Mungkinlah. Mungkin ada yang tak kenal.
Hehee.. *tak kata ustaz tak glamor ya? :p*
Tapi boleh kata kebanyakkan pelajar UK dan Ireland mengenali beliau la, kan?
Ke ada jugak tak kenal? Hehe. Nak kena ketuk ketampi ni. :p
Macamana eh agak-agak korang kenal ustaz?
Kalau ikut sejarah cerita saya, pertama kali saya dengar nama ustaz dari seorang brother yang saya sendiri pon tak kenal.
Hihi! Tak ke pelik di situ?
Waktu nak buat visa UK haritu. Haritu tak haritu sangatlah.
Selang beberapa buah kerusi, brother-yang-saya-tak-tahu-nama ni tegur.
Tukar-tukar cerita nak belajar ke mana, buat apa, under apa, bla bla bla etc.
Pendekkan cerita, dia tanya saya ada rujukan tak?
Rujukan? Mungkin dia refer kepada pembacaan atau orang.
Saya cuma jawab senior-senior je la rujukan saya kan?
Plus, member-member yang sama nak pergi nanti. *yana terutamanya :p*
Taaruf yang pendek tu, tau la sikit sebanyak brother ni nak further kat Sunderland.
Under MARA, dan dulu dia study kat GMI.
So, dia pon tanya pernah dengar tak nama Erfino Johari?
Hehee. Haruslah geleng-geleng angkat bahu tak tahu kan?
Dari situ, brother ni bagi website ustaz.
Balik-balik rumah je, terus gigih cari blog ustaz.
Dengan tagline LONDONERnya tu, teruja sorang-sorang tengok gambar winter, spring segala bagai kat blog tu.
Hihi. Kantoi di situ tengok gambar je. :p
Tapi. Tapi.
Ada cerita sedih sikit.
Sebab kat sidebar blog ustaz, tak de pon link University of Surrey. :(
Dari situ dah macam.. eh? terpencil sangat ke Surrey ni?
Tambahan pula, sebelum ni saya memang tak pernah dengar pon nama Surrey.
Apatah lagi nak pronounce kan? Memang tak lah.
Sar-rey ke? ke Sur-rey? tak pon Ser-rey..??
Susah punya pasal nak sebut, tiap kali orang tanya dapat tawaran ke mana?
Saya mengeja je sokmo. S-U-R-R-E-Y. Kan senang.. :)
Jejak bumi Surrey, pertama kali jumpa ustaz live ketika Sambutan AidilAdha.
Dan kami warga Malaysia di Surrey ni asyikklah kena bahan dengan ustaz.
Ulang ulang ulang kali ustaz highlight 22 bulan. Sikit-sikit 22 bulan.
Maksud? :p 22 bulan Surrey dah tak jemput beliau buat talk.
HAHA! Ok. Paham dah.
No wonder Surrey tak de kat sidebar!
Al-kisah 22 bulan rupanya. Hihi!
Sekarang? Surrey dah masuk sidebar ke?
Ke tak jugak lagi? Hihi.
*tak nak check. nanti heart-broken lagi. :p*
*
*
*
Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tanggal 31 Disember ini, Ustaz Erfino akan menamatkan tugasnya di bumi asing ini. Tanggal 31 Disember 2010, beliau sekeluarga akan berangkat pulang ke tanah air tercinta bagi menyambung perjuangan yang tidak akan selesai. Pastinya kehilangan beliau akan dirasai warga UK dan Ireland terutamanya.
Sebelum beliau pulang ke Malaysia, marilah kita bersama-sama mendengar nasihat dan amanat beliau umumnya kepada semua rakyat Malaysia di UK dan Ireland, khususnya buat para pelajar yang dikasihi. Segala ucapan juga daripada para pendengar, amat juga dihargai.
Kuliah Online kali ini bukanlah kuliah online biasa. Biarlah kuliah online kali ini menjadi medan untuk kita saling berdialog dengan murabbi ini.
Untuk mendengar, sila layari:
http://www.ustream.tv/chan
Isnin, 13 Disember 2010
9 malam (Waktu UK dan Ireland)
4 petang (USA)
10 malam (Perancis)
11 malam (Mesir)
12 malam (Rusia - 14 Disember 2010)
5 pagi (Malaysia - 14 Disember 2010)
6 pagi (Jepun - 14 Disember 2010)
8 pagi (Australia - 14 Disember 2010)
Terima kasih juga buat yang memberi kerjasama di dalam penganjuran kuliah online kali ini:
- IluvIslam.com
- Malaysian Community of Old Trafford (MCOT)
- Sheffield Malaysian Students Association (SMSA)
- Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI)
- Persatuan Pelajar Malaysia Cork (PPMC)
- Malaysian Muslim Circle of Scotland (MMCS)
- Moslem Society, Canterbury Christ Church University (MSCCCU)
- Leeds University Malaysian Society (LUMSOC)
- Malaysian Students Society of Surrey (MSS Surrey)
- IluvWarwick
p/s : Terima kasih, ustaz. Jasamu kami kenang. :)
No comments:
Post a Comment