Friday, February 26, 2010

Kami Rindu Padamu

Assalamualaikum.

Sempena maulid ni, meh kita ingat balik sirah Baginda Nabi Muhammad SAW meh.. ^^

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu.
Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

(Surah an-Nisa: ayat 59)

Nama : Muhammad bin Abdullah.
Keturunan : Bani Hasyim.
Ayahanda : Abdullah bin Abdul Mutalib.
Ibunda : Aminah binti Wahab (Bani Zuhrah).
Ibu Susuan : Thuwaibah (Hamba Perempuan Abu Lahab) dan Halimatus Saa'diah (Bani Saa'd).
Tarikh Lahir : 20 April, Tahun Gajah bersamaan 12 Rabi'ul Awal 571 Masihi.
Tempat Lahir : Makkah.
Tarikh Wafat : Isnin, bulan Safar 11 Hijriah di Madinah.
Gelaran : Al-Amin.
Status : Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam kandungan. Ibunya wafat semasa berumur 6 tahun.

Nama isteri-isteri Baginda :
  • Khadijah binti Khuwailid
  • Saudah binti Zam'ah
  • 'Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  • Hafsah binti Umar(Anak Saidina Umar)
  • Ummi habibah binti Abu Sufyan
  • Hindun binti Umaiyah (Ummu Salamah)
  • Zainab binti Jahsy
  • Maimunah binti Harith
  • Safiyah binti Huyai
  • Zainab binti Khuzaimah (Ummu Masakin)
Zuriat :
  • Qasim Radhiallahu 'Anhu
  • Zainab Radhiallahu 'Anha
  • Ruqayyah Radhiallahu 'Anha
  • Ummu Kalthum Radhiallahu 'Anha
  • Fatimah Radhiallahu 'Anha
  • Abdullah Radhiallahu 'Anhu (digelar sebagai at-Taiyib dan at-Tahir)
  • Ibrahim Radhiallahu 'Anhu.

*Semuanya daripada Khadijah Radhiallahu 'Anha kecuali Ibrahim Radhiallahu 'Anhu daripada Mariah Al-Qibtiyyah Radhiallahu 'Anha*

*Semua anak-anak Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam wafat sewaktu hayat baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam kecuali Fatimah Radhiallahu 'Anha*


*Semua anak lelaki wafat sewaktu kecil lagi*


Peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan:
  • 14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur.
  • Api sembahan orang Majusi terpadam.
  • Gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh.
05 tahun - dibelah dadanya oleh 2 mailaikat untuk mengeluarkan bahagian Syaitan yg wujud dalam hatinya.
06 tahun - ibunda tercinta kembali bertemu pencipta-NYA.
08 tahun - dipelihara oleh Abu Talib selepas kematian Abdul Muttalib.
12 tahun - mula berniaga ke Syams bersama Abu Talib dan bertemu dengan paderi Buhaira.
25 tahun - berkahwin dengan Siti Khadijah (40 tahun).
28 tahun - kelahiran Qasim Radhiallahu 'Anhu.
35 tahun - menyelesaikan masalah perletakkan Hajar Al-Aswad ke tempat asal.
40 tahun - mula mengasingkan diri di Gua Hira' dan diangkat menjadi Rasul.
53 tahun - berhijrah ke Madinah ditemani Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
65 tahun - wafat.


*Sambil-sambil baca cerita bawah ni, dengar la lagu ni sekali. ^^*

Sedihnya...!!


Detik2 Kepergian Rasulullah.

Inilah bukti cinta yang sebenar-benarnya tentang cinta, yang telah dicontohkan Allah SWT melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, meski langit mulai menguning di ufuk timur, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.

Rasulullah dengan suara lemah memberikan kutbah terakhirnya, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasul yang tenang menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. “Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah.

“Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakat maut,” kata Rasulullah.

Fatimah menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut telah datang menghampiri. Rasulullah pun menanyakan kenapa Jibril tidak menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi, semua penjelasan Jibril itu tidak membuat Rasul lega, matanya masih penuh kecemasan dan tanda tanya.

“Engkau tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril lagi.

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak, sepeninggalanku?”

“Jangan khuwatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril meyakinkan.

Detik-detik kian dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakitnya, sakaratul maut ini.” Perlahan terdengar desisan suara Rasulullah mengaduh.

Fatimah hanya mampu memejamkan matanya. Sementara Ali yang duduk di sampingnya hanya menundukan kepalanya semakin dalam. Jibril pun memalingkan muka.

“Jijikkah engkau melihatku, hingga engkau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril sambil terus berpaling.

Sedetik kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku,” pinta Rasul pada Allah.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali pun segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii?” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran kemuliaan itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Ya Rasulullah,
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi,
Dan bersaksilah,
Sesungguhnya kami merinduimu.

p/s : Ya!! Aku merinduimu.... :(
Semoga kami tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat mu Ya Rasulullah...

..eyka..


Alhamdulillah...

Alhamdulillah.
bersyukur sangat-sangat-sangat.
aku pass exam sem1.. ^^
walaupun markah x superb, tapi lepas la.

Ni la tempat kejadian.
kiteorang kena jumpa sendiri personal tutor kiterang untuk ambil result tu.

Keluar2 bilik je, terus melompat2 peluk yana.
hihi..
syukur sebab module yang aku takut2kan sgt tu lulus!

Dan of course orang2 yang tengah tunggu kat situ semua pandang pelik kat aku sebab terlompat2.
hahaaa!
sorry la..
dah x reti nak cover cun dah time tu.. ;D

Syukur Ya Allah!!

p/s : xsabar nak balik msia...!!! :D

..eyka..


Thursday, February 25, 2010

Satu Email Diterima

Tadi aku dapat ni.

Email yang berbunyi :


Sent: 24 February 2010 16:55
To:

Dear Chemistry students,
We have just completed our Examination Board Meeting.
First year marks are complete and available from your tutors. 2nd year and final year mark sheets are undergoing final processing and will be available from your tutors on Friday. Should they be ready earlier (Thursday afternoon), I will inform you by e-mail.
Best wishes,
Dulcie Mulholland
Professor of Biological Chemistry
Head of Division of Chemical Sciences
Faculty of Health and Medical Sciences
University of Surrey
Guildford GU2 7XH
United Kingdom.
Tel + 44 (0)1483 686827
Fax +44 (0) 1483 686851



Sent email : 24 February 2010
Result : tomorrow yang dah berubah jadi today = 25 February 2010

Warggghhhhh....
kalau lepas ni blog aku sunyi sepi je, korg paham2 la kenapa yek?

p/s : cuak kebebehhhhh...

..eyka..


Kami Tak Kalah

Assalamualaikum..

Maaf sebab xbuat liputan terus event nasyid hari tu.
heheee..
bukan sbb kalah la!
cuma saja xnak tunjuk yang kitaorang menang.
wek2.. ;D *de bau riak di situ.. ;DD*

Menang ke?
kee.... xberapa nak menang?

Kita biar dula jawapan bagi soalan tu dalam kocek eh.
nanti aku btaw.
kenalah saspen.
baru de urrmm..!
hihi..

Kami2 bertolak ke Leeds pukul 1.00 pagi ++.
sebab tunggu brothers yang bawak kitaorang tu tidur puas2..
hehe..ciannn mereka2 kena bawak kami2 ni haaa..

Ye la kan.
event nasyid tu untuk perempuan je, tapi mereka2 ni sanggup gak bawak kami2.
xke patut puji mereka2 tu?
terima kasih eh abang2ku + kak long yang sudi bagi arah jalan.
turn left... turn left, now..

Sampai sana je dah subuh.
solat, melantak, pastu melingkup.
dalam pukul 10 pagi dah kena bangun siap2 untuk contest.
event start pukul 1.00 petang ++ camtu.
kami2 pulak turn ke5.
so, xde la nak kena tunggu lama sgt kan?

Part yang paling best, event tu buat dalam pub!
hahahaaa..
first time oh masuk pub.
isk2..
dah sosial ek ko, eykaaa...
pe nak jadik??

Tapi okeh la tu kan?
kot2 lepas ni 'sejukkk' je pub ni keee....
xpasal2 terbukak sikit hati2 dorang yang selalu datang sini malam2.. ;D

Meharunnisa.
heheee..
tu nama kumpulan kami2..
oit, aku mana...????????
xde dalam gambar?
cesss!

Time ni ngah membzkan diri ngan slide yang de prob sikit.

Ekk..
nak btaw gak senanye.
ni first time aku pakat skirt!
heheee..
cipta sejarah ni. ;D

Nasib la baju tradisional aku tu baju kurung.
kalau x, seumur hidup xpernah sarung kain kot.
heheee...
xreti la pakai2 skirt ni.
sebab rasa macam lain.
plus, kena jalan control2... ;D


Ohhh..
yang ni bukan kami2 punya.
*pe barang no2?? ;D*

Tadaaa....!!!
seee..
kan dah kata kami2 xkalah.

Betullah x kalah.
sebab akak pengacara majlis tu kata xde sapa yang kalah.
hahahaaa..
bak kata Vince, semua pemenang.
tiada yang kalah, tiada pengalah.

Tapi kami2 xmenang gak senanye.
hihiii...
saguhati jek.
*redha2... xde rezeki tu..*
<--pujuk diri sendiri. haha!

Menang-kalah kan adat pertandingan.
ye x?
*ayat bila dapat saguhati je.. T_T*

Then?
malam tu gak gerak balik.
xsempat pon nak jenjalan kat Leeds.
abang2ku tu gak yang bawak Kandell ni.
plus, kak long yang suka sangat turn left..

Tapi aku rasa ada hikmah gak la xmenang.
sebab, dapat saguhati pon ayat dah de bau2 berlagak.
kalau menang??
lagi teruk kot!
hahahahaaaa....

p/s : thanx Meharunnisa. korang mmg best. cuma x cukup mantap! ;D

..eyka..


Wednesday, February 24, 2010

Result..??

Makkkk.....!!!!!
*kenapa mesti mak? kenapa x ayah?*

Mereka2 kata result keluar khamis atau Jumaat ni.

Takut.
Risau.
Bimbang.
Cuak.
Gusar. *bahasa melayu terbaik! ;D*

Apa nak buat ni....??

Tunggu je?

Takut la, dodol...!

p/s : xboleh nak tidur! harap2 okeh semuanya.. aminnn ya Rabb..

..eyka..


Diam Bukan Kalah

Banyak kelebihannya berdiam diri.
Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan.
Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda :
"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri.
Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang.

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab :
"Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat.

Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata:
"Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "

(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW :
"Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.


Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,

yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan.

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan.

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang.

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu.

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan.

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau

"Diam-diam tong kosong"

atau

"Diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?
"


HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".
(Riwayat At-Tarmizi)


Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang
.




Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan
diam.
Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik.
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Sumber : i luv islam.

p/s : lebih baik menyesal diam daripada menyesal bercakap.. ^^

..eyka..


Friday, February 19, 2010

Nisa' Nasheed Extravaganza

Assalamualaikum..
rasa macam dah berkurun x update.
heheee...

Minggu ni agak sibuk la jugak.
sibuk sampai aku ni pon jatuh sakit. ;D
muntah2 sebab makan x teratur.
hihi..poyo jeee nak mintak simpati org.

Sibuk sebab apa yekk..??



Heheee..
aku join nasyid..
caye x??
silalah percaya wahai insan2 di luar sana~ ;D


Pertandingan tu esok, 20 Februari 2010.
dekat Leeds.
jom r join reramai, mengimarahkan majlis.
tapi no-no-no untuk lelaki ekk..
majlis ni khas untuk wanita2 je ye?
wekkk2.. *berlagak sikit*

Pertandingan ni agak besar la jugak sebenarnya.
sebab aku tengok video dia pon, ramai je yang datang.
seluruh UK dan Ireland, plus mak2 arab pon ada.
so, harus ada cuak di situ yee.. ;D

Semua ada 13 kumpulan..

Dan kumpulan aku tu haaa..
yang kelima tu.. ^^

p/s : wish we luck!! go-go surrey...!

..eyka..


Thursday, February 11, 2010

Usrah #2

Salam kawan2ku.. :)

Oppsss..
before pape, kita niatkan pembacaan ini kerana Allah okeh?
:) baca. baca. baca.
xlama... hanya 1% daripada 100% masa kita seharian.
hihi...

Semalam lagi sekali aku pergi usrah.
dan, berkali2 jugak kepala ni di ketuk, lantas hati tersentap, mulut terkedu,
dengan statement 'dakwah itu wajib'.
terdetik jugak kan, perlu ke?
lagipun, siapalah aku ni nak kena berdakwah?
rasa berat je tanggungjawab tu. sangat-sangat-sangat.

Okehh, take it easy.

Apa itu dakwah ek?
dakwah tu menyampaikan.
sedangkan Rasulullah pun pernah bersabda,
"sampaikanlah pesanan dariku walaupun sepotong ayat.."
is it nice?
sepotong ayat je. sampaikanlah.
xsusahkan?
bukan ke ingat-ingat dan berpesan-pesan tu memang dituntut?
"..dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-
pesanlah kamu dengan kesabaran" [103:3]

Kalau kita dah tahu satu-satu perkara tu, kenapa kita xnak share dengan orang lain kan?
meh kita guna lagi ideologi air. *rasa korg mesti mcm dah muak dengar ni*
as simple as water in a jug.
kalau kita biarkan je, mesti berkeladakkan?
pe kata kita tuang air tu, bila jug tu dah hampir kosong, kiata isi balik.
macam tu jugak dengan ilmu agama yang kita dapat.
kita bagi dekat orang lain, dan kita isi dengan yang baru.

Life is about sharing, isn't?
korang sendiri yang kata, sharing is caring. ^^

Xpe.
pelan2 langkah.
baby yang baru lahir pun xterus berlarikan?
we start from zero.
the very beginning of path.

Pernah dengar tak yang Islam itu pasti menang??
pernah kan?
dan tanpa kita, ataupun ada kita, Islam tetap menang jugak.
xteringin ke kita jadi rantai kepada kemenangan tu?
kita sama-sama jadi pendokong, penyambung, lagi pe ekk.. ;D

Janji Allah itu kan pasti.
kalau dah tentu2 boleh menang, kenapa kita xnak grab the gold chance dan sama-sama bina balik Islam tu..?
xrugi kan?
kita dapat kemenangan tu, kita juga dapat syurga Allah, insyallah.

Ke..
ada jugak bisikan, 'kalau dah pasti menang, xpayah la nak susah2. kata tadi, janji Allah pasti.'

Xkan kita nak jadi orang yang memerhatikan dan menumpang nama,
yeaa..yippee2!!! Islam dah berjaya.
but, we have done nothing. nill. zero.
apa yang kita dapat?nama?tapi tanpa usaha?
berbaloi ke..??
puas?
*hehee..kejam tanya soalan camni.. ;D*

Dan jangan lupa jugak.
Allah tu Maha Besar.
kalau kita xbuat pape, xmustahil rasanya Dia nak gantikan kita dengan kaum yang lain.

"Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih dan digantikanya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepadaNya sedikit pun. Allah Maha Kuas atas segala sesuatu" (At-Taubah:39)


See..
betulkan??
"...kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepadaNya sedikit pun..."
Allah xrugi apa2 pun.
tapi siapa yang rugi? ^^

p/s : tepuk dada, tanya iman..

p/s : ohh..ini untuk peringatan anda2 dan diri sendiri juga.. ^^

..eyka..


Tuesday, February 9, 2010

Main Nyorok2.

Weee2 yabedabedoo...

Nampak x bende alah kaler hijau kat sebelah kanan tu?
hikss..
dah berjaya buat shoutbox menyorok2.
i looiikkkeee.....
*muka berlagak tahap cipan nak kena sepak ;D*

Klik di situ untuk tinggalkan tapak tangan plus kritikan membina plus memuji plus memaki hamun yang positif ye tuan puan?
hihii..

Nak like gadget ni 99989898973726328 kali, ala2 facebook tu.. ;D

Yang ni dah tinggal kenangan. T_T
lalalalaaaa....

p/s : tapi aku ni bukan betul sgt pon. jap lagi tukar balik style shoutbox yang lama. ;D

..eyka..


Monday, February 8, 2010

Berita Lambat Sampai

Uwaaa...
kesiannya aku..!
berita pasal Malaysia selalu je lambat sampai.
asal??
sebab malas nak dengar berita on9 kat tv3 tu.. ;D
hahaa..

Kalau kat rumah, nak xnak lepas maghrib mesti bukak tv3.
xambik port pon apa pemberita tu cakap.
tu aku la, sibuk menonong buat kerja lain depan tv.
family members aku mmg rajin je tengok berita.
aku fokus betul2 bila de cerita2 hot je.. ngehhh3...

Pernah dengar pasal Arjuna Teruna? *mmg aku je la pon yg baru dengar*
pasal kes menghina Almarhum Sultan Johor tu?
kes yang tu la aku baru taw.. hahaa...
sedangkan cerita ni dah lama dah.
kalau aiskrim, mmg dah sempat cair 7, 8 kali la. ;D

Berat gak la kes ni.
siap masuk berita kot.
isu-isu sensitif ni xpayah la buat main.
nanti ada je la penentangan dari pihak2 tertentu.
tapi Arjuna Teruna ni dah mintak maaf kat blog dia la atas pe yang dia dah buat.

Well,
everybody make mistakes.
yang membezakan, kesalahan besar atau kecik.

Aku pon xreti la nak komen banyak2..
hiksss...
sebenarnya cuak gakk. ;D
xpepasal aku lak yang kena.
tapi ni buat pengajaranlah ek?

Bak kata cendekiawan dulu kala,
lebih baik menyesal kerana diam daripada menyesal kerana bercakap.
hehee..lebih kurang camtu la ayat dia.

p/s : sape kata bloggers boleh cakap main lepas je?? kasi tapis okehhh? ^^

..eyka..


Sunday, February 7, 2010

Finally

Aku taw, ko mesti baca entry ni.
sebab ko nampak tajuk ni mungkin.
ke.. aku silap??

Betullah pe ko cakap.
it have been a long time since we are not using both words.
and only us know what is it.

Kelakar.
sangat-sangat-sangat.
sebab tiap kali ko nak tujukan soalan kat aku, ko tukar bahasa lain.
:) cam budak2 kan?
walaupun kat belakang umur tu da xde 'teens' da..
sedar sikit ehh!! ;D

Aku tunggu je bila ko nak cakap.
tunggu-tunggu-tunggu.
aku pulak?
sebut-sebut-sebut.

Betullah!
tunggu tu x sia-sia.
akhirnya, keluar jugak.
comel je perkataan tu.
ada dua huruf. sebab ko wat short-form.
cikgu mana ajar pon aku xtaw laa.. ;D

Aku terdiam gak sekejap.
sebab xsangka.
xsangka akan keluar jugak dr mulut ko.
ko sangka ke pe yang aku xsangka r?
mungkin x kot..
dan sebab tu gak aku sedih.
bukan sebab rukun negara, lagu negaraku atau bendera.

Perasaan tu perasaan yang sama time aku kat matrik dulu.
ko ingat?
mungkin x jugak..
heheee..
perasaan yang macam baru diceraikan.
hahaaa..boleh?? ;D

But dont u worry.
big girls dont cry.
same goes to me.
and keep believe in that.
i wont cry... ^^

i try 2 get used 2 dat term...
it may takes time
but xwori
u such a mind reader la...!!!
benci..
hehe
i noe u btter than anyone else..
trust me on dat

Yup..
absolutely true.
it takes so many times.
to be cured.

Dont u dare to comment on this!
okeh? :)

p/s : sensitif gak aku ek??hahaaa..benci..!

..eyka..


Jari VS Cincin

Antara 13 nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad SAW, Nabi berpesan kalau memakai cincin pakailah di jari :

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari :

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Wallahu a'lam.

Beramal dengan Ilmu.

_________________________________________________________

::Kredit buat kak ngah yang mengkreditkan kreditnya kepada Sagasama. ^^
_________________________________________________________

Camtu ek??
selama ni aku pakai cincin kat jari tengah pe..
*astaghfirullah*

Dulu time sekolah menengah aku selalu pakai kat jari telunjuk.
tapi de ustazah ni tegur, Ustazah Aina.
*asal ustazah tegur tapi xrampas r? pelik lak tetibe..*
dia kata jangan pakai kat jari telunjuk tu, sbb itu amalan perempuan2 zaman jahiliah.
masa ustazah tegur tu tersentap gak la.

So, aku tukar la jari tengah lak.
rupa2nya xboleh jugakk..

Tapi xmo gak pakai kat jari manis.
sbb nanti hilang seri.
boleh??
kahkahkahhh..

p/s : kesimpulannya, xpayah pakai cincin sebelum tunang & kahwin. ;D

..eyka..


Saturday, February 6, 2010

Jadual Sem2

Yipee..yippa!
saya sudah dapat jadual sem2.. :)
bahagia2..


Jadual lama
jadual kelas sem1 yang bermula dengan minggu 5 saaaammpai minggu 20.
dah2.
tutup buka lama.
cuma berharap result ok dan lulus semua module.
aminn....

Jadual baru ni pon xde la kejam sangat.
sedang2 je.
tapi yang xboleh bla, jadual hari khamis.
kelas habis pukul 6 petang!!
waargghh..lama gilokss..

Jadual baru :)

Practical sama macam sem lepas, hari selasa.
xsabar nak masuk lab!
hihii...
boleh main pecah2kan barang. ;D

Seingat aku, sem lepas aku baru pecahkan 2 barang. *baru pecahkan??*
hahahaaa..
satu, conical flask. lagi satu, volumetric flask.
tapi tu xsengaja laa..
gile ke tibe2 sengaja je nak pecahkan?
kan..kan..kan??

So, isnin depan, bersamaan 8 Januari, masuk minggu baru!
minggu 23...

Sem baru, semangat baru.

p/s : maknanya, dah berbulan2 aku kat sini tanpa balik rumah. :(

..eyka..


Friday, February 5, 2010

Usrah #1

Kak Zu kata :

Kalau kita ditimpa musibah, kita bersabar, kita mengalah.
Kalau kita diberi kebaikan, kenikmatan, kita bersyukur.
Mungkin sabar dan mengalah itu dipandang negatif oleh orang lain.
Tapi insyaAllah dipandang mulia dan positif di sisiNya..


Pernah tak terfikir :

Kita tidur, dan mungkin esok harinya kita tak akan bangun2 lagi?
roh kita dah ditahan oleh Allah.
takut kan?
dan time itu, agak2 dah cukup ke semua amalan kita untuk mendapat syurga Allah??

"Allah yang mengambil jiwa (roh) manusia ketika wafatnya dan ketika tidurnya sebelum wafat, lalu ditahannya jiwa (roh) yang sudah wafat, serta dikembalikan jiwa (roh) yang lain (yang sedang tidur) sampai waktu yang ditentukan"
Az-Zumar:42

Sebab tu kita disuruh dan digalakkan muhasabah diri, memaafkan orang lain sebelum tidur.
heheee..
insyaAllah..

p/s : peringatan untuk diri sendir dan org lain juge.. ^^

..eyka..


Thursday, February 4, 2010

Resepi Tiramisu

Ngeh..ngeh..ngeh..
kes tiramisu haritu, ada gak insan-insan terpilih yang nak resepi rupanya.
hiksss..!

Ambil bau dulu ek?
biar aura tiramisu ni datang dulu. ;D

Bahan-bahan :

Soft cheesse
Double cream
Kek
Nescafe
Gula
Serbuk koko

Memula, baca doa dulu.
Tapi jangan la baca doa makan.
Tu gelojoh tahap petala kelapan da tu.. ;D

Pastu, sinsing lengan baju..
heheheee..

Okeh2..serious2..

Memula, campurkan je soft cheese ngan double cream tu.
kuantiti tu agak2 la ek?ikut naluri korang boleh?
hihii..aku pon xreti la nak cakap cane.

Pukul2 mereka sampai sebati. *mereka??gasak laa..*
campurkan gula, pastu pukul2 lagi.
gula tu pon agak2 laa.
kalau nak manis, bubuh la banyak-banyak-banyak.
kalau xnak, bubuh banyak-banyak je...

Ambik satu bekas.
aku pakai tupperware je.
yang macam dalam gambar tu.

Next, potong kek jadi nipis2.
kek ni kek apa2 pon boleh.
alaa...kek yang biasa2 tu.
kek gulung pon boleh, pastu korg bukak la gulungan tu.
potong kek tu kecik2 dan masukkan dalam bekas tadi.
tekan2 kek tu dan buat satu layer (layer kek).

Bancuh nescafe 'O'.

Renjis nescafe tu atas kek dalam bekas tadi sampai kek tu basah.
tapi jangan basah sangat, nnt susah nak potong.
kalau minat pahit2, guna la espresso.
tapi guna nescafe pon orait je.

Pastu, masukkan soft cheese ngan double cream yg dah campur awal2 tadi.
buat satu layer dan ratakan guna sudu.
guna pisau pelepa lagi okeh sebenarnya.
tapi aku xde barang2 canggih ni, so pakai sudu je. ;D

Pastu korang ulang step tambah kek, tambah nescafe dan tambah soft cheesse+double cream untuk buat tiramisu ni berlayer2.
*versi bahasa melayu mana aku pakai ni??*
faham kan?

Kalau yang aku buat, sempat ulang sekali je sebab bekas xcukup tinggi.
agak2 nak buat lagi tebal, ulang je step2 tadi tu.

Last sekali, tabur je serbuk koko kat lapisan soft cheese yg paling atas sekali.

Then, masuk dalam peti ais.
tunggu tiramisu ni sejuk, pastu dah boleh makan!
senang je..^^

Lepas tu, jangan lupa pos sepotong dua ek? ;DD

p/s : waaa..menangis hentak2 kaki chef wan kalau baca resepi aku.. T_T

..eyka..


Download

Kalau rajin, download la ek?
xpon, try dengar2 dulu.
kot2 la tertarik menarik kau memang the bom kan?
hiksss... ^^
enjoy!!

Download : yang pertama

Download : yang kedua


p/s : heheee...cam saspen je! ;D

..eyka..


Tiramisu

Semalam kami2 buat tiramisu.
hihiii..
sedappp..dorg yang kata la.
sebab aku xmakan. ;D
makanan yang ade rasa susu2 ney memang aku banned.

Aku suka buat je.
ngeh3..
makan x jugak.

Hodoh itu seni kan?
hahaaa..
jadi, abaikan je kondusi tupperware tu ek? ;D
*tapi xsemua seni tu hodoh. xpepasal kang org2 seni marah aku ^_^*


Nak??
siapa nak, taip ON TIRAMISU dan hantar ke 33990 ek?
hihi...gurau2..

Yang ni tiramisu gak. *agaknye la.. ;D*
cuma x pakai nescafe, edit pakai strawbery lak.
bantai je la kan? :)

p/s : wee..xsabar nak buat untuk family kat rumah! ^_^

..eyka..