Saturday, March 9, 2013

Segumpal daging.

Tajuk perbincangan usrah minggu lepas berkisar tentang hati. Eh, silap. Kami banyak mengupas tentang jantung (baca: heart).

Allah tak cipta jantung ni untuk suka-suka. Semua ada sebab, semua berhikmah.
Macamana Allah cipta manusia untuk beribadah dan menjadi khalifah, macam itu juga Allah cipta hati. Eh, jantung.

To put in simple words, Allah created hearts for us to attach to Him!

Secara fitrahnya, kita semua dilahirkan dalam keadaan suci tanpa dosa dan hanya untuk Allah. Dan secara logik akalnya juga, hati kita pun pastinya hanya untuk Allah.

Ingat perjajian kita di alam roh?

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkau tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." [Al-A'raf: 172]

Firman Allah kat atas ni jelas menunjukkan bahawa sebelum kita lahir ke dunia, kita dah pun mengaku Allah tuhan kita. Kita dah terikat dengan perjanjian! Kita sudah bersaksi.

Tapi semakin kita dewasa, kita semakin lalai, jadi jauh dengan Allah, lalu kita terus-terusan mengejar dunia.

Dalam sehari sekurang-kurangnya 5 kali kita memperbaharui syahadah kita dengan mengakui Allah lah yang satu-satunya Tuhan yang layak disembah dan kita mengaku bahawa Muhammad sebagai nabi kita.
Tapi syahadah tu bukanlah umpama menanam tebu di tepi bibir je. Syahadah perlu sentiasa dizahirkan dengan tindakan.
Dan salah satu cara untuk merealisasikam syahadah yang pertama (saya naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah) ialah dengan merasakan bahawa Allah segala-galanya untuk kita.

Bukan ayah.
Bukan mama.
Bukan duit pinjaman PTPTN.
Bukan ipad iphone blackberry. Bukan samsung SI, SII dan segala cucu cicitnya.
Bukan kumpulan CNBlue, FT Island atau Tomok Newboys.
Bukan juga mcD!


Sebagaimana ayat Allah Al-Imran: 190-191:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sisa-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka."


Allah jelaskan bahawa semua perkara yang terjadi dalam hidup kita ni pasti punya hikmah.
Dan sepatutnya apa yang berlaku kepada kita dalam menjalani rutin harian, kita perlu berfikir dan kembalikan kesemuanya kepada Allah. Dengan cara tersebut, sedikit demi sedikit kita tanam rasa kebergantungan kepada Allah.

Dan jika kita perlu membuat pilihan, seharusnya (baca: sewajibnya) kita perlu letak Allah sebagai kayu ukur utama dalam pemilihan tersebut.

Sebagai contoh, andai kata perlu memilih antara update status Facebook dan solat awal waktu, yang mana kita pilih?
Andai jawapan kita adalah yang pertama, semak semula; hati kita untuk siapa? Eh, silap lagi. Jantung.

Semak cepat-cepat jantung kita bertuankan siapa! Jalan untuk mengejar Syurga masih terbuka!

(: Senyum.

p/s: Dan.. Untuk saya sebagai seorang muslimat; antara memadam gambar yang tidak sempurna aurat dan membiarkan sahaja di laman-laman sosial; yang mana pula pilihan si jantung hati?


Monday, March 4, 2013

Kawan kecik.

Baru kejap tadi, buka pintu dapur.
Tekan suis lampu, pasang telinga dulu. Lepastu, mari kira 5 saat berdiri sekejap luar pintu.
Hahaa. Macam pantun!

Shu yang dah boleh agak rutin harian aku bila masuk dapur malam-malam dah mula bantai gelak sorang-sorang atas sofa.

Ok, selamat.

Baru cecah tiga, empat langkah,terasa nampak kawan kecik melintas. Ah sudahhhhh!
Dia boleh buat muka comel lari-lari dari sudut sebelah sinki ke arah meja dapur.

Aggggrhhh!

Shu kat ruang tamu dah bantai gelak-gelak lagi.

Ok, tarik nafas panjang-panjang. 
Kali ni besar kemungkinan dah selamat. 98 peratus yakin!

Capai pinggan, senduk nasi laju-laju. 
Again!
Kawan kecik melintas lagi. Yang ni betul-betul depan mata.
Tapi kali ni tak menjerit. Terus kaku tergamam pejam mata.

Serious! Hari-hari macam ni boleh jadi ngengg.

Cabaran nak masuk dapur malam-malam memang mencabar.
Aku sanggup letak pinggan kat luar pintu dapur lepas makan. Esok pagi kalau rajin baru basuh.

Bila congak-congak kan, aku ada 4 bulan lagi nak berkongsi dapur dengan hangpa weh, tikus.

Friday, March 1, 2013

Fafirru ilallah.

Masyallah!
Cukuplah sekadar dua gambar ni berkata-kata.
Buat aku nak berlari-lari pulang ke Surrey la pulak! Lol.



Hakim kimia.

Baca status terbaru Shahkang, jadi teringin jugak nak jadi hakim.

Iri hati. 
Sebab rasanya tak pernah jadi hakim. Kecuali jadi banker time main juta ria.

Tengok la nanti! Bila masuk matrik aku bolot semua.

Jadi hakim teka silang kata kimia. 
Hakim gubah lagu organic chemistry.
Hakim sudoku versi kimia.
Hakim buku lab kimia tercantik.
Hakim peta minda kimia terhebat.
Hakim puisi duhai kimia.
Hakim debat antara teori kimia.

Hahaha! Gelak jahat.

Thursday, February 28, 2013

Second school placement.


"I'll call out your name and where you'll go for placement."

Angguk. Senyum. Dan deborr.

"Lucky number one; Nurul."

Terus angkat muka. Pandang tepat kat Jim.

"And.. Fitri, as well. You two will go to Alperton School."

Yayyy! Dekat dengan rumah!

"Next school is.."

Bla bla blaa.

"All of you have to arrive there on time."

Jim tekan sikit pada on time. Pecah gelak. Dan dan tu semua mata pandang tepat satu arah.

"What time again, Nurul?"

"Err.. At 9.00?" Angkat kening mohon yang lain beri penjelasan.

"Not 9.00, just be on time." Jim senyum. "You should be there on time. On time, okay?"

Angguk.

"And also, bring together your CRB." 

Angguk.

"Bring CRB okay, Nurul?"

Angguk lagi. Tak lupa sengih sumbang. Heee.



p/s: Gitulahh. Terasa jadi budak bermasalah! Janji wehh tak lambat lagi. 

Wednesday, February 27, 2013

Yang lama dulu.

Usai Isyak, semua tunduk berzikir berbisik-bisik.
Selesai memuji Allah, semua menadah tangan memohon diampunkan dosa.
Sesudah itu, semua meraup wajah mohon diperkenankan doa.
Dan akhirnya 4 orang sahabat itu menghulur tangan meminta diampunkan dosa antara manusia pula.

Seorang berdiri dan mengangkat takbir.

Dalam hati, eh solat ba'diyyah.

Tiga yang lainnya turut berdiri.

Solat sunat itu lama sudah ditinggalkan.
Terima kasih sahabat, kerana memulakannya kembali.

p/s: Indahnya hidup beramai-ramai. Kan? ^^

Tuesday, February 26, 2013

Lelaki dari Marikh.

Dua kumpulan berjalan-jalan di dalam hutan. Satu kumpulan lelaki, satu kumpulan perempuan.

Jalan-jalan dan terjumpa tasik yang cantik.

Kumpulan lelaki yang sangat teruja dengan pemandangan itu mula bergambar.
Sementara perempuan yang lainnya menunggu giliran untuk bergambar dengan sabar.

Macam pantun!

Habis bergambar, kumpulan lelaki berjalan terus dan meninggalkan kumpulan perempuan.

''Nanti kami tunggu kat atas!''

Dahi mula berkerut tanda protes.

''Nak tak aku ajar satu zikir? Lepas bergambar aku bagitahu.''

Klik. Klik. Klik!

''Apa zikir?''

''Bila datang geram, ulang: aku kahwin dengan lelaki, aku kahwin dengan lelaki, aku kahwin dengan lelaki...''

Hahaa. Berderai gelak.

Krik krikk.

Taip.

"Lepas ni boleh la nak tangkap gambar makanan banyak lagi."

Padam.

Jangan buat gila, oi oi!

Kali kedua.

Akibat pernah dikritik;

Kau ni tutt tut trutt tut tuttt la. Lain kali, tet tet trrett. (butir bicara dirahsiakan)

Terus semangat merudum.
Mungkin kerana aku ni melancholic orangnya. Sensitif tak pasal.

Takpe.

Let bygones be bygones.

Ini percubaan kedua.

Bismillah.

p/s: last post haritu 2011, sekarang dah 2013. Wahhh! How fast time flies!

Monday, December 12, 2011

One Down.

Yayyy yay! Alhamdulillah.
Dah berjaya tumbangkan lagi satu bilangan coursework.
Terima kasih Allah atas bantuan dan nikmat. :)

Okay, move on!

p/s: Just cant wait for this Tuesday. Hopefully it will be the best day for me. Shopping!


Saturday, December 10, 2011

Fragile.

At one point, I just can't stand people criticism.
Hahaha.
Aah, yes I am sensitive.

p/s: Tapi we are from same element kan? We do repulsion. :)



Dear Coursework.

Ohh la laaala awak.
Cepatlah kau shooh shoohh berlalu pergi.
I have lot lot looooot more things to do tau!

Dah la eager gila nak pergi town.
Ebaying, online shopping. Hehee. Tapi tapi shooping barang nak bawak balik Malaysia ok!
Delay all the happy things just just just because of you. Sob!
So please. Dear coureworkS, be nice to me. :')

Kerja fuiyo lagi. Projek lagi.
Argggghhhhh! <-- strees sendiri.

Oh yes. Today baru lepas habis test. Inorganic test.
Serious memang ter-test habislah!
Maunya tak. Compiled all 3 years notes in less than 24hours. Mencabar kan?
Hahaa. But then it is my fault *tp tak sedo diri jugak*
Sebab Amodio dah je warn awal-awal suruh study. Hehehee.

Tang coursework pon 2x5 la.
Orang tu bagi dah 2, 3 bulan awal dah. Awak je yang delay.
Nahhhhh... Padan muka hang!

Cakap pasal hang hang ni, teringat lak orang Kedah. Hikkk!
I won't tweet you again! Never!

Tersedar diri lepas tengok youtube; Men and Woment Can;t Be Just Friend.
Aaah kan. Lelaki ni pelik sikit. Caring lebih, dah kecoh (Dush! Awak pon sama! :P)

p/s: Terasa nak unfollow, but then nanti terasa macam loser pulak. Talk to the hand! 

 

Thursday, December 8, 2011

Untuk Diri.

Dan bermulalah kisah sepuluh jari yang menari-nari di papan keyboard; khas buat tatapan sepasang mata sahaja.

Mungkin akan tambah lagi sepasang mata dalam masa akan datang? Aiseh! Malu sendiri...!

p/s: ada 2 CW dan satu test dalam masa kurang dari seminggu. Tak pernah buat kerja gila ni!

 

Tuesday, June 14, 2011

Medicinal Chemistry.

Further Physical Chemistry
Polymer Chemistry
Medicinal Chemistry

Oh laa..
Ingatkan aku je seorang yang stress ngan Medicinal Chemistry ni.
Ada jugak local student yang strees eh?
Hihi! Ada gengggg...

Ahh medicinal where I'm suppose to learn about helping people with chemistry, but I can't help but feel it has been at the sacrifice of my own mental health ...
-Peter-


Nota-nota yang mesti di serap masuk dalam otak malam ni, kalau nak selamat esok. T_T

Tak tipuuuu.. Stress ni stress yang bukan dibuat-buat.

p/s: 1 to go!

Wednesday, June 8, 2011

Blog Baru.

Aisehh. Terduduk kejap bila dapat comment kat facebook yang berbunyi macam ni bunyinya:

Syafiqah Zakariya..kalo nk wat blok boleh....??? hehe ~~

Sila abaikan typo seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.
Blok tu kira blog la eh? Ada bunyi sikit-sikit, kira jadilah.

Sangat baguskan seorang adik meminta kebenaran kat kakak dia sebab nak buat blog?

Tapi terus je aku tak bagi. HAHA!
Serius kejam sebab tak tanya tak apa, terus je menonong tak bagi. :p

Bukanlah apa. Aku tak berapa nak galakkan je.
Sebab nanti aku tau mesti terbiar punya blog tu. *gaya confident*
Tambah, takut nanti tah apa-apa yang dia tulis kat blog tu.
Mesti macammm hari ni aku kan kann tak nak kawan ngan dia. Dia pon kannnn tak kawan ngan aku.
Haishh! Terlalu kebudak-budakkan. *padahal dulu pon camtu gak. :p*

Plus, aku pon ni ha dah tak boleh nak tulis yang merepek meraban sangat.
Dah kena behave. Kena control-control ayat bunga-bungaaa je.
Kena bagi contohlah kononnya. Haha. Plastik!

Aku ni jenis susah sikit nak lepaskan dia.
Sebab macam tak percaya dia dah besar. Aku rasa dia ni akan kecikkk je sampai bila-bila.
Aku pulak, besarrrr je sampai bila-bila. Hihi! Sungguhlah tidak adil.
Padahal tahun depan dia dah masuk sekolah menengah dah.
Bila mama bagitahu aku yang sekarang ni dia selalu kat rumah sendiri waktu tengahari (rehat in between nak pergi sekolah agama), aku macam garu-garu kepala dulu.
Bukan dia kecik lagi ke nak kena tinggal sorang-sorang kat rumah?? *muka tak boleh terima kenyataan*

Padahal terlupa yang aku dulu darjah 4 dah belajar duduk sorang-sorang kat rumah dah time tengahari. Heheheee..
Saje tanak bagi can dia duduk sorang kat rumah.

Bertambah la lagi satu tugas aku nak memantau kegiatan seorang adik.
Hehehee. Ada gaya macam pengawas sekolah tak? Kee.. Lebih kepada gaya seorang stalker?
Pedulikkk laa. Sape tak sayang adik kan?

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala), mereka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkannya".
[At-Tahrim: 6]

Tup tuppp kejap tadi.. Bertambah lagi satu follower kat blog aku ni.

Pengsan kejap sebab tengok nama dia.

Pon boleh laaa. Perempuan la kot kan?
Suka sangat bercakap.
Tak cukup kat luar, kat blog, facebook semua dia nak bercerita.
Semoga dia menulis yang patut-patut je.
Walaupun entry yang awal-awal dia dah buat aku tergelak goleng-goleng. Hahahaa.

Okok. Belajar menjadi seorang kakak yang supportive.
Go! Go! Nisa. :D

p/s: tulis yang patut patut je tau? :)

Tuesday, June 7, 2011

Buku Tetamu.

Thanks for all the wishes and prays. :)
May Allah bless us.

Fatin Hazwani Ibrahim: ..생일 축하 내 사랑.. ♥ ♥ ♥ ..early wish yea.. ;)

Norshafiqah Mohamad: ehem ehem.. happy birthday dear!! and and all the best for ur paper.. wish u good luck.. (:

Irfan Raziq: Selamat hari jadi . (: err , balik cepat . HAHA >:D

Azra Ain: capiq!!!!!!hppy brthdy n gud luck 4 ur exam..;)..moga pnjng umor..murh rzk i=ley blnje ur buddies espclly me la kn3..amin

Muhammad Fadhli: zum geburtstag viel gluck,meine freunde! alles Gute für deine Prüfung! bitte vergessen sie nicht, meine Brieftasche zu bringen! ^_^

Zaki Abd Rahman: 06.06 HAPPY BIRTHDAY. :)

Afiq Mt Lib: epi bsday capiq..may Allah bless u alwez..gud luck utk exam gak.. =)

Adam Mohd Razip: nyanyian versi fb,nk live,kne blek ;)
Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Syafiqah Zakariya, Allah selamatkan kamu...sweet 21! semoga dipermudahkan segala urusan hidup n hapy slalu..amin ya rabal a'lamin.. ;)

Shahir Raus: happy 6.6.11 my fellow friends!!! Hyd Leed, Syafiqah Zakariya...enjoy your life for better!!! ;)

Puteri Nurhaliq Shaari: :D !!السلام عليكم ايكا سلامت هاري لاهير! اليق سايغ ايكا
hihi.takde huruf 'nga' la~ :p stdy rerajen yer~ nt aliq bawak eyka g mkn,eyka blnje taw.. :) ♥


Harith Owh: check it out yaw..cantek2 si australia,cantek lg si malaysia..happy brithday capikah zakaria,untung aa ko da nk blk mesiaaaaaaa :( hahaha..xde aadiah tuk ko eh sbb aku xblk dis winter aka ur summer :p

Aqilah Rafhanah: happy birthday capik/eyka/ ape2 nme lg yg ko ade... hehe.. selamat berjuang dgn pen dn kertas esok.. kene semangat since it's on your birthday.. hehe balik banting, kite ronda same2 ea~

Yousif Spartan Sadik: I knew that :P Happy Birthday!!!!! I the best gift you will get is that you smash the physical exam :D

Farzana Hussin: eyka!!!selamat menyambut ulang tahun kelahiran..good luck exam esok.nak hadiah jugak!!tiket flight balik malaysia.boleh??

Amira Zulaikha Binti Zaulkfli: Happy birthday eyka =) study molek deh! Jgn dok rindu kite sgt =P

Linda Nurul Jannah: eyka syg...happy besday yer...gudluck exam....:)) ..♥

Siti Fairus Abdul Sani: my lil sister eyka, happy birthday to u. ♥ nasib baik ada skype to remind me that today is ur birthday. hihi :p may u be showered by Allah's blessing & all the best for ur coming papers. ^^

Atirah Azman: iqer syg! happy 21st birthday!

Dauz Shanley: selamat ulangtahun kelahiran nurul syafiqah zakariya!

Aifaa Zakariya: hep besday to you..... @~?~~

Ekyn Sposen: salam...huhu,hepi birthday eyka...may Allah bless~~ and gud luck exam..insyaallah boleh..fighting!! ^_^

Hani Bella: capiq! epi besdayy. may ALLAH bless u ♥

Norsyuhada Sueet: HB ika... nape sorok bday ko?? haha

Amirah Rara: hepi besday capiq! may ALLAH bless u :))

Nadzratul Ain: ehem.. ehem... disini sy... haha.. oke2.. serius2.. awak2.. Selamat Hari Lahir yg KE-21 !!! yeay!!! BFF aku da tua da.. same level nan Norshafiqah Mohamad & Azra Ain haha.. aku jew muda lg... :p Semoga pnjg Umur.. Murah rezeki.. Diberkati Allah selalu.. Moga perjalan balek ke malaysia nnt dipermudahkan dan selamat sampai.. Good Luck tuk exam k.. mawahx! ♥ n miss u.. ^_^

Hafiz Haji Hata
: uit,makcik...hepi besday...

Amsyar Hud: adikku capiq! ehem2 da sebaya la kite.. hahaha~ semoge diberi kesihatan yg baik.. dimurhkn rezeki.. cpat2 lah blik Malaysia ni... Final exam eh! Break a Leg! haha~ FIGHTING!

Muhammad Adha: heppy bday Syafiqah Zakariya,, May ALLAH always bless u

Nurul Shahida Sahidan: happy bday ikah!

Ayumi Haney: hepi besday capiq!

Carl Scarlysh Hafandi: ak dh cbe nk lupekn ari nie..tp xley la capiq...maybe sbb ko adik ak kot...agak2 ko blik biler?(fes time ak tnye cmtue)...huhu..pape pown..SELAMAT HARI JADI...MOGA ALLAH MEMBERKATI SETIAP PERKARA YANG KAU LAKUKAN..AMIN...

Diyana Ruzanna Azhar: Happy Birthday, Syafiqah! May Allah bless U always...

Hyd Leed: happy bday capiq!!! ^^ let your courage leads what your heart is telling u...^^,

Hamka M Azhar: hb

Sabrina Shawal: happy birthday!!! :P

SYahirah MAzlan: eyka :)) hei besday dear. may Allah bless u. sweet sokmo ♥

Nurul Nadia: ngade ngade nye cik kak ni hide kan birthday dia. tapi.. aku tetap ingat gk sbb nth cmne bday ko tu asik lekat dalam pale otak aku ni. ishhh, ko mandrem aku ehh :p anyway, HAPPY BIRTHDAY DEAR! may Allah bless you! muah muah! ♥

Sal N. Faizatul Ema: salam, eyka.. hepi besday and may Allah bless u.. semoga berjaya selalu, ameen.. ♥

Shusyi Zulkiple: May Allah blesss u.. n wish u all de best in ur life iqa..^^

Siti Ishak: Salam Ika. Selamat hari lahir. Semoga Allah sentiasa meredhai hidupmu dik!

Dewi Intan Kesuma: wot wot ! HB my dear capikk ! lol beb ! :)

Izad Muib: selamat hari lahir...didoakan semoga sukses selalu... :)

Azwani Hanna: eiqa! happy besday ^_^, lame dah x jumpa ..gud luck exam :)

Maryam Sairi: nak wish lagi sekali la. :D Happy Birthday eyka!!!
Have a blessed and blissful year ahead!
dah dapat hadiah kan tadi? Exam phys chem! hehehe
nah hugs and flying kisses utk awak! :DD xoxo


Sharon Kareena: Happy Birthday ♥ ♥

Fakhrul Abd Rahman: selamat mendekati mati. May Allah Bless =)

Norshahirah Mohamed Paid: happy birthday! tahu tingok orang byk dok wish kau :) moga pjg umur dan dimurahkan rezeki! moga dalam lindungan dan rahmat Allah selalu :) semoga berjaya dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan :) utk Farzana Hussin juga :)

Are Lee Razak: selamat ari tue... may Allah bless u..

Muzhafar Hamzah: Assalamualaikum, just nak wish, selamat hari lahir! =)semoga antuna diberkati Allah.

Nur Deena: Happy Birthday Eyka !! Have a blast !! ^_^

Muhammad Aswad: selamat hari lahir kawan.. :-D

Ala-ala guestbook macam kat majlis perkahwinan zaman sekarang la kan.
Teheheeee..

p/s: 1 down. 2 to go! berusaha.....!

Sunday, May 15, 2011

DON '11

Alhamdulillah.
Dengan izinNya , DON '11 sudah pun melabuhkan tirai.

Date: 13 May 2011
Venue: Holiday Inn Hotel, Guildford
Theme: Arabic Style

Fuh fuhhh laa!
Satu kelegaan yang nyata, akhirnya berlalu jugak hari dinner.
Dah lepas ni tak payah nak serabut kepala pasal dinner bagai ni sangat.

Dessert. Nyummy nyummy kan?

Tapi gambar tak banyak la..
Eh, tipu. Gambar memang tak de langsung.
Sebab konon-konon sibuk nak uruskan itu ini, disamping sibuk nak makan jugeee.. :p
So, gambar semua ikhsan dari Pejal ngan Kak Ili.
Hihi! Mintak sikit eh gambar, koranggg... Kira halal boleh?

Meja paling busy.
Kejap-kejap orang hilang, kejap-kejap meja kosong.

Special performance.
Hehehee.. Sungguhlah semua orang rasa dorang ni main kejap sangat.
Next time, nak lama-lama-laaaammmmaaaaaa lagi yek, korang?

Haaa. Tu je la pon gambar.
Kan tadi dah kata tak banyak.
Memang sikit kan?

Hihi! Dah bye.

*pictures credit to Faidzal Rosli and Ili Mohamad.*

p/s: pasal kes printer hari tu, dorg reply "no problem, it is okayy.." HEHE :D

Thursday, May 12, 2011

Serabut.

Hari ni macam-macam kejadian ting tong yang jadi kat aku.

Scene 1.
Bangun pagi sangat awal ok. Heheee.
Semoga hariku penuh ceria hari ni! ^^

Scene 2.
Awal tak awal sangat bangun pun, last-last masih jugak terkocoh-kocoh nak pergi bus stop.
Konon bangun awal nak elak dari kejar-kejar bas la kan...?
Sudahnya?? Memang takk. Gitulah jugak gamaknya.

Scene 3.
Jalan laju-laju ke bus stop, kalau bas delay pon tarak boleh pakai kan?
Ok. Bas lambat datang. Tapi tak pe laaa.. Boleh borak-borak berisi sikit dengan Maryam, Illy ngan Yana.
Tapi! Mamaaaa..
Sekali borak, terus keluar tajuk kau-nak-ambik-module-apa-eh-tahun-depan..?
Terus mendung awan berarak kelabu. Bunga-bunga pun layu je tak berkembang dah.
Tu satu hal. Borak-borak lagi. Lagi dan lagiiii..
Sampailah tajuk baru; hari-ni-kita-ada-kelas-apa-aje-ye..?
Stress! Baru dapat tahu pulak harini lecturer Polan yang masuk kelas. Bukan lecturer Pelan.
Makanya? Salah bawak nota!!
Silap aku jugak sebenarnya sebab salah tengok jadual.
Nak lari ke bilik? Memang tak sempat la kannn. Bas dah datang pulak.
Time ni bukan takat bunga-bunga layu je, rumput pon dah tak berapa nak hijau hidup segan, mati tak mahu dah ni..

Scene 4.
Bas berhenti kat Twyford Court.
Mengelamun punya pasal, tengok-tengok je Illy ngan Maryam dah turun bas.
Aku macammm erkk, apakah? Asalnye dorang turun kat sini?
Ok. Ok. Berlagak cool semestinya sebab Yana masih dalam bas.
Bila turun kat bus stop seterusnya; AP Building:

Aku: Kelas kat mana Yana?
Yana: TB.
Aku: ....???
Yana: Tu aku pelik kenapa kau tak turun dengan dorang tadi.
Aku: .... :D
Yana: Aku nak pergi print, ko nak pergi mana?
Aku: Ikut ko je laaaa. Heee.. :D

Scene 5.
Lepas habis kelas, hehehee..
Baru perasan aku terpakai tudung terbalik!
Ngeee... Tapi tak pe sebab di cover baikkk punya oleh sweater.
Tak de lah nak terang lagi bersuluh terbalik kan? Lalalalalaaaa...
Tumpang rumah Kak Wani jap pergi betulkan tudung.
Ok. Ok. Cool jeeee.... :P
Padahal? Malu ngan diri sendiri...

Scene 6.
Sementara nak tunggu meeting pukul 2, kenkononnya rajin nak buat lab report la.
Pergilah jalan sambil buat muka penuh keazaman nak siapkan report ke CAC lab.
Serious. Ni part tak boleh blah.
Aku nak print muka surat 22. Ulang suara. Muka surat 22. JE.
Sehelai JE yang aku nak print nye pon.
Click print. Done! :)
Teruskan kerja lain macam biasa tanpa pergi ke printer untuk ambil kertas tadi.
Printer berbunyi kertas keluar. Ok. :) Teruskan kerja lagi.
Printer berbunyi kertas keluar lagi. Ok. Mungkin ada orang lain print jugak. Kita teruskan kerja lagi.
Printer berbunyi kertas keluar lagi dan lagi. Ok. Ok. Faham. Ada orang lain yang guna printer jugak. Kita teruskan kerja lagi. :)
Lalalalalaaaa....

Beberapa minit kemudian.

Asal laaa printer ni berbunyi je?
Ramai la pulak orang yang print kan?
Memang hari ni hari rajin sedunia ke apa?

Ok. Takpe.
Teruskan keazaman nak siapkan report tadi.

Cekedet cekedet cekedet.. *bunyi printer*

Alhamdulillah. Siap report!
Dengan hati yang secerah matahari terus ke printer nak ambil kertas tadi. :)

Sekali apa....??
Dapat teka?
Aah wehhhhh. Terus malap dah matahari tadi, keluar bulan je.
Rupanya yang berbunyi kertas keluar dari printer cekedet cekedet tu semuanya kertas aku!
Gila tak nak berubah hijau muka aku?
Aku check-check balik, rupanya aku tertekan nombor 22 tu kat column 'copies' bukan 'page'.
Korang darab sendiri je la berapa banyak muka surat yang aku dah print. Aku pon tak sanggup nak darab sendiri weh. T_T
Maunya tak nak lari gak time tu.
Cepat-cepat aku cancel printing. Cepat-cepat aku kemas barang. Ca alip but-cabut!

Scene 7.
Meeting. Sindrom serabut datang, terus aku lupa meeting kat mana.
Lagi-lagi, terkejut kes printer tu tak habis lagi.
Sambil kerut-kerut dahi, mesej Maryam.
Dia reply kata meeting kat 03AC01. Noted!

Japppp... Macamana nak pergi AC building eh?
Kurang familiar sikit sebab aku jarang kelas kat situ.
Kes tak tahu pintu AC building kat mana punya pasal, aku masuk je dari pintu AB building.
Jalan-jalan. Sesat! Hahaa.
Serious failed!
Jalan-jalan sambil sesat-sesat garu kepala sikit, dan yeahhh! Akhirnya tembus jugak kat AC building.
Lega-lega. Maryam mesej tadi, kat tingkat 3.
Ok. Pergi tingkat 3 la pon nye kan? :p Bilik nombor 1. Baikkkk..

Carik punya carik.
Mana daaaa bilik nombor 1?
Belas-belas je ni ha semua nombor bilik!

Check semula mesej Maryam.
03AC01.

Gosok-gosok mata. Baca balik mesej tadi.
03AC01.

T_T Nak menangis berdarah...

Sebab tersalah faham mesej tu.
AC building tu dah betul dah.
Tapi sepatutnya tingkat 1, bilik no 3. Bukan tingkat 3, bilik no 1.
Apakah ini...???
Terus background hidup aku time tu bertukar jadi padang pasir. Angin tiup sepoi-sepoi bahasa sikit sambil daun kering tengah dok terbang-terbang.

Turun tingkat 1.
Ok. Jumpa!
Ni bilik nombor 1. Sebelah? Bilik no 2.
Sebelah lagi? Dia bergurau pulakkk.. Mana bilik nombor 3?? T_T

Call Maryam.

Aku: Weh sesat wehhh.
Maryam: Ko kat mana ni?
Aku: Kat AC. Aku tak jumpa bilik ponnn. *suara dah tone orang hilang arah tujuan*
Maryam: Hahaaa. Meeting kat 08AC03.

Memang terbaik!

Scene 8.
Dah selamat balik bilik! Nak tidur.
Semoga hari esok lebih baik dari hari ni. Aminnn.

Haa! Pasal printer tu, aku dah email pihak uni dah.
Kat email tu ada la ayat bau-bau penyesalan campur cerita sedih, minta-minta ampun maaf bagai.
Mau tak takut. Kot-kot la apa-apa jadi kan?
Kalau terlepas kat dunia ni, kat akhirat nanti belum tentu.
Kot la kena tuntut tak pasal-pasal je.
Sebab kertas ngan dakwat yang aku dah bazirkan berkoyan-koyan tu pon hak orang lain jugak.
Harap-harapnya dorang terima email aku tu dengan mood yang baik la esok ye?

p/s: Serious penat hari ni. Dah.

Wednesday, May 11, 2011

3rd Year Module.

BSc Chemistry Research Project
Analytical Techniques, Part III
Topics in Polymer Chemistry
Inorganic Materials Chemistry
Proteins, Polymers & Electronic Structure
Modern Synthetic Organic Chemistry
Topics in Inorganic Chemistry
Organometallic Chemistry
Chemometrics, Robotics and Automation
DNA and Other Biological Evidence
Nanochemistry and Nanotechnology
Medicinal Chemistry
Topics in Physical Chemistry
Forensic Toxicology

Mama....! Next year module dah keluar!!! *lari-lari pusing satu padang*

Module yang warna merah tu semua wajib.
Tinggal nak pilih 8 subjek je lagi. Je la sangat kan nye??
Lapan tu weh, lapan. Bukan dua, bukan tiga.
Lapan tu maknanya dah lebih dari lima.
Maknanya, dah kena keluarkan dua-dua tangan untuk cukupkan 8 jari.
Maknanya, ni berita tak baik.

T_T Rasa nak pitam-pitam dah ni.

Tak hilang lagi mimpi ngeri nak exam, dah datang lagi satu cerita seram.
Monster!

Serious. Tangan aku menggigil.
Jantung dah pam darah laju-laju.
Dahi dah berkerut-kerut.

p/s: Tolong kejutkan aku dari mimpi ni!

Monday, May 9, 2011

Masalah.

Aku ada masalah.

Selain daripada masalah nak exam, masalah nak balik Malaysia.

Betullah. Tak sabar tu memanglah tak sabar.
Tapi tinggal sebulan lebih sikit je ni haaa.

Sempat ke nak kasi pipi ni tak chubby sebelum balik??

Warggghhhhhh...!!

p/s: stress campur nervous.

Sunday, May 8, 2011

Mama :)


Tedengggg...!
Seperais dakk mama?
Ke tak surprise langsung sebab mama dah boleh agak?
Ngee.. Buat-buat terkejut dah la ye??

Kek tu memang untuk mama, tapi pemakannya orang lain la..
Bagi pihak. :pp
Card tu, nanti eyka zoom kan ok?

*Tarik nafas...*


Ok ok.
Ambik feel touching-touching nak sedih sambil bubuh eyedrops kat mata.
Tak cukup dengan tu, boleh jugak nak hiris bawang banyak-banyak. :p

Ok. Serius.

Mama. :)

Terima kasih sebab sanggup bersusah payah benarkan eyka check-in dalam bilik first class mama selama 9 bulan 10 hari.

Terima kasih sebab jaga eyka time kecik-kecik. Dengar-dengarnya eykalah budak yang paling kuat nanges kan mama?
Bila tengok gambar mama dulu-dulu, sungguhlah mama memang kurus.
Penat kot ye nak jaga kiterang berlima? Lagi-lagi yang lagi tiga bawah eyka tu..
Tapi nasib baik sekarang mama dah besar dah, tak kurus macam dulu. :pP
Tak teringin nak kurus lagi ke? Hihi!
Nanti kita pergi aerobik sama-sama ye mama ye? *dialog dah lama, tapi tak buat-buat sebab dua-duanya suka di rumah jee..*

Terima kasih sebab jahitkan telekung eyka time kecik.
Baju raya. Bantal time baby. Langsir bilik. :)

Terima kasih sebab selalu ikut kemahuan eyka. Sampai eyka tanak pergi tadika time umur 5 tahun pun, mama layankan je.
Kalau eyka marah, mama tenangkan.
Kalau eyka menangis, mama temankan.
Kalau eyka ketawa, mama lagi kuat ketawa. Hihi!

Terima kasih sebab ajar eyka masak jugak. Walaupun dulu-dulu kalau belajar masak mesti ulang-ulang suruh eyka buat sambal belacan. Ada la bosan sikit-sikit. Sebab tu lepas dah terer masak ni, pass kerja menumbuk cili kat Atin je.. :p

Terima kasih selalu temankan eyka buat kerja sekolah malam-malam. Sampai nak siapkan kerja buku skrap yang gabak besar tu pun, mama sanggup bersengkang mata tolong eyka.

Terima kasih jahitkan lencana kat tudung sekolah.
Tak tipu. Kita memang tak reti nak jahit lencana sebab nanti senget benget.
Erkk.. Campur ada lah jugak malas sikit-sikit nak menjahit. :p

Terima kasih jugak gosokkan baju sekolah eyka sampailah eyka masuk sekolah menengah.
Ajar macamana nak ikat tali kasut, macamana nak kapur kasut.

Terima kasih sebab izinkan eyka pergi belajar jauh.
Hantar eyka pergi Kedah, ambik eyka dari Kedah.
Hantar eyka pergi Penang, ambik eyka dari Penang.
Hantar eyka pergi KLIA, ambik eyka dari LCCT. :p
Insyallah, kalau ada rezeki, mama boleh ambik eyka dari UK pula. :) Doakan ye?

Terima kasih, mama! Untuk semuanya, dan yang akan datang.
Maafkan eyka jugak, untuk semuanya dan yang pasti, yang akan datang jugak.
Halalkan makan minum eyka dari kecik sampai sekarang ni dan yang akan datang.

Guildford, Surrey.
2.22 am, 8 Mei 2011.

p/s: All the way from UK with love. :)

Kotak Kehidupan.

Sabda Rasulullah s.a.w:

عن عبد الله رضى الله عنه قال: خط النبي خطا مربعا، وخط خطاً في الوسط خارجا منه، وخط خطوطاً صغاراً إلى هذا الذي في الوسط من جانبه الذي في الوسط وقال: هذا الإنسان، وهذا أجله محيط به، أوقد أحاط به، وهذا الذي هوخارج أمله، وهذه الخطوط الصغار الأعراض، فإن أخطأه هذا نهشه هذا، وإن أخطأه هذا نهشه هذا

Dari Abdullah r.a meriwayatkan suatu ketika Nabi s.a.w membuat satu garisan berbentuk empat segi. Kemudian baginda melukiskan satu garisan sehingga keluar dari rajah empat segi tersebut. Baginda juga melukiskan garisan-garisan kecil da dalam rajah di antara garisan tengah. (Ulama telah melukiskannya dengan pelbagai bentuk) di antaranya adalah seperti ini, yang diambil dari Kitab Al-Ahadith al-Muntakhobah oleh Al-'Allamah Al-Muhaddith Asy-Syaikh Muhammad Yusuf al-Kandahlawi rah.a:


Kemudian baginda bersabda: Garisan tengah ini adalah manusia, dan garisan empat segi ini adalah ajal mautnya yang manusia tidak dapat lari darinya. Garisan yang terkeluar dari kotak itu adalah angan-angan manusia yang lebih panjang dari kehidupannya. Garis-garis kecil di dalam kotak itu ialah kejadian dan ranjau-ranjau kehidupannya. Jika ia terlepas dari satu kejadian, maka kejadian yang lain pula akan memerangkapnya. Dan begitulah seterusnya. (Hadith Riwayat Bukhari).

Dinukilkan dalam sebuah hadith:

عن تميم الداري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "الدين النصيحة، قالوا: لمن يا رسول الله؟ قال: لله، ولكتابه، ولرسوله، ولأئمة المسلمين وعامتهم

Daripada Tamim Dari r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Agama itu adalah semata-mata nasihat.” Kami bertanya: “Untuk siapa?” Maka baginda s.a.w bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.” (Hadith riwayat Muslim).

Source: muhajier718

p/s: sekadar cetusan untuk berfikir.

Homesickness.

Ada mesej masuk!

homesick :(

Heheheeee.. Selalu aku berhadapan dengan benda ni.
Tak orang lain yang mengadu homesick, dengan aku-aku sekali pun terheret mengada nak homesick jugak.
Tiap kali tu jugaklah aku tak tahu macamana nak menguruskan homesick tu.

Takpe homesick ni. Perasaan tu perasan yang comel. :p
Alhamdulillah. Allah salurkan rasa rindu tu kepada yang halal.

خير جلسائكم من ذكَركم الله رؤيته وزاد فى عملكم منطقه وذكَركم الآخرة عمله

"Sebaik-baik orang yang duduk disekelilingmu (teman) ialah dia yang apabila kamu pandang wajahnya membuatkanmu teringat kepada Allah, dan apabila mendengar bicaranya membuatkan bertambah amalmu, dan dengan melihat kepada amalnya membuatkan kamu akan teringat akan akhirat."
[Hadith Nabi S.A.W yang dipetik dari kitab Jami’ Soghir oleh Sheikh Abul Fadhl Jalaluddin , Abdur Rahman bin Abi Bakr al-Khudairy as-Suyuti atau lebih dikenali sebagai Imam as-Suyuti]

Semoga dengan rindu keluarga tu, makin kuat lagi ingtan kita kepada Allah yang meminjamkan mereka kepada kita.

Oleh kerana aku ni bukanlah pakar psikologi.
Solusi terbaik, atuk google! :D
Tapi kali ni yang ada atuk dari Indonesia jee.. Pon bolehlah!
Orang seberang pon ada homesick jugak ye dak?


"Perasaan homesick ini akan membuatkan seseorang menjadi lebih sensitif dan melankolis."

Tang sensitif tu ye laaa. Kalau aku homesick, orang pulak pujuk aku ngan ayat-ayat syahdu. Memang aku pun syahduuuuuu je laa, sambil mendung awan berarak kelabu. Tsk!
Dah betul dah tu sensitif, tapi melankolis tu apa pulak??

"Ia cenderung mendramatisir perasaan sedih yang dialaminya. Ia akan mudah merasa terisolasi, sedih dah kosong."

Wah, mendramatisir! :D
Menggambarkan la kot ye dalam erti kata lain?

"Seseorang yang dilanda homesick biasanya akan mudah kehilangan nafsu makan hingga menyebabkan berat badannya berkurang, selalu merasa pening, hingga sakit perut tiba-tiba"

Ngeee.. So not me!
Letaklah aku kat mana pun, makan tak pernah tak tinggal! :D

Dan tips-tips yang laman web tu bagi;
Suruh kita jalan-jalan, buat outdoor activity, bergaul dengan orang, etc etc.
Tips tu lebih kepada praktikal sewaktu lapang atau waktu pagi.


Tapi hakikat untuk aku, selalu homesick tu datang waktu malam.
Mana nak berjalannya? *kalau pagi pun, muka ni belum tentu nak berjalan.. :p*

Cara terbaik aku; menangis.
Hehehehee.. Sangat keperempuanan kan?
Sambil nangis, kita kunyah-kunyah keropok tengok-tengok gambar dalam folder family.
Senyum sorang-sorang.

Kita layankan je perasaan tu. Nak homesick, kita homesick betul-betul. :D

Korang ada rakam pape video dengan family tak?
Mesti ada kan? Paling tak pun, satu dua keee...
Haa! Tengoklah balik video tu. Confirm lagi homesick! :p
Hihi..! Tak takkk. Confirm terubat sikit rindu tuu. Sambil nanges, sambil gelak!
Exactly! Menangis dalam gembira. :)

Kita layankan je perasaan tu. Nak homesick, kita homesick betul-betul. :D

Kalau tak ada video, nanti balik cuti ni, rakam tau!
Persediaan homesick yang akan datang. :D

Video yang ada kat aku sekarang ni, video time raya.
Time salam-salam tuuu.. Korang pon mesti ada salam-salam cium tangan, pipi, dahi tu kan?
Hihi! Kelakar.... Sebab masing-masing muka penyegan nak mintak maaf depan-depan.
Tapi mintak duit raya laju je. Geram!

Lepas dah puas menangis, mesti dah pagi kan? :p
Time tu lah terus bedesup capai telefon, kita call rumah!!
Yipeeee...
Before tu. Test-test hello hello one two three dulu suara tu.
Jangan kasik kantoi menangis! Lagi-lagi dengan abang..
Or else, habislah 7 hari 7 malam kena sakat tak berenti.
Elok-elok tengah rindu dia, terus rasa macam nakkkk je piat-piat telinga.

Jangan lupa! Sertakan doa supaya Allah sentiasa pelihara buah-buah hati pengarang jantung pisang kita tu. :)

Aku serahkan rinduku pada Tuhan Yang Satu.
Kerana perasaan ini hadir dengan izinNya Yang Maha Pengasih.
Kerana Dia pemilik jiwa ini.
Kerana Dia lebih mengerti dan memahami.
Kerana Dia jugalah penawar kerinduan ini.

Lindungilah mereka Ya Allah. Kasihanilah mereka Ya Rahman. Sayangilah mereka Ya Rahim.

p/s: Kita layankan je perasaan tu. Nak homesick, kita homesick betul-betul. :')