Wednesday, April 20, 2011

E-POP (Peace of Palestine in Explorace).

Lihat posts kat sidebar, Februari terus lompat ke April? Wah!

Seriuslahhh dah lama tak menulis!
Rinduuuu. Tapi kekontangan idea.
Aaah! Kekontangan masa juga.

Nak kata busy, tak tahulah busy pasal apa.
Sebut pasal busy ni, teringat ada seorang sahabat ni pernah post fb status di mana dia kata 'jangan beri alasan busy kat parents kita, kot-kot nanti mereka takut nak kacau kita."
Camtulah lebih kurang ayat dia. So, berhati-hati! ;)

Alhamdulillah baru habis E-POP 16 April hari tu.
Best! Insyallah mudah-mudahan dengan usaha tak seberapa ni, dapat bantu serba sedikit saudara-saudara seIslam kita di Palestin.


Bagi yang jauh dan tak tahu mengenai E-POP ni, *ekkk.. patut posting sebelum 16 April kan? :D*
E-POP ni nama penuh dia dalam surat beranak ialah Eksplorace-Peace of Palestine.
Salah satu objektif yang diketengahkan adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta bahawa kata-kata perlu dibuktikan dengan tindakan.
Mana taknya. Kita selalu bila dengan ceramah pung pang pung pangg semangat, tapi bila balik rumah, camtuuuu jugak kan?

Diakhir E-POP ni (tugasan terakhir) peserta diminta 'melakukan sesuatu' untuk mendapat dana bagi disumbangkan kepada Palestine. Sesetengah orang kata tanya, asallah tak minta derma je?
Boleh! Memang boleh! Tapi feel membantu Palestine tu kurang sikit rohnya nak banding dengan kita sendiri yang berusaha cari duit untuk membantu mereka. Kira kurang penghayatan camtu. Oleh itu, muncullah idea tagline E-POP: Walk Your Talk!


Oh ya! Sebab aku salah seorang daripada yang gubal-gubal soalan untuk E-POP ni ha, ada la jugak info-info yang selama ni terlepas pandang.
Hehe. Dah ada peluang kan? Memang aku baik hatilah kan nak cari soalan yang sedas dua susah untuk peserta ni!

Aku sukalah juga nak tekankan satu qoute ni, di mana kalau kita ada musuh, kita kena kenal musuh tu!

"If you know your enemies and know yourself, you can win a hundred battles without a single loss. If you only know yourself, but not your opponent, you may win or may lose. If you know neither yourself nor your enemy, you will always endanger yourself."
Sun Zu, The Art of War.


Kan kann.. Makanya, dengan itu kita kenalah kenal Israel.

Tahukah anda terdapat 2 jawatan penting dlm kerajaan Israel iaitu Presiden dan Perdana Menteri? Kedua-dua jawatan ini berbeza. Jawatan Presiden (ketua negara) ini hanyalah lambang negara, dgn kuasa sebenar dlm tangan Perdana Menteri (yang merupakan ketua kerajaan). Presiden Israel sekarang adalah Shimon Peres. Manakala Perdana Menteri Israel sekarang adalah Benjamin Netanyahu
.

Tahukah anda yang Israel juga punyai lagu kebangsaan sendiri? Biarpun ia hanya sergkap (8 baris), tapi mesej yg mereka cuba sampaikan melalui setiap baris itu kepada rakyat mereka untuk terus merampas Palestin daripada tangan umat Islam sangat2 jelas. Ia dikenali sebagai 'Hatikvah' iaitu 'The Hope' (of 2000 years) yang mana misi mereka adalah untuk mendapatkan Palestin yang kononnya diambil daripada mereka dahulu.


Try lah jugak cari kat youtube lagu dorang tu. Tapi baru musik nak mula je, dan dan tu jugak aku dah tutup dah video tu. Ngeee...
Maunyeee. Meremang! Kot lah ada jampi apa-apa ke... :p
Bolehlah juga nak cari-cari lirik lagu mereka [di sini]
Tak jauh mana pon link tu. Kat wikipedia je.. Hihi!

Last task peserta E-POP ni memasak, mempromosi dan menjual makanan. Hasil daripada jualan tu lah disumbangkan kepada Palestin. Sumel kannn..? ^^

oleh Surrey Walkers.

oleh Surrey Doritos.

oleh Surrey McCoys.

Laman rasmi E-POP: http://pop.iluvislam.com

Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: “Kejahatan yang tersusun dengan rapi akan dapat mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun dengan rapi”.

p/s: E-POP Fund Raising masih dibuka sehingga 24 April 2010.
Boleh rujuk [di sini].