Sunday, November 28, 2010

Wrap Up PERGH2.

Genap seminggu selepas PERGH 2 di Warwick, harini baru rasanya berkesempatan nak share.
busy? ye la kot. lebih tepat lagi idea tak sampai. heee..
tapi selagi tak diperah, memang tak sampaiii je la semedang. :p

Untuk yang mungkin tak berkesempatan pergi, PERGH kali ni menyentuh bab-bab yang kita terlupa.
ahh! terlupa atau tak ingat. short-term memory? :p
dah tahu, cuma memang terlupa. tak boleh buat apa lah, memang dah terlupa!
tapi bukan tak de u-turn. hanya perlu tekan butang F5 untuk refresh! :))


The forgotten Sunnah.

Sunah siapa? sunah nabi, perlakuan nabi, cara nabi, teras nabi.
bila sebut sunah je, mesti berdesupp terfikir sunah nabi time makan, 44 kali kunyahan. *kenapa mesti contoh makan??*
sunah nabi potong kuku yang dimulakan dengan jari telunjuk kanan.
sunah nabi tidur. cara nabi duduk time makan *makan lagi!*. cara nabi masuk keluar tandas.
semualah! semua yang kita diajar ketika kecil.

Kalau kaum adam, sunah apa yang paling mereka ingat?
hihi. teka teki ni. :p
jawab sendiri dalam hati eh?

Tapi. tapi.
tanpa kita sedar, kita lupa sunah nabi yang satu ni, D.A.K.W.A.H.
kan? kan? bagi saya, kan lah.
tak tahu lah bagi pihak anda, mungkin tak kan. :p
sebab saya ni pelupa orangnya. teheee..
lupaaa sangat sangat bahawa dengan berdakwah tu sendiri pun kita sedang ikut jejak nabi sebenarnya.
cuma, nak? ke nak?? ke nak nak nak?

Don't feel burden. dakwah is dakwah.
you just have to shout it loud!
D.A.K.W.A.H! ain't that easy? :)

Salah satu asas dakwah yang perlu kita ada ialah kita tahu dan sedar akan tabiat manusia.
tabiat manusia? tabiat kita lah!
kita tahu bahawa manusia ni HANYA manusia. hehee..
lupa, lalai, degil, bla blaaa. dan kita bukanlah berdakwah untuk merubah orang 100% menjadi baik.
ehhh? something wrong with the sounds!
cuma, tak perlu tertekan dengan tekanan yang sangat menekan untuk merubah individu.
hidayah kan milik Allah. :)
but don't take it for granted! keep on moving till the end of the road.
usaha! usaha! usaha!
kan Allah suruh kita sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
nabi pula? suruh kita menyampaikan darinya walaupun sepotong ayat.

Pendapat Syed Qutb pula?
kita akan berasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan kitalah juga yang mengakhiri dakwah ini.
tetapi lapang rasanya apabila kita fikir bahawa kita ni hanyalah penyambung kepada rantai-rantai perjuangan.
kan? sounds better!

The forgotten Sahabah.

Cerita mengenai sahabat, biasanya kita pung pang pung pangg nak tahu nama, tempat kejadian, tarikh tu semua.
gigih ni hafal-hafal nama sahabat sambil kerut-kerut dahi.
tapi sejauh mana kita ambil ibrah (pengajaran) dari cerita tu?
read between the lines! reflect semula kriteria yang ada pada sahabat.

Tapi saya tak cop pulak tak perlu untuk tahu nama, etc etc tu... teheee.
tu kan pengetahuan.
tak salah timba ilmu lebih.
boleh buat bedtime stories time nak tidurkan anak nanti.
kan kak ema kannn? :p

Kagum rasanya apabila sahabat-sahabat ni dah tahu dah pun mereka dijamin syurga, tapi masih berlumba-lumba perform sehabis baik.
mantap! apatah lagi kita ni yang belum tentu pengakhirannya.
haruslah double triple multiple mantap kan?

Teringat lagu Aku Hanya Umar by Hijjaz.

Aku hanya seorang Umar.
Kemuliaanku kerana Islam.
Semua ke Syurga kecuali 'dia'.
Kubimbangi 'dia'lah diriku.

Kubimbangi 'dia'lah diriku. bimbangnyaa!! T_T

The forgotten Sirah.

Rujukan kita sudah pastilah Al-Quran kan?
dalam tu dah cukup dah silibus perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.
safely said, Al-Quran is totally genuine.
so, if we fell bad to choose; back to our very basic foundation, Al-Quran.

Kenapa eh mesti ada sejarah?
kira killer paper waktu SPM dulu pon SEJARAH.
payah kan nak kena ingat-ingat benda-benda alah wujud tamadun, bla bla blaa tu?
tu tak campur dengan mengantuk tersengguk-sengguk dalam kelas lagi.
memang tak lahhhh.

Tapi! Allah kata.

"Sungguh, pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal. (Al-Quran) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman."
(Surah Yusuf : 111)

Lagi Allah berfirman.

"Dan semua kisah rasul, Kami ceritakan kepadamu (Muhammad), agar dengan kisah itu Kami teguhkan hati kamu; dan di dalamnya telah diberikan kepadamu segala kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang yang beriman."
(Surah Hud : 120)

Dan dan dan.
lepas ni kalau nak share pape kat facebook tu, make sure ada rujukan eh?
kalau tak plagiarism!hihi.. *no wikipedia pleaseee.. :p*
nauzubillah. hanya bimbang kita 'menyumbang' kepada agenda musuh kita dengan meneruskan pengaruh dan anasir Israiliyyat. mohon dijauhkan Ya Rabb!

The forgotten Ummah.

Haa! yang ni best. :)
Cerita dimana bermulanya Islam sehingga naik naik naik dannnn naik!
namun, sedikit demi sedikit empayar Islam mulai jatuh.
sedihhh!

Betapalah nabi junjungan kita, nabi Muhammad ni bimbang akan umatnya ketika detik kewafatan baginda.
sampai terkeluar 'ummati..ummati..ummati..' T_T
sayangnya baginda pada kita. risaunya baginda pada kita.
dan berbalas dah ke kerisauan baginda Muhammad tu nak bandingkan dengan diri kita ni sekarang?
jangan sia-siakan kasih sayang baginda!

Ya Rasulullah!
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi.
Dan bersaksikanlah
Sesungguhnya kami merinduimu.
-Pemergianmu, Inteam-



To all PERGH participants, believe in yourselves, You can definitely be soldiers of Allah, together spreading His words and helping our ummah.
It's time to learn, work and pray inshaAllah... and 'Lets the Ummah rise again!'
Thanks to all, you guys PERGHHH!!!
-Ustaz Aminurraasyid Yatiban-

p/s : jalan dah terbuka. kiri? atau kanan?

Saturday, November 27, 2010

Saya Bersukan? Pelik!

Tahun ni aku dihujani dengan aktiviti-aktiviti sukan. paham tak ayat dihujani tu? hihi.
motif bagi tahu? :p
saje nak cakap aku ni sporting orangnya. HAHA!
tak de lah orang-orang kat Banting nun nak kutuk aku kan?
tak aktif lah, apa lahhh.. pastu dok bantai gelak-gelak cakap aku gemuk sebab tak bersukan. heh! memang TAK yekk pasni!

Spectrum, Guildford, Surrey.
10 November 2010.

Mesti korang macam hekelehhh.. boling je ponnnnn.. kecoh lebih, tak berpeluh langsung!
kan kannn? ke tak kan?

Ok, fine. tak pe. tak pe.
aku kasi up sikit peluh peluh peluh tu..

Surrey Sport Park, University of Surrey.
19 November 2010.

Teheee.
kan berpeluh kan kan?
saya kan asal dari perkampungan anak-anak Sidek.
haruslah suka main pukul-pukul bulu tangkis. :p

Twittt!
gambar-gambar blur badminton tu saja nak tunjuk betapa tangkasnya kiterang main kejar-kejar bola tau tau tau! hihi.
padahal...... *padahal? camerawoman tak kurang bagus! :p*

p/s : badan cergas, otak cerdas! :)

Friday, November 26, 2010

Simply Love This!

Dia suka bising-bising pot pet pot pettt.

Dia suka puji diri sendiri lebih-lebih depan kiterang.

Dia suka tanya, mana satu best? tapi last-last pilih ikut taste dia jugak.

Dia suka ceritaaaa cerita cerita. walaupun cerita tu dah 10 belas kali dia ulang.

Dia suka cubit orang tak tentu pasal.

Pastu kalau gelak, suka nak tak ingat dunia jugak. haissh. padanlah kiterang pon terikut.

Dia suka tak duduk diam. adaaa je!

Dia suka tak tau dia tengah tengok cerita apa kat tv. pastu tanya tanyaaa je camne jalan cerita tu. kalau minggu ni dia tanya kiterg tengah tengok cerita tajuk apa tu? minggu depan, dia tanya lagi tajuk cerita yang sama tu. kalau drama tu ada 15 siri? 15 kali jugaklah dia tanya tanya dan tanyaaa...

Dia suka panggil nama kiterang tanpa sebab. tiba-tiba je panggil. tapi tak de pape.

Kalau dah marah? tak yah cakap. memang susah nak berhenti. so, silalah jangan buat dia marah.

Pastu suka nohh nak menggelabah tak tentu pasal. bila cakap, rilek laaa. baru dia boleh rilek.

Tapi, serious! bila dia tak de, memang bosan amat! tak tipu.

HAHA! Saya sayang awaklah, Zaleha Dasman!! :D



p/s : duduk rumah diam-diam eh? nnt saya balik. :)

Thursday, November 25, 2010

Saya Sebagai Sahabat.

Komen ikhlas dari seorang sahabat, buat aku tsk tsk terharu.
terharu kerana rasa ada penyokong saat kita lemah, terharu dari kesungguhan ayat.

Tak mudah kan untuk memberi komen?
perlu tekan comment. mana nak fikir ayat terbaik lagi.
agak ayat tu tak kena, nak kena angkat jari tekan delete pulak. hihi.. tenaga tu.
lepas tu nak kena click post pulak. belum tambah dengan verification words.
salah taip, kena verify lagi sekali. tak mudah. tak mudah.

Terima kasih, kawan! :)

Muak kan dengar kawan itu ibarat cermin, kawan itu seperti cubit paha kanan, paha kiri terasa juga, kawan sebenar adalah teman ketika susah.
kawan itu lah..kawan ini lahh..
kawan itu juga boleh diibarat seperti rama-rama yang terbang pada waktu petang sambil menghirup udara taman sehingga waktu senja. kan? kan?? ke tak kan?
HAHA! ok. yang tu tipu. tak de rama-rama pon. :p

Tapi sejauh mana praktikal kita?
sejelas mana cermin kita dalam erti sahabat?
sepedih mana cubitan teman tu?
seberat mana pula pikulan beban susah kita terhadap kawan?

Kawan yang baik akan bertindak sebagai liquid paper kan?
betulkan mana yang salah. tambah keputihan pada celanya hitam.
*sila jangan tanya nak jadi liquid jenama yang mana satu. :p*

Teringat cerita zaman matrik dulu.

Pernah seorang member ni sound aku direct sesedap rasa alagapas dia je.
betul betul rasa macam aku kena lempang sedas dua.
darah yang kat kaki semua berdesup naik ke muka.
rasa macam panas lepas lari pecut satu kampung pon ada.

Member : eyka. eyka. asal eh? kenapa ko pakai anak tudung separuh je?
Aku : apahal pulak?
Member : ye laaa.. ko panas ke?
Aku : apakah ko ni?
Member : keee.. ko tak cukup duit nak beli??
Aku : *diam*

Cukupppp diam!
diam yang kalau ko duduk kat dalam bilik, ko dengar bunyi kipas je.

Memang mantaplah.
tak ke ko rasa macam nakkk je main sep-sep-sep-tom-tom-tomm time tu jugak?
dan yang paling pedas? sebab dia, LELAKI.

Aaah! lelaki.
lelaki yang mungkin dah mula tak selesa nak menghadap muka aku hari-hari sebab sekali gus dia terheret dengan dosa.
maaf!

Mungkin masa tu rasa marah, rasa nak lari laju-laju-balik-bilik-tapi-tak-boleh-sebab-ada-kelas-lagi-lepas-ni. rasa tak nak jumpa dia lagi dah.
dan kalau diberi pilihan, nak je suruh dia keluar carik matrik lain. HAHAHAA!

See? aku dah boleh gelak!
marah kita sekejap je. sangat sekejap.
bila hidupnya aku sekarang, aku bersyukur sangat adanya dia sebagai perantara.
Allah nak menegur aku dan dijadikan dia sebagai medium secara tak langsung.

Terima kasih, Allah!

Terima kasih, kawan!

Mungkin tak semua orang boleh buat macamana yang dia buat.
ye laaa.. kita lebih cenderung nak jaga hati sahabat kita kan.
sampai kesalahan dia pon, kita tutup sebelah mata.

Mungkin juga tak semua orang boleh terima teguran macam tu.
tak kata juga aku boleh terima approach macam tu. *matilaaa lepas ni semua orang dok sound aku direct je..* hihi!
tapi sedikit sebanyak masa, kita akan berterima kasih jugak dengan dia. :)
suatu hari nanti! one good day with a good time!

Be creative!

Kadangkala nak menegakkan amar makruf, nahi mungkar tu payah.
seru kepada kebaikan masih boleh dikira mudah.
cakap je pung pang pung panggg benda baik.
kata-kata yang baik itu pon dah dikira sebagai sedekah kan?
tapi pelaksanaan nahi mungkar tu sangatlah susah.
nak menghalang orang dari lakukan keburukan dan perkara mungkar. macamana?
lagi-lagi orang yang raaaaapat dengan kita.

Be creative!

Dan tak perlu ragu-ragu untuk lakukan itu.
biasanya masalah aku, (generalnya, kita) selalu beratkan dengan kata-kata sakti aku pon tak baik lagi, nak pulak bising-bising betulkan orang lain. apakah kan? macam tak reti malu je.

Tapi jangan lupa bahawa baik tu memang tak ada ukuran.
tak ada parameter 'baik' lagi setahu aku macam formula physics yang kita selalu dok hafal tu.
berat ukurannya kilogram. jarak dengan meter, kilometernya.

Boleh ke kita labelkan diri kita, ok. hari ni aku dah baik. sekian terima kasih.
dan kita buat ukuran baik tu dengan puasa penuh sebulan, solat lima waktu sehari semalam?
sedangkan amalan-amalan tu amalan wajib yang memang semua orang bergelar muslim kena buat.

Imam Said bin Jubair pernah mengatakan bahawa andai seseorang bertangguh untuk melakukan jihad atau dakwah dengan alasan dirinya belum sempurna, maka yang tinggal kelak tidak ada seorang pun menyeru kepada makruf dan mencegah yang mungkar.

Ok. perkataan dakwah tu nampak macam wow! sangat.
back to basic, dakwah tu as simple as mengajak orang ke arah kebaikan.
tak kisah lah apa pun, asal benda tu baik.
dan benda baik tu apa-apa saja lah yang asalkan Allah suka.
anything!

Cukup mudah andai kata dalam menasihati orang lain itu, kita juga berfikir kita menasihati diri kita. kan kawan ibarat cermin? :)
ye laaa.. mana ada orang yang bercakap, tapi dia tak buat?
paling tak pun, dia mesti macam ohhh aku pon tak buat lagi apa yang aku cakap.
mesti istighfar panjang. dan sedikit sebanyak dia mengubah diri dia jugak.
such a win-win situation kan?

Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada kita, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata.

Dan sepatutnya, dah tak ada lah kan istilah 'kawan baik kita sebenarnya adalah musuh kita.'
jika semua kawan baik adalah KAWAN YANG BAIK. :)
kawan yang baik pula akan selalu bersamamu! ke arah Syurga sekalipun. :)

p/s : sungguh, saya sayang kamu!

Wednesday, November 24, 2010

I Need You.

Nobody knows what do I feel right now.
Nobody care. No one turns their faces on me.
They just walking up and up, flying away and so far away whilst I'm struggling going up with my own self down the street.
While I'm crying in the rain, falling at the junction, they just don't know.
But deep deep in heart, there still 'someone' hears me, waiting for me patiently.
Wipe my tears away, give strengh to my breath.
And I do believe, one fine day and really! one perfect times, I will be cured.
Wake up as new me. Confidently walk again. And rise! rise! rise! till the end of the road.
Allah. Allah. Allah. That's my 'someone'. The one that I really need.
Allah, give me grip. Don't 'push' me away, again....
Allah in every seconds, and that's enough for me.

p/s : I'm down! :(

Monday, November 22, 2010

Officially Done!

HAHA! mungkin ini annoying.

Tapi tapi!

Nak jugak tulis kat sini, sebagai sejarah dalam hidup. :p

Saya kannnn.... kan kan.. dah pecah rekod diri bawak kereta di UK.
weeee~
nak tepuk tangan untuk diri sendiri boleh? :P

p/s : to get over your fear, you have to face it! :))

Friday, November 19, 2010

Aidiladha 2010.

Himpunan gambar untuk dicalonkan dalam Salam Perantauan Berita Harian 2011.
Metro pon boleh. Berita Minnguan pon ye. Harakah? boleh boleh!
Berita Utama, Berita Muktahir, Berita Perdana, Berita 1:30 ponnnn layan.
HAHAHAA! gila kuasa.

Walaupun sebenarnya time tu semua tengah suka suki makan ketupat rendang kuah lodeh kat rumah kan? :D







Kecik kecil molek lagi dah diterapkan dengan sifat memberi.
well done!
boleh bawak budaya ni ke Malaysia pulak kan?
aah lah! praktikkan dekat anak-anak jugak. :P






























Aidiladha Celebration.
University of Surrey.
16th November 2010.

p/s : kambing mbekkk mbbek!

p/s lagi : terima kasih yek kamera Ruzanna dan Farzana! :)