya ada hati dan akal yang waras.
Ya! Tak lupa. Masih ada Dia.

Diam lagi dan lagi.

Kalau pun sudah ada keputusan, kadang kala kaki pula berat melangkah.
Hati kata mahu, akal lain pula ceritanya.
Tak cukup dengan itu, masih ada banyak suara menganggu.
Keadaan berat makin buat jalanku berliku.
Sampai bila pula harus aku diam, tanpa respon yang patut dilakukan?

Satu langkah.
Dua langkah.
Tiga langkah.

Dalam diam aku sudah punya keputusan!
Ya! Pasti. Jalan yang itu.
Andai kata sudah mula langkahan, kenapa perlu berfikir panjang?
Kenapa perlu ditimbang tara semula keputusan?
Tak perlu jengah kotak fikiran dengan jalan-yang-aku-tak-tempuh kerana itu bukan lagi persoalan.
Bukankah aku hanya perlu mara kehadapan?
Tak perlu tidak untuk kebelakang.
Senjata doa erat-erat aku pegang.
Ah! Semoga segalanya dipermudahkan.

16 December 2010.

p/s : sighhh. aku menaip tanpa sedar.

No comments:

Post a Comment