Usai Isyak, semua tunduk berzikir berbisik-bisik.
Selesai memuji Allah, semua menadah tangan memohon diampunkan dosa.
Sesudah itu, semua meraup wajah mohon diperkenankan doa.
Dan akhirnya 4 orang sahabat itu menghulur tangan meminta diampunkan dosa antara manusia pula.
Seorang berdiri dan mengangkat takbir.
Dalam hati, eh solat ba'diyyah.
Tiga yang lainnya turut berdiri.
Solat sunat itu lama sudah ditinggalkan.
Terima kasih sahabat, kerana memulakannya kembali.
p/s: Indahnya hidup beramai-ramai. Kan? ^^
No comments:
Post a Comment