Thursday, October 14, 2010

Malu Ah!

Pernah rasa tak perasaan kalau orang toreh kat muka ko pakai pisau, tapi confirm tak kan keluar darah?
dapat bayangkan tak? dapat dapat?
ke tak faham? HAHA!
aku memang suka je nak syok sendiri kan..

Seperti yang aku sendiri dah maklum, rumah aku kali ni memang jauh dari uni.
jauh tak jauh, 20 minit jugaklah aku sempat nak berangan-angan jadi Siti Kelembai.
the house still bonded with university, but off-campus.
by hook or by crook, aku jadilah menumpang setia yang naik bas ulang-alik dari uni ke rumah.

Lain sikit hari ni, adalah senior-senior lelaki yang naik bas tu sekali.
senior la kot kan? HAHA. tah tah. tak tahu.

Baik. nak buat pengakuan!
aku memang susah nak cam orang plus ingat nama orang.
ulang suara, susah SANGAT nak kenal orang.

Tapi, aku nak jadi pensyarah yang ingat semua nama students aku, boleh? ;D
hehee..

Bukan aku tak kenal dorang, cuma tak cam.
paham ke paham? ;DD
muka tu familiar la sangat.
sebijik-sebijik aku memang pernah nampak. yang ni confirm tak tipu!
tapi takat lalu lalang kat tepi-tepi dorang je.
tak pon, jengah-jengah fb dorang. teheeee...

Mereka : aik..dah jadi budak bas dah sekarang..

Aku : HAHA lah sangat! ni pon tunggu bas dari pukul 5, dah ni baru dapat.

Mereka : haaa..rasalah..nanti lama-lama, dah biasalah tu. ni duduk mana ni?

Aku : oh, kat hazel farm, 28. *jawab dengan muka confident, tak de tergagap-gagap ok.

Mereka : tak. bukan, bukan. tadi tunggu bas kat mana?

Ok! aku paham. aku silap dengar, boleh?
aku dengar dorang tanya duduk mana. miahahaa!
malu di situ. sekian.

Aku : oh, kat AX. bla blaa blaa.. korang nak balik ke ni?

Ni lagi soalan yang menunjukkan aku-memang-pernah-nampak-muka-korang-seketul-seketul-tapi-aku-macam-ingat-lupa-lupa.

Mereka : tak de lah. nak pergi Saadia, beli ayam.

Oleh yang demikian, statement dorang ni jelas membuktikan, hoi-eyka!-kiterang-duduk-dalam-uni-la!!

Tersentap lagi sekali di situ.

Aku : amboi, berlagak! jauhnyeee beli ayam.

Mereka : biasalah..kterang dulu kan budak bas. selalu beli kat situ. korang beli kat tesco ye?

Aku : aah. biasalah..kterang dulu kan budak uni. hehee..

Lepastu, tah hape-hape lagi lah soalan.
dari harga pasaran ayam sampailah ke nama kat fb aku.

Ye, nama glamor saya Syafiqah Zakariya! :D

Dah lama-lama tu, aku diam, dorg pon diam.
eh tak, dorang tak diam sebab dorang borak-borak antara dorang-dorang. hehee..
aku kan cool, so tak nak lah menyampuk-nyampuk ni. ;D

Dah nak sampai simpang rumah aku, ada lagi soalan berbangkit rupanya.

Mereka : eyka, kenal tak akak yang duduk tepi tingkap tu? yang pakai tudung tu.

Aku : haaa? yang mana?

Mereka : tu laaa..

Aku : ye laaa.. yang mana? duduk kat belah sini ke belah sana?

Mereka : yang tu laa.. banyak la pulak orang yang pakai tudung kat dalam bas ni kan?

Aku : mana la? hehehee..

Kali ni dia dah siap hulur-hulur jari ni, sibuk nak tunjuk ke arah akak tu.
kalau boleh mesti dia macam nak bangun, pergi kat sebelah akak tu, pastu menjerit kuat-kuat kat aku "akak yang ni laa!!" kan?
hahaa..

Mereka : yang tu laa.. ko nampak tak jari aku tunjuk kat mana? nampak nampak?

Aku : mestilah nampak. tapi yang mana eh?

Hahaa..kesengalan terserlah lagi di situ.
dahi dah siap kerut-kerut, mata dah siap kecik-kecikkan lagi dah ni.
tapi, tak tipu!
memang tak nampak yang mana laaa...

Aku : ohhh..! ok-ok.. nampak dah. hihi..

Aah.. memang nampaklah sangat.
akak tu pakai tudung hitam apaaa..
so, xde la beza akak tu ngan orang-orang yang free hair kat dalam bas tu kan?
tak mustahil aku tak perasan ok! ;D

Mereka : kenal ke tak?

Aku : ekk? tak kenal laaaa... hehe..

Mereka : tak kenal ke? hish ko ni. weh weh.. ko ada nombor telefon Kak Nurul?

Aku : haa? tak de pon. tak de tak de.

Memang tak de la pon..
sebab Kak Nurul mana pon aku tak tahu! ahakk!

Mereka : ko kenal tak Kak Nurul?

Ah, sudahhh... *macam nak tepuk dahi pon ada.

Aku : haaa?? tak kenal laaaa. hehehee.. Kak Nurul mana ye?

Mereka : hisshh ko ni.. semua ko tak kenal. sapa yang ko kenal??

Ok. telan air liur jap..

Ko tolongggg jangan tanya soalan tu. tolonglah!
tolong jangan tanya, wehh.. tolong sangat-sangat ni.

Bas, cepatlah sampai...............

Mereka : Eh? ko kenal aku tak ni???

Tettt!!!
dia tanya jugak soalan tu!!

Aku : ......??

Alamak! larikkkkkk....

HAHAHA!!

Aku dah bantai gelak-gelak untuk mengcover malu aku dah.
aiseymannn. potong la ko!
bedesuppp darah naik ke muka.
segan tak hingat, ok!

Tapi yes! sebab bas dah sampai! hahaa..
selamat dari kena bahan lama-lama.

Tapi sebelum keluar, sempatlah pulakkkk...

Mereka : weh..nama aku Awal Ashaari tau!

HAHAHAA... aah!
aku ingat! tetibe terus ingat nama dia dalam fb..
kihkihkih... siap dengan bin bin sekali aku ingat.

Pastu dia boleh bantai gelakkan aku je kat belakang.
cess laaa. macam nak terbalikkan bas je time tu.
tskk..!

Member dia yang lain dok sibuk; "agak-agak dia tahu tak nama aku, weh??"

Harap maklum, korang. memang tak tahu!
sorrryyyy......

Lagi sekali dorang gelak-gelak pecah perut.
makkkk! nak keluar cepat-cepat..

Mereka lagi *tapi bukan Awal Ashaari tu laa..* : kirim salam kat Muz eh nanti?

Aku : haa..aah. insyallah kalau jumpa. :)
*tapi muka aku dok reflect, nak-kirim-salam-camne-eh?-sebab-nama-ko-pon-aku-tak-tahu-ni. ;D

Seganlahhh!!

Sampai rumah je terus, "Maryammmmmm!!!!!!!!!!"

p/s : tak mahu dah jumpa korang. alergik!

p/s lagi : Awal Ashaari, bukan nama sebenar. ;D *konon-konon berjaya jumpa Awal la kat tengah-tengah Surrey ni.. HAHA!

1 comment:

  1. heheh..xley blaaa r entry kaw..lwk beb..hehhe..gelik guling2 boley??heheh

    ReplyDelete