Thursday, February 28, 2013

Second school placement.


"I'll call out your name and where you'll go for placement."

Angguk. Senyum. Dan deborr.

"Lucky number one; Nurul."

Terus angkat muka. Pandang tepat kat Jim.

"And.. Fitri, as well. You two will go to Alperton School."

Yayyy! Dekat dengan rumah!

"Next school is.."

Bla bla blaa.

"All of you have to arrive there on time."

Jim tekan sikit pada on time. Pecah gelak. Dan dan tu semua mata pandang tepat satu arah.

"What time again, Nurul?"

"Err.. At 9.00?" Angkat kening mohon yang lain beri penjelasan.

"Not 9.00, just be on time." Jim senyum. "You should be there on time. On time, okay?"

Angguk.

"And also, bring together your CRB." 

Angguk.

"Bring CRB okay, Nurul?"

Angguk lagi. Tak lupa sengih sumbang. Heee.



p/s: Gitulahh. Terasa jadi budak bermasalah! Janji wehh tak lambat lagi. 

Wednesday, February 27, 2013

Yang lama dulu.

Usai Isyak, semua tunduk berzikir berbisik-bisik.
Selesai memuji Allah, semua menadah tangan memohon diampunkan dosa.
Sesudah itu, semua meraup wajah mohon diperkenankan doa.
Dan akhirnya 4 orang sahabat itu menghulur tangan meminta diampunkan dosa antara manusia pula.

Seorang berdiri dan mengangkat takbir.

Dalam hati, eh solat ba'diyyah.

Tiga yang lainnya turut berdiri.

Solat sunat itu lama sudah ditinggalkan.
Terima kasih sahabat, kerana memulakannya kembali.

p/s: Indahnya hidup beramai-ramai. Kan? ^^

Tuesday, February 26, 2013

Lelaki dari Marikh.

Dua kumpulan berjalan-jalan di dalam hutan. Satu kumpulan lelaki, satu kumpulan perempuan.

Jalan-jalan dan terjumpa tasik yang cantik.

Kumpulan lelaki yang sangat teruja dengan pemandangan itu mula bergambar.
Sementara perempuan yang lainnya menunggu giliran untuk bergambar dengan sabar.

Macam pantun!

Habis bergambar, kumpulan lelaki berjalan terus dan meninggalkan kumpulan perempuan.

''Nanti kami tunggu kat atas!''

Dahi mula berkerut tanda protes.

''Nak tak aku ajar satu zikir? Lepas bergambar aku bagitahu.''

Klik. Klik. Klik!

''Apa zikir?''

''Bila datang geram, ulang: aku kahwin dengan lelaki, aku kahwin dengan lelaki, aku kahwin dengan lelaki...''

Hahaa. Berderai gelak.

Krik krikk.

Taip.

"Lepas ni boleh la nak tangkap gambar makanan banyak lagi."

Padam.

Jangan buat gila, oi oi!

Kali kedua.

Akibat pernah dikritik;

Kau ni tutt tut trutt tut tuttt la. Lain kali, tet tet trrett. (butir bicara dirahsiakan)

Terus semangat merudum.
Mungkin kerana aku ni melancholic orangnya. Sensitif tak pasal.

Takpe.

Let bygones be bygones.

Ini percubaan kedua.

Bismillah.

p/s: last post haritu 2011, sekarang dah 2013. Wahhh! How fast time flies!