Monday, August 2, 2010

Driver Terhormat.

Tak tahu la sebab musabab harus masukkan entry ni.
tapi al-maklumlah. orang baru boleh tekan minyak.
haruslah macam nak bagitahu satu dunia kan? ;D
hahahaa..

Isnin haritu, dah dapat lampu hijau dari mama.
boleh dah bawak kete tanpa beliau sebagai pengawas JPJ kat sebelah kiri.

Pagi hantar dorang pergi sekolah, hantar mama kat pejabat.

Petang, ambil budak-budak balik sekolah pulak.
budak-budak??hahahaa..gila geli nak feeling macam mak-mak.

Sepanjang perjalanan, berjaya jugaklah collect dua bunyik hon.
haruslah bukan aku yang hon orang, tapi orang lain yang hon aku.
wehh. terkejut okeh. tak nampak ke pelekat P tu?? hahaa...
kalau on the road haritu kena hon, sah-sah fail duhh..

Kes pertama; sebab tak perasan lampu dah jadi hijau.
hehehee.. belagak ah nak hon-hon. tak sengaja apeee...
tak pe. tak pe. yelah, kereta aku kat depan sekali.
kereta-kereta belakang tak pulak beratur panjang kan?
kira okeh lah tu dorang nak hon-hon tak puas hati kat aku.
mesti dorang camm weh, tak reti bawak kete, dok rumah je la wehh..
kan? kan?
hikkk...!

Kes kedua; aku berhenti terlalu jauh dari kereta depan.
yang ni kena ada daya imaginasi lebih sikit. hehe..
aku nak bina ayat pon macam reti tak reti.
japp... macam ni, traffic light tengah merah.
berhentilah kan?
aku pon berhenti.

Pastu ada satu simpang ke perumahan orang.
oleh sebab kereta yang beratur tu panjang sangat dah sampai nak tutup simpang tu, aku berhentilah jauh sikit.
ah, salah. jauhhh banyakk.. ngeee...

Tapi betul ape?

Tak kanlah aku nak blocking jalan untuk kereta lain masuk simpang tu kan?
kecian apeeee....tak wajar. tak wajar. ;D
kira aku ada lah jugak ciri-ciri ambik berat pasal orang lain kan? hahaha! muntah.
pastu orang belakang kecah-kecah lak nak main test-test bunyik hon dia, suruh aku ke depan.

Ipan : wehh..ke depanlah. yang jauh sangat pasal?

Aku : tak kan lah nak blocking jalan orang lak?

Ipan : belasah jeeee...
Aku pon ke depanlah...
tapi nasib baik jugak time tu dah hijau, so perjalanan diteruskan lagiiii.. :)

Ekkk...paham ke aku membebel-bebel ni? ;DD

Tapi tak kesah pon.
Dr Fadhilah Kamsah kata pengalaman itu mendewasakan kan? hikk!

p/s : busy ahhhhh.. dah gaya FBI dalam pemandu jutawan. ;DD

1 comment:

  1. try ko bace blog ak... ngeri weh... ngeri! rase nak nanges je time tuh

    ReplyDelete