Sunday, January 9, 2011

Kusut..!

Pernah tak dalam satu ketika, ko terasa serabut sangat?
Boleh rasa la saraf-saraf kat otak tu berpintal-pintal macam cacing kerawet.
Rasa macam nak bukak tempurung kepala ni, rebonding sikit saraf tu bagi lurus yang mana patut, pastu tutup balik.
:(


Nak lari jauhhhhhh.........!

Coursework bertindih.
Bertambah annoying, bila nak buat, data pulak tak de. Terbaik kan?
Dan data tu pulak, hanya boleh diambil dari komputer dalam uni je.
Tambah tambah menyampah, bila memang tak boleh nak access building tu selain weekdays!
Nak tak nak kena laaah tunggu hari Isnin minggu depan.

HAHA! Sungguh-sungguhlah aku nak menjerit kali ni!
Mulalah nak bengang seketul dua. Nak marah!
Tapi tak tau nak salurkan rasa tu kat siapa.
Salah diri sendiri sebenarnya kan?

Tu tak tambah lagi dengan nota-nota dan past year yang nak kena settle.
:(

Berilah daku kelapangan waktu, hati dan fikiran, Ya Allah.

Motivasi. Aku perlukan motivasi.

p/s : Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah-al'azim.

1 comment:

  1. motivasi la kaw ek..mnyempat lak kaw duk on9 lyn blog ..teruk tol mk cik ni!!

    ReplyDelete