Monday, October 18, 2010

House-Warming.

Klik gambar untuk tumbesaran.

Agak malas sangat nak klik, meh la aku bagi tahu pe jadah gambar kat atas nun. ;D

Itu ialah hebahan untuk open house 2nd year students University of Surrey.

Hehhee..walaupun raya dah habis, tapi macam saje je nak habiskan beras kat Tesco tu buat open house jugak.
house warming actually.
saja mau rapat-rapat dengan mereka-mereka di Surrey ni.
mengeratkan ukhwah. ececeeehhh....

Al-maklumlah kan!
saya memang tak kenal orang. heheee..
macam kena tema pulak open house ni dengan kejadian yang banyak menimpa aku baru-baru ni kan?
macam janji janji jeee.. ke, mahu perli aku sebenarnya?? ;D

Kira ni sesi kedua selepas sesi pertama hari tu lah.
kalau haritu kenal secara teori, dan teka-teka muka kat fb je.
hari ni, kena teka-teka secara live! :)

Ni lah rumah saya! :)

Ok. masak bersilat-silat tu kebanyakkannya kat rumah 14 lah.
*kalau tak mention kang, ada lah pulak insan yang tag-tag nama aku kat fb tak puas hati.. ;D
kami masak rendang, nasi beriyani, tiramisu, puding jagung.
kuah lodeh, nasi impit, brownies (ke..?), castard, kuah kacang, air sirap.
HAHA! macam pergh perghh terliur tak? ;DD


Bila tengok makanan-makanan ni beratur atas meja, automatik rasa nak lempang-lempang muka sebab macam tak percaya je boleh masak banyak-banyak dan bagi orang makan.
hehehe.. nikmat!
terus nak gedik-gedik feeling macam mak-mak. kehkehh!

Lagi-lagi bila ada orang tambah-tambah.
terus bedesuppp tak pijak tanah, rasa macam diawang-awangan pulak. ;D

Tu belum orang puji lagi tu.
kalu puji, terus tutup pintu rumah lah kot gamaknya.
sebab konon-konon malu macam perempuan melayu terakhir, pastu nak nyorok-nyorok bawah meja dapur. hikhiiik..

Tapi, tah macam mana, makanan boleh tak cukup pulak.
serious! rasa bersalah sangat sebab yang datang lepas zohor, terpaksa tunggu kiterang masak ayam merah pulak. :(

Wehhh.. makanan ni tak cukup ni weh.

Aah aah. lepas zohor, kompem lagi ramai yang datang.

Kan kan? beriyani sesuai nak dilawankan dengan lauk apa?

Sambil buat muka kerut-kerut, terus je masing-masing volunteer nak beli ayam, potong bawang, masak kuah kacang, rebus cili, bla bla blaaa..
pastu cakap nak bisik-bisik sebab tak nak bagi tetamu dengar.
konon-konon tak nak nampak sangat makanan tak cukup, sambil bincang-bincang tu, boleh pulak bantai gelak-gelak.
HAHA! macam comel je korang. :)

Memang sayang korang lebihlah!
sangat prihatin dan cekap. ;D

Tetamu : koranggg.. mana ayamnya ni?

Tuan Rumah : sorrryy sangat-sangat. kena tunggu sekejap, ayam tak masak lagi ni. makan la dulu apa yang terhidang tu eh? sorryyy..

Tetamu : apa yang terhidangnya atas meja tu???

Tuan rumah : .......??? ;D

HAHA! tak nak menggelabah pulak kan bila kena situasi macam tu.
rasa macam terkesima jawab soalan Melodi lah pulak.
dah la time tu memang ramai orang.

Sebab tak nak kena jawab soalan artis-artis lagi, aku larikkk ke rumah 14.
hehehee.. *terkantoi pulak!
basuh-basuh ayam. tumis-tumis bawang segala tu.
tunggu ayam masak lagi. pastu done!

Alhamdulillah. :)
dalam kalut-kalut, Allah permudahkan.

Ok jugak kan ayam masak on the spot..?
dah lah panas-panas. siap pakej asap-asap lagi.
terbaik dari ladang ok! fresh jee... :D

***********

Squad pung pang pung pang di dapur.



Ada je muka tuan rumah yang tak ada dalam gambar. :)

Antara tetamu-tetamu terhormat yang datang.
eh twittt..yang tak de dalam gambar tu pon terhormat jugak tau!
kehkehh..tak pasal-pasal kena tag nama kat fb lak nanti.








p/s : Zana!! muka ko masuk sipi-sipi dalam blog aku!
sila bangga. HAHA!

Haaa! yang ni, jangan tak tahu, korang!
budak bertiga kat atas ni terer masak gak.
datang tak tangan kosong, dorang bawak pot luck; pengat pisang dengan apple crumble.
sayang korang lebih! :)
terima kasih ye? next time nak pizza, nasik lemak, ketupat, serunding daging, ayam masak kicap pulak eh? sardin dalam tin pon ok je, korang. lalalalalaaa..
tolak batu, kayu ngan besi je. ;DD

Lepas ni bolehlah tuan-tuan rumah ni open table bisnes katering pulak kan? HAHA!
korang nak??
aku dengan senang hatinya, volunteer jadi Pegawai Pemeriksa Kesihatan Makanan je. :D

Korang semua yang berrgelar warga Surrey. :)
thanks for coming. maaf kalau ada terkurang apa2 ok?
kes2 terpencil kurang makanan ke..lambat masak ke.. *sensitif ni!
terlebih garam, terkurang gula..
tak cukup pinggan, terlebih cawan..
jgn serik dtg rumah lagi ye?..hehheee..

p/s : terima kasih eh korang-korang semua!

p/s lagi : rasa macam alergik nak dengar perkataan MASAK untuk satu minggu ni, boleh? ;D

p/s lagi dan lagi! : gambar ikhsan dari kamera Farzana Hussin dan Azwani Hanna.

No comments:

Post a Comment