Tuesday, December 21, 2010

Jangan Tipu Hati.

Jangan tipu hati kalau ingin bahagia?

Sekali baca, rasa macam ada benarnya.
Cuba baca lagi sekali?
Kekal pada jawapan yang sama?

Sejauh mana kebenaran kata-kata?

Tapi. Tapi..
Ada versi satu lagi berkenaan hati.
Bukan ke mereka kata kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa?

Ikutkan hati, tak rasa saya ada kat sini.
Ikutkan hati, tak rasa saya jadi macam ini.
Ikutkan hati, mungkin sekali tengah gembira tersenyum puas tak ingat dunia.
Eh? Bukan nak highlight yang sekarang ni tak gembira.
Gembira. Cukup gembira pada tempatnya.

Ikutkan hati saya kita, masih perlu berlandas.
Semudah, hati itu bukan milik mutlak kita.
Masih ada Yang Esa menjadi pengawal.
Dicampak rasa sayang, dicambah rasa rindu pada insan yang halal, tak mustahil juga pada yang haram.
Sejauh mana luaran mentafsirkan hati, itu yang menjadi pokok soalan.
Dan apa akan jadi, kalau kita ikutkan hati?
Kita 'tuan' hati buat sementara; siapa perlu turut kata siapa?

Tepuk dada, tanya hati.
Hati berbisik apa?

Bina batas. Bina landasan.
Janganlah hati beraja terlalu tinggi.
Bimbang jatuh terhempas, serpihan yang terlampau kecil, payah mahu dicantum kembali.

p/s : Hati, kamu ikut cakap saya!

Penyakit.

Am I too far if I want to be a-place or a-thing or anything-you-used-to-call-it that you can rely on?

p/s : comes again and again! and it's never be a good news though!

Sunday, December 19, 2010

Itu,Itulah.

Dan perjalanan satu-satu aku teruskan.
Sampai di satu simpang, lama aku diam.
Memikirkan mana satu yang harus aku tuju, mana jalan yang patut aku tempuh.

Diam. Diam. Diam.

Ketika itu hanya ada hati dan akal yang waras.
Ya! Tak lupa. Masih ada Dia.

Diam lagi dan lagi.

Kalau pun sudah ada keputusan, kadang kala kaki pula berat melangkah.
Hati kata mahu, akal lain pula ceritanya.
Tak cukup dengan itu, masih ada banyak suara menganggu.
Keadaan berat makin buat jalanku berliku.
Sampai bila pula harus aku diam, tanpa respon yang patut dilakukan?

Satu langkah.
Dua langkah.
Tiga langkah.

Dalam diam aku sudah punya keputusan!
Ya! Pasti. Jalan yang itu.
Andai kata sudah mula langkahan, kenapa perlu berfikir panjang?
Kenapa perlu ditimbang tara semula keputusan?
Tak perlu jengah kotak fikiran dengan jalan-yang-aku-tak-tempuh kerana itu bukan lagi persoalan.
Bukankah aku hanya perlu mara kehadapan?
Tak perlu tidak untuk kebelakang.
Senjata doa erat-erat aku pegang.
Ah! Semoga segalanya dipermudahkan.

16 December 2010.

p/s : sighhh. aku menaip tanpa sedar.

Thursday, December 16, 2010

Done With Info Pack!

Maryam : Aku tak bagi lagi email yang kumbang bunga tu.
Aku : .........?? Tu apa tu?
Maryam : Weeh? Ko tak baca info pack ke?

Teheeee.
Jawapannya, memang TAK BELUM. :p

Okok.
Pengakuan; aku kalau dah ada orang uruskan transportation, acommodation tu kejadah semua, memanggggg lah aku tak ambil pusing dah benda-benda lain.
Penyalahgunaan kemudahan kan? :p
Sila jangan contohi eh rakan-rakan?

Tapi kali ni, tak tipu, memang dah khatam dah info pack!
Dan saya pedulism tentang tentatif perjalanan, program tu semua dah.
Hihi.. Tepuk tangan sikit.
Eh? Sikitttt lagi tepuk tepuk. :p

Tapi kan kan?
Nak bagitahu yang info pack tu serious COOOOOL sangat sangattt.
HAHA! Macam buku betul-betul.
Pastu kalau nak selak dari helai ke helai, hanya semudah gerakkan mouse je.
Ala-ala selak buku in real life tuu.

Pastu dah la ada sound effect 'cekelikkk..cekelikkk..' time selak-selak tu.
Suka suka!! Suka main cekelikkk banyak banyak kali.
Cekelik ganas-ganas pon tak koyak.

Brilliant!

Boleh jugak nak terus baca info pack tu.
Klik pada gambar terakhir tu ya?
Baca; bukan main cekelik cekelikk je. :p

p/s : agak-agak dalam 100++ peserta tu, ada tak orang yang tak baru baca macam aku lagi? heee. mengaku cepat!

p/s lagi : jangan lupa bunga kumbang tu eh? kesian faci tunggu lama-lama.

Wednesday, December 15, 2010

Tak Private Dah.

Niat di hati...memang!
Memang nak ubah template blog ni kepada yang lebih matang; kononnya.
Umur kan dah 20, haruslah nampak ke-duapulah-an tu kan? Kan? :p

Gigih tahu carik template kejadah layout semua tu satu hari suntuk?
Tapi tetap tak ada yang berkenan.

Sebab?
Semua template yang matang kononnya tu, sangat plain! Sangat dull! Sangattt tak ceria!
Template yang matang kononnya tu tak ada polka dot, tak ada bunga-bunga, tak ada stripes.
Yang ada, kotak-yang-putih-ber'outline'kan-garisan-hitam.

HAHA! Cerewet betul.

Adakah dengan itu bermaksud saya ni masih keanak-anakan?
Arggghh. Teringin jugak nak nampak cool dengan blog ala-ala skema tu.

p/s : ada sesiapa nak carikkan? :p



Tuesday, December 14, 2010

Jadual 2011.

Apa maksudnya?

HAHA! memang hilang terus mood kecutian.

19 Jan 2011 - 17:30
(Inorganic Chemistry og The Elements)

20 Jan 2011 - 09:30
(Solid State Chemistry)


24 Jan 2011 - 09:30
(Intermediate Organic Chemistry)

27 Jan 2011 - 18:00
(Separation Science)


Sangat terbaik di situ bila ada paper pukul 5.30 petang, 6.00 petang.
apakah kann??
dah gelap gelita kot. T_T
otak pon dah tak berapa nak cergas dah time tu.

Haissshh. orang putih ni, sekati dia je nak susun-susun masa.
kan dah Isyak tu.
nak buat exam apanya lagi malam-malam buta? *membebel bla bla blaa..*

Yang ni?
kertas membunuh!
baru tahu rupanya nama module ni ada INTERMEDIATE kat depan organic chemistry tu.
teheee. intermediate la sangat!
dah macam final stage je aku rasa semua mechanism dalam tu.
banyakkkk noh anak panah pusing pusing. @_@
tak tipu, memanggg pening-pening lalat sedas dua lah jugak bila nak study benda alah ni.

p/s : ok. dah dapat jadual. tindakan? liminate dan simpan elok-elok dalam fail. :pP

Friday, December 10, 2010

An Agreement : Me and I.

Motif tindih perjanjian atas jadual? :p

Holiday is awesome.
Totally can't wait for no-classes days!
Hipp hip horaayy.

Winter break: 18th December 2010-10th Jan 2011. *2011?? :)*

p/s : muka teruja.

Friday, December 3, 2010

Berakhirnya 'Tugas'.

Siapa tak kenal Ustaz Erfino Johari kan?
Mungkinlah. Mungkin ada yang tak kenal.
Hehee.. *tak kata ustaz tak glamor ya? :p*
Tapi boleh kata kebanyakkan pelajar UK dan Ireland mengenali beliau la, kan?
Ke ada jugak tak kenal? Hehe. Nak kena ketuk ketampi ni. :p

Macamana eh agak-agak korang kenal ustaz?

Kalau ikut sejarah cerita saya, pertama kali saya dengar nama ustaz dari seorang brother yang saya sendiri pon tak kenal.
Hihi! Tak ke pelik di situ?

Waktu nak buat visa UK haritu. Haritu tak haritu sangatlah.
Selang beberapa buah kerusi, brother-yang-saya-tak-tahu-nama ni tegur.
Tukar-tukar cerita nak belajar ke mana, buat apa, under apa, bla bla bla etc.
Pendekkan cerita, dia tanya saya ada rujukan tak?
Rujukan? Mungkin dia refer kepada pembacaan atau orang.
Saya cuma jawab senior-senior je la rujukan saya kan?
Plus, member-member yang sama nak pergi nanti. *yana terutamanya :p*

Taaruf yang pendek tu, tau la sikit sebanyak brother ni nak further kat Sunderland.
Under MARA, dan dulu dia study kat GMI.

So, dia pon tanya pernah dengar tak nama Erfino Johari?
Hehee. Haruslah geleng-geleng angkat bahu tak tahu kan?

Dari situ, brother ni bagi website ustaz.

Balik-balik rumah je, terus gigih cari blog ustaz.
Dengan tagline LONDONERnya tu, teruja sorang-sorang tengok gambar winter, spring segala bagai kat blog tu.
Hihi. Kantoi di situ tengok gambar je. :p

Tapi. Tapi.
Ada cerita sedih sikit.
Sebab kat sidebar blog ustaz, tak de pon link University of Surrey. :(
Dari situ dah macam.. eh? terpencil sangat ke Surrey ni?

Tambahan pula, sebelum ni saya memang tak pernah dengar pon nama Surrey.
Apatah lagi nak pronounce kan? Memang tak lah.
Sar-rey ke? ke Sur-rey? tak pon Ser-rey..??
Susah punya pasal nak sebut, tiap kali orang tanya dapat tawaran ke mana?
Saya mengeja je sokmo. S-U-R-R-E-Y. Kan senang.. :)

Jejak bumi Surrey, pertama kali jumpa ustaz live ketika Sambutan AidilAdha.
Dan kami warga Malaysia di Surrey ni asyikklah kena bahan dengan ustaz.
Ulang ulang ulang kali ustaz highlight 22 bulan. Sikit-sikit 22 bulan.
Maksud? :p 22 bulan Surrey dah tak jemput beliau buat talk.

HAHA! Ok. Paham dah.
No wonder Surrey tak de kat sidebar!
Al-kisah 22 bulan rupanya. Hihi!

Sekarang? Surrey dah masuk sidebar ke?
Ke tak jugak lagi? Hihi.
*tak nak check. nanti heart-broken lagi. :p*

Syukuri Nikmat, Harta Berkat.

Kursus Pengurusan Jenazah.

Fiqh Asy-Syakhsiah.

*
*
*

Kehadiran beliau ke bumi UK ini umpama hadiah buat warga Malaysia di UK dan Ireland (juga negara-negara sekitar). Komitmen beliau terhadap tugas telah membuatkan beliau rapat dan dekat dengan pelajar dan rakyat Malaysia yang lain. Nasihat dan tunjuk ajar beliau sering ditagih oleh pelajar. Tidak dikira lagi tugas dan amanah yang dipikulnya dalam menggalas amanah berat menyampaikan dakwah.

Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tanggal 31 Disember ini, Ustaz Erfino akan menamatkan tugasnya di bumi asing ini. Tanggal 31 Disember 2010, beliau sekeluarga akan berangkat pulang ke tanah air tercinta bagi menyambung perjuangan yang tidak akan selesai. Pastinya kehilangan beliau akan dirasai warga UK dan Ireland terutamanya.

Sebelum beliau pulang ke Malaysia, marilah kita bersama-sama mendengar nasihat dan amanat beliau umumnya kepada semua rakyat Malaysia di UK dan Ireland, khususnya buat para pelajar yang dikasihi. Segala ucapan juga daripada para pendengar, amat juga dihargai.

Kuliah Online kali ini bukanlah kuliah online biasa. Biarlah kuliah online kali ini menjadi medan untuk kita saling berdialog dengan murabbi ini.

Untuk mendengar, sila layari:

http://www.ustream.tv/channel/kuliah-online-mmcl

Isnin, 13 Disember 2010
9 malam (Waktu UK dan Ireland)
4 petang (USA)
10 malam (Perancis)
11 malam (Mesir)
12 malam (Rusia - 14 Disember 2010)
5 pagi (Malaysia - 14 Disember 2010)
6 pagi (Jepun - 14 Disember 2010)
8 pagi (Australia - 14 Disember 2010)

Terima kasih juga buat yang memberi kerjasama di dalam penganjuran kuliah online kali ini:

- IluvIslam.com
- Malaysian Community of Old Trafford (MCOT)
- Sheffield Malaysian Students Association (SMSA)
- Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI)
- Persatuan Pelajar Malaysia Cork (PPMC)
- Malaysian Muslim Circle of Scotland (MMCS)
- Moslem Society, Canterbury Christ Church University (MSCCCU)
- Leeds University Malaysian Society (LUMSOC)
- Malaysian Students Society of Surrey (MSS Surrey)
- IluvWarwick


p/s : Terima kasih, ustaz. Jasamu kami kenang. :)

Big Family of UOS.























































































Majlis Sambutan Aidiladha & Maal Hijrah.
Malaysian Students Society, Surrey,
University of Surrey.
27 November 2010.

p/s : senyum kalau ada muka kamu. :))