Tuesday, January 25, 2011

Refresh.


Teringat gambar ni, teringat waktu mula-mula datang.
So, back to basic, back to our senses!
Betulkan semula niat eh tawann-tawanku...
Kenapa dan untuk apa ke sini.
Ingat family kat rumah yang tunggu kejayaan kita. *Warrgghh. Ayat sentap.*
Dont play play. :p
Work smart. Work hard. Keep praying.
Lets Allah decide and do the rest. :)

Buat adinda-adindaku yang dilabelkan.
Selamat berjuang persentation esok...!
Aku tau je perasaan lup dap lup dappp kamu kamu tu. :D

Best of luck.
May Allah ease.!

Tak lupa jugak untuk dua mak encik kat tengah tengah nun.
*abaikan pengapit eh sila.. :p*

p/s : ekkk. aku tak buat korang homesick kan...? lalalalalalaaa.

Satu.

Inorganic Chemistry
Solid State in Chemistry
Intermediate Organic Chemistry

Separation Science

Alhamdulillah.
3 down, 1 to go...!

Yipeeee.. ^^

This little thing reaaaaallly makes me smile..! :)

p/s : gigih hafal notes.

Saturday, January 22, 2011

Ayah Saya Kata.

'KHUSUS' untuk pelajar-pelajar di UNIVERSITI of SURREY guildfofd LONDON yang akan menghadapi peperiksaan minggu ini saya secara peribadi mendoakan semuga 'YOU ALL' akan berjaya...insyaallah, KHAS untk NURUL SYAFIQAH....
[I love you....]


Heheee. Dah macam ucapan hari raya dah rupanya.

I love you MORE!

Thank you ayah!
Doakan anakmu ni berjaya eh?
Sungguh, saya tak nak mengecewakan kalian.

Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami sewaktu kecil.
Amin Ya Rabb.

p/s : dah habis dua paper. so, kantoi baru perasan status ayah. hehehhee. sorry!

Sunday, January 16, 2011

Coffee Makes My Day!

Time study week ni, aku boleh je nak minum nescafe bermug-mug!
Buat kerja gila.
Dibuatnya ketagih, terlebih gula, terover dose caffein dalam badan siapa nak jawab?
Heheee. Asal nescafe dalam mug dah habis je, tangan terus laju tekan button kat kettle nak panaskan air.
Ke.. Kes aku ni sememangnya dah sesahihnya dah terjebak dengan ketagihan?
Erkk. Buruk betul bunyinya!

Tapi tu laa.
Bila caffein dah immune dalam badan, aku boleh je bantai tidur tak kisah pukul berapa.
Hailaaa. Dah tak membantu dari segi berjaga malam.
Tidur lena bagai nak rak pulak tu.

Tengok gambar ni je pon, dah boleh buat aku terhidu-hidu bau wangi coffee.
Hehehehe.
Ok. Jom panaskan air. :p

p/s : Massive mess!

Friday, January 14, 2011

Khas Buat Kamu.

Hee. Terasa nak menaip. Lepas fikir-fikir, aku teringin nak cerita pasal ko.

Ko yang makan cili, nanti terasa la pedasnya. :)

Ko tahu? Aku suka sangat ngan ko.
Walaupun nampak luaran ko ni SANGAT kurus, SANGAT keding lantas macam SANGAT tak protective sebab takde badan ketul-ketul, tapi aku tau ko lindung aku dan semua dalam rumah tu.

Teringat time kecik-kecik, ko memang selalu kena rotan dengan ayah.
Nak kata ko degil, muka ko sangat innocent je.
Kalau salah aku dengan adik-adik yang lain, semua salah tu automatik jatuh kat bahu ko.
Sebab ayah selalu je kata, mengalah dengan adik-adik. Dari situ dah nampaklah kan, apa-apa hal semua akan kena kat ko balik. Sebab ko kan abanggg. :p

So, kalau kiterang menangis, ko pon mulalah kalut nak bagi diam.
Sebab ko tau ko akan kena marah lepastu. HAHA! Time tu rasa macam padan muka ko. Sape suruh buat kiterang nanges kan?

Ko ingat tak time kita mandi-mandi dalam besen besar merah yang kat bilik air belakang sekarang ni tu? Time tu umur berapa tak ingatlah.
Ko boleh kejutkan aku bangun pagi-pagi sebab nak ajak aku mandi kat besen merah yang ayah baru beli tu je? Memang ko suka potong waktu tidur aku dari kecik rupanya!
Besen tu tak de besar mana kan, tapi muatlah nak sumbat ko ngan aku.
Dah mandi beriya tu, kita buang je lah semua air dalam tu. Pastu dengan tak sempat nak isi air semula, ayah pulak balik.
Ayah tanya, siapa yang habiskan air dalam besen tu? Paksu pulak pecahkan rahsia!
Ngekk betul. Tak pasal-pasal kena rotan. Tapi ko kena extra dose la kan? Hehe. Itu semestinya. Kecian ko. Kat situ aku rasa ko protective. Walaupun ko kedinggg je. :p

Betapalah keciknya ko ngan aku dulu, time pergi Kedah, kita muat je duduk bawah kat dalam kereta.
Mama siap bawak toto, bentang kat lantai kereta tu.
Pastu kita main-main je sepanjang perjalanan.
Sekarang ni, aku macam wonder je macamana kita berdua boleh muat duduk kat bawah tu?
Tak ke kecik? Pelik kannn...

Pastu ingat kita pernah bela ulat beluncas tak? Tu memang kerja haram sikit la..
Pagi-pagi kita selalu je beli nasi lemak kat bus stop oren depan balai polis tu. Tapi pondok tu dah takde dah.
Konon-konon sebab ko abang dan konon-konon ko belajar lagi advance dari aku, ko kata ulat beluncas ni boleh jadi rama-rama. Aku pon dengan muka kagum, oooohhh ye ke??
Pelik bin ajaib gila sebab ulat boleh jadi rama-rama?
Time tu aku tak belajar lagi lagu 'dari ulat jadi kepompong.. hidup lena dalam kelongsong.'
So, memang aku tak tau la..

Sambil tunggu makcik bungkus nasi lemak, kita pergi kat pokok sebelah bus stop tu carik ulat-ulat kat daun. Banyak gila!!
Aku memang tak sabar je nak tunggu rama-rama tu.
Ambil ulat, ambil jugak sikit-sikit daun.
Sebab ko kata ulat tu kena makan jugak. Pandai eh ko?? Kutiplah daunnn.
Kita letak ulat tu dalam bakul basikal. Pastu ko carry aku kat belakang basikal balik rumah.

Hehee. Dulu time carry, mesti ko letak bantal kat bawah bontot aku. Ko tak nak aku sakit eh? Ko kan suka bawak basikal laju-laju.
Pastu ko mesti ingatkan setiap masa dalam perjalanan tu, 'eyka! bukak kaki besar-besar.'
Gila? Ko tak tau ke penat bila buat macam tu?
Tapi ko kata, nanti jari tak la termasuk dalam jejari roda basikal, so aku ikutkan je laa.
Ko sayang aku gak eh??
Sambil bawak basikal, kita selalu main permainan jangan-langgar-daun. Kiranya, tayar basikal tak boleh kena daun-daun kering atas jalan raya tu.
Dah ko bawak basikal tu macam ular semata-mata nak elak daun pulakkk. Memang tak masuk akal!
Tapi kan, aku suka jeee... Sekurang-kurangnya tak bosan kan? :)

Cerita balik pasal ulat beluncas tu.
Sampai rumah, dengan tak makan lagi nasi lemak tu, kita uruskan projek ternak rama-rama dulu. HAHA! Usahawan berjaya kot kita ni. Ko pengurus yang KURUS. :)
Kita simpan ulat-ulat tu dalam laci meja belajar. Tak lupa! Masukkan daun. Heheheee. Nanti macamana dia nak hidup kan?

Jap lagi.... Mama balik! Ok. Ok. Berlagak macam biasa. Main depan tv.

Teka apa? Mama mengamuk kot!
Semua ko punya pasal. HAHA! Rama-rama konon. Cehh.
Ingat ulat tu diam statik je ke dalam laci? Terang-teranglah dia akan merayap-rayap keluar.
Mama nampak banyak gila ulat, terus sambil membebel-bebel, dok ridsect ulat-ulat tu.
Alaaaaaa. Tak sempat nak jadi rama-rama!
Ko lah ni, tak fikir masak-masak sebelum sorok ulat-ulat tu.

Hee. Masa mula-mula mengaji kat rumah Pakcik Sulaiman pulak, aku jeles kot ko dah terer iqra' 5, aku baru nak iqra' 1.
Suruh mama belikan rehal, sebab nak mengaji. No rehal, no ngaji! Hikk. Gila keji!
Satu hari, mama belikan rehal kayu dua; satu ko, satu lagi aku.
Memang best la time tuuu. Ngaji pakai rehal baruuuu. HAHAHA!
Made of wood pulak. Tak main plastik-plastik ni. Kannn..?

Dah ngaji, mesti nak kena sembahyang pulak kan?
Adoi.... Ayah pulak tu yang mengajar. Memang tak lah!
Mula-mula ayah ajar ko. Tapi ko memang dah terer. So, lepas je lah ujian ko.
Sampai aku? Ko nak berlagak pulak kan? Bukan nak tolong!
Selama ni, aku sembahyang tengok ko je. Aku nampak ko rukuk, aku ikut. Pastu toleh-toleh jap bila masa ko nak bangun. Ko sujud, aku sujud. Toleh-toleh lagi bila masa ko nak tahyat.
Semua ikut ko lah! Sampai aku solat pon, aku bantai je pakai songkok. Macam ko jugak. Hheheheee. Tapi sebab dah besar, ayah ajar la betul-betul.
1st telekung aku, mama yang jahitkan. Sweet gila!
Satu untuk aku, satu untuk Atin. *sibukk ah kewujudan Atin ni. :p*

Dulu, main selalu dengan ko. Yelahh. Bukak mata ko, tutup mata ko.
Mana ada orang lain lagi? Ingat kita main hujan?
Time tu longkang depan rumah penuh. So, apa lagi?
Kita buat sampan, pastu lawan siapa punya sampan sampai penamat dulu. Hehehe.
Ko tak aci sebab ko pandai lipat-lipat kertas jadi sampai. Aku manalah reti!
Tapi sebab kertas cepat hancur, kita tukar guna lego pulak. Hihihi.
Pastu, tak de kerja, kita tangkap berudu pulak! Best gila pegang badan geli-geli dia. Dah la banyakk. Comel jee aku tengok ikan kecik tu. :)
Wehhh. Aku memang tak tau pun time tu berudu adalah katak. Kalau aku tau, sumpah tak tangkap!

Biasalah. Resam 'aku kan abangggg..' Kalau main dengan ko, mesti ending aku yang nanges.
Ko dah lah suka buli. Plus ejek aku. Tu tak masuk main tipu lagi.
Tapi tu laaa. Kalau nak main, tetap carik ko. Walaupun ko annoying buat aku nanges!

Waktu dapat beg sekolah baru, kita main power ranges. HAHA!
Semua bagai nak rak berlagak tunjuk beg baru.
Ko memang batak menunjuk-nunjuk kan?
Kata beg ko lagi cantik la, lagi banyak tempat simpan buku la, ape laaaa.
Padahal, beg ko lain warna je dengan aku. Ko biru, aku merah.
Tak tau la apa sangat buat ko menunjuk-nunjuk ni... Tak paham duh.

Penat main power ranges, kita main hiking pulak. Konon-konon carik benda sembunyi.
Tapi yang ni lagi sekali ko annoying. Aku nanges, merajuk ko main tak betul.
Nak main, mainlah betul-betul. Ni main-main lak.
Lain kali, main betul-betul. Jangan main, main-main. Ada paham? :p

Seganas-ganas aku, ko sedar tak aku ni perempuan?
Hehehee. Haruslah suka make-up2 jugak. Main nyanyi-nyanyi.
Ok. Tak dinafikan.
Ko memang lelaki sejati, sebab ko tak join pon aku main make-up2 guna bedak mama.
Dah make-up cantik-cantik, haruslah berlakon jadi penyanyi kan?
Ok! Time to show...!! Makanya bernyanyilah melalak seorang Nurul Syafiqah di atas katil.

Weh beb. Dah ko tak nak join aku main, boleh tak ko main jauh-jauh?
Ni tak. Ko pergi bantai ejek aku nyanyi pulak.
Boleh ko lari keliling rumah jerit-jerit cakap aku buat konsert 'neng-neng'. Warggghhh.
Ko lah manusia paling aku benci time tu.
Aku manalah tahu lirik lagu. So, aku nyanyi je lah 'neng-neng-neng-nengg..'
Tak cukup dengan tu, ko pergi ambil kertas, pensel.
Ko tulis ada konsert 'neng-neng', ko tampal kat tingkap luar rumah.
Angin betul! Sebab aku tak de kekuatan, aku nangs je la.. Tu je tau aku mampu.
Ko memanglah jahat.

Bila ko dah besar sikit, ko selalu je main dengan abang-adik, jiran kat sebelah rumah tu.
Tapi aku pedulik apa pon kan?
Disamping aku dah ada Atin dan Ipan yang untuk dibuli, aku join je korang main.
Kalau time lepas subuh waktu bulan puasa, ko akan pergi surau dengan abang-adik.
Bila balik, korang lepak-lepak dekat meja batu bulat bawah pokok mangga tu.
Aku memang tak tidur lepas sahur, sebab nak join korang borak-borak. Best apaa..
Hehehee. Dah lah abang daus tu hensem je aku tengok. :p

Bila ko nak masuk asrama pulak, aku sedihhhh sangat-sangat.
Aku tak tau ko ingat ke tak, tapi aku cakap camni kat ko.
'Abang, kalau ko duduk asrama kan, nanti aku yang kena sendalkan pintu rumah malam-malam. Aku yang kena masukkan air panas, susu dalam bilik malam-malam. Aku yang kena buatkan susu, pakaikan pampers untuk Ipan.'

Aah. Untuk pengetahuan, abang ni reti je buatkan susu untuk adik-adik dia. Hehe.
Hebat! Hebat!
Tapi tak tau lah asal sekarang ni tak rajin macam dulu.
Haishhh. Something to ponder! :p

Haaa. Berbalik kepada cerita asrama, betapalah aku sedih time tu.
Sebab tanpa ko, aku kena buat semua kerja rumah. Hihi. Keji!
Tapi betullah. Takde ko, sunyi.
So, aku excited je bila hujung minggu nak tengok ko kat asrama naik kereta kancil mama tu.
Tiap kali tengok ko tu lah, ko nanges mintak balik jugak. HAHA!
Yek yekk betul.

Bila outing je, ko balik rumah.
Pastu hantar ko balik asrama balik, aku suka je nak angkatkan baju ko sampai bilik.
Tapi ko berlagak jugak kadang-kadang tu. Taknak bagi aku angkatkan sampai bilik.
Suruh aku tunggu kat tangga je. Huhh!

Dah besar sikit. Ko reti bawak motor. So, ayah belikan motor.
Hehehehe. Bahagia kot!
First time ko bawak aku, ko bawak gak Ipan ngan Atin.
Bayangkan? Satu motor, empat orang. Bapak buruk rupanya!

Aku yang setahun jagung baru retti naik basikal, macam pelikk je macamana motor tu boleh berfungsi.
Tapi ko kata bawak motor lagi senang je dari basikal.
Ohhhh... Macam tu eh?
Tengah ko leka-leka, aku belek-belekk motor tu.
Tah macamana, aku pon nak berlagak konon-konon bawak motor. Tapi aku tak naik lah.
Gayat! Aku berdiri je kat tepi.
Dalam belek-belek tu, aku pergi pusing handle motor. Apa orang kata? 'Press' motor kan?
Aku pon presss. Jap lagi? Makkkk. Motor berjalan sendiri..!
HAHAA! Aku cuak. Tapi ko lagi cuak.
Ko kata, diam-diam je tau. Jangan bagitahu ayah.
Heheheee. Sampai sekarang ni, memang tak bagitahu ayah. :p

Time aku nak fly haritu pulak, aku rasa ko sayang aku lebih, bila ko jadi orang yang paling semangat nak tangkap gambar raya pukul 3 pagi!
Disebabkan aku fly, 3 hari sebelum raya, dorang ni semua pakat nak bergambar dulu dengan full dress baju raya.
Heheee. Mengejutkan ko dari tidur tu memang bukan satu perkara yang senang, semudah order ABC kat kedai ayong.
Dengan muka tak mengantuk 3 pagi, ko selamba je ready nak tangkap gambar, pakai baju raya.
Siap setting kamera, alih-alih sikit perabut nak jadikan 'studio'.
Serious terharu!!

Dan bila balik summer haritu, sambil hantar Kak Shu balik UTHM, ko sanggup je bawak aku carik teddy bear besar kat Air Hitam.
Hehe! Sila layan akuuuu.... :p
Bila balik rumah pulak, ko ejek-ejek teddy bear tu.
Dah ejek tu dah la kan? Nak pulak berebut bear tu dengan aku pahat lak kan??
Ko rampas je bear tu dari aku, sampai terkoyak lengan dia sikit. :( Evil!
Aku nak marah lah ni wehhh!! Buat drama sebabak sikit, aku campak je teddy tu dekat ko.
Pastu lari-lari masuk bilik mama. Heee. Gedik tak saya? Pedulik pedulik!

Elehhhh... ko pulak, macam biasa lah kan?
Nak cover, ko bantai gelak-gelak jeee. Taktik lama la! Basi!
Bila mama tanya, ko mulalah suruh mama jahitkan.
Aku tau je ko cuak time tu kan? Nak cover-cover pulakkk.
Aku duduk serumah dengan ko dah lama kot.
HAHA! Lepas habis jahit, aku gelak-gelak balik.
Ko start la nak bahan aku merajuk-rajuk sebab lengan teddy bear aku cedera.
Ko kata sambil gelak-gelak, 'teddy bear ko accident yek eyka??'
Sungguh laaaa aku tension.

Ko tahu?
Bila dah besar ni, kawan-kawan aku yang tak ada abang semua tanya, best ke eh ada abang?
Aku selalu je jawab, BEST!
Sebab memang best pon ada abang macam ko.
Tak terasa nak kakak sangat la, sebab aku ada abang.
Ko seharusnya berbangga tahu?? :)

Sampai besar ni, dalam ko kenkadang bengang-bengang seketul dua dengan aku pon, ko ikut gak permintaan aku.
Ajak pergi kedai ke, pergi makan kat luar ke, apa keee. Ko boleh je nak turutkan.
Bila ko dah kerja, aku rasa ko tak de pon kedekut dengan duit gaji ko. HEHEHE. Motiff...
Sebab time aku matrik, selalu je aku mintak topup kat ko kan?

Aku pernah dengar jugak dari mama.
Time aku mula-mula masuk matrik dulu, ko banyak diam je kat rumah.
Banyak duduk dalam bilik.
Hehee. Buruk benoo bunyiknya.
Tapi kalau betul pun, aku suka je! :))

Dan dulu aku ada masalah bila ko ada awek.
HAHA! Serious jeles kot.
Ko macam lebih-lebihkan awek ko je.
Kenkadang kalau ko nak amek awek ko kat mana-mana, aku selamba je duduk depan.
Heee. Biar awek ko duduk belakang. Pedulik apa kan?
HAHA. Jahat gila..
Yang penting, ko abang aku.

Tapi tu dulu la.
Sekarang aku tengah belajar terima keadaan ko dah besar. :p
Dan kena jangan jeles-jeles sangat.
Kira aku baik la jugak kan, timbang tara dengan ko.
Kan? Kan? Kan..? Hik!

Dan baru-baru ni pulak, aku lepas merajuk lagi sekali dengan ko.
Hihi! Yelahh. Ko tak caring dah. Ko tak tanya-tanya bila aku demam.
Sihat ke tak keeee.. Macam mana belajar, etc etc.
Yekkkk! Ko busy sangat ke?
Bangla pon cuti Sabtu, Ahad la! :pP

Tapi.. Macam biasa. Style ko kan, ko tak pujuk pon.
Cuma ko keep on messenging, walaupun aku tak reply.
Tapi.. Memang ayat mesej ko bukan ayat-ayat memujuk pon!
Ko buat biasaaaaa je. Annoying!
Tapi tu laaa. Ko keep on messenging.
Ko tanya asal poyo sangat tak reply, asal taknak cakap.
Heheheee. Dari situ aku rasa je ko dah serba salah, tapi ko nak berlagak macho dan cool kan?
Daaa~ Tak payah lahh nak berlakon sangat.

Dan dan je aku bagi mesej, ko terus call.
Pastu kata aku poyo poyo nak merajuk.
HAHA! Hampesss. Ko kata ko kat luar, so nanti balik, ko akan on skype.
So, berskyping la malam tu. Walaupun dah tengah malam, dan esoknya ko ada kerja.
Heee. I know you love me la, bro!

Dan, aku nak ko tau aku sayang jugak dengan ko!!

Thanks for cheering up my life eh, abang.
May Allah bless you. :)

p/s : kalau ko dah kawen, let us be your priority jugak eh?

Thursday, January 13, 2011

Jauhkan Rindu.

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.


Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

sumber. iluvislam.com

p/s : Jatuhkan rasa rinduku pada yang halal, Ya Allah.

Sunday, January 9, 2011

Kimia.

Musim-musim exam ni, aku terhibur dengan status2 tension coursemate.

I hate it how people keep texting me "k". I am very rarely in the mood to talk about potassium.

-Dan Reid.

p/s : menarik! :D

Kusut..!

Pernah tak dalam satu ketika, ko terasa serabut sangat?
Boleh rasa la saraf-saraf kat otak tu berpintal-pintal macam cacing kerawet.
Rasa macam nak bukak tempurung kepala ni, rebonding sikit saraf tu bagi lurus yang mana patut, pastu tutup balik.
:(


Nak lari jauhhhhhh.........!

Coursework bertindih.
Bertambah annoying, bila nak buat, data pulak tak de. Terbaik kan?
Dan data tu pulak, hanya boleh diambil dari komputer dalam uni je.
Tambah tambah menyampah, bila memang tak boleh nak access building tu selain weekdays!
Nak tak nak kena laaah tunggu hari Isnin minggu depan.

HAHA! Sungguh-sungguhlah aku nak menjerit kali ni!
Mulalah nak bengang seketul dua. Nak marah!
Tapi tak tau nak salurkan rasa tu kat siapa.
Salah diri sendiri sebenarnya kan?

Tu tak tambah lagi dengan nota-nota dan past year yang nak kena settle.
:(

Berilah daku kelapangan waktu, hati dan fikiran, Ya Allah.

Motivasi. Aku perlukan motivasi.

p/s : Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah-al'azim.

Friday, January 7, 2011

Fenomena Facebook.

Perasaan tak benda nombor pelik-pelik kat facebook?
Kusut kan? Aku lah tu salah seorang penyumbang kekusutan.
Teheee..

Feedback rakan-rakan saya!

497 : knl camtu camtu tym skolah rendah.. rapat smpi skunk since high school.. die pnh gadow dgn on of my classmate sbbkan curi buku.. one thing about u, yg sy xley nk lupe.. ayam bulu bulu.. hahaha.. funny.. tp skunk awk dah merantau jauh tgglkan sy.. sy xley nk g ice room sbb dah janji dgn awk nk g sesame nnt bler awk blik sni.. love you babe.. (:

491: heee...kamoo kwn sy plg jaoh wt mse skng...owg merantau jaoh menimba ilmu tp sy disini juga..heheh..kamoo agk kelibut n sumtymes blurr..hehe..sumtymes ke?bkn slalu?heheh.. :p tggu kamoo pulang tuk kite meronggeng beramai2..pat2 balek aw..tgk kalendar smpi tembus taw...hahah.. :p tc babe! ♥ u.. :)

499, first thing jmpe ko, ehh asl selangor gk ke? HAHA. suka suka. setiap kali ko disamping aku, semuanye indah je *caye tak caye tak?* :D bnde yg aku xleh lupa psl ko masa kita rushing2 kejar flight. adrenaline memancut mancut je time tu. hihi. i like the way u are and never change that ♥p/s: pagi ni sblom aku p kls ttbe ko terlinta...s di fikiran aku. tup tup ko inbox aku ehh. mcm memahami ke ape? :D

495
: dearest 495. apa yg unik pasal ko adalah ko sgt sweet tau , even cara ko cakap n gelak pn masih terngiang2 di telinga ku, n i wouldnt ever forget. what i'd remember pasal ko adalah masa 1st sem ko ckp kat aku ko nak pi maktab, hahah aku sedey sbb ko lab partner aku kan. mmg aku percaya gler ah. aku ingat jgk time aku kat bilik, ko msuk2 menangis2 sbb kawan ko kuar matrix. n yeah kalu aku jalan ngan ko mesti aku kena awasi ko takut terlepas dari ribuan org yg kalut2 nak ke kelas. n bila aku hangout kat bilik ko, terasa haus, mmg xdpt minum air hahah.n bila lepak lg kat bilik ko, ko isi air, hahah mcm satu pencapaian la kiranya. :) aku suka ko letak inspirational words kat dinding meja ko, aku tau ko sgt fokus study, ada clear vision, u r a hard worker! n of kos ko suka recommendkan aku lagu 6th sense, fav band ko kan. haha. n lirik lagu 'tanpa' ko ubah kita nyanyi time kelas bi. n kalu aku sedih u would be there. time ko gaduh ngan budak tu aku mesti jd org tengah, x penah la aku masuk side dia hahha. time sem 2 kita jadi terlebih giler la time lecture, especially kimia. haha xkan ku lupa kita prank si kodiang anta gmbar kat bluetooth, muka dia mmg lucu gler sbb xtau sapa send gmbar kat dia. bila wallpaper ko ada gmbar kita dua, aku selalu terharu oh! n slalu kan aku mention time ko ngan bdk tu main speed uno. haha, lucu sgt doh. best jgk la time kita main uno lepas lunch kat cafe c, even kak zai pun penah join skali kan. haha. yg peliknya ko slalu mcm confuse bila kuar BT, ko mcm xtau nak ke arah mana kan, even sem 2 pun ye. berebut2 idaman tu mmg, ko fanatik awal n iqram dinzly ok, aku xleh mengidamkan mereka. oh ye hari apa ey kita slalu janji breakfast kat kafe admin? ahad kan.... tu pun xkan lupa, tiap2 minggu mesti bfast kat kafe admin
td aku tringat pensil case ko yg pink glitter tu, xtau knapa, tringat kat ko kot
secare konklusinya, u have been a good friend to me, n the real thing is, u accept me for who i am.
tq for being a best friend for me. Je t'aime mon ami (x fhm google translate ey... heheh)


444: cengeng.. dlu la.. mrah olok2 pon nk nangis.. hehe.. tp skang da kuat.. gud girl~ bez kwn ngn ko... ingt x sblm nk amek paper spm pe ntah.. kite nyanyi lagu "cintaku tertinggal di malaysia".. rupe2nye btol ko tgglkn kitorg kt malaysia ni.. jge diri elok2 eh kt sane.. kalo x ak sekeh.. aku kn abang~ hiiii~


75-dulu ko pernah jd sumone special..skang ni kite kawan sampai mati tau..aku xtau nak komen ape kat ko..tgh blur ni..nyway thnx sbb jd penasihat aku..


492- haaa, ni sorg budak yg ak knal mse kt skola rendah.. dulu kecik jer.... samae2 geng azra, tya, ana sume tu.. tibe2.. ble da b'zaman xjumpe, mak aih! kalah galah panjang~ n mse kat matriks la cam geng2 balik.... bile da kua matriks n ak msk ipgm, tbe2 dpt tau ko nk fly dah.. cet.. lmbt bgtau lak tu.. pengalaman xley lupe time hari kejadian ko fly dulu sblm smpt ak jumpe ko... sdey weh sdey.. haha.. n bile da sampai uk ni... salu je kot jumpe... hehe, xpe2, mengubat la gak kerinduan kt org2 banting... haha :P


492: eh since ak klas ngan ko dulu stat f4, ak rase ko ni cam eh bijak doh dye neh, tapi prangai cam siot2 jer, tapi sebenarnye ko mmg bijak giler pon!pastu ak suke gak ko even ixora, tapi ak ta pernah plak anti ko sebab ak rase cam ko cam yg baik ah dlm klas tu. btw,ak suke dgn cara pembawakan diri ko dari skolah untill now.u look matured dalam segala bende yg ko wat lagi2 dalam stadi ko.♥ u babe! take care!


492 paksa ak tulis jugak..=..='

ko dh sgt sihat skrg ni..(xpsl2)..ko suke gelak wlupn ak xbt lawak n srius..ade hutang baju chelsea n keychain kt ak..(y lain ak halalkan..hehe).

Aah yeee. Yang panjang berjela bagai nak rak tu, siap buat note lagi!
Haha. Tak ke I Love You More?? :p

Benda ni nampak macam tak matang kan? Plus, tah apa apa tah?
Mengarut memenuhkan home orang.
Sampai ayah hantar mesej amaran tanya aku tengah kemaruk bercinta ke apa?
Sebab melayang-layang status aku berpiungg piung semua nak ada love love bagai.

Haha! Tapi aku suka benda tak matang ni.
Selain daripada tahu pandangan orang tentang kita, aku suka sangat nak describe orang! :)

Dan dari benda alah ni, aku ada conference secara terbuka dengan someone.
Cerita dari cara dia panggil aku dulu-dulu sampailah zaman sekarang ni.
Ok! Gila sangat open. Kira heart to heart lah!
Aku cakap main lepas, same goes to h**. (him ke her?? hihi!)
Benda dah terkubur ni bila korek-korek balik, macam best kan?
But no heart-no hard-no hurt feeling kan? :p
Nak nak nak lagi sekali panggil 'a' panjang! Lalalalalaaaa...
Dan aku sangat bersedia untuk jadi penasihat ko. Bila-bila masa! :)
Ingat pesan aku yang hujung-hujung tu sampai mati tahu?

p/s : Ok! Dah jenuh buat karangan hari ni. Sudah tu, sudahlah! Kedai pesanan nombor dah tutup.

Thursday, January 6, 2011

Wrap Up fuiyo 2010.

Assalamualaikum.

Tak lengkap rasanya pergi ke program tanpa wrap up.
Heee.. Bukanlah benda wajib, tapi sekurang-kurangnya boleh refresh semula bila terbaca entry sendiri.
Opps..! Selain daripada untuk bagi anak cucu cicit nanti baca di kemudian hari. :p

Alhamdulillah cuti winter kali ni terisi dengan satu lagi program; fun with iluvislam's youth overseas (fuiyo 2010) yang dah berjaya berkampung di Waddow Hall, Clitheroe dari 22 sehingga 25 Disember 2010. *baca senafas! :D*

Pandangan tentang fuiyo? memang FUIIIIYO...! *intonasi brother next*
Hihi!
Kira setiap sen dalam 35 pound tu memang berbaloi-baloi laaah.
Terima kasih team fuiyo!

Penginapan : Best. Tiptop! Tapi.. *ada tapi la pulak kan.. :p* Agak kesian pada yang kesejukan kat Stable dan Cottage. Secara jujur, yang selesa di Main Hall, terlalu selesa. Dan yang tak selesa, terus tak selesa. Tapi ok ok saja! :)

Makanan : Mantap! Memang besttttttt. Lagi-lagi part last bila AJK kat dapur keluarkan segala jenis makanan kat dapur tu. HIHI! Dari biskut kering sampailah ke cheese cake, apple crumble, etc etc. Suka perut saya! :D

Dan yang paling penting; module la kan? ^_^

Bertaglinekan Metamorphosis; cantik je perjalanan module secantik si rama-rama yang tercari-cari sang potensi diri!

Dari dalam kepompong dan menjalani proses METAMORPHOSIS, kita di tanam dengan sifat percaya; I BELIEVE I CAN FLY!
Dan destinasi pertama mestilah rumah dahulu; HOME (Home of Mankind and Equality).
Ok. Balik-balik fuiyo je, saya terus homesick. :(
Jangan tak tahu yek, sekecil-kecil dan selembut-lembut si rama-rama ni, mampu juga mengubah dunia.
Bak kata orang-orang fuiyo; THE BUTTERFLY EFFECT.
Jangan pandang rama-rama sebelah mata!
Dah nampak kesan si rama-rama?? YES, WE CAN!
Yeaaa. Yeaa! Kita bolehhh! Semangat ni.
Tapi tapi tapi... Macamana dengan dunia luar sana?
Kalau terbang, terbang dan terbang, tiba-tiba sayap terpeleot, macamana?
Heee. Jangan risau! DARE TO FLY, DARE TO FAIL! ;)
So, rama-rama? Bersediakah anda? NOW IT'S TIME TO FLY....!!

Dan rama-rama fuiyo pun dah selamat tiba ke destinasi masing-masing.
Ada ke Manchester dan sempat pulak bertumbuk tergolek meniarap boxing day.
Ada rama-rama yang pulang ke Cardiff.
Ada ke Plymouth.
Ada pula ke Sotton dan Sheffield.
Lagi? Surrey.
Lagi lagi selain Surrey? Bosanlah asyik Surrey je.
Ohh! Aahh! Ada rama-rama ke... Surrey lagi.. HAHA! :p
Lagi..? Lagi?
Rama-rama Surrey lagi? :p
Oh ohh, ok. Yelaaa. Kent pon ada jugak. Rama-rama London.
Rama-rama jauh; Surrey :p Austria. *kann??*
Ah haaa. Warwick pon!
Belfast. Nottingham. :)
Ada lagi yang tertinggal? Nanti leave comment eh? Saya masukkan kemudian.

Walaupun rama-rama ni demam batuk-batuk ke sudah.
Tu tak campur lagi dengan selsema pening-pening lalat rama-rama tu kan? ;)
Tak pe, rama-rama. Kafarah dosa dan menunjukkan Allah masih pandang kita. :))

Macamana penerbangan setakat ni, rama-rama?

Andai kata jatuh, bangun semula ya! :)
Dan toleh ke belakang sekejap.
Sekejappp je, tak lama.
5 saat. Ehh? Tak takk. 2 saat je.
Pastu, menjerit je 'Hoi!! Sapa tolak aku??'
:p Heeee. Gurau. Gurau.

Tapi tang kena bangun balik tu tak bergurau tau.
Mesti kena bangun balik. Mesti!
Dan rama-rama yang terdekat, tolonglah. Bantu rakan anda untuk bangun semula.
Beri sokongan, lap lap sikit sayap rakan anda yang dah berhabuk tu bagi berkilat. :)
Insyallah ada ganjaran bagi yang membantu tu.
Dan kemudian terbang semula bersama-sama!

Al-Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata:"Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama Muslim. Dia adalah matanya, cerminnya dan penunjuk jalannya. Dia tidak akan mengkhianati, memperdayakan, menganiaya, membohongi dan mengumpatnya." Beliau (a.s) berkata pula kepada sekelompok orang dari para pengikut dan peticintanya : "Bertawakallah kalian kepada Allah. Dan jadilah kamu sekalian saudara-saudara yang sentiasa berbuat baik sesamanya, saling mencintai kerana Allah, saling menghubungi, saling merendahkan diri, saling mengasihani, saling mengunjungi dan saling bertemu, serta hidupkan (syiarkan) ajaran kami (Ahlul-Bayt)."

Sukalah kiranya saya mengupas kembali kata-kata seorang speaker fuiyo 2010; Ustaz Syed Abd Qadir.
Maaf andai tersalah ejaan. Saya main petikkkk je ni.

Be creative in maximising your pahala.

Susahkan nak jadi kreatif? Ye ke susah? Ke.. tak sangat?

Dalam nak mendapatkan pahala, sekecil-kecil perbuatan seperti senyum pun insyallah punya ganjaran.
Hanya perlu lakukan perkara yang Allah suka, itu sudah dianggap beribadat.
Kemudian, tinggal lagi nak gilap dan asah fikiran supaya lain daripada yang lain.

Kadang-kala bagi pihak saya, agak berat kerja-kerja kreativiti ni. Terasa diri tak kreatif.
Dan memang tak kreatif pun!
Tapi bila fikir-fikir semula, untuk mengejar pahala Allah tu, kita hanya perlu lakukan sahaja perkara-perkara kecil yang Allah redha.
Mungkin dalam pembentukkan diri dengan perkara-perkara kecil tu, tercetus idea untuk perkara besar pula?
Bayi baru lahir takkan terus boleh berlari!

Jadi, pada yang sedikit down tak jumpa potensi diri lagi kat luar sana tu, tak perlu bimbang.
Anda masih punya peluang untuk merebut pahala Allah. :)
Waima dengan kata-kata yang baik pun!

Sabda Rasulullah, "Sesungguhnya amal yang paling dicintai Allah setelah amal fardhu, aitu memberikan kegembiraan pada orang muslim." (HR Ath-Thabrany)

Rasulullah bersabda, "Kamu tidak akan masuk syurga sebelum kamu benar-benar beriman. Dan kamu tidak benar-benar beriman, sebelum kamu saling berkasih sayang. Sukakah kamu saya tunjuki sesuatu jika kamu mengamalkannya, nescaya akan timbul kasih sayang di antara kamu? Sebarkanlah salam di antara kamu!"

Melalui LDK yang disediakan juga, saya rasa sedikit sebanyak tergilap potensi kita.
Mungkin rama-rama yang kreatif dalam menyelesaikan masalah (LDK 4-Consultant), boleh teruskan usaha anda dalam membantu rakan-rakan yang ada masalah.
Hanya perlu lebih caring dan kreatif dalam approach orang yang ada masalah.

Pada yang bijak berkata-kata dan pedasssss!pulak tu (LDK 6- Apprentice), mungkin boleh terus tambah ilmu untuk menegakkan kalimah Allah dan membantu dalam pembangunan ummah.
Ah haa! Mungkin boleh jadi mc menggantikan Yok dan Hypo? Tehee..


Mungkin juga potensi anda dalam menjawab soalan-soalan riddle??
Heheeee.. Tak. Tak. Yang tu tak berapa nak potensi sangat. :p

Dan saya rasa fuiyo kali ni lengkap dengan platform untuk rama-rama ni terus maju.
Sebab? Kita dah disediakan dah pun dengan pakej untuk join team iluvislam (rujuk saudara Safwan Fuad), projek Kalsom, NEXT dan NISE.
Mungkin potensi anda ada di situ, siapa tahu?
Why don't you just grab the opportunity?
Tinggal anda nak beri kata setuju sahaja!
Heee... Dah macam promoter pulak.

Tapi, anda tak tahu selagi anda tak cuba. :)
Dan untuk cari potensi tu, kena mulakan langkah dari sekarang!

Gang Abang-abang Tampan dan Akak-akak Solehah 2010. :)

p/s : explore your hidden potential!

gambar oleh : Che Mohamad Izzat