Wednesday, June 8, 2011

Blog Baru.

Aisehh. Terduduk kejap bila dapat comment kat facebook yang berbunyi macam ni bunyinya:

Syafiqah Zakariya..kalo nk wat blok boleh....??? hehe ~~

Sila abaikan typo seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.
Blok tu kira blog la eh? Ada bunyi sikit-sikit, kira jadilah.

Sangat baguskan seorang adik meminta kebenaran kat kakak dia sebab nak buat blog?

Tapi terus je aku tak bagi. HAHA!
Serius kejam sebab tak tanya tak apa, terus je menonong tak bagi. :p

Bukanlah apa. Aku tak berapa nak galakkan je.
Sebab nanti aku tau mesti terbiar punya blog tu. *gaya confident*
Tambah, takut nanti tah apa-apa yang dia tulis kat blog tu.
Mesti macammm hari ni aku kan kann tak nak kawan ngan dia. Dia pon kannnn tak kawan ngan aku.
Haishh! Terlalu kebudak-budakkan. *padahal dulu pon camtu gak. :p*

Plus, aku pon ni ha dah tak boleh nak tulis yang merepek meraban sangat.
Dah kena behave. Kena control-control ayat bunga-bungaaa je.
Kena bagi contohlah kononnya. Haha. Plastik!

Aku ni jenis susah sikit nak lepaskan dia.
Sebab macam tak percaya dia dah besar. Aku rasa dia ni akan kecikkk je sampai bila-bila.
Aku pulak, besarrrr je sampai bila-bila. Hihi! Sungguhlah tidak adil.
Padahal tahun depan dia dah masuk sekolah menengah dah.
Bila mama bagitahu aku yang sekarang ni dia selalu kat rumah sendiri waktu tengahari (rehat in between nak pergi sekolah agama), aku macam garu-garu kepala dulu.
Bukan dia kecik lagi ke nak kena tinggal sorang-sorang kat rumah?? *muka tak boleh terima kenyataan*

Padahal terlupa yang aku dulu darjah 4 dah belajar duduk sorang-sorang kat rumah dah time tengahari. Heheheee..
Saje tanak bagi can dia duduk sorang kat rumah.

Bertambah la lagi satu tugas aku nak memantau kegiatan seorang adik.
Hehehee. Ada gaya macam pengawas sekolah tak? Kee.. Lebih kepada gaya seorang stalker?
Pedulikkk laa. Sape tak sayang adik kan?

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala), mereka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkannya".
[At-Tahrim: 6]

Tup tuppp kejap tadi.. Bertambah lagi satu follower kat blog aku ni.

Pengsan kejap sebab tengok nama dia.

Pon boleh laaa. Perempuan la kot kan?
Suka sangat bercakap.
Tak cukup kat luar, kat blog, facebook semua dia nak bercerita.
Semoga dia menulis yang patut-patut je.
Walaupun entry yang awal-awal dia dah buat aku tergelak goleng-goleng. Hahahaa.

Okok. Belajar menjadi seorang kakak yang supportive.
Go! Go! Nisa. :D

p/s: tulis yang patut patut je tau? :)

2 comments:

  1. haha! yg nisa tu x wujud dah...sekrg ni aifaa

    ReplyDelete
  2. eyka cam new nk wat tanda tgn....=,='

    ReplyDelete